Serius la. Ep1 & 2 bosan? Paham tak build up cerita.. kan ad intense moment masa dorg cr subway man, scene roti dan lotery, batu kertas sapa kalah kene tembak dgn 456 main russian roulette tu? Siap build up kenapa 456 sewa satu motel. Mana pegi duit dia.. mcmana emotional damage nya dia lps menang. Jadi obses nk hentikan game tu. Pada aku build up ep1/2 tu sgt best. Untuk watak2 yg sis kata byk, masing2 nk jadi watak utama tu...kan bgus mcmtu. Maksudnya writer series ni btul2 jaga character development watak2 dia. Cukup screentime masing2 . Tak efek pun 456 yg mmg main character. S2 ni kisah nya build up.. bukan introduce lg. Just my 2cents
setuju. orang lain tak faham cerita series ni memang macam ni. kalau nak on terus ada action pergi tengok filem movie tak ada episode sana haa kalau filem laju la jalan cerita. kalau series ni dia kena explain apa jadi apa jadi.
Biasala bang netizen malaysia. Rakyat kita bukan suka cite2 yang kerah otak ni. Filem2 mcm tenet, inception, killers of the flower moon, interstellar, bukan filem hangat untuk diorang ni.
btull..best jaa..suspend dia ngn cast dia..cuma aku kurng puas hati kt ending dia..mcm xcukup ep untuk jdi ending season 2..faham nk buat season 3..cuma ending dia tu buat mcm pengarah cerita ni yg villain sebenarnya🤣
Dia nak buid up character nanti orang tertnya2 apa story pekerja pink, apa story salesman aka penyepak guys. Apa story hero selepas dapat duit apa dia buat. Ni semua soalan2 yang lepas season 1 habis, orang ni teori macam ni, orang ni macam tu. Jadi dia slow2 ceritakan. Memang watak hero jadi tenggelam dah semua dalam tu pernah jadi hero n heroin nak kata macam mana. Dia nak tunjukan macam mana hero ni struggle nak bagi orang caya kat dia, dia nak tunjukan bahawa walaupun kau ada potensi mati. kau tetap rebut peluang untuk dapatkan duit. Macam cite gunung emas di akhir zaman.
aku cukup suka jalan penceritaan episod 1 & 2 sbb lebih detail jalan penceritaan dia. aku layan dari pkul 10 pagi sampai 5 ptg deret tapi solat stop dlu. 😁
Ini pov penonton , wich is memang akan lebih kearah entertainment nk tgk game je , klau dari pov pembikin , ini the best example elemento of series , Cliff hanger ✅, buil up ✅, no MC obviously show up✅, character build up ✅
top (thanos) bukan watak villian pun sebab dia just ada masalah dgn si youtuber crypto tu je bukan dia hentam org lain, watak thanos more like menceriakan keadaan, masuk air semua. trailer bait buat nampak dia macam jahat bila part dia tolak orang dalam game RLGL.
yes watak byk sgt 😂 aku tgk squid game pun sbb nak tgk main char tu je. aku nak tgk dia balas dendam je. sbb dia dgn frontman je yg tahu apa yg jadi senanye
laa sabar dlu kak nama pun episod 1 baru nak build up story sambungan dari season 1 .. tak kan start2 main game terus 😅 .. bagi pendapat aku best je dari episod 1-7 ... paling penting lakonan watak dorang semua memang padu lahh🔥🔥
Aku cam xyakin plak dia Kata season 3 Ni final🤣.. byk Benda kot.. story pompuan sniper baju Merah tu.. game pun Ada 3 lagi.. story sejarah frontman, kisah adik abang tu lagi, kalau dia dh menang lwn frontman camna dia nk lwn Klien2 frontman tu plak.. cam byk je nk sumbat dalam Satu season🤣.. takut Bila dia sumbat terlalu byk filem Jadi xcelaru plak🤣
bagi aku untuk season 2 squid game ni dia utamakan 3 watak iaitu main character, 001/frontman dan abang polis, so bagi aku jalan ceritanya menarik tapi tak terlalu kuat seperti season 1.. (Moral of story - jangan terlalu bagi harapan terlalu tinggi)
@@HarizAbadi-vd4do Loophole paling besar bagi aku. Kau dah tahu creator/vip game ini adalah player 001 berdasarkan squid game sebelum ini, boleh pulak tak timbul sebarang keraguan ke atas 001. Siap boleh jadi best friend kongsi segala strategi kau lagi😂
Musim kedua Squid Game memperkenalkan watak Yeong-li yang menarik. Walaupun dia menunjukkan sisi baiknya, hakikat bahawa dia adalah Frontman memaksa dia untuk menghalang Seong Gi-hun dan rakan-rakannya daripada mencapai matlamat mereka. Namun, satu persoalan yang timbul adalah mengapa Yeong-li membiarkan Seong Gi-hun terus hidup, sedangkan rakan-rakan Gi-hun yang lain tidak bernasib baik? Selain itu, watak misteri seperti pak cik nelayan yang menyelamatkan Detektif Hwang (adik kepada Frontman) menambah teka-teki baharu. Harap persoalan-persoalan ini dapat dirungkai dalam musim ketiga nanti. Secara keseluruhan, musim kedua ini memberikan jalan cerita yang menarik, tetapi masih meninggalkan beberapa misteri yang tidak terjawab. Saya bagi 7.5/10 untuk musim kali ni.
scene gihun dibiarkan hidup lagi buat aku jadi teringat satu movie The Menu(2022) yang mana watak utama pompuan tu dibiarkan hidup sebab dia actually pon tak layak masuk restoran tu dan dibunuh. sama gak dgn gihun yang dia tak patut join pon game ni.
hahahahaha kelakar pulak review akak ni. takpelah pendapat akak kan. Pada saya, tak dan la nak compare season 1 dengan season 2 kak. Ni bukan cerita melayu nak ulang jalan cerita yang sama. episode 1 dengan 2 ni build up story. episode 3 build up character sorang2. benda ni penting untuk penceritaan sebab sekarang ni 'misi' dia lain. agak2 kalau karakter s2 dengan s1 sama je, lagi bosan la. Cerita ni banyak plot twist yang buatkan penonton yang suka genre thriller jadi mind blowing! Simply said, cerita ni ada kelainannya yang membuatkan penonton rasa tak sabar untuk tunggu s3. sebab tu dia buat 7 episod. tujuannya untuk revenue la. yes, memang cerita ni gempak, apa risau pasal takut takde penonton, tapi dari side business, every cent matter. Tengok la pelakon semua mahal2. Takkan nak ulang plot yang sama pulak. Walaupun last episode dia tergantung, bagi saya 'kegantungan' dia bijak sebab dia dah berjaya membuatkan penonton rasa hype untuk tunggu s3, tapi untuk orang macam akak ni, rasa hype tu tukar jadi rasa kecewa. hahahaha Tahun ni je pun dia nak keluarkan s3. Tu one piece sampai beribu episode tak habis2 lagi, dengan penuh kesabaran fans tunggu.
