Perbelanjaan Pergi Umrah. Berapa duit nak bawa.

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 5 ม.ค. 2023
  • Assalamualaikum.
    Rujukan perbelanjaan pergi Umrah, anggaran.
    1. Perbelanjaan ziarah, jika berbayar.
    Contoh ke Taif : SR80 - SR120
    2. Perbelanjaan taksi ke Tanaim, jika hendak buat Umrah tambahan sendiri (agensi biasa dah bagi 3 umrah).
    SR 40 x 2 kali = SR80
    naik bas pun boleh, lebih jimat.
    3. Sedekah sehari
    SR45 x 12 hari = SR540
    4. Makan sehari (jika teringin, buat rasa²)
    SR30 x 12 hari = SR360
    5. Belanja beli buahtangan Minyak wangi @ Tasbih
    SR200
    6. Belanja beli buahtangan Kurma @ Sejadah
    SR300
    7. Simkad anggaran
    SR100
    8. Duit pegang untuk emergency
    SR300
    Total semua SR2000 lebih kurang RM2500 kurang.
    Jika nak bawa kurang dari itu, bahagi dua saja semua perbelanjaan. Jadikan SR1000 sahaja.
    Ingat, buat sistem SAMPUL, lebih senang kita mengawal perbelanjaan.
    Semoga bermanfaat.

ความคิดเห็น • 74

  • @lenkamal
    @lenkamal  ปีที่แล้ว +1

    Perbelanjaan ke Umrah (Berapa Duit Nak Bawa).
    th-cam.com/video/FWXc68NCrX8/w-d-xo.html
    Ke Umrah, Nak Masuk Mekah Atau Pilih Madinah Dulu?
    th-cam.com/video/0TgOv7a3jT4/w-d-xo.html
    Nak Pergi Umrah, Tapi Saya Tak Pandai Mengaji.
    th-cam.com/video/Oa4TvVmBvWg/w-d-xo.html
    Takut Ke Umrah, Was-was Kerana Dosa Lepas.
    th-cam.com/video/9IVw9JrY_YY/w-d-xo.html
    Ke Umrah Dan Kawan-kawan Kirim Doa, Macamana?
    th-cam.com/video/zSoZhTNvBNk/w-d-xo.html
    Tawaf Di Mataf,Terbatal Wudhu, Apa Nak Buat?
    th-cam.com/video/zSoZhTNvBNk/w-d-xo.html
    Wudhu Pakai Spray. Cara Mudah.
    th-cam.com/video/dZ7KHTzUtUc/w-d-xo.html

  • @dmtzchannel9005
    @dmtzchannel9005 ปีที่แล้ว +5

    Alhamdulillah tkasih byk atas perkongsian ilmu sgt² bermanfaat buat semua yg bakal berangkat umrah....sy sendiri sukur sgt² .. insyaallah bln dpn 2.8.2023 kmi akan pergi umrah doakan kami dipermudahkan segala urusan beribadah d sana..tkasih byk ye pn.len kamal..allah sj mbalas nya.

  • @SitiSiti-cq7bd
    @SitiSiti-cq7bd 27 วันที่ผ่านมา

    Thank you pesanan² terbaik sis...Semoga Allah permudahkan urusan sya dn kwan bulan 8 ini berangakt ke tanah suci insyaAllah...

  • @rinnanur7538
    @rinnanur7538 ปีที่แล้ว +3

    Salam wbt. Terima kasih kak len. Perkongsian yang sangat membantu pada yang pertama kali tunai umrah. Doakan saya moga dapat menjadi tetamu Allah.

  • @zalehaazam2220
    @zalehaazam2220 ปีที่แล้ว +6

    Assalamualaikum..alhamdulillah diatas perkongsian ..sngat2 membantu ..semoga Allah permudahkn umrah kami adik beradik pd 16/1 ini..Aamiin

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว +1

      Waalaikumsalam.. dah dekat sangat tu.. Ya Allah, permudahkan lah segala urusan hambaMu ini dan adik beradiknya, berilah mereka kesihatan yang baik, lancarkan lah segala urusan mereka, teguhkan lah hati mereka dalam meninggalkan urusan dan keluarga di Malaysia, rahmatilah mereka dan terimalah ibadah mereka. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, mereka datang menerima jemputanMu Ya Allah.. mudahkanlah mereka, mudahkanlah mereka.. Aamiin

  • @patimahtimah9521
    @patimahtimah9521 ปีที่แล้ว +5

    Saya suka dgn penjelasan puan.jelas dan faham..terima kasih

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว

      Sama².. alhamdulillah. Semoga bermanfaat.

