JOHAN PIDATO BAHASA ARAB SEKOLAH KIBLAH 2017 (AIMAN B MOHD FAIZ)

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 29 ส.ค. 2017
  • PERTANDINGAN PIDATO BAHASA ARAB SEKOLAH KIBLAH 2017
    (PERINGKAT AKHIR)
    Tarikh: 22 Ogos 2017
    Hari: Selasa
    Masa: 9:00 malam hingga 11:15 malam
    Tempat: Dewan Utama Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah
    Anjuran: Jabatan Bahasa Arab Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah
    Objektif program:
    1.Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri apabila bertutur dalam Bahasa Arab di khalayak umum.
    2. Mengaplikasikan tajuk yang dipelajari dalam mata pelajaran Bahasa Arab (Ta'abir) iaitu subjek khas bagi Kurikulum YAKIN.
    3. Menambahkan kosakata atau perkataan baru yang digunakan dalam teks ucapan.
    4. Menarik minat pelajar dalam mempelajari Bahasa Arab.
    Taabir adalah salah satu mata pelajaran Bahasa Arab yang mementingkan penulisan dan percakapan dalam Bahasa Arab. Bersesuaian dengan tajuk taabir tingkatan 4 iaitu "Pengucapan Awam", pihak Jabatan Bahasa Arab menganjurkan satu program yang bermanfaat dan menarik iaitu:
    "Musabaqah Khitobah Allughah Alarabiyyah" yang bertemakan
    "لغتنا لغة كلام الله" iaitu "Bahasa Kami adalah Bahasa Kalam Allah". Program ini berfokuskan kemahiran bertutur dalam Bahasa Arab dan sekaligus meningkatkan keyakinan diri pelajar.
    Seramai 16 orang pelajar daripada tingkatan 4 terpilih daripada saringan pertandingan Khitobah.
    Mereka adalah:
    1) Hafidhal bin Mohd Jamil, Muhammad Aiman Naufiq bin Muhammad Zaidi, Muhammad Zahirulhaq bin Zafran, Ahmad Izhar Syahmi bin Abd Halim, Abdurrahman bin Muhd Redzuan, Irfan Rafiuddin bin Mansor, Muhammad Afif Zafri bin Muhd Fitri Chin, Muhammad Rafiuddin bin Mohd Rais, Aiman bin Mohd Faiz, Anwar Hakim bin Saharudin, Aedi Haikal bin Asmawi, Manal Aufa Faisal, Nurul Farhanah bt Awaluddin, Nur Anisah bt Fakhrul Razi, Zaharatul Ajmal bt Mohd Fadzli, Aeshah bt Ibnu Sabah.
    Program ini dijayakan oleh Ketua Panitia Bahasa Arab iaitu Ustazah Siti Zulaikha binti Mustapa dan dibantu oleh Ustazah Zaharoh bt Fajar Nina Purnama Alam, Ustazah Faridah bt Abdullah, Ustazah Annimah bt Abu Rijal, Ustaz Mohammad Ali Shahman dan Ustaz Anwar Sadek.
    Pertandingan ini dihakimi oleh barisan hakim yang sangat berpengalaman dalam bidang pengucapan umum. Antaranya adalah Ustaz Ismail Savane, Ustaz Ibrahim Fahad, Ustaz Emir Hakim bin Kamaruzzahari, Ustaz Syed Hasan bin Syed Omar dan Ketua Hakim adalah Ustaz Jaid Hafizi bin Idris, Eksekutif Kanan Maybank Islamic Berhad yang berpengalaman dalam pidato dan debat arab serta pernah memenangi tempat pertama Debat Bahasa Arab Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan tahun 2008.
    Program dimeriahkan lagi dengan persembahan video-video arab menarik dan juga persembahan nasyid arab oleh kumpulan nasyid sekolah.
    Semoga segala usaha pihak jabatan dapat meningkatkan semangat mereka untuk mempelajari dan meminati bahasa AlQuran dan menggunakan bahasa ini dalam menyebarkan agama Allah. Aameen.

ความคิดเห็น •