Adeh, akak speaker nie paham ke tak pasal cliffhanger? Pengarah die bijak sebenarnye die bagi ending s2 gantung untuk hype s3 nanti, dah name series setiap episod hampir sejam mesti la kene drama, nie bukan movie nak cepat2 abes😂 lagi pun jalan cerita die logik, alamak akak speaker nie mesti dari 50% budak2 twitter nie hahaa
Tapi bagi aku season 2 lagi best & suspense . Game pun lagi menarik. Watak pun banyak yg lagi best 👍 cuma last tu je tak sangka sbb ada season 3. Ingat boleh settle semua dah last episode tu
Yee doee. Mula2 aku takut gak, takut season 2 tak best, risau 😂. Tapi, Bukan Season 1 je yang best, tapi SEASON 2 lagi best. seriouss. Layann season 2. Season 1 - banyak game Season 2 - game tak banyak, tapi dia more watak masing2 dan throwback watak2 dari season 1. Tapi yg best ada seseorang join that game, mmg unexpected. hahaha dan Watak2 Season 2 semua the bestg, seriouss.
Terima kasih kerana bg pendapat. Izinkan saya beri pov sy. 1. Tak semua cerita perlu berpusar pada MC seolah² he is the chosen one. Sedangkan sukses sesuatu misi itu bergantung pada setiap sendi anggota yg terlibat, jd mmg bagus director buang fikiran MC HERO ; DY JE BLEH SELESAIKAN SEMUA. Kita jgn didik otak kita terlampau nak tumpu pada individu. N ini kisah tntg melawan sistem. Seorang sahaja xmampu nk lawan. 2. Plot slow dlm ep 1 n 2 kononnya itu ialah utk stage up cerita. Mgkin cover apa yg lompong utk scene kedepan. Ini bukan MMA or WWE, nak masuk² jaa tumbuk terus. 3. Ni 3tahun dari era kemenangan MC, mgkin berbeza generasi ; sb itu kalau perasan masa zaman MC ; kes gelandangan. Tp masa zaman ni, era hutang. Maka yg masuk dlm game ni geng² era lain. So pembuli dlm game ni pon berubah. Dulu samseng jalanan, skrg bully. So apa yg Thanos lakonkan tu mmg era budak² acah samseng tp nubs, ajak kawan buat geng belasah org tp takut dgn org yg lebih superior. 4. Ramai sgt watak² hebat sampai susah nk padamkan; sb mereka jaa dpt bawa watak dgn jaya. Tgok kang ha neul punya gugup tu, ekspresi muka, nak ambil pelakon tambahan mana jaa yg mampu bawa lakonan mcm dy? Sama juga dgn watak2 lain. 5. Season ni tergantung mgkin akan disambung ke season depan. Cumanya pergantungan season ni ada isyarat kepada "semua kejahatan yg terancang akan sentiasa berjaya jika dibandingkan dgn kebaikan yg huru hara". Ada lg? Tambah lah sendiri. Haha. Bye.
Betul ep 1,2 tu build up cerita. Kt situ kita boleh tgk kenapa MC obses nk stop game, mcm mna dia training shooting, dia punya berani/tak takut mati masa main roulette. Thanos tu ya la pembuli, tu dia tak brutal sgt. yg season 1 tu betul2 samseng, gangster.mana maunye dipanggil pembuli😅 Aku tgk ep 3 baru start main game pun dah tahu akan tergantung cerita ni. Dah boleh expect dia takkan boleh habis dlm 7 ep ja
Kau nk expect ep1 trus ada action lawan² mcm tu, msti lh nk tau jln cerita tu mcm mna dia nk start msuk join blik squid game tu. Dh nma pn drama series msti bnyk ckp. Yg jln crta dia tu mudah fhm even trgantung tp puas hati lyn sg1&sg2
Saya di ep3..Disebabkan org rumah nak tgk ep1.. saya dah dpt agaklah bot kapten tu org suruhan Game Master (abg si polis tu). Top Big Bang kena cucuk bawah leher.. kalau mata, jadi Kassim Selamat 😂
Episod 1,2 tuu untuk build up crta& chrctr .. kalau epsido 1 dah start aksi trus,tak ka gila nak pikir mcm mna si seong gi hun ni boleh tiba-ii ada dlm pulau tu pulak kan 😅😅 .. apa pon part yg main game ke dua tuu yg paling winn skali .. bersorak mcm dah lupa kalau kalah , kena mati 😂😂
best giler smpi mmg x puas hati yg tergantung tu tp mmg rasa ni lg best drpd season 1 cuma xde ending je, rasa season 3 mmg akan jd sgt epik la bila semua side character ni mainkan peranan masing2. blh nmpk mmg cuma character development je season ni pastu mungkin plot development next season. korg blh tgk demam squid game ni xkn kebah untuk 2025.
klau nk sng paham, season 1 awal jalan, season 2 jambatan, season 3 ending. sbnrnya enjoy je build up crita. mmg dorg nk target rasa x puas hati audience,sbb klau audience marah, dorg akn trpancing utk tgok s3. akak dlm video ni bukti yg production success buat squid game s2😂
tbh yes squid game awal mmg draggy.. panjang skit la.. tpi best ja sbb even draggy pun kita fham jalan crita dia.. dri awal apa dia buat utk cari balik tmpt squid game tu.. i mean dia berjaya gak and best sbb unexpected dia tukar game, jalan crita berubah skit.. lg satu psal bnyk main character tu ok ja dia pelbagaikan.. mcm mesej y cuba dia smpiaikan... like mak ni anak tinggal dia pun, dia x kecik hati dia still syg anak dia.. even yg jahat tu dri awal dpt agak sbb muka sama but still for me best ja, cuma betul sgt tergantung.. tpi aku ok ja nak tunggu season 3 plk hahahahahaha tktau la bila
mintak laa jasa baik semua yang ada adik", sedara" bawah umur, kalau boleh elakkan laa tgk dulu cerita ni, ada sebab dia buat cerita 18+, bukan sbb xde scene bukan" trus boleh tgk ye. kawal la apa yg merek tgk sebelum banyak pengaruh x elok yang dia ikut nanti.
