Pada awalnya kumpulan ini menggunakan nama kumpulan Metal Wizard. Kesemua anggotanya merupakan kumpulan pemuda yang kesemuanya berasal dari Kampung Gali Hilir, Raub, Pahang. Kumpulan Metal Wizard ini yang ditubuhkan pada sekitar tahun 1984 terdiri daripada Rosli (gitar), Mazlan (gitar), Yan (bass), Danas (keyboard), Razali dan Burn (vocal). Mereka menjalani latihan muzik bagi meningkatkan prestasi dan mendapatkan bimbingan dan pengawasan daripada kelab LLN dan JKR Raub, Pahang. Berkembang dari itu, mereka mula bergiat aktif membuat persembahan di majlis kahwin atau di funfair sekitar bandar Raub. Pada tahun 1986, kumpulan Metal Wizard telah menyertai pertandingan Juara-Juara Rock peringkat negeri Pahang yang di anjurkan oleh Dewi Suhana Studio Johor Bharu, dan berjaya menggondol tempat pertama, sekaligus menaikan nama kumpulan Metal Wizard ketika itu di Pahang. Mereka kemudian menyertai Pertandingan Juara Rock Malaysia pada tahun yang sama, bersaing dengan kumpulan May, Desire dan The Kids. Namun, mereka gagal merangkul sebarang hadiah dalam pertandingan tersebut. Sungguhpun gagal,kumpulan Metal Wizard tetap berkecimpung dalam bidang hiburan, malah giat berlatih disamping menghantar demo pada beberapa syarikat rakaman. Usaha mereka akhirnya berjaya menghasilkan kejayaan apabila mereka telah diterima oleh syarikat rakaman PMI (Perdana Muzikal Industri). Mereka kemudian mengambil keputusan menukarkan nama kumpulan mereka kepada kumpulan Meditasi. Nama ini diilhamkan oleh Liey (gitaris) yang memilih nama dari kamus, dan juga merupakan judul sebuah lagu yang terdapat dalam album kumpulan Headwind. Nama ini juga digunakan sebagai judul album sulung mereka yang dikeluarkan pada tahun 1990. Dalam rakaman tersebut, Raja Azreen telah menggantikan tempat Atan sebagai pemain drum. Album Meditasi vol-1 (1990) Album sulung mereka dirakamkan di Studio Channel 11 dan menggunakan nama baru kumpulan tersebut sebagai judul album. Ternyata album sulung mereka itu mendapat sambutan yang hangat dengan jualan mencecah 50 ribu unit, sesuatu yang membanggakan bagi satu album pertama rock. DIantara lagu yang mendapat sambutan adalah Biar Pedih Kasih Memanjang. Album Bidadari (1991) Pada tahun 1991, album berikut mereka, "Bidadari", dibebaskan, juga mendapat sambutan yang besar dari peminat mereka, sekaligus memantapkan nama mereka dalam industri hiburan dengan jualan yang mencecah hampir 75 ribu unit. Mereka mendapat sambutan sehingga ke luar negara di Thailand dan pernah membuat persembahan di sana. Diantara lagu menjadi taruhan dalam album ini ialah "Bidadari" yang menjadi taruhan pertama. Juga album ini memuatkan lagu "Hukuman Pada Pesona". Album Realisma (1992) Album ketiga kumpulan Meditasi ini diterbitkan pada tahun 1992, juga di bawah label PMI (Perdana Muzikal Industri). Ini merupakan album terakhir mereka di bawah label tersebut kerana ternyata masalah yang melanda PMI (Perdana Muzikal Industri) sedikit sebanyak turut mengganggu kelancara promosi, dan dengan itu sambutan pada album ketiga