Nak buang kekoh gimana?10 tahun tak ckp.ckp ayat pendek dan nak elak bencana pd diri atau tak boleh nak ambil peduli bila org dekat pun nak mati ttp tak insaf.
Tu hadis dhaif kan? Azab bun0h diri tu. Tapi kalau amal dia banyak, buat 1 dosa bun0h diri, konfem tak kena hukum dalam neraka sebab timbangan amal dia lagi banyak dan masuk syurga
Ada yang secara semberono menolak hadis daif atau lemah dengan beranggapan ia tidak boleh digunakan atau mempersoalkan keperluan menjadikannya sebagai dalil. Hadis daif sebenarnya masih tergolong dalam kategori hadis seperti yang dibahagikan oleh Ibnu Solah (wafat pada 643 Hijrah) dalam kitabnya al-Muqaddimah. Ulama bermazhab Syafie itu mentakrifkan hadis daif sebagai hadis yang tidak memenuhi syarat sahih, iaitu diriwayatkan oleh perawi adil yang memiliki ingatan kuat, sanad bersambung kepada Rasulullah SAW dan tidak mempunyai kekurangan serta tidak mencukupi tahap hasan yang berada di bawah sahih. Ini bermakna kedudukan daif yang walaupun tidak mempunyai ciri yang melayakkannya berada pada darjat sahih atau hasan, ia masih dikategorikan dalam hadis. Ini kerana sesuatu hadis berada dalam kategori daif disebabkan masalah teknikal pada sanadnya tetapi ada kalanya ia mempunyai lebih daripada satu jaluran sanad perawi sehingga menguatkannya, sekali gus mengangkatkannya kepada hasan li ghairih. Secara umumnya hadis daif tidak ditolak secara sepenuhnya dalam perbincangan ilmu, sebaliknya jumhur ulama membolehkan dan mengharuskan penggunaannya dalam persoalan kelebihan sesuatu ibadat, dorongan janji baik dan peringatan janji buruk yang diberikan dalam agama asalkan tidak sampai ke tahap maudu’ atau rekaan. Keharusan penggunaan hadis daif juga disebut oleh Imam Nawawi dalam kitabnya yang terkenal, al-Azkar dengan menyimpulkan pandangan ahli hadis dan fuqaha. Disebabkan kedudukan hadis daif bersifat teknikal itulah, maka jumhur ulama berhati-hati dengan tidak menjadikannya sebagai sandaran dalam perkara yang bersifat usul dalam akidah dan hukum-hakam. Pada masa sama, ulama juga tidak semberono menolak hadis daif hingga menjadikannya seolah-olah dalil yang tidak boleh dipakai langsung atau tidak tergolong dalam kalam Rasulullah SAW, bahkan ulama besar seperti Imam Ahmad masih menggunakannya dalam perbincangan hukum mengikut syarat tertentu. Malah kedudukan daif pada sesuatu hadis pun menjadi perbahasan di kalangan ahli hadis kerana banyak faktor seperti sanad berbeza yang mempunyai status perawi berlainan dan sikap berhati-hati atau bermudah-mudah yang diambil seseorang ahli hadis dalam penyelidikan mentashihkan sesuatu hadis. Oleh itu, kita mendapati perbahasan dan perdebatan fiqh dalam tradisi Islam lebih kompleks tetapi beradab daripada polemik sesuatu hukum dalam media sosial yang cepat menjatuhkan keputusan atau menolak kesimpulan berdasarkan kefahaman yang singkat, sekali gus membawa kepada pertelingkahan yang jelek. Sumber Berita Harian
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Alhamdulillah AllahuAkbar
.. .. ....
Nak buang kekoh gimana?10 tahun tak ckp.ckp ayat pendek dan nak elak bencana pd diri atau tak boleh nak ambil peduli bila org dekat pun nak mati ttp tak insaf.
Hati sakit...😢
alhamdulilah 😊
Masaalah 😢
Tu hadis dhaif kan? Azab bun0h diri tu. Tapi kalau amal dia banyak, buat 1 dosa bun0h diri, konfem tak kena hukum dalam neraka sebab timbangan amal dia lagi banyak dan masuk syurga
Confirm ? Jangan buat keje Allah . Cukup kite tahu bunuh diri tu HARAM dan DOSA BESAR . Wallahu A'lam
Ada yang secara semberono menolak hadis daif atau lemah dengan beranggapan ia tidak boleh digunakan atau mempersoalkan keperluan menjadikannya sebagai dalil.
Hadis daif sebenarnya masih tergolong dalam kategori hadis seperti yang dibahagikan oleh Ibnu Solah (wafat pada 643 Hijrah) dalam kitabnya al-Muqaddimah.
Ulama bermazhab Syafie itu mentakrifkan hadis daif sebagai hadis yang tidak memenuhi syarat sahih, iaitu diriwayatkan oleh perawi adil yang memiliki ingatan kuat, sanad bersambung kepada Rasulullah SAW dan tidak mempunyai kekurangan serta tidak mencukupi tahap hasan yang berada di bawah sahih.
Ini bermakna kedudukan daif yang walaupun tidak mempunyai ciri yang melayakkannya berada pada darjat sahih atau hasan, ia masih dikategorikan dalam hadis.
Ini kerana sesuatu hadis berada dalam kategori daif disebabkan masalah teknikal pada sanadnya tetapi ada kalanya ia mempunyai lebih daripada satu jaluran sanad perawi sehingga menguatkannya, sekali gus mengangkatkannya kepada hasan li ghairih.
Secara umumnya hadis daif tidak ditolak secara sepenuhnya dalam perbincangan ilmu, sebaliknya jumhur ulama membolehkan dan mengharuskan penggunaannya dalam persoalan kelebihan sesuatu ibadat, dorongan janji baik dan peringatan janji buruk yang diberikan dalam agama asalkan tidak sampai ke tahap maudu’ atau rekaan.
Keharusan penggunaan hadis daif juga disebut oleh Imam Nawawi dalam kitabnya yang terkenal, al-Azkar dengan menyimpulkan pandangan ahli hadis dan fuqaha.
Disebabkan kedudukan hadis daif bersifat teknikal itulah, maka jumhur ulama berhati-hati dengan tidak menjadikannya sebagai sandaran dalam perkara yang bersifat usul dalam akidah dan hukum-hakam.
Pada masa sama, ulama juga tidak semberono menolak hadis daif hingga menjadikannya seolah-olah dalil yang tidak boleh dipakai langsung atau tidak tergolong dalam kalam Rasulullah SAW, bahkan ulama besar seperti Imam Ahmad masih menggunakannya dalam perbincangan hukum mengikut syarat tertentu.
Malah kedudukan daif pada sesuatu hadis pun menjadi perbahasan di kalangan ahli hadis kerana banyak faktor seperti sanad berbeza yang mempunyai status perawi berlainan dan sikap berhati-hati atau bermudah-mudah yang diambil seseorang ahli hadis dalam penyelidikan mentashihkan sesuatu hadis.
Oleh itu, kita mendapati perbahasan dan perdebatan fiqh dalam tradisi Islam lebih kompleks tetapi beradab daripada polemik sesuatu hukum dalam media sosial yang cepat menjatuhkan keputusan atau menolak kesimpulan berdasarkan kefahaman yang singkat, sekali gus membawa kepada pertelingkahan yang jelek.
Sumber Berita Harian
Yakin nya banyak pahala...
xtepat tu
salah tuu..