Ala2 best je season 2 ni... ternanti-nanti yg ke 3 pulak...syok la kak oi..mana tak best...awal2 epi 1 dgn 2 pun dah gempak kot...celah mana bosan? 😂 Part thanos menari tu lagi best...A ring a a ring a ring ❤😂
Syok je season 2 niii. Takde yang kurang pun.Tergantung tu sebelum start season 2 pun mmg tau akan ada season 3. Sebelum tgk season 2 pun dah expect akan tergantung.
Idea dah takde nak teruskan story seong gi hun ni, nak suruh dia join berapa kali squid game pulak utk dia balas dendam? So season 3 akan release tahun ni juga nk setel cpt. Tp mungkin netflix akan spin off watak lain. Lepas ni mungkin squid game 1986, squid game story frontman masa dia main tahun 2015 tu. Netflix akan perah series ni sbb duit bnyk dpt.
@@CherryTreeMomo ko yg tak faham maksud spin off tu apa? lepas tu beriya kahkah alahai kampong first game squid game tu tahun 1986, mungkin diorang akan buat story sape yg create game ni apa semua. yg squid game 2015 tu cerita pasal frontman masa first time join squid game. takde kaitan dgn gi hun. ko tak faham spin off belajar la english betul betul
Ceo Netflix dah bagtw Squid Game ada S2 & S3 sedangkan penerbit Squid Game tak bersedia nak buat disebabkan Squid Game s1 ambik masa 10 tahun utk ditayangkan. so kena faham la dalam masa 3 tahun penerbit berjaya siapkan dalam masa 3 tahun dan berjaya bagi aku. so kena faham sbb apa cerita dia tergantung. kalau CEO Netflix kata ada S2 saja mungkin cerita Squid Game S2 ni akan tamat dgn jayanya
Assalamualaikum, bagi saya season 2 ni tak boring langsung, lagi bagi kita banyak memikir, dari boring nak tengok semua elemen sama je. So garapan plot and drama untuk season 2 ni bertambah kemas. Seriously tak boring and kita yang layan season 1 to season 2 sekarang pun lagi bertambah excited untuk interpret storyline Squid Game ni to another season which is number 3. Tak nampak and tak jumpa pula yang boring season 2 ni haha.
1st two episode bukan la slow sgt. Ade je part yg buat kita suspense. Tapi ye lh.... Kita just tunggu diorang nk main game je kan. Overall sedap gak la layan tapi compare to S1 punya ofc la S2 ni kalah. Maybe diorang buat ending gitu nk kita meloncat2 tunggu S3 nnti.
Dia takda beza antara season 1 dan 2 pun sebenarnya dan tak perlu dicompare mana lagi best. Season 2 ni dia more kepada kesinambungan, persoalan apa akan jadi selepas2 ni. Episode 1 dah best kut utk season 2 ni. How come ep 1 dan 2 dah orang bosan hehe. Season 2 ni more dia nak bina jln cerita dan secara tak langsung dia cuba juga utk kita remind balik season 1 punya. Utk game, mesti la tuan pengarah kena ubah tidak penonton wajib kata hambar. Nasib 1 game ja sama. Second game dh lain. Utk season 3, for sure mmg tak sabar nak tunggu la. Mesti lagi intense dan sebab mungkin akan final season terus!
die macam ni tauu kalau nk tengok drama atau movie baru jangan expectation terlalu tinggi korang jangan berharap cerita ni akan Same dengan ape yg korang imagine sbb selalu perasan ni akan buat kite kecewa jadi apa apa kite just low kn kite punye expectation baru boleh enjoy tengok.kalau nk elak perasan ni kite boleh elak tengok trailer die nnti masa tengok drama/movie tu tk deklah rase kecewa sangat and kalau cerita tu adelah S2 korang jangan rase die akan same character dengan S1 melainkan dieorg mmg hidup lah kalau dh mati, mati lah kang hidup jadi merepek pulak.
nak ingat character senang je… ( perempuan mengandung tu , laki penyanyi bigbang , laki perempuan mengandung , alaa polis trafik tu, abg polis tu , kwang so nyah , laki bot , budak2 gengster yang laki menang tu upah ) haa ni la perbualan aku dgn wife aku…. 😂😂😂😂
X boleh compere session 1 @ 2...sbb cerita ini penyambungan cerita so,ia akan mencerita keseluruhan cerita apa pemulanya ,apa yg akan berlaku dn apa yg peakhirannya
Kalau jadi watak utama pun tak sangka 001 tu front man..anda cakap sebab anda adalah penonton dan anda tahu jalan cerita sebab tonton s1😂 cuba kalau anda berada di tempat watak utama, mesti anda pun percayakan 001😂
Kenapa mula game lambat? Sebab nak tunjuk sebab kenapa watak utama nak masuk dan cara dia dapat masuk semula😂 kalau tiba2 episod 1 tiba2 watak utama terus dalam game tak ke pening pulak peminat nanti😂 kalau tengok s1 memang start game awal episod tapi semua peserta dikeluarkan sebab vote taknak teruskan game😂
Cik kak xyah lah jadi reviewer... Bg aku season 2 lagi best... Aku siap bersorak lagi yg game 5 orang tu... Character pun best... Kadang2 bleh bergenang air mata...
sis ni mmg expect episode 1 dah masuk game balik.. intro 10 minit cmtu? haha.. yg ni series.. of course director nk tunjuk satu2 mcm mana gihun nak join balik game tu..
