RESTORAN ALIFF | Makanan Mamak Pelik

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 22 ต.ค. 2024

ความคิดเห็น • 18

  • @TheJhonquest
    @TheJhonquest 4 หลายเดือนก่อน

    Terbaik 😂😂😂 tahap kolestrol bertambah naik..

  • @imranzakhayev
    @imranzakhayev 4 หลายเดือนก่อน

    Yang last tulisan jawi tu "Selamat Datang ke Restoran Alif"

  • @darththaurer
    @darththaurer 4 หลายเดือนก่อน

    I fear for humanity with some of these mixes 😂

    • @joeonnmalaysia
      @joeonnmalaysia  4 หลายเดือนก่อน +1

      Today's cringe, tomorrow's binge. Creativity is the essence of humanity.

  • @jawijawijawi5047
    @jawijawijawi5047 5 หลายเดือนก่อน

    "Selamat datang ke restoran Alif"
    Seram pulak dia punya outro tp itulah hakikat yg perlu kita hadapi... Terima kasih bro sbb berikan peringatan 👍
    Nk cadangkan video, boleh bincangkan sikit knp ramai orang Cina dan India yg tak suka apabila tulisan Jawi nak dimasukkan ke dalam silibus pembelajaran di sekolah rendah. Padahal ianya hanyalah tulisan tradisi orang Melayu.
    Pada pandangan saya tahap perpaduan orang bukan Melayu dlm Malaysia masih kurang sehingga ada sesetengah rakyat yang tak nak ambil tau langsung tentang tradisi dan bahasa kebangsaan kita. Kalau di China semua suku pasti mahir bercakap dalam bahasa Mandarin dan di India semua ras pasti boleh berbahasa Hindi kerana ianya merupakan bahasa kebangsaan negara. Tapi di Malaysia masih ramai rakyat tempatan yang sengaja mengetepikan bahasa kebangsaan dan menganggapnya sebagai bahasa yang tiada nilai utk dikuasai. Memang tiada semangat kenegaraan langsung bagi org yang macam tu.
    Dan boleh tak abg bagikan sedikit pendapat abg bila dah pandai tulisan Jawi ni adakah tulisan ini berbahaya utk dipelajari oleh bukan Islam di Malaysia?
    سكيان تريما كاسيه ❤

    • @joeonnmalaysia
      @joeonnmalaysia  4 หลายเดือนก่อน +3

      Di India, masih ramai lagi yang reject bhs Hindi, seperti org Tamil di Selatan.
      Bagi sesetengah org di Msia, tulisan Jawi merupakan tulisan yang serupa dengan tulisan2 al-Quran, dan menyentuh isu sensitif agama. Betul bahawa Jawi adalah tulisan tradisi dan warisan Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, tulisan2 yg lagi awal sebelum kedatangan Islam ke Malaysia termasuk tulisan abugida Pallava dan Rencong.
      Saya tak reject langsung kalau tulisan Jawi nak dimasukkan ke dalam silibus pembelajaran di sekolah rendah. Jawi bagi saya lagi senang berbanding dengan tulisan2 seperti Cina, Thai dan Tamil. Dulu semasa saya di sekolah menengah Katholik, cikgu pendidikan seni yg mengajar saya tulisan jawi dan khat berbangsa Cina. Tapi lagi bagus kalau silibus sekolah rendah juga memperkenalkan tulisan Tamil, Punjabi, Cina dan lain2 kpd murid2 Melayu (tak perlu mahir, sebagai pendedahan sikit saja)

    • @jawijawijawi5047
      @jawijawijawi5047 4 หลายเดือนก่อน

      @@joeonnmalaysia saya pun setuju kalau semua bahasa Tamil dan Mandarin diperkenalkan kepada pelajar sekolah rendah sebagai pengenalan terhadap masyarakat berbilang kaum. Barulah kita semua saling mencintai dan menghargai budaya antara semua kaum. Saya pun masa di sekolah belajar tulisan Tamil dengan kawan India saya, lepas sekolah saya belajar bahasa Mandarin dan Hanzi di TH-cam. Kat sekolah saya pun ada seorang kawan Cina saya yang minat belajar bahasa Arab dan tulisan Arab. Tapi bagi saya bahasa Melayu dan tulisan Jawi lah yang paling perlu diberi keutamaan sekarang sebab ianya merupakan identiti negara Malaysia. Tengok negara Brunei, semua kaum diajar tulisan Jawi di sekolah kerana ianya merupakan suatu identiti nasional yang patut menjadi kebanggaan rakyat. Kalau boleh saya nak negara Malaysia pun mengembalikan semula kegemilangan tulisan Jawi yang suatu ketika dahulu menjadi suatu persuratan rasmi orang Melayu. Kalau nak cakap tulisan Jawi serupa dengan tulisan Al-Quran, adakah mereka cuba menolak kebenaran Islam dengan mengelakkan diri daripada belajar tentang agama ini sedangkan mereka mengetahuinya. Lagipun banyak produk keluaran orang Cina di pasaran tempatan yang memaparkan tulisan Jawi pada pembungkusan produk mereka kononnya untuk menarik pembelian oleh masyarakat Melayu. Bukankah ini secara ironinya menunjukkan bahawa tulisan Jawi bukanlah masalah utama untuk orang bukan Islam mempelajarinya.

    • @joeonnmalaysia
      @joeonnmalaysia  4 หลายเดือนก่อน +2

      @@jawijawijawi5047 Bagus pendapat, tidak dapat dinafikan bahawa sikap toleransi amat penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan majmuk.

  • @alangazura6997
    @alangazura6997 5 หลายเดือนก่อน

    Blh muntah wo mkn plik2 hihi

    • @joeonnmalaysia
      @joeonnmalaysia  4 หลายเดือนก่อน

      takde muntah, cirit-birit pun tak ada

  • @imranzakhayev
    @imranzakhayev 4 หลายเดือนก่อน

    hahahaaaa.....sebutan dia "kay-ju" bro bukan ke-ju walaupun ejaan dia keju.

    • @joeonnmalaysia
      @joeonnmalaysia  4 หลายเดือนก่อน

      maaf, tak dapat bezakan e pepet atau e taling

  • @AMSWingsOfLiberty
    @AMSWingsOfLiberty 4 หลายเดือนก่อน

    sedih tengok komen rasis awal2 tu haih

    • @joeonnmalaysia
      @joeonnmalaysia  4 หลายเดือนก่อน

      Komen yang mana?

    • @AMSWingsOfLiberty
      @AMSWingsOfLiberty 4 หลายเดือนก่อน

      @@joeonnmalaysia mata sepet tu

    • @joeonnmalaysia
      @joeonnmalaysia  4 หลายเดือนก่อน

      @@AMSWingsOfLiberty oh, haha