  • @zaharahmahamud3369
    @zaharahmahamud3369 25 วันที่ผ่านมา

    Waalaikumussalam terima kasih sahabat jazakillahukhoir

  • @khadijah2230
    @khadijah2230 ปีที่แล้ว

    terima kasih puan atas perkongsian. jazakumullahu khayran. sangat jelas dan terbaik👍😍

  • @Suecik-dg8ki
    @Suecik-dg8ki ปีที่แล้ว

    Jazakallahu khairan puan. Sangat jelas, terang dan nyata. In sya Allah 3/5/2023 ni akan berangkat ke sana. Doakan semoga urusan ibadah umrah saya sekeluarga dipermudahkan

  • @sitifatimah565
    @sitifatimah565 ปีที่แล้ว +2

    Assalamualaikum saya bru balik dri umroh alhamdulillah saya bnyk ikut tip2 yg saudari berikn termasuk duit sistem sampul membntu sgt terime kaseh

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว

      Waalaikumsalam. Alhamdulillah. Saya doakan kita sama dijemput kembali. Seronok dan rindu, kann

  • @mornialias
    @mornialias 11 หลายเดือนก่อน +2

    Masyallah.. T. Kasih mudah faham.. mudah buat sya.. Disana nnti.. Moga Allah permudahkan. Aamiin

    • @lenkamal
      @lenkamal  11 หลายเดือนก่อน

      Alhamdulillah, semoga dimudahkan semua urusan. Sama2. Amin Ya Allah

  • @hasnorhudayah1723
    @hasnorhudayah1723 6 หลายเดือนก่อน

    Trima kasih atas perkongsian..

  • @salbiahojer5426
    @salbiahojer5426 ปีที่แล้ว +2

    Terima kasih atas perkongsian yg sgt membantu. Moga2 ianya bermanfaat kpd
    mereka yg akan melaksanakan Umrah.

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว

      Sama².. iya. Aamiin. Panduan supaya bersederhana. Tidak terlebih, tidak terkurang harapnya.

  • @noorizanhashim9327
    @noorizanhashim9327 ปีที่แล้ว +3

    Assalamualaikum, T.kasih atas perkongsian ilmunya amat membantu.Doakan saya dpt ke sana nanti 😍

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว

      Waalaikumsalam. Sama².. Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Sesungguhnya hambaMu ini berhajat dengan niat Ya Allah, jemputlah dia, luaskan lah rezekinya, ringankan lah usahanya ke arah ini dan berilah dia kekuatan dan kecekalan untuk terus berusaha. Sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Mendengar. Aamiin...

  • @wattat2009
    @wattat2009 หลายเดือนก่อน

    Terimakasih ..saya akan lakukan apa yg Kak Len terangkan.

  • @noriahabdhamid1478
    @noriahabdhamid1478 ปีที่แล้ว +1

    Alhamdulillah. Tkasih Pn Len.perko gsian yg sgt baik...acik biasanya x buat budget beli dn belanja sesukahati,..lps tu asyik pi tukar duit.... InsyaAllah kali ni lebih berhemah...dgn ilmu yg dikongsi

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว

      Iya acik.. kalau tak buat budget awal memang kita akan terlebih berbelanja akhirnya, atau tak tau duitnya ke mana.. acik ada duit nak tukar takpe.. kalau saya memang bawak cukup².. huhuuu nak tukar pun takde

  • @cikpuanazizah1838
    @cikpuanazizah1838 11 หลายเดือนก่อน

    Terima Kasih Sis Share2

  • @najiawahia1942
    @najiawahia1942 ปีที่แล้ว +2

    Asalamualaikum... alhamdulilah terimakasih dng perkongsian nya ..mmang betul perancangan awal tu,waktu saya pergi dulu tahun 2016 ustaz pun ada bagi cadangan yg sedemikian ...terbaik😊

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว

      Waalaikumsalam. Iya. Macam tu la nampaknya kalau kita merancang kewangan kita. Ustaz tu pun nak jemaah hati tenang dalam ibadah. Kalau kiraan duit lari, payah juga kan. Syukur. Semoga jika dapat jemputan lagi, kita sama² dapat kongsikan ilmu dan pengalaman kita.