S2 ni best je cuma sampai eps 7 jew. Revenge tak kesampaian sgt. Top bg aq memang on top laa diaa berlakon. Lgpon dia kan dah biasa berlakon dalam cerita the Commitment tuu. Kalau dri segi cerita memang mantap abisss 🔥⚡️
Review jujur saya....best...character semua ada story dan function x tengelam 456 pon still ada aura main character...ep 1 2 bagi saya best sebab diorang ada kelainan kali ni main game luar pulau walaupun tu mini game tapi still tgk meremang masa putar pistol... Bagi saya memang dah bleh agak bila diorang kata s3 akan keluar 2025 sebab tu tergantung...macam yg character jahat pula saya x setuju kalau character dia sama je dengan season 1 akan jadi bosan x de kelainan... Kali top tu dia bawa kelainan aura villain ada tapi goofy hahaha dia x sejahat s1 punya tapi still kita tgk kita enjoy dio punya jahat...kalau ikut jahat parner dia yg selalu ikut dia tu lagi jahat...lawak lawak bahasa english dia menjadi lah ada jugak penghibur dekat situ.... Overall 8.5/10 still enjoy sama dengan season 1 bagi saya
player 101 dekat season 1 bekas gangster, so make sense lah dia ganas . tapi season 2 ni artis yang poyo, and dia just ambik pil je. kita kena tengok based on background character tu jugak. tak boleh kita nak ikut hype sangat. ini build up stories and nanti climax nya kat season 3
Bagi aku s2 okay jer... Kalau nk compare ngan s1, best s1... Tpi aku tak cakap s2 ni x best... Yang tak faham akan cakap x best la...tngk la betul2, baca subtitle tu betul2 dan fahamkan betul2 akan rasa best la... Overall s2 okay jer cuma kalau nak argue pun part ending tu jer habis gitu jer... Terpaling gantung cerita dia
si recruiter tu kali ni dia x bg pilihan kpd golongan2 gelandangan main dakji, bg penampar atau duit. tp dia bg tiket loteri n roti. so yg x bestnye, last dia pijak roti2 tu semua n dia pun mati masa main game pistol dgn watak utama. 😢
Imo first & second episode tu ada reason je and bukan drama semata2. You akan faham bila you connect the dots each main character S1. Season 2 ni ramai A-list actors and dapat banyak screentime and highlight in this season compare to S1 character
😅ok je tak kecewa pn , askar pondan tu mmg penyelamat ,watak die paling best ,,, cuma tak sangka ending die takat tu je , kena tgu season depan pulak finishing nye haha
😂cuma aku tak sangka si hero ni masih bodo , dh tahu dlu no 001 tu penipu , season 2 ni pun die tak ambil pengajaran , mcm tu je kena gula2 kan dgn kepala jahat , dh depan mata tapi sng2 kena tipu
ok je watak pembuli TOP tu. nampak la lain sikit kalau banding dgn season 1. takkan nak gengster yg lebih kurang sama macam kim pan gon jugak. bosan laaa
jenama Squid Game ni dh kuat blh kata satu dunia tggu season 2 kluar. Tambah plk benchmark season 1 dh tggi jd ramai akan expect season 2 ni mst lg best. Tp okay ja cuma klu yg taknak rasa kena gantung waktu episod last tu tggu jela season 3 kluar tgok terus dr season 2 😂
Btw klau korg tgok s2 squid game ni korg kecewa sbb tk bnyk aksi.. korg salah tgok sudut penceritaan ni.. s2 ni jauh lgi best dri s1 sbb dkt s2 ni kita boleh nmpk cerita dri setiap sudut player.. sudut penembak.. even frontman sekalipon.. letak diri korg dlm kasut setiap kelompok ni and korg akan rasa yg s2 ni sgt2 menarik.. pihak yg tamak snggup pertaruhkan nyawa untuk duit.. pihak yg nak buktikan bahawa setiap manusia ada sisi jahat.. lgi2 golongan bawahan.. dan pihak yang nak kan keadilan
kira ok la..episode 1, 2 nk tunjuk cara dia masuk balik.. nk bgi make sense.. also part russia roulette tu top tier kut..
Serius la. Ep1 & 2 bosan? Paham tak build up cerita.. kan ad intense moment masa dorg cr subway man, scene roti dan lotery, batu kertas sapa kalah kene tembak dgn 456 main russian roulette tu? Siap build up kenapa 456 sewa satu motel. Mana pegi duit dia.. mcmana emotional damage nya dia lps menang. Jadi obses nk hentikan game tu. Pada aku build up ep1/2 tu sgt best. Untuk watak2 yg sis kata byk, masing2 nk jadi watak utama tu...kan bgus mcmtu. Maksudnya writer series ni btul2 jaga character development watak2 dia. Cukup screentime masing2 . Tak efek pun 456 yg mmg main character. S2 ni kisah nya build up.. bukan introduce lg. Just my 2cents
setuju. orang lain tak faham cerita series ni memang macam ni. kalau nak on terus ada action pergi tengok filem movie tak ada episode sana haa kalau filem laju la jalan cerita. kalau series ni dia kena explain apa jadi apa jadi.
Setuju, kan?
Setuju.. setiap cerita tak perlu sama plot dan timeline
Biasala bang netizen malaysia. Rakyat kita bukan suka cite2 yang kerah otak ni. Filem2 mcm tenet, inception, killers of the flower moon, interstellar, bukan filem hangat untuk diorang ni.
@@zafrihakim4858 biasalah tgk sbb nk ikut trend je , bukan btol ii menghayati
ok je season 2 ni x paham yg kata bosan...xkan laa start2 terus nk main game n mudah2 game yg dah bertahun2 wujud nk di musnahkan oleh 1 player😂
bgi aku ep 1/2 pun dah best dah. pelik ada yg ckap bosan 😂
Kan... Okey je... Best je...
Betul.. Aku x de masalah dgn episod 1 dan 2.. Aku pon x nk kalau cite awl² episod starting dgn huru hara dh.. Sakit kepala weii..
btull..best jaa..suspend dia ngn cast dia..cuma aku kurng puas hati kt ending dia..mcm xcukup ep untuk jdi ending season 2..faham nk buat season 3..cuma ending dia tu buat mcm pengarah cerita ni yg villain sebenarnya🤣
best je. bosan p tgk spongebob
Best je aku tgk.. capai expection.. bukan sibuk nk aksi semata, tapi element plotwist dalan jalan cerita yg unikkk
Dia nak buid up character nanti orang tertnya2 apa story pekerja pink, apa story salesman aka penyepak guys. Apa story hero selepas dapat duit apa dia buat. Ni semua soalan2 yang lepas season 1 habis, orang ni teori macam ni, orang ni macam tu. Jadi dia slow2 ceritakan. Memang watak hero jadi tenggelam dah semua dalam tu pernah jadi hero n heroin nak kata macam mana. Dia nak tunjukan macam mana hero ni struggle nak bagi orang caya kat dia, dia nak tunjukan bahawa walaupun kau ada potensi mati. kau tetap rebut peluang untuk dapatkan duit. Macam cite gunung emas di akhir zaman.
Dah nama pon series mesti wajib letak elemen drama pada awal episod haa kalau tanak drama layan filem je senang😂
nak cepat tap je 2 kali sebelah kanan
Kann tak rilex arr dorg ni😂
Haa ini aku setuju
Kan,ape benda lah
@@kenzogaming7550ko la xrilek, bia la pendapat dia, pendapat ko pendapat ko la bang 😂
Aku dh expect akan tergantung..tp takda masalah tetap layan
aku cukup suka jalan penceritaan episod 1 & 2 sbb lebih detail jalan penceritaan dia. aku layan dari pkul 10 pagi sampai 5 ptg deret tapi solat stop dlu. 😁
Bnyk bunyi pulk minah nii..ckp xyh expect lebih tpi dia pulk beria expect lebih 😂
hahaha true! orang lain tgk rasa best je
tak rasa best sgt @@chmm405
Ini pov penonton , wich is memang akan lebih kearah entertainment nk tgk game je , klau dari pov pembikin , ini the best example elemento of series , Cliff hanger ✅, buil up ✅, no MC obviously show up✅, character build up ✅
Setujuuu
S2 ni watak bos topeng hitam tu, masuk skali dgn pemain tu yg best, siap buleh jd geng dgn Gi Hun lg 😂
Season 1 pun presidennya masuk sekali dalam game..