mereka ini. Berikutan dengan itu, beberapa anggota kumpulan ini mengundurkan diri, membawa haluan masing-masing. Album Demi Rindu (1995) Sungguhpun kehilangan beberapa anggota, kumpulan Meditasi bangkit kembali dan kembali merakamkan album yang berjudul Demi Rindu. Album ini diterbitkan pada tahun 1995 di bawah label syarikat rakam baru mereka, iaitu SCS. 2 anggota asal yang kekal, iaitu Burn dan Raja Azreen, dengan disertai oleh anggota baru Meditasi iaitu Man Tobey dan Bonn masih berupaya menghasilkan muzik yang gah. Ahli kumpulan Meditasi ini masih kekal aktif mengadakan persembahan sehinga kini. Ahli Metal Wizard (1983) Rosli Ahmad (Liey)- Guitar Allahyarham Ahmad Sufian (Yan)- Bass Bakaruddin Daud (Burn)- vokal Atan- Drum Kumpulan ini telah menukarkan namanya kepada MEDITASI pada tahun 1989, setelah mendapat tawaran merakamkan album pertama Ahli muzik di dalam setiap album Meditasi Album Pertama Meditasi vol-1 (1990) Album kedua Bidadari (1991) Album Ketiga Realisma (1992) Rosli Ahmad- Guitar Allahyarham Ahmad Sofian- Bass Raja Azreen - drum Burn Meditasi- Vocal Ahli muzik di dalam album keempat( Demi Rindu - 1995) Bonn- Guitar Man Tobay- Bass Raja Azreen- Drum Burn Meditasi- Vocal Salah seorang ahli asalnya, pemain bass, Ahmad Sofian Idris telah meninggal dunia pada tahun 2007 kerana sakit paru-paru berair. Album Demi Rindu - (1995) Realisma '92 - (1992) Bidadari '91 - (1991) Meditasi '90 - (1990) Lagu-lagu Demi Rindu '95 - (1995) Album ke - 4 Rencana Atlantis Sembah Salamku (Ayah Dan Ibu) Kata Tak Bermakna Kemarau Dalam Dada Kerana Cerita Demi Rindu Kita Pelumba Maut Aku Terpaksa Gadis Seribu Satu Malam Debu Tetap Debu Realisma '92 - (1992) Album ke - 3 Begini Aku Begitu Kau Takdir menanti Blues 2020 Jurang Realisma Tambang Ngarai Mas Toso Bayangan Cinta Gobek Sireh Keagongan Mu Bidadari '91 - (1991) Album ke - 2 Bidadari Kehancuran Api Dusta Mu Warisan Konflik Hukuman Pada Pesona Agresif Wajah Peperangan Kepastian Ma Pio Meditasi '90 - (1990) Album Pertama Debu Berbisa Saat Ini Kau Tiada lagi Kemarau Panjang Hey Hey Hey Meditasi Bisikan Hati Jurang Biar Pedih Kasih memanjang Protes Terhadap Salman Rushdie (surah Syaitan) Sayangku Warna Sejarah
Masih lunak suara Burn walaupun sudah berumur.. petikan guitar lead & bass tetap mempersona dentuman drum padat mengiring melodi dan suara sehingga kini dan selamanya.. teruskan perjuangan Rock Otai ......
Itulah bukan senang nak cari pilihan hati yg boleh terima baik,buruk,kelebihan dan kekurangan kita, saya harap Allah makbulkan hajat awak untuk tamatkan zaman bujang awak dan dapat bertemu plihan hati kekal hingga ke syurga aamiin
Masih Belum Terlewat. Dalam mengejar Cinta.Terbaik lagu ni. Mantap. Syahdu. Hebat.Rancak sekali lagunya. Masih dengar Like. 18 November 2020.Harap Cinta Jangan Pergi. Harap Setia Selalu #TowerKorona #SetiaYangSatu #UTurnLagiDong #UnderTheDome3
Al-Fatihah (dibaca) kepada Allahyarham Man Tobey yang telah meninggal dunia pada 20 Mac 2023 akibat komplikasi kecederaan dari kemalangan jalan raya ...
