Mahkamah Menetapkan 13 Remaja Lelaki Didakwa Bunuh Pelajar Kolej Vokasional Dalam Bilik Asrama

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 5 เม.ย. 2024
  • Bergari ke mahkamah, 13 remaja lelaki didakwa bunuh pelajar Kolej Vokasional dalam bilik asrama.
    SERAMAI 13 remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Lahad Datu pada Selasa atas dakwaan membunuh seorang pelajar di sebuah Kolej Vokasional bulan lalu.
    Berusia antara 16 hingga 19 tahun, kesemua remaja itu dituduh bersama-sama membunuh Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan yang berumur 17 tahun.
    Kes didakwa berlaku di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu pada 21 Mac dan 22 Mac, kira-kira pukul 9 malam hingga 7.38 pagi.
    Prosiding itu dijalankan secara tertutup di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani pada pukul 9 pagi.
    Namun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh memandangkan kes bunuh itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
    Ketika prosiding, hanya ahli keluarga tertuduh dibenarkan masuk ke bilik bicara kerana ia adalah kes juvana.
    Mahkamah menetapkan 16 Mei ini sebagai sebutan semula kes sementara menunggu penyerahan laporan kimia serta bedah siasat.
    Untuk rekod, mStar pada 22 Mac lalu melaporkan seorang pelajar lelaki ditemukan maut dipercayai dibelasah rakan-rakan dalam kejadian di sebuah asrama kolej vokasional di Lahad Datu.
    Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner (ACP) Rohan Shah Ahmad berkata siasatan awal mendapati punca kejadian bermula daripada perselisihan faham antara mangsa dengan penghuni asrama lain.
    Mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas lantai asrama kira-kira 6.50 pagi dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Hospital Lahad Datu yang turut hadir memberikan rawatan kecemasan.
    bunuh pelajar Kolej Vokasional,bunuh pelajar di asrama,13 remaja lelaki didakwa bunuh,maut dibelasah rakan,berita malaysia,buletin tv9,awaninews,news malaysia,buletin utama
  • บันเทิง

ความคิดเห็น •