Korang sebenarnya beli Udang merah copy ori

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 2 เม.ย. 2021
  • Durian #Udangmerah atau red prawn @ #AngHae @ Hong Xia, nombor klon D175, seringkali disalah identiti dengan B13 @ D13 durian @ Golden Bun.
    Di KL / JB / Melaka, kebiasaanya mereka menjual D13 dengan label Udang Merah / Udang Merah Johor. Walhal keduanya mempunyai rasa yang amat berbeza.
    Dari segi harga, kebiasaannya D13 lebih murah sedikit berbanding udang merah pada kualiti gred A, manakala gred B biasanya mempunyai harga yang sama. Dalam video ini juga ada ditunjukkan perbezaan untuk cara kenal durian udang merah.
    kenali juga durian D1 atau lebih dikenali sebagai Kanghai @ Ganghai. D1 di Muar dan Tangkak adalah pokok tua semata sebab rasanya takde siapa pun yang akan tanam Gang Hai.
    Buah D1 mempunyai rasa manis yang tak berapa kuat, dengan sifat ulas yang kering, walaupun buah mencecah usia 3 hari pada suhu bilik.
    Kelemahan D1 adalah pada saiz ulas yang tak berapa besar, apatah lagi jika buah gred B. Namun, ia diimbangi dengan sifat fizikal bijinya yang kesep (kecil nipis).
    =======================================
    #DurianSyoknyaUmmi
    "TAK BAIK BOLEH TUKAR,
    TAK CUKUP SILA DATANG LAGI"
    ================================
    Video ini adalah pendapat peribadi kami semata-mata. Tiada jaminan maklumat yang disaji adalah 100% tepat.
    Sila rujuk kepada pakar untuk maklumat yang lebih tepat.
    ========================
    Dapatkan durian berkualiti dengan harga patut daripada kami di Durian Syoknya Ummi, Parit Bunga, mukim Kesang,Tangkak Muar, Johor.
    +6011-58961229
    Sila subscribe channel youtube kami untuk info dan tips berinformasi.
    ================================
    Harga semasa Durian Syoknya Ummi: www.blog.muhasabahtrading.com...
    ================================
    Music: Circuit
    Musician: Jeff Kaale
    Created by InShot:inshotapp.com/share/youtube.html
    #udangmerah #redprawn

ความคิดเห็น • 35

  • @perwiranegara4679
    @perwiranegara4679 3 ปีที่แล้ว +5

    Terbaek. Tima kaseh atas info.
    Betol tuan. Kt KL ni biasa dah depa label D13 sebagai Udang Merah.. takpon Udang Merah Johor. Kalu D175 Ang Hae depa buh nama Udang Merah atau Udang Merah Penang.

    • @MuhasabahTradingdotcom
      @MuhasabahTradingdotcom  3 ปีที่แล้ว

      Sama2 tuan. In Shaa Allah semoga kita semua dapat berkongsi ilmu dan manfaat.

  • @teddylesmono
    @teddylesmono ปีที่แล้ว +1

    Thank your info

  • @onxon8611
    @onxon8611 3 ปีที่แล้ว

    Udang merah kaler kulit mcm ada shinning atau lumut silver.

  • @haradamugen5594
    @haradamugen5594 2 ปีที่แล้ว

    Good info👍

  • @smartseng3210
    @smartseng3210 2 ปีที่แล้ว +1

    Ang he padu.. Ada pahit hujung

    • @MuhasabahTradingdotcom
      @MuhasabahTradingdotcom  2 ปีที่แล้ว +1

      Betul. Ang Hae memang sedap.

    • @smartseng3210
      @smartseng3210 2 ปีที่แล้ว +1

      @@MuhasabahTradingdotcom lebat ke di johor bos.. Banyak area mana ditanam anghe?

    • @MuhasabahTradingdotcom
      @MuhasabahTradingdotcom  2 ปีที่แล้ว +1

      Kami pernah dapat Ang Hae yang banyak di Jementah Segamat.
      Sekarang kami jarang ke sana, hanya jual durian Muar sahaja. Sini tak berapa banyak Ang Hae.

  • @Azahar-lm9ir
    @Azahar-lm9ir ปีที่แล้ว +1

    Muzik bising laaa balancing x betul suara kena lebih kuat dari muzik

    • @MuhasabahTradingdotcom
      @MuhasabahTradingdotcom  ปีที่แล้ว +1

      Terima kasih tuan atas teguran. Ni antara video awal kami buat editing guna handphone + muzik.
      Terlupa nak check betul2 sebelum upload . Dah banyak views, rugi plak nk tukar.

  • @euronymous6691
    @euronymous6691 3 ปีที่แล้ว +1

    Hahaha selama nie makan D13 laa bukan Udang merah 🤦🤦
    Tq bang kita dpt ilmu baru bila nk beli durian

    • @MuhasabahTradingdotcom
      @MuhasabahTradingdotcom  3 ปีที่แล้ว

      Semoga ilmu yg kami kongsi, jadi ilmu yang bermanfaat pada semua

  • @rezafahlupi
    @rezafahlupi 3 ปีที่แล้ว

    Top 10 selera durian di Malaysia apa?