  • @badariahabdullah9755
    @badariahabdullah9755 ปีที่แล้ว +3

    Terima Kasih Len, perkongsian yg sgt jelas, terungkai sudah permasaallahn sy, doakn sy n suami yg akn pergi umrah wat pertama kali.....4/2/23

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว

      Sama.. dah dekat dah tu tarikhnya. Ya Allah sesungguhnya hambaMu ini dan suaminya mendapat jemputanMu. Mudahkan lah urusan mereka, kurniakan lah mereka rezeki yang banyak lagi halal, berilah mereka kesihatan yang baik, suburkan lah kasih sayang antara mereka dan terimalah segala amal ibadah mereka. Sesungguhnya mereka menyahut panggilanMu Ya Allah. Makbulkan lah doa ini Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang... Aamiin..

    • @badariahabdullah9755
      @badariahabdullah9755 ปีที่แล้ว +1

      @@lenkamal Terima Kasih doanye...

  • @hamidahmukhalid6841
    @hamidahmukhalid6841 ปีที่แล้ว +1

    Assalam..terima kasih.

  • @kamsiahhasan9470
    @kamsiahhasan9470 10 หลายเดือนก่อน +1

    Tima kasih hajjah banyak membantu..

  • @mazlindawangabdullah3464
    @mazlindawangabdullah3464 ปีที่แล้ว +1

    Assalam Kak Len Tq for sharing n advice . Shopping very best kat Mecca 👍👍

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว

      Waalaikumsalam. Kan.. shopping apa je haritu. Hahaha, habis banyak tak untuk orang tersayang di Malaysia?

    • @mazlindawangabdullah3464
      @mazlindawangabdullah3464 ปีที่แล้ว +1

      @@lenkamal ada juga beli yg patut aje . Tapi syukur pd Allah semua urusan jln dgn lancar n midah .
      Also to kak Len banyak sharing about umrah trip utk semua . ❤️❤️

  • @LONE_1989
    @LONE_1989 6 หลายเดือนก่อน

    Alhamdulillah ❤❤❤

  • @sal8472
    @sal8472 5 หลายเดือนก่อน

    Terima kasih puan

  • @mazilaabdulmanap9619
    @mazilaabdulmanap9619 ปีที่แล้ว +1

    Terima kasih banyak2 atas segala perkongsian dan nasihat

    • @mazilaabdulmanap9619
      @mazilaabdulmanap9619 ปีที่แล้ว

      Di mana nak dapat duit kecil, saya tukar kat money changers semuanya 100 rial

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว

      Sama².. alhamdulillah..

  • @nurainun8403
    @nurainun8403 ปีที่แล้ว +2

    Very helpful 👍🏻😊

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว

      Alhamdulillah. 👍

  • @faridahabdullah8553
    @faridahabdullah8553 ปีที่แล้ว +3

    terimakasih puan...atas perkongsian ..sangat bermanafaat urk saya yg pertama kali akn pergi umrah...insyaallah 19/2 nanti

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว +1

      Alhamdulillah. Sampai sudah jemputan dariNya. Semoga semua lancar, dimudahkan, diberi kesihatan dan kekuatan juga diterima amalannya.. amin..

    • @faridahabdullah8553
      @faridahabdullah8553 ปีที่แล้ว +1

      puan
      klau kita beli barang...beg yg macam mna perlu kita bawa....maksud saya beg tambahan

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว

      @@faridahabdullah8553 kalau tanya saya, saya memang akan bawa luggage extra yang dilapiskan dari Malaysia lagi. Bermakna luggage medium di masukkan ke luggage large, barang diletakkan dalam luggage medium. Bermakna waktu pergi luggage tu berlapis. Jadi jika balik kita bershopping, kita dah ada luggage extra. Ada yang menggunakan beg canvas atau beg kain yang di beli di sana dan dibalut. Tetapi supaya barang tidak rosak, sebaiknya kita gunakan lah luggage, nampak lebih kemas dan keselamatan barang lebih terjaga. Macam tu lah yang saya buat jika ada bershopping.

  • @zainab.fattehmohamed7137
    @zainab.fattehmohamed7137 ปีที่แล้ว +1

    Terimakasih puan...semoga perkongsian ini bermanfaat buat mereka yg ingin mengerjakan umrah...lnsyaaAllah km akan pd 23/2.
    Doakan semoga dpermudahkan segala urusan km untuk pergi umrah. Semoga Allah murahkan rezeki puan sekeluarga.

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว +2

      Sama².. 23 haribulan 2 dah tak lama dah tu.. insyaaAllah. Ya Allah Ya Rasullullah, sesungguhnya hambaMu ini menerima jemputanMu. Berilah dia kesihatan yang baik, murahkan lah rezekinya, lancarkan lah urusannya dan terimalah amalannya Ya Allah.. sesungguhnya dia menyahut panggilanMu Ya Allah. Berkatilah dia, kepada Engkaulah kami meminta. Aamiin Ya Allah.

