Sekinchan, Selangor | 12 tempat menarik yang wajib singgah dalam 3 Hari 2 Malam

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 16 ก.ค. 2024
  • Video kali ni saya nak share pengalaman 3 hari 2 malam kat Sekinchan. Aktiviti menarik yang kami lakukan banyak, tapi saya senaraikan antara 12 yang terbaik. Sekinchan adalah salah satu kawasan di Selangor yang menjadi pusat pengeluaran padi. Jadi tak hairan lah kalau Sekinchan ni terkenal dengan sawah padinya. Pemandangan sawah padi di sini amatlah cantik especially semasa matahari terbit dan terbenam. Warna hijau keemasan memberi impak scenery yang terbaik. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar dan melakukan aktiviti berbasikal di sini.
    Selain tu, Sekinchan juga terkenal dengan makanan laut yang segar dan unik seperti Mentarang dan Belangkas. Banyak kedai-kedai makan di area Sekinchan yang menyediakan menu Mentarang, tapi saya memilih untuk mencuba makanan rare ni di Faridah Mentarang. Sangat sedap dan juicy. Cuba jangan tak cuba.
    Untuk memaksimakan lawatan saya ke Sekinchan dan membolehkan saya travel ke kawasan lain dalam satu masa, saya memilih Villa Chee, sebuah homestay berkonsepkan kabin. Lokasi Villa Chee ni amatlah strategik dan berada di kawasan tengah sawah yang cantik. Ada few lagi homestay berdekatan, seperti Paddy Box, Farm Ville. Bolehlah pilih ikut kesesuaian budget dan availability. Harga bilik jenis "kabin mengadap sawah" di tingkat atas ialah RM 260 semalam. Harga ni tanpa breakfast. Boleh check harga terkini di sini www.villachee.com.my/. Servis Food Panda juga available dan mudah untuk memesan food terutama untuk sarapan.
    Selain di kawasan Sekinchan, korang boleh juga explore ke Kuala Selangor untuk melihat Kelip2 di Kg Kuantan dan Sky Mirror. Dua aktiviti ni sangat menarik untuk dilakukan terutama bersama kawan2 dan keluarga.
    Aktiviti untuk melihat Kelip2 (Fireflies), ia perlu dibuat pada waktu malam dan pakej ini termasuk aktiviti melihat air yang bercahaya biru atau Blue Tears.
    Di Skymirror pula, ianya merupakan pengalaman berjalan di dasar laut (seabed) yang kelihatan di atas air semasa air surut. Korang perlu check dulu tarikh2 / masa2 tertentu untuk join aktiviti ini. Teknik gambar2 yang dicapture sangat unik dan menarik seperti kita berdiri di atas cermin (skies meet the earth). Biasanya gambar2 diambil oleh tour guide kita.
    Harga keseluruhan untuk tour kelip2 ialah RM 50/dewasa dan RM 30/kanak per trip. Untuk skymirror, harganya adalah sama RM 60/dewasa atau kanak2. Ini adalah harga promo yang saya dapat pada ketika itu. Boleh contact Ms Ng kalau nak book - 010-4357792.
    Senarai aktiviti-aktiviti menarik (recommended) adalah seperti dibawah;
    1. Kampung Kelip2 dan Blue Tears
    2. Membeli ikan segar dan murah di Pasar Awam Sekinchan
    3. Muzium/Galeri Padi
    4. Bukit Malawati
    5. Berbasikal di tengah sawah ketika matahari terbenam
    6. Brisk walk pagi di tengah sawah ketika matahari terbit
    7. Pantai Redang
    8. Ah Ma House
    9. Lunch di Faridah Mentarang
    10. Drive-through Coconut Shake
    11. Lunch di Pantimor
    12. Dinner @ Ketam Cabin
    Full itinerary 3 hari 2 malam:
    a) Hari Pertama
    Bertolak dari KL - 2.30 pm
    Sampai di Villa Chee - 5.00 pm
    Kelip-kelip dan Blue Tears - 7.45 pm
    Dinner @ Ketam Cabin - 9.30 pm
    b) Hari Kedua
    Breakfast - 8.00 am
    Skymirror - 12.15 pm
    Lunch di Faridah Mentarang - 3.00 pm
    Riadah di Pantai Redang - 4.00 pm
    Ah Ma House - 5.00 pm
    Berbasikal ketika Sunset - 6.30 pm
    c) Hari Ketiga
    Jalan-jalan di sawah ketika sunrise - 6.45 am
    Check-out Villa Chee - 10.00 am
    Muzium Padi - 10.45 am
    Pasar Awam Sekinchan - 11:30 am
    Bukit Malawati - 12.45 pm
    Lunch di Pantimor - 1.30 pm
    Bertolak ke KL - 2.30 pm
    Dibawah ni ada time stamps untuk melihat aktiviti harian kami
    0:00 Hari Pertama
    3:58 Hari Kedua
    8:00 Hari Ketiga
    Terima kasih menonton. Jangan lupa untuk subscribe,like dan share video ni.
    =================================================================================
    Below is the gear, equipment I use for filming
    Ground Filming - Cameras
    1. Gopro 10 -- shope.ee/2VEedoJjm5
    2. Sony A7S3 -- shope.ee/6UknPM3eKW
    3. Gimbal for Sony A7S3 -- shope.ee/9zKfbkXqFO
    4. Lense for A7S3 -- shope.ee/3fQc4fr1fd
    Aerial Filming - Drone
    1. DJI Mavic Air2s -- shope.ee/2prV31PS5o
    2. DJI Mavic 3 -- shope.ee/fn0SwZuyI
    SD Card for 4K Video
    1. SanDisk Micro SD Card -- shope.ee/2prV3tyUXR
    2. Lexar Professional -- shope.ee/10Pqshwcz2
    ==================================================================================

ความคิดเห็น • 169