Siapa yg cakap lagu ketuhanan 😂😂, itu diorang memandai je tukarkan katanya ikut pilihan masing2,padahal lagu untuk perempuan tapi diorg tukar kepada cinta tuhan. Biasalah org klu dah berilmu hahaha habis smua dia kata lagu ketuhanan
Pada awalnya kumpulan ini menggunakan nama kumpulan Metal Wizard. Kesemua anggotanya merupakan kumpulan pemuda yang kesemuanya berasal dari Kampung Gali Hilir, Raub, Pahang. Kumpulan Metal Wizard ini yang ditubuhkan pada sekitar tahun 1984 terdiri daripada Rosli (gitar), Mazlan (gitar), Yan (bass), Danas (keyboard), Razali dan Burn (vocal).
Mereka menjalani latihan muzik bagi meningkatkan prestasi dan mendapatkan bimbingan dan pengawasan daripada kelab LLN dan JKR Raub, Pahang. Berkembang dari itu, mereka mula bergiat aktif membuat persembahan di majlis kahwin atau di funfair sekitar bandar Raub.
Pada tahun 1986, kumpulan Metal Wizard telah menyertai pertandingan Juara-Juara Rock peringkat negeri Pahang yang di anjurkan oleh Dewi Suhana Studio Johor Bharu, dan berjaya menggondol tempat pertama, sekaligus menaikan nama kumpulan Metal Wizard ketika itu di Pahang. Mereka kemudian menyertai Pertandingan Juara Rock Malaysia pada tahun yang sama, bersaing dengan kumpulan May, Desire dan The Kids. Namun, mereka gagal merangkul sebarang hadiah dalam pertandingan tersebut.
Sungguhpun gagal,kumpulan Metal Wizard tetap berkecimpung dalam bidang hiburan, malah giat berlatih disamping menghantar demo pada beberapa syarikat rakaman. Usaha mereka akhirnya berjaya menghasilkan kejayaan apabila mereka telah diterima oleh syarikat rakaman PMI (Perdana Muzikal Industri).
Mereka kemudian mengambil keputusan menukarkan nama kumpulan mereka kepada kumpulan Meditasi. Nama ini diilhamkan oleh Liey (gitaris) yang memilih nama dari kamus, dan juga merupakan judul sebuah lagu yang terdapat dalam album kumpulan Headwind. Nama ini juga digunakan sebagai judul album sulung mereka yang dikeluarkan pada tahun 1990. Dalam rakaman tersebut, Raja Azreen telah menggantikan tempat Atan sebagai pemain drum.
Album Meditasi vol-1 (1990)
Album sulung mereka dirakamkan di Studio Channel 11 dan menggunakan nama baru kumpulan tersebut sebagai judul album. Ternyata album sulung mereka itu mendapat sambutan yang hangat dengan jualan mencecah 50 ribu unit, sesuatu yang membanggakan bagi satu album pertama rock. DIantara lagu yang mendapat sambutan adalah Biar Pedih Kasih Memanjang.
Album Bidadari (1991)
Pada tahun 1991, album berikut mereka, "Bidadari", dibebaskan, juga mendapat sambutan yang besar dari peminat mereka, sekaligus memantapkan nama mereka dalam industri hiburan dengan jualan yang mencecah hampir 75 ribu unit. Mereka mendapat sambutan sehingga ke luar negara di Thailand dan pernah membuat persembahan di sana.
Diantara lagu menjadi taruhan dalam album ini ialah "Bidadari" yang menjadi taruhan pertama. Juga album ini memuatkan lagu "Hukuman Pada Pesona".
Album Realisma (1992)
Album ketiga kumpulan Meditasi ini diterbitkan pada tahun 1992, juga di bawah label PMI (Perdana Muzikal Industri). Ini merupakan album terakhir mereka di bawah label tersebut kerana ternyata masalah yang melanda PMI (Perdana Muzikal Industri) sedikit sebanyak turut mengganggu kelancara promosi, dan dengan itu sambutan pada album ketiga mereka ini. Berikutan dengan itu, beberapa anggota kumpulan ini mengundurkan diri, membawa haluan masing-masing.
