Putus asa bukan pilihan dalam hidup
ฝัง
- เผยแพร่เมื่อ 18 ม.ค. 2025
- Terkejut sangat sebak bila saya tanya siapa pernah rasa putus asa dalam hidup, rasa lebih baik mati je dan terasa macam nak bunuh diri?
Seorang abang ni cerita rasa putus harapan dalam hidup sehingga datang rasa lebih baik mati je. Betapa rasa selalu susahkan isteri yang baik. Buat salah padanya. Hilang pekerjaan. Buntu cari kerja. Saya dekat dan cakap padanya Allah sayang padanya. Dia ada doa Nabi saw. Doa ibu bapa dan isteri. Abang tu peluk saya menangis.
Selepas itu abang tu tanpa selipar terus pergi ke tempat isterinya peluk minta maaf. Semua sebak menangis. Ya Allah terharunya. Syukur abang ni baru dapat kerja dan berterima kaseh pada isterinya membawa beliau ke sini. Masya-Allah. Abang ini orang baik dan rendah diri. Isterinya baik dan memaafkannya. Doa seorang isteri yang solehah. Subhanallah. Syukur pada Allah.
Beberapa pasangan nak berpisah hari ini juga bisik pada saya tak jadi nak berpisah. Allahuakbar. Terima kaseh Allah. Dialah Allah Maha Kaya. Maha Kuasa. Hati manusia dalam genggamanNya-ebitlew
Program ini Seminar Keluarga Sunnah #PerbaikiDiri di Kuala Terengganu.
Jemput semua bersama dalam Keluarga Sunnah #PerbaikiDiri seterusnya di Kelantan, Melaka, Sabah dan Sarawak. Daftar di :
Online : transformjiwa....
WhatsApp : wasap.my/60173666848
Hubungi : 0389267070