  • @diandarwisyah7881
    @diandarwisyah7881 10 หลายเดือนก่อน

    Salam sis...boleh saya tahu mana lebih baik.? Bersedekah perseorangan atau kita infaqkan pada pekedai yg menjual makanan.Saya dengar org kata kalau nak bersedekah utk seorang seorang harus berhati2 kerana ramai yg akan mengerumuni kita.

  • @sharifahmariam3331
    @sharifahmariam3331 ปีที่แล้ว +2

    Assalamualaikum wbt
    Perkongsian terbaik,doa kn kmi Smpai pda 22/2

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว

      Waalaikumsalam. Tak lama dah tu.. insyaaAllah dimudahkan semua urusan. Ya Allah yang Maha Penyayang, sesungguhnya hambaMu ini menerima jemputanMu Ya Allah. Mudahkan lah urusannya, berilah kesihatan yang baik, dan terimalah amal ibadahnya.. sesungguhnya Kau Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

  • @SHEIKHFEIRUZ
    @SHEIKHFEIRUZ ปีที่แล้ว +2

    Ada satu chanel dia buat compare..tukar disaudi lebih murah Dan jika punya kad draw duit lebih murah dari money changer sana Dan di Malaysia...cuma penggunaan kad dinasihat sekali saja

    • @sakitperut123
      @sakitperut123 ปีที่แล้ว +1

      Sana ada maybank/cimb?

    • @SHEIKHFEIRUZ
      @SHEIKHFEIRUZ ปีที่แล้ว +1

      @@sakitperut123 takde ..call bank utk active..so Kat ATM nanti sng nak draw

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว +2

      Iya. Saya sendiri gunakan kad untuk pembelian nilai tinggi. Tetapi untuk warga tua, dan yang tidak mau fikir perkara lain seperti mencari ATM, tidak yakin dengan penggunaan kad, dan tidak mau membuang masa beratur di money changer, sebaiknya bersedia di tanah air. Terutama bagi warga tua dan yang membawa anak² kecil.
      Betul tu, kad ATM dan kad Credit diaktifkan awal di bank masing² sebelum pergi. Card credit traveller sahaja tak perlu diaktifkan kerana memang telah aktif worldwide. Untuk yang ada m2u dan cimbclick boleh juga aktifkan kad anda secara dalam talian.

  • @Nb-oh8bc
    @Nb-oh8bc ปีที่แล้ว +1

    Assalamu'alaikum Pn Len..
    Saya selalu rasa was2 ketika melakukan ibadah..ada apa2 motivasi atau nasihat drp Pn Len untuk saya sebagai persediaan utk pergi kerjakan umrah pada tahun ini

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว

      Waalaikumsalam. Alhamdulillah walau lewat saya siapkan video ini khas buat Hajar. Saya doakan Hajah dikurniakan umrah yang sempurna. Saya juga berdoa perjalanan umrah Hajah tahun ini dimudahkan segala urusannya, lancar dan dirahmati Allah swt. Saya juga doakan Hajah sentiasa sihat sepanjang di sana dan kembali dengan penuh keberkatan ibadah.
      th-cam.com/video/tMAomTcWCqM/w-d-xo.html

  • @manmon9094
    @manmon9094 ปีที่แล้ว

    Rm4,000 ok la utk ole2 ttp klu nk beli brg kemas juga rasa2 rm80,000 cukup la.

    • @wanisalleh3460
      @wanisalleh3460 ปีที่แล้ว

      hahahaha... hamboi.. siap sopping brg Kemas ehh

  • @nazzazahari6185
    @nazzazahari6185 ปีที่แล้ว +2

    Nnt klu blh kak len share anggaran harga utk beli survenior kat mekah n madinah..mcm harga jubah, tasbih, sejadah, kurma.. nak buat bajet..

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว +2

      Boleh.. insyaaAllah boleh.. nanti kak cuba cari anggaran harga range untuk barang buahtangan yang selalu jemaah Malaysia beli

    • @nazzazahari6185
      @nazzazahari6185 ปีที่แล้ว +1

      @@lenkamal terima kasih kak len👍👍

  • @rusliabdullah7136
    @rusliabdullah7136 ปีที่แล้ว +1

    Puan Len- Berapa anggaran untuk bayar dam, beli al quran untuk waqaf dan kos ziarah tambahan? Juga nak tanya perlukah beli insuran tambahan utk kes hospitalization?