Season 1: Founder
Season 2: Leader
@@darknesshunter4408yaka s1 eps brp eh yg ade founder dia
top (thanos) bukan watak villian pun sebab dia just ada masalah dgn si youtuber crypto tu je bukan dia hentam org lain, watak thanos more like menceriakan keadaan, masuk air semua. trailer bait buat nampak dia macam jahat bila part dia tolak orang dalam game RLGL.
Betul..dia tak macam watak jahat s1 yang mana mamat tu memang gangster😂 thanos ni cuma mamat rapper nakal yang terjun dalam kegiatan dadah😂
Xkn smua episod nk aksi
😂
Itulah....depa simpan untuk musim ketiga
Sbb citer dia tergantung
Yg ni betuii😂
Watak banyak sangat susah nak ingat?? Sounds like a YOU problem. Action start episod ketiga? Takkan episod satu terus main cik kak
mcm tgk sambil terjah je sbb nak tgk games je kan? tak follow build up cerita..
@chmm405 Exactly
Setuju, dia yang problem, penerangan part tak best dia semua takleh pkai
itulaa tu nama pon season baru mestila kita nk tahu kesinambungan dan punca utama sblm cerita tu berkembang . apabenda laa yg review pon 😂
yes watak byk sgt 😂 aku tgk squid game pun sbb nak tgk main char tu je. aku nak tgk dia balas dendam je. sbb dia dgn frontman je yg tahu apa yg jadi senanye
bila tak pernah tengok series 😅😅
Btul tu minah ni bnyak bunyi jaa lebih
@@lll684Kan suruh dia sendiri la direct cerita tu..
Tergantung x tau lah mcm mana nk setel tpi best untuk layan sumpah
laa sabar dlu kak nama pun episod 1 baru nak build up story sambungan dari season 1 .. tak kan start2 main game terus 😅 .. bagi pendapat aku best je dari episod 1-7 ... paling penting lakonan watak dorang semua memang padu lahh🔥🔥
bagi aku setaraf dgn season 1, season 2 story more wider xfokus pada player shj. Semoga season 3 menjadi penutup terbaik utk francais squid game ni.
Aku cam xyakin plak dia Kata season 3 Ni final🤣.. byk Benda kot.. story pompuan sniper baju Merah tu.. game pun Ada 3 lagi.. story sejarah frontman, kisah adik abang tu lagi, kalau dia dh menang lwn frontman camna dia nk lwn Klien2 frontman tu plak.. cam byk je nk sumbat dalam Satu season🤣.. takut Bila dia sumbat terlalu byk filem Jadi xcelaru plak🤣
@adlihakim4493 kalau ada season lain pun maybe spin off character penting. Atau flashback sebelum.
bagi aku untuk season 2 squid game ni dia utamakan 3 watak iaitu main character, 001/frontman dan abang polis, so bagi aku jalan ceritanya menarik tapi tak terlalu kuat seperti season 1..
(Moral of story - jangan terlalu bagi harapan terlalu tinggi)
Gi-hun tak belajar daripada kesilapan di Season 1, jangan percaya orang yang pakai nombor 001. 😭
@@HarizAbadi-vd4do biasanya kalau terlalu banyak fikir cepat lupa, tapi betul juga kata bro..
Takkuat makna lemah latu
Yg polis tu Hwang junho 😔
@@HarizAbadi-vd4do Loophole paling besar bagi aku. Kau dah tahu creator/vip game ini adalah player 001 berdasarkan squid game sebelum ini, boleh pulak tak timbul sebarang keraguan ke atas 001.
Siap boleh jadi best friend kongsi segala strategi kau lagi😂
Pada saya best je sebab season 1 dan season 2 ada kelebihan masing dan keunikan masing2.
tah idk about other but i actually enjoy s2 dapat je rasa.. takkan la eps 1 trus nak main game ganas2 chill je la 😂
Akak je lah buat cerita ni
Musim kedua Squid Game memperkenalkan watak Yeong-li yang menarik. Walaupun dia menunjukkan sisi baiknya, hakikat bahawa dia adalah Frontman memaksa dia untuk menghalang Seong Gi-hun dan rakan-rakannya daripada mencapai matlamat mereka.
Namun, satu persoalan yang timbul adalah mengapa Yeong-li membiarkan Seong Gi-hun terus hidup, sedangkan rakan-rakan Gi-hun yang lain tidak bernasib baik? Selain itu, watak misteri seperti pak cik nelayan yang menyelamatkan Detektif Hwang (adik kepada Frontman) menambah teka-teki baharu. Harap persoalan-persoalan ini dapat dirungkai dalam musim ketiga nanti.
Secara keseluruhan, musim kedua ini memberikan jalan cerita yang menarik, tetapi masih meninggalkan beberapa misteri yang tidak terjawab. Saya bagi 7.5/10 untuk musim kali ni.
Mgkin sbb gi Hun ni bkn peserta sbnr sbb dia msuk balik atas kerelaan dia
scene gihun dibiarkan hidup lagi buat aku jadi teringat satu movie The Menu(2022) yang mana watak utama pompuan tu dibiarkan hidup sebab dia actually pon tak layak masuk restoran tu dan dibunuh. sama gak dgn gihun yang dia tak patut join pon game ni.
insteresting part season ni adalah bila dia masukkan cerita pasal pekerja pink dia jugak, instead of pemain ja ...
hahahahaha kelakar pulak review akak ni. takpelah pendapat akak kan.
Pada saya, tak dan la nak compare season 1 dengan season 2 kak. Ni bukan cerita melayu nak ulang jalan cerita yang sama.
episode 1 dengan 2 ni build up story. episode 3 build up character sorang2. benda ni penting untuk penceritaan sebab sekarang ni 'misi' dia lain. agak2 kalau karakter s2 dengan s1 sama je, lagi bosan la.
Cerita ni banyak plot twist yang buatkan penonton yang suka genre thriller jadi mind blowing!
