kuih lopes resepi mak mak | sedap dan mudah

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 9 ก.ย. 2024
  • kuih lopes. Hi semua ,kali ni Malaykitchen nak berkongsi resepi kuih tradisional iaitu kuih lopes. Sebut sahaja namanya terbayang kuih bewarna hijau bersalut kelapa putih. Kuih lopes ni dinikmati dan makan bersama air gula merah.😘
    Cara-cara buat kuih lopes:
    1. Masak gula merah, gula putih sehingga larut dan pekat. Siap air gula angkat dan sejukan.
    2. Kisar daun pandan untuk dapatkan 1 cawan air pandan.
    3. Cuci bersih beras pulut dan tuang ke dalam loyang. Masukan santan cair ,air ,garam dan pewarna makanan.
    4. Gaul sebati beras kita akan kukus selama 30minit. (Selepas 15minit gembur kan pulut).
    5. Apabila pulut sejuk sedikit cedok ke atas daun pisang dan balut kemas. Sambung kukus semula 15-20 minit. Dah siap angkat dan biar sejuk.
    6. Sementara itu kukus kelapa parut putih dengan daun pandan dan sedikit garam.
    7. Potong kuih dengan pisau plastik supaya tidak melekat. Kemudian salut dengan kelapa parut bergaram.
    8. Semasa hendak makan, tuangkan air gula merah.
    Resepi Kuih Lopes
    Bahan-bahan :
    Air gula merah
    - 1 cawan gula merah
    - 2 sudu besar gula
    - 1 cawan air
    Air Pandan
    - 7 helai daun pandan
    - 1 cawan air
    Kuih
    - 3 cawan beras pulut
    - 1 cawan santan cair
    - 1/2 cawan air
    - garam
    - pewarna makanan hijau
    Kelapa bergaram
    - 1 biji kelapa parut putih
    - sehelai daun pandan
    - garam
    Mohon Follower MALAY kitchen SUBSCRIBE TH-cam kami :
    / malaykitchen​
    Laman web rasmi MALAY kitchen :
    malaykitchen.my​
    Telegram MALAY kitchen :
    t.me/malaykitc...
    Track: Ikson - Coral [Official]
    Music provided by Ikson®
    Listen: • #132 Coral (Chill Beat)
    #malaykitchen​ #kuihlopes #kuihmuih

ความคิดเห็น • 38

  • @malaykitchen
    @malaykitchen  ปีที่แล้ว +9

    Tips : Penggunana santan cair di dalam resepi adalah optional. Boleh ganti dengan air dengan sukatan yg sama. Tetapi penggunana santan cair menghasilkan kuih yang lebih lembut dan sedap

  • @suarimi590
    @suarimi590 ปีที่แล้ว +4

    Sedapnya weiii Cuba buat la nanti terima kasih ❤❤❤

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  ปีที่แล้ว

      Mesti cuba ya. Sedap samgat 🥰

    • @pgroshni6941
      @pgroshni6941 ปีที่แล้ว

      T.kasih resepi nya Sis 🙂👍

  • @foziahusop6887
    @foziahusop6887 ปีที่แล้ว +1

    Terima kasih kongsi bersama

  • @malaykitchen
    @malaykitchen  ปีที่แล้ว +4

    Tips : potong kuih semasa kuih sudah sejuk sedikit untuk potongan yang lebih kemas dan cantik

  • @ibusukinah9139
    @ibusukinah9139 ปีที่แล้ว +1

    Makasih Kaka,resep nanti sy mau coba,karna kue ini kesukaan ayah dan anak²,sy pun paling suka,karna rasa nya lembut ,berkuah,dan gurih,d Indonesia ibu kue tradisional❤🎉😊

  • @user-fl5ic5bq4y
    @user-fl5ic5bq4y 8 หลายเดือนก่อน

    Nampak mcm senang je nk buat..nnt nk cuba buat la..mak mertua suka sgt kueh ni...terima kasih resepi nye cik nom😊