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว

      Bayaran dam mengikut apa larangan yg kita terlanggar.. seperti beri makan 3 orang, atau boleh bagi dalam bentuk sedekah duti juga. Maksima pula adalah kambing. Kambing di sana anggaran RM350 ke RM550.

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว +2

      Ziarah tambahan pula mengikut tempat dan TA.. anggaran ialah SR80 ke SR160. Wakaf Al-Quran untuk harga 2022 ialah Quran kecil (hijau) SR40 dan mushaf besar (biru) SR80. Ini adalah harga dalam mall. Jangan beli yg di tepi jalan untuk wakaf ke Masjidil Haram, kerana sama tapi lain. Nanti akan di keluarkan. Dalam mall terus tanya, untuk wakaf ke Haram. Dia akan bagitau yg mana dan harga. Untuk sedekah pada jemaah atau orang ramai, boleh lah beli di tepi jalan ada harga SR20 ke SR25.

    • @ani_6042
      @ani_6042 ปีที่แล้ว

      @@lenkamal maaf.nk ty.psl alquran tu sama tapi lain.apa yg lain ye?

    • @hawaandroid2786
      @hawaandroid2786 ปีที่แล้ว +2

      @@ani_6042 Kes Al Quran sama tapi berbeza itu ialah Quran di dalam mall adalah Al Quran yang dicetak di Saudi dan disemak serta diteliti oleh pihak berwajib untuk mengelakkan salah cetak dan sebagainya. Manakala Quran di luar di print bukan oleh kilang Quran di Saudi, dikhuatiri tidak diteliti dari segi kesalahan cetakan. Maklumlah salah satu huruf pun dah boleh bawa lari makna.

    • @ani_6042
      @ani_6042 ปีที่แล้ว

      @@hawaandroid2786 alquran wakaf di masjidil haram tu jemaah blh ambik bwk balik ke? @ baca kat situ shj?

  • @noorhayati9618
    @noorhayati9618 ปีที่แล้ว +2

    Selamat ke kalau kita bawa banyak duit. Mana elok kalau bawa 1000 riyal Dan jika perlu pergi atm. Tk

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว +5

      Setakat SR3000 tak masalah cash bawa. Setakat yang biasa jemaah bawa. Simpanlah dengan baik, dan buat pembahagian tempat. Kerana tu ramai jemaah yang pakai baju berpoket tshirt dalam. Tetapi sekarang umrah ramai dah pakai kad credit atau debit visa mastercard juga untuk pembayaran. Ambil duit di ATM juga nampak mudah jika kita pandai gunakan, bawalah 2 3 ATM kad dah aktifkan penggunaan dan pengeluaran luar negara, takut salah tekan tertelan pula, sekurangnya ada ATM kad yang lain. Kalau tanya pendapat peribadi saya yang elok, setakat 1000 ke 2000 Riyal, saya bawa cash sahaja, kerana mudah bagi saya buat pembahagian awal. Dan rancang perbelanjaan. Tidak tercari ATM dan tiada kerisauan lain. Ikut saja keupayaan masing². Jika rasa nak bawa cash sikit, yang lain guna card, pun OK. Pembelian besar memang saya guna card mastercard. Contohnya saya pernah beli tasbih batu, SR700, memang perlu guna card. Yang penting rancang perbelanjaan.

    • @noorhayati9618
      @noorhayati9618 ปีที่แล้ว

      @@lenkamal terima kasih

  • @hairanitalib649
    @hairanitalib649 หลายเดือนก่อน +1

    Damm, macam mana?
    Kira dlm emergency ke?

    • @lenkamal
      @lenkamal  หลายเดือนก่อน

      Dam asingkan siap2 SAR100. Elakkan kena dam. Tak susah jika kita faham larangan ihram. TETAPI kena dam tidak kena dam, sebelum balik SAR100 itu agihkan pada fakir/pekerja sana dengan niat membayar dam JIKA ada.

  • @nurfarhana2139
    @nurfarhana2139 ปีที่แล้ว +3

    Kalau dr segu jubah ,berapa riyal ye kalau utk buat ole2?

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว +2

      Jubah yang biasa ada 3 helai 100riyal, ada yang 5 helai 100 riyal. Itu untuk oleh².. beli jubah, jangan terus bungkus, check jahitan, check la sikit sana sikit sini. Ada defect memang jauh tak boleh nak mintak ganti.. selamat bershoping