Lakukan INI Jika Terbangun Malam

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 2 ต.ค. 2024
  • Pernahkah kita terjaga dari tidur, sekitar jam 3 hingga 5 pagi? Ketika malam sedang sunyi sepi, dan kita merasakan seperti seluruh dunia sedang nyenyak terlena.
    Sebenarnya, apabila seorang terbangun dari tidur pada sepertiga malam, maka beliau beruntung kerana dikurniakan peluang untuk melaksanakan Tazkiyatun-Nafs.
    Tazkiyah al-nafs adalah melibatkan dua proses utama iaitu al-takhalli (التخلي) dan al-tahalli (التحلي). Al-takhalli ialah membersihkan diri daripada sifat-sifat yang tercela, yang menghalang untuk sampai kepada hadrat Allah SWT. Manakala al-tahalli pula ialah menghias jiwa dengan sifat-sifat yang mulia sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Menurut al-Tusi, al-tahalli ialah mengikut golongan sodiqin, sama ada dari sudut perkataan mahupun dalam amalan zahir.
    Dari ‘Ubadah bin Shamit RA, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud;
    “Barangsiapa yang terjaga di malam hari, kemudian dia membaca atau dia berdoa (dengan doa yang lain), maka akan dikabulkan doanya. Jika dia berwudhu dan melaksanakan solat maka akan diterima solatnya.”
    Mengapakah Tazkiyah itu penting? Ia kerana manusia itu hakikatnya bukan semata-mata fizikal, tetapi yang membezakannya dengan kehidupan lain ialah kewujudan rohani. Maka melalui proses Tazkiyatun-Nafs, seorang manusia akan cerah jiwanya, hasil dari limpahan cahaya hidayah yang dikurniakan oleh Allah SWT. Hidupnya benar-benar sebagai manusia sejati, tidak lagi dikuasai oleh sifat-sifat kebinatangan.
    Wujud 7 amalan yang sangat disarankan Islam, jika seseorang terbangun dari tidur.

ความคิดเห็น •