Simply said, cerita ni ada kelainannya yang membuatkan penonton rasa tak sabar untuk tunggu s3. sebab tu dia buat 7 episod. tujuannya untuk revenue la. yes, memang cerita ni gempak, apa risau pasal takut takde penonton, tapi dari side business, every cent matter. Tengok la pelakon semua mahal2. Takkan nak ulang plot yang sama pulak.
Walaupun last episode dia tergantung, bagi saya 'kegantungan' dia bijak sebab dia dah berjaya membuatkan penonton rasa hype untuk tunggu s3, tapi untuk orang macam akak ni, rasa hype tu tukar jadi rasa kecewa. hahahaha
Tahun ni je pun dia nak keluarkan s3. Tu one piece sampai beribu episode tak habis2 lagi, dengan penuh kesabaran fans tunggu.
S2 ni ok juga. Sbb ada plot twist last episode. Jangan lupa pada 001. Dia la kapla dlm bangunan tu.
Adeh, akak speaker nie paham ke tak pasal cliffhanger? Pengarah die bijak sebenarnye die bagi ending s2 gantung untuk hype s3 nanti, dah name series setiap episod hampir sejam mesti la kene drama, nie bukan movie nak cepat2 abes😂 lagi pun jalan cerita die logik, alamak akak speaker nie mesti dari 50% budak2 twitter nie hahaa
Best jeee…. Xkn ep 1 terus nak main game nyahhh
Tajuk: Yang Bagus dan Tak Bagus Squid Game 2
Penerangan: Pembinaan plot awal tu lama sangat. Bila dah mula permainan, dah bagus dah.
Nak layan Squid Game ni, lagi syok kalau ada bertih jagung.
Tapi bagi aku season 2 lagi best & suspense . Game pun lagi menarik. Watak pun banyak yg lagi best 👍 cuma last tu je tak sangka sbb ada season 3. Ingat boleh settle semua dah last episode tu
Paling best watak top syok gila top dlam squid game hahah
Yee doee. Mula2 aku takut gak, takut season 2 tak best, risau 😂. Tapi, Bukan Season 1 je yang best, tapi SEASON 2 lagi best. seriouss. Layann season 2.
Season 1 - banyak game
Season 2 - game tak banyak, tapi dia more watak masing2 dan throwback watak2 dari season 1. Tapi yg best ada seseorang join that game, mmg unexpected. hahaha
dan Watak2 Season 2 semua the bestg, seriouss.
aku perasan selalu perempuan je yang cepat bosan.. tak suka drama meleret leret..taknak banyak fikir.. tapi kdrama yg cintan cintun tu suka pulakk 😂
Yaka sbb sya perempuan dn suka cerita mcm ni ,bnyak ja perempuan suka cita mcm ni la cma minah ni ja pelik sikit
Tak habis2 kaitkan jantina dah 2025 kot chill la bukan semua macam tu...
Aku tgk kdrama romance tu lagi lembap nak mati
Terima kasih kerana bg pendapat. Izinkan saya beri pov sy.
1. Tak semua cerita perlu berpusar pada MC seolah² he is the chosen one. Sedangkan sukses sesuatu misi itu bergantung pada setiap sendi anggota yg terlibat, jd mmg bagus director buang fikiran MC HERO ; DY JE BLEH SELESAIKAN SEMUA. Kita jgn didik otak kita terlampau nak tumpu pada individu. N ini kisah tntg melawan sistem. Seorang sahaja xmampu nk lawan.
2. Plot slow dlm ep 1 n 2 kononnya itu ialah utk stage up cerita. Mgkin cover apa yg lompong utk scene kedepan. Ini bukan MMA or WWE, nak masuk² jaa tumbuk terus.
3. Ni 3tahun dari era kemenangan MC, mgkin berbeza generasi ; sb itu kalau perasan masa zaman MC ; kes gelandangan. Tp masa zaman ni, era hutang. Maka yg masuk dlm game ni geng² era lain. So pembuli dlm game ni pon berubah. Dulu samseng jalanan, skrg bully. So apa yg Thanos lakonkan tu mmg era budak² acah samseng tp nubs, ajak kawan buat geng belasah org tp takut dgn org yg lebih superior.
4. Ramai sgt watak² hebat sampai susah nk padamkan; sb mereka jaa dpt bawa watak dgn jaya. Tgok kang ha neul punya gugup tu, ekspresi muka, nak ambil pelakon tambahan mana jaa yg mampu bawa lakonan mcm dy? Sama juga dgn watak2 lain.
5. Season ni tergantung mgkin akan disambung ke season depan. Cumanya pergantungan season ni ada isyarat kepada "semua kejahatan yg terancang akan sentiasa berjaya jika dibandingkan dgn kebaikan yg huru hara".
Ada lg? Tambah lah sendiri. Haha. Bye.
Betul ep 1,2 tu build up cerita. Kt situ kita boleh tgk kenapa MC obses nk stop game, mcm mna dia training shooting, dia punya berani/tak takut mati masa main roulette.
Thanos tu ya la pembuli, tu dia tak brutal sgt. yg season 1 tu betul2 samseng, gangster.mana maunye dipanggil pembuli😅
Aku tgk ep 3 baru start main game pun dah tahu akan tergantung cerita ni. Dah boleh expect dia takkan boleh habis dlm 7 ep ja
ok je kak, semua best je , ada jalan cerita lagi. episod 3 baru aksi. baru orang faham tengok. tak kan episod 1 terus nk aksi
Kau nk expect ep1 trus ada action lawan² mcm tu, msti lh nk tau jln cerita tu mcm mna dia nk start msuk join blik squid game tu. Dh nma pn drama series msti bnyk ckp. Yg jln crta dia tu mudah fhm even trgantung tp puas hati lyn sg1&sg2
Saya layan je...bagi saya jika saya boleh layan sampai habis ber episode dan ulang tengok kali ke2, ni tahap terbaik.
Saya di ep3..Disebabkan org rumah nak tgk ep1.. saya dah dpt agaklah bot kapten tu org suruhan Game Master (abg si polis tu). Top Big Bang kena cucuk bawah leher.. kalau mata, jadi Kassim Selamat 😂
Episod 1,2 tuu untuk build up crta& chrctr .. kalau epsido 1 dah start aksi trus,tak ka gila nak pikir mcm mna si seong gi hun ni boleh tiba-ii ada dlm pulau tu pulak kan 😅😅 .. apa pon part yg main game ke dua tuu yg paling winn skali .. bersorak mcm dah lupa kalau kalah , kena mati 😂😂
best giler smpi mmg x puas hati yg tergantung tu tp mmg rasa ni lg best drpd season 1 cuma xde ending je, rasa season 3 mmg akan jd sgt epik la bila semua side character ni mainkan peranan masing2. blh nmpk mmg cuma character development je season ni pastu mungkin plot development next season. korg blh tgk demam squid game ni xkn kebah untuk 2025.