Album Demi Rindu (1995)
Sungguhpun kehilangan beberapa anggota, kumpulan Meditasi bangkit kembali dan kembali merakamkan album yang berjudul Demi Rindu. Album ini diterbitkan pada tahun 1995 di bawah label syarikat rakam baru mereka, iaitu SCS. 2 anggota asal yang kekal, iaitu Burn dan Raja Azreen, dengan disertai oleh anggota baru Meditasi iaitu Man Tobey dan Bonn masih berupaya menghasilkan muzik yang gah. Ahli kumpulan Meditasi ini masih kekal aktif mengadakan persembahan sehinga kini.
Ahli Metal Wizard (1983)
Rosli Ahmad (Liey)- Guitar
Allahyarham Ahmad Sufian (Yan)- Bass
Bakaruddin Daud (Burn)- vokal
Atan- Drum
Kumpulan ini telah menukarkan namanya kepada MEDITASI pada tahun 1989, setelah mendapat tawaran merakamkan album pertama
Ahli muzik di dalam setiap album Meditasi
Album Pertama Meditasi vol-1 (1990)
Album kedua Bidadari (1991)
Album Ketiga Realisma (1992)
Rosli Ahmad- Guitar
Allahyarham Ahmad Sofian- Bass
Raja Azreen - drum
Burn Meditasi- Vocal
Ahli muzik di dalam album keempat( Demi Rindu - 1995)
Bonn- Guitar
Man Tobay- Bass
Raja Azreen- Drum
Burn Meditasi- Vocal
Salah seorang ahli asalnya, pemain bass, Ahmad Sofian Idris telah meninggal dunia pada tahun 2007 kerana sakit paru-paru berair.
Album
Demi Rindu - (1995)
Realisma '92 - (1992)
Bidadari '91 - (1991)
Meditasi '90 - (1990)
Lagu-lagu
Demi Rindu '95 - (1995)
Album ke - 4
Rencana Atlantis
Sembah Salamku (Ayah Dan Ibu)
Kata Tak Bermakna
Kemarau Dalam Dada
Kerana Cerita
Demi Rindu Kita
Pelumba Maut
Aku Terpaksa
Gadis Seribu Satu Malam
Debu Tetap Debu
Realisma '92 - (1992)
Album ke - 3
Begini Aku Begitu Kau
Takdir menanti
Blues 2020
Jurang
Realisma
Tambang Ngarai
Mas Toso
Bayangan Cinta
Gobek Sireh
Keagongan Mu
Bidadari '91 - (1991)
Album ke - 2
Bidadari
Kehancuran
Api Dusta Mu
Warisan
Konflik
Hukuman Pada Pesona
Agresif
Wajah Peperangan
Kepastian
Ma Pio
Meditasi '90 - (1990)
Album Pertama
Debu Berbisa
Saat Ini Kau Tiada lagi
Kemarau Panjang
Hey Hey Hey Meditasi
Bisikan Hati
Jurang
Biar Pedih Kasih memanjang
Protes Terhadap Salman Rushdie (surah Syaitan)
Sayangku
Warna Sejarah
terima kasih untuk perkongsian nya .. #salute
baru aku tahu,thanks a lots bro
Terima Kasih Info. Ajak Kahwin Terus. Duit No hal. Hahaha
Terima kasih atas infonya. Terbaik..
Masih lunak suara Burn walaupun sudah berumur.. petikan guitar lead & bass tetap mempersona dentuman drum padat mengiring melodi dan suara sehingga kini dan selamanya.. teruskan perjuangan Rock Otai ......