  • @kuhasmaliza5509
    @kuhasmaliza5509 ปีที่แล้ว

    Terima ksih share resepi

  • @istersenyeme
    @istersenyeme ปีที่แล้ว +1

    40. Lk ❤günaydın arkadaşım hayırlı sabahlar dilerim canım kolay gelsin ellerinize emeklerinize sağlık afiyetle yiyin. çok lezzetli bir tarif 🌟👌👍😍🤩🌺💖

  • @INDERANICE
    @INDERANICE ปีที่แล้ว +1

    Sedapnya. Selamat berpuasa sis

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  ปีที่แล้ว +1

      Terima kasih. Selamat berpuasa juga

    • @INDERANICE
      @INDERANICE ปีที่แล้ว +1

      @@malaykitchen Sama-sama

  • @mamazio1023
    @mamazio1023 ปีที่แล้ว

    Lezaaaat

  • @rahizaosman7814
    @rahizaosman7814 ปีที่แล้ว

    Assalamualaikum wbt terima kasih ya kak ani semoga kak ani sihat dan di murah kan rezeki

  • @putehismail8115
    @putehismail8115 ปีที่แล้ว

    Saya belajar dulu nak buat lopez dengan merebus dengan air abu sampai pulutnya masak dan warna nampak bertukar dan pulutnya masak dan tuskan.

  • @alfiahchannel8992
    @alfiahchannel8992 ปีที่แล้ว

    Terimakasih atas resepnya Kak...

  • @pgroshni6941
    @pgroshni6941 ปีที่แล้ว +1

    ❤🥰😍👍👍👍

  • @miaamira3325
    @miaamira3325 ปีที่แล้ว +1

    🙂

  • @MohammadAzim-iza
    @MohammadAzim-iza ปีที่แล้ว

    👍

  • @jounwijn
    @jounwijn ปีที่แล้ว

    Aku Aktifkan Lonceng & Jempol Wajib & Gratis Daun pisang disini sangat mahal & susah

  • @malaykitchen
    @malaykitchen  ปีที่แล้ว

    Tips : Beras pulut yang digunakan boleh samada beras pulut biasa atau pulut susu .

    • @rienaa9026
      @rienaa9026 ปีที่แล้ว

      Kak nak tnya gula merah tu klu tiada blh guna gula melaka ke?

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  ปีที่แล้ว

      Boleh….mgkin warna akan sedikit cerah tp ok boleh guna

  • @andynim4400
    @andynim4400 ปีที่แล้ว

    Sedap nya 👍👍👍👍
    Sis nak tanya ni,,,
    setelah dibalut dengan daun pisang bole di simpan tak dalam frizeer

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  ปีที่แล้ว

      Terima kasih.. boleh. Simpan dalam peti sejuk dan jika nak makan baru kukus.

  • @amelzaamelza9711
    @amelzaamelza9711 ปีที่แล้ว

    Saya dari indonesia ,mau nanya 1 cawan tu berapa gram y

  • @malaykitchen
    @malaykitchen  ปีที่แล้ว +1

    Tips : Beras pulut tidak perlu direndam.

  • @sitisiti8528
    @sitisiti8528 ปีที่แล้ว +1

    Maaf...klu org dulu2 buat lopes ni lama rebusnya dan texture nya padat kenyal2 .. baru la lopes traditional. Klu mkn mmg ada beza yg kenyal dgn yg x kenyal ni. Yg kenyal mkn bnyk pun x muak.. mmg lain sgt rasa nya..

    • @tembikaisedap13
      @tembikaisedap13 7 หลายเดือนก่อน

      nak kenyal kena letak sikit kapur makan

  • @rikalestari8610
    @rikalestari8610 ปีที่แล้ว

    Aslmmkm saya dri riau 1 cawan yang hijau itu berapa grm ya

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  ปีที่แล้ว

      1 cawan beras lebih kurang 185gram

  • @hayatiems2265
    @hayatiems2265 ปีที่แล้ว

    Api pengukus besar atau sederhana?

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  ปีที่แล้ว

      Manja guna api yang sederhana besar.