Lebih tepatnya sambungan S2 bukan s3
klau nk sng paham, season 1 awal jalan, season 2 jambatan, season 3 ending. sbnrnya enjoy je build up crita. mmg dorg nk target rasa x puas hati audience,sbb klau audience marah, dorg akn trpancing utk tgok s3. akak dlm video ni bukti yg production success buat squid game s2😂
best je cite ni, season 2 ni elok je,kena paham apa sebab dia tergantung.. byk benda dia nak tunjuk.. so mmg best citw ni
Kalau nak terus tengok game baik tengok reality tv 😂😂
tbh yes squid game awal mmg draggy.. panjang skit la.. tpi best ja sbb even draggy pun kita fham jalan crita dia.. dri awal apa dia buat utk cari balik tmpt squid game tu.. i mean dia berjaya gak and best sbb unexpected dia tukar game, jalan crita berubah skit.. lg satu psal bnyk main character tu ok ja dia pelbagaikan.. mcm mesej y cuba dia smpiaikan... like mak ni anak tinggal dia pun, dia x kecik hati dia still syg anak dia.. even yg jahat tu dri awal dpt agak sbb muka sama but still for me best ja, cuma betul sgt tergantung.. tpi aku ok ja nak tunggu season 3 plk hahahahahaha tktau la bila
mintak laa jasa baik semua yang ada adik", sedara" bawah umur, kalau boleh elakkan laa tgk dulu cerita ni, ada sebab dia buat cerita 18+, bukan sbb xde scene bukan" trus boleh tgk ye. kawal la apa yg merek tgk sebelum banyak pengaruh x elok yang dia ikut nanti.
Baik layan movie kalau nak fast action. Nama pun series pada aku season 1 & 2 ok je. aku layan je walaupun 7 episode dan tergantung. 😂
Ala2 best je season 2 ni... ternanti-nanti yg ke 3 pulak...syok la kak oi..mana tak best...awal2 epi 1 dgn 2 pun dah gempak kot...celah mana bosan? 😂 Part thanos menari tu lagi best...A ring a a ring a ring ❤😂
The real mvp no 120 muka mcm kwangsoo tuh pling function fav player doh 😂
Jgn main-ii mat , dy bekas tentera elit korea selatan tuu , cuma silap pilih jalan jaa 😂😂
Actually first 2 episode ni ada je scenes dia yg mmg bagi tension esp scene russian roulette tu. Dh lain main 2 kali pulak.
Syok je season 2 niii. Takde yang kurang pun.Tergantung tu sebelum start season 2 pun mmg tau akan ada season 3. Sebelum tgk season 2 pun dah expect akan tergantung.
Season one punya memang real gangster, season 2 punya just a retired idol memang lain lah brutal nya🫢
4:25 better drpd one ke y? 😅 ke telinger aku slh dgr sbb aku repeat byk kali 😂
Idea dah takde nak teruskan story seong gi hun ni, nak suruh dia join berapa kali squid game pulak utk dia balas dendam? So season 3 akan release tahun ni juga nk setel cpt. Tp mungkin netflix akan spin off watak lain. Lepas ni mungkin squid game 1986, squid game story frontman masa dia main tahun 2015 tu. Netflix akan perah series ni sbb duit bnyk dpt.
Dia msuk sbb nk expose lokasi tpi kesian sbb ada imposter
Mungkin boleh tamatkan dengan kluang Man jumpa tempat ni Dan report ke polis Malaysia
Ko tak faham cite kot. Cite tak habis lg. 1986 amende 😂
@@CherryTreeMomo 📏
@@CherryTreeMomo ko yg tak faham maksud spin off tu apa? lepas tu beriya kahkah alahai kampong first game squid game tu tahun 1986, mungkin diorang akan buat story sape yg create game ni apa semua. yg squid game 2015 tu cerita pasal frontman masa first time join squid game. takde kaitan dgn gi hun. ko tak faham spin off belajar la english betul betul
Okey jerr, dah diorg bgitau kan tahun ni jugak keluar yg baki tu
biasa ler budak2 gen z ni susah nk bersabar...kami geng 90 kids steady jer layan...
satu keburukkan season 2 apabila ada perempuan mengandung.. xleh do hm
TK sampai hati doh😭
without TOP bigbang , squid game s2 would be boring
lah dia ahli kpop btl2 ke.. aku ingtkan dia rapper dlm citer tu je..
sokong
x pun😊
@@mitologics apo lah, tkda pun tkpa
He's a good actor but doesn't overshadowed everyone. Semua menonjol. Takde salah sorg akan jadi tak best.
sepatutnya season 2 part 1. part 2 2025 june 😅
Ceo Netflix dah bagtw Squid Game ada S2 & S3 sedangkan penerbit Squid Game tak bersedia nak buat disebabkan Squid Game s1 ambik masa 10 tahun utk ditayangkan. so kena faham la dalam masa 3 tahun penerbit berjaya siapkan dalam masa 3 tahun dan berjaya bagi aku. so kena faham sbb apa cerita dia tergantung. kalau CEO Netflix kata ada S2 saja mungkin cerita Squid Game S2 ni akan tamat dgn jayanya
Assalamualaikum, bagi saya season 2 ni tak boring langsung, lagi bagi kita banyak memikir, dari boring nak tengok semua elemen sama je. So garapan plot and drama untuk season 2 ni bertambah kemas. Seriously tak boring and kita yang layan season 1 to season 2 sekarang pun lagi bertambah excited untuk interpret storyline Squid Game ni to another season which is number 3.
Tak nampak and tak jumpa pula yang boring season 2 ni haha.
1st two episode bukan la slow sgt. Ade je part yg buat kita suspense. Tapi ye lh.... Kita just tunggu diorang nk main game je kan. Overall sedap gak la layan tapi compare to S1 punya ofc la S2 ni kalah. Maybe diorang buat ending gitu nk kita meloncat2 tunggu S3 nnti.
Ok sangat dari drama Malaysia. Asyik dgn megah holding ja..
yeke satu dunia tunggu. aku tak tunggu pun.
fuh nasib baik dah bagitau
tergantung sepi bak kata hakim rusli..tak sabar nk tnggu season 3 ni
BEST ❤
Fact Squid Game S2 kalibSeong Gi Hun banyak mimpi basah 🗿🫠 siauuuu btl setiap EP mesti mimpi hahaha 😂
Xpatut series 2 ni tergantung sebab series 1 elok je abis
Sbb storyline dia panjang
Season 2 lagi best dari season 1. .Aku repeat kalau ada yg tak faham. .Benda boleh download kan. .Game yg ketiga round & round tu the best. .