Utk kwn2...wlaupun sorg demi sorg tamatkan zaman bujang...koi stay lg m'cari pilihan hati...😃
Itulah bukan senang nak cari pilihan hati yg boleh terima baik,buruk,kelebihan dan kekurangan kita, saya harap Allah makbulkan hajat awak untuk tamatkan zaman bujang awak dan dapat bertemu plihan hati kekal hingga ke syurga aamiin
Meditasi ok...👍👍👍👍👍....salam dari indonesia
Walaikumsalam dr Malaysia..
Cun
Best nya lagu ni...vokalis time muda hensem 🤭
24/2/23 hadir,sampai bila² pn xkan jemu dengar lagu² thn 80/90 an..keluar air mata jantan aku dengar lagu ni..respect 100%
20.09.2018,1.50am..still dgr lagu ni..sedap dengar mlm2..mendayu jer.
lagu tahun 80..90an memang kualiti lah bro..xpenah jemu didengar...
Masih Belum Terlewat. Dalam mengejar Cinta.Terbaik lagu ni. Mantap. Syahdu. Hebat.Rancak sekali lagunya. Masih dengar Like. 18 November 2020.Harap Cinta Jangan Pergi. Harap Setia Selalu
#TowerKorona
#SetiaYangSatu
#UTurnLagiDong
#UnderTheDome3
Terbaik lagu ni... Masih didengar di dlm kereta.. Semua Lagu 90an terbaik....
lagu terbaik sekali dari meditasi..
Lagunya ok pengalaman q lagu nie....lagu merantau lupa pulang...
14/01/20....lagu wajib kalau karok
Layan lagu ni...teringat kekaseh lama tgk awak main takraw sambil plk kwn buka lagu ni..perhhj
Best lagu ni..touching
Lagu ni tahun 1996 seingat saya
ya betul tu
Tiba2 terdengar lagu ni ade kedai tepi jalan bukak terus carik kat sini
Terbaik rock Record... terbaik Meditasi... rock layan terus...
minat sgt dengar lagu ni..
6/8/2018 2:32am still layan lgu lame..mengimbau kenangan😔
Faiq Azimi
Masih setia mendengar sampai hari ini😘😘
24/12/2019 .. Lagu wajib bila karok ..
Rock kapak sampai bila2 🤘
Lagu zaman sekolah...lagu wajib karaoke...
Terbaik , biasa kalu kawan cari kt pusat karaoke lagu ni xde ,susah betul nk jumpa
Terbaek....jwng karat..
Bes,lagu ini.
Radio THR GEGAR bawak aku kesini 2019
Al-Fatihah (dibaca) kepada Allahyarham Man Tobey yang telah meninggal dunia pada 20 Mac 2023 akibat komplikasi kecederaan dari kemalangan jalan raya ...
2017 still dengar
best nye lagu. terigt time muda2 dlu
Agak nya sekarang umur awak dah berapa puluh ?
Boleh tahan jgk ensem vocalist masa mude2 dulu ye😉
Saya pulak macam mana ?
02|12|2021 :10.20pm..layan lg
bru tngk live kump meditasi kt klfm....terbaik
ada link tak..
Sempoi
Layann
Mantap ..
Suke karaoke lagu ni
Bambu berat ka
23may 2k19😘
Tak ada versi backing track ke lagu ni. Best lagu ni solo pun best.
13/6/2019 1.47am
2 Ogos 2021 ,hari Isnin , 11.31 malam , di dalam bilik sambil baring mendengar muzik , (demi cinta demi rindu)
Mncari Laila Mustafa
Tiber
431
lagu ketuhanan ye kata kata makrifat hahahahahaha
Siapa yg cakap lagu ketuhanan 😂😂, itu diorang memandai je tukarkan katanya ikut pilihan masing2,padahal lagu untuk perempuan tapi diorg tukar kepada cinta tuhan. Biasalah org klu dah berilmu hahaha habis smua dia kata lagu ketuhanan