    • @MuhasabahTradingdotcom
      @MuhasabahTradingdotcom  3 ปีที่แล้ว

      In Shaa Allah kami akan upload video top 10 durian pilihan di Malaysia.

  • @yumihimura1172
    @yumihimura1172 3 ปีที่แล้ว +1

    Ada penjual dekat rumah saya ni jual kat saya udang merah katanya, tapi buah tu warna kuning cair, isi lembut tapi nipis & biji besar, buah tu manis takde rasa pahit. Itu buah durian jenis apa tu ye? Tu durian kampung ke? Saya mmg suka buah durian udang merah, terkilan rasa, dah laa bayar mahal. Dia siap bgtau ni konon nya udang merah special dari tangkak, agak2 laa kot, isi kecik2 kot. Sebelum ni pernah beli durian jenis lain dgn dia, so far ok, tu yg tak cek bile beli yg ni. Tapi adakah betul tu durian udang merah tangkak seperti yg dia cakap? Saya tak aware laa plak ada spesis tu

    • @MuhasabahTradingdotcom
      @MuhasabahTradingdotcom  2 ปีที่แล้ว

      Maaf tuan, kena tengok gambar / video . Tak pasti jenis apa yang tuan terangkan. Durian berdaftar sekarang ni pun ada 200+ jenis, tak termasuk yang tak berdaftar.

  • @haa6080
    @haa6080 2 ปีที่แล้ว

    Kalau nak beli anak pokok udang merah mcm mana nak tau.Saya takut juga tertipu bila nak beli anak pokok udang merah ni di nursery sebab nampak semua sama je. Boleh tuan bagi info nak tau anak pokok udang merah tu camna.

    • @MuhasabahTradingdotcom
      @MuhasabahTradingdotcom  2 ปีที่แล้ว +1

      In Shaa Allah tuan. Kami akan cuba buat video untuk beza benih pokok durian udang merah dengan durian lain

  • @sallehleh7409
    @sallehleh7409 2 ปีที่แล้ว

    Baka apa gugur paling awal tuan.

    • @MuhasabahTradingdotcom
      @MuhasabahTradingdotcom  2 ปีที่แล้ว

      Di Muar dan Tangkak ni, paling banyak jumpa buah Kang Hai @ Gang Hai (D1), gugur pada awal musim. Masuk pertengahan dah kurang. Hujung musim memang tak jumpa buah Kang Hai.

  • @sicetak6623
    @sicetak6623 11 หลายเดือนก่อน

    Antara ke 3 tu, ada yang tangkai pendek x bang?

    • @MuhasabahTradingdotcom
      @MuhasabahTradingdotcom  11 หลายเดือนก่อน

      Semuanya tangkai sedang2. Tak panjang dan tak berapa pendek

  • @smartseng3210
    @smartseng3210 2 ปีที่แล้ว +1

    Rmai yg tukar dgn d13

  • @rsfrozen1
    @rsfrozen1 2 ปีที่แล้ว +1

    Aku pernah kena tipu... Orang ambik IOi (D168) masuk udang merah... Celaka seller yang x jujur

    • @MuhasabahTradingdotcom
      @MuhasabahTradingdotcom  ปีที่แล้ว

      Sifu saya pernah pesan. Sesetengah gerai durian tepi jalan, kalau kita tanya klon durian tertentu, semua ada. Walhal mereka bagi sahaja apa2 jenis, janji warna lebih kurang sama.

  • @theahmad6542
    @theahmad6542 3 ปีที่แล้ว +2

    Kalau cmtu aku makan udang merah selama ni rupanya adalah D13 laa... Sbb kaler oren gelap.. Manis helokk.. Mati2 aku ingt udg merah laaa..

    • @MuhasabahTradingdotcom
      @MuhasabahTradingdotcom  3 ปีที่แล้ว +1

      Ya tuan. Utk senang jual dan senang pemahaman, masing2 penjual hentam ckp D13 tu Udang Merah (.. Johor tak disebut langsung)
      Pada pendapat saya, manis D13 lagi kuat berbanding udang merah sebenar

    • @Araa_9494
      @Araa_9494 3 ปีที่แล้ว

      D13 ni lg manis dari udang merah

    • @MuhasabahTradingdotcom
      @MuhasabahTradingdotcom  3 ปีที่แล้ว

      Betul, setuju. D13 lagi manis berbanding udang merah

  • @asepmulya2712
    @asepmulya2712 2 ปีที่แล้ว

    Apa pokok udang merah rajin buah tiap tahun ? Trimakasih

  • @zahratussyithaanyanyak6300
    @zahratussyithaanyanyak6300 ปีที่แล้ว

    Assalaam...bro,leh mntak no phone