Kembara Bumi Mikraj (Israel dan Palestin) - Episod 6 (Akhir)

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 11 ก.ย. 2024
  • Kembara Bumi Mikraj (Israel dan Palestin) - Episod 6 (Akhir)
    Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Amman, Jordan yang mengambil masa 12 jam, diikuti sejam perjalanan darat ke sempadan Raja Hussein-Allenby (dikuasai Israel) untuk pemeriksaan imigresen Israel yang mengambil masa lebih tiga jam, seperti tidak terasa sebaik kaki menjejaki Baitulmaqdis, Palestin lokasi terletaknya Masjid al-Aqsa, tempat ibadat ketiga suci bagi umat Islam.
    Mempunyai peluang untuk menjejakkan kaki ke bumi Israel dan Palestin, Mawi memberitahu pengalaman berada di sana jauh berbeza daripada apa yang tersebar di media.
    Kita biasa dengar tentang bahaya dan bermacam lagi cerita mengenai keadaan di dua negara ini tetapi apabila saya sampai di sana, ia sebenarnya berbeza dengan apa yang sering digambarkan. Apa yang boleh saya katakan, tempat-tempat tersebut suasananya harmoni dan persekitarannya bersih.
    Bayangkan, Tel Aviv suasananya seperti di Singapura, bersih. Kami masuk ke negara tersebut melalui Jordan. Saya bersama 10 kru saya dan selebihnya adalah ahli rombongan yang hendak pergi bercuti.
    Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Cuma, setibanya kami di sempadan Tel Aviv, kami menjalani pemeriksaan ketat dan ditahan lebih kurang tiga jam. Kami dimaklumkan kerana masalah pasport sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan.
    Sepanjang 12 hari disana beliau berpeluang melawati beberapa tempat di Palestin dan Israel sekaligus menjalani penggambaran dokumentari berjudul Mawi di Bumi Mikraj.
    Antara tempat yang Mawi kunjungi ialah masjid Al-Aqsa, masjid Buraq selain turut terserempak dengan remaja yang membawa senjata salah satu perkara yang biasa di sana, ketika berkunjung ke pasar malam di Palestin sehingga membuatkan dia meremang bulu roma.
    Satu lagi pengalaman menarik, ketika di Tel Aviv, saya sempat pergi ke pasar malam di satu kawasan di situ. Ketika sedang berjalan-jalan saya ternampak dua anak muda remaja yang hanya memakai seluar pendek dan baju-t tetapi apa yang mengejutkan saya mereka memengang senjata jenis M16 sedang berlegar-legar di situ.
    Rupanya memang sentiasa ada remaja yang memang seperti sudah biasa membawa senjata jenis itu di mana-mana. Agak terkejut juga saya melihatnya, mulanya saya ingat senjata permainan tetapi memang senjata sebenar. Mungkin itu cara mereka berkawal.
    Mawi antara insan yang bertuah kerana dapat berkunjung ke negara Palestin dan Israel semoga satu hari nanti kami juga dapat ke sana untuk melihat sendiri kehidupan saudara Muslim di sana dalam menghadapi pelbagai dugaan hidup.

ความคิดเห็น •