Ziarah Badar Part 1: Singgah di Telaga Syifa

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 26 พ.ย. 2024
  • Badar terletak antara kota Makkah dan Madinah, tetapi lebih hampir dengan Madinah.
    Hanya satu jam lebih perjalanan dari Madinah berbanding Makkah yang mengambil masa lebih 3 jam menaiki bas.
    Badar merupakan tapak perang besar pertama muslimin menentang puak musyrikin Makkah dimana perang ini juga dikenali sebagai perang Badar Al-Kubra . Kisah berkenaan perang Badar akan saya ceritakan di video seterusnya sejajar dengan ziarah tapak perang dan bukit malaikat.
    Di video ini saya paparkan pemandangan bentuk muka bumi dan kehidupan masyarakat luar kota di sepanjang jalan menuju ke Badar. Kami juga singgah di Telaga Syifa (Bir Al Shifa / Shifa Well) yang sejarahnya adalah tempat para jemaah haji berhenti rehat sebelum meneruskan perjalanan antara Makkah dan Madinah. Mereka telah menggali telaga untuk bekalan air, walau bagaimana pun air yang keluar adalah pahit dan beracun sehinggakan haiwan juga tidak mahu minum.
    Selepas Rasulullah mengetahui berita tersebut, baginda telah berkumur dan ludah ke dalam telaga tersebut. Dengan izin Allah, air tersebut menjadi selamat untuk di minum dan sehingga kini banyak burung-burung terbang berkicauan di sekitar telaga ini.
    Telaga ini dinamakan Syifa kerana berupaya menyembuhkan sesetengah penyakit dengan izin Allah.
    Boleh tengok di video saya seterusnya dimana seorang jemaah warga emas yang tidak larat berjalan, tiba-tiba jadi sangat bertenaga berkat dari air telaga tersebut, dengan izin Allah. Wallahualam.
    Selain telaga Syifa, ada satu lagi telaga bersejarah berdekatan iaitu telaga Rauha.
    Tapi kami tidak berkesempatan ke sana kerana driver sesat tak jumpa jalan pula.
    Bukan rezeki kami kali ini.

ความคิดเห็น • 8