Lagu Dy viral dh😂
Dia takda beza antara season 1 dan 2 pun sebenarnya dan tak perlu dicompare mana lagi best. Season 2 ni dia more kepada kesinambungan, persoalan apa akan jadi selepas2 ni. Episode 1 dah best kut utk season 2 ni. How come ep 1 dan 2 dah orang bosan hehe. Season 2 ni more dia nak bina jln cerita dan secara tak langsung dia cuba juga utk kita remind balik season 1 punya. Utk game, mesti la tuan pengarah kena ubah tidak penonton wajib kata hambar. Nasib 1 game ja sama. Second game dh lain. Utk season 3, for sure mmg tak sabar nak tunggu la. Mesti lagi intense dan sebab mungkin akan final season terus!
die macam ni tauu kalau nk tengok drama atau movie baru jangan expectation terlalu tinggi korang jangan berharap cerita ni akan Same dengan ape yg korang imagine sbb selalu perasan ni akan buat kite kecewa jadi apa apa kite just low kn kite punye expectation baru boleh enjoy tengok.kalau nk elak perasan ni kite boleh elak tengok trailer die nnti masa tengok drama/movie tu tk deklah rase kecewa sangat and kalau cerita tu adelah S2 korang jangan rase die akan same character dengan S1 melainkan dieorg mmg hidup lah kalau dh mati, mati lah kang hidup jadi merepek pulak.
nak ingat character senang je… ( perempuan mengandung tu , laki penyanyi bigbang , laki perempuan mengandung , alaa polis trafik tu, abg polis tu , kwang so nyah , laki bot , budak2 gengster yang laki menang tu upah ) haa ni la perbualan aku dgn wife aku…. 😂😂😂😂
Aku nampak seorg seorang sabah dpt lakonan squid game 2.. terkejut rupa nyaa
Dalam keadaan cakap tak best,
Tapi "tak puas hati, tak puas hati, nak lagi" 😂
First! 🎉
X boleh compere session 1 @ 2...sbb cerita ini penyambungan cerita so,ia akan mencerita keseluruhan cerita apa pemulanya ,apa yg akan berlaku dn apa yg peakhirannya
Kalau jadi watak utama pun tak sangka 001 tu front man..anda cakap sebab anda adalah penonton dan anda tahu jalan cerita sebab tonton s1😂 cuba kalau anda berada di tempat watak utama, mesti anda pun percayakan 001😂
Kenapa mula game lambat? Sebab nak tunjuk sebab kenapa watak utama nak masuk dan cara dia dapat masuk semula😂 kalau tiba2 episod 1 tiba2 watak utama terus dalam game tak ke pening pulak peminat nanti😂 kalau tengok s1 memang start game awal episod tapi semua peserta dikeluarkan sebab vote taknak teruskan game😂
Cik kak xyah lah jadi reviewer... Bg aku season 2 lagi best... Aku siap bersorak lagi yg game 5 orang tu... Character pun best... Kadang2 bleh bergenang air mata...
Aku perasan kalau speaker ni bagi review mesti kene hentam hahahah
Yup Tah pape😂
Season 1 : How the game destroys everyone
Season 2 n maybe Season 3 : How everyone destroys the game
season 1,2 : how money destroy yourself
sis ni mmg expect episode 1 dah masuk game balik.. intro 10 minit cmtu? haha.. yg ni series.. of course director nk tunjuk satu2 mcm mana gihun nak join balik game tu..
Takkan episode 1 terus mula game bunuh-bunuh? Korang ni psikopat ke?
episod 1 kan dh main russian roulette
Bout you know tho i’m a legend thanos
ep 1,2 bosan? Gong yoo mati tu kira agak climax kot..nak tgk action tgk cite lain kak..
season 1 is phenomenal
season 2 is emotional
S2 ni best je cuma sampai eps 7 jew. Revenge tak kesampaian sgt. Top bg aq memang on top laa diaa berlakon. Lgpon dia kan dah biasa berlakon dalam cerita the Commitment tuu. Kalau dri segi cerita memang mantap abisss 🔥⚡️
Review jujur saya....best...character semua ada story dan function x tengelam 456 pon still ada aura main character...ep 1 2 bagi saya best sebab diorang ada kelainan kali ni main game luar pulau walaupun tu mini game tapi still tgk meremang masa putar pistol... Bagi saya memang dah bleh agak bila diorang kata s3 akan keluar 2025 sebab tu tergantung...macam yg character jahat pula saya x setuju kalau character dia sama je dengan season 1 akan jadi bosan x de kelainan... Kali top tu dia bawa kelainan aura villain ada tapi goofy hahaha dia x sejahat s1 punya tapi still kita tgk kita enjoy dio punya jahat...kalau ikut jahat parner dia yg selalu ikut dia tu lagi jahat...lawak lawak bahasa english dia menjadi lah ada jugak penghibur dekat situ.... Overall 8.5/10 still enjoy sama dengan season 1 bagi saya
s1 menarik s2 tu pun menarik dua-dua ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri 🔥🤩
player 101 dekat season 1 bekas gangster, so make sense lah dia ganas . tapi season 2 ni artis yang poyo, and dia just ambik pil je. kita kena tengok based on background character tu jugak. tak boleh kita nak ikut hype sangat. ini build up stories and nanti climax nya kat season 3
Episod 1 best je,sbb bole nmpak yg gong yuu pandai buat muka psiko
Bagi aku s2 okay jer... Kalau nk compare ngan s1, best s1... Tpi aku tak cakap s2 ni x best... Yang tak faham akan cakap x best la...tngk la betul2, baca subtitle tu betul2 dan fahamkan betul2 akan rasa best la... Overall s2 okay jer cuma kalau nak argue pun part ending tu jer habis gitu jer... Terpaling gantung cerita dia
si recruiter tu kali ni dia x bg pilihan kpd golongan2 gelandangan main dakji, bg penampar atau duit. tp dia bg tiket loteri n roti. so yg x bestnye, last dia pijak roti2 tu semua n dia pun mati masa main game pistol dgn watak utama. 😢
Cerita Korea sumpah nama watak utama ja yg aku kenal PON 😅yg lain AQ susah nak kenal😅😂
Imo first & second episode tu ada reason je and bukan drama semata2. You akan faham bila you connect the dots each main character S1.
Season 2 ni ramai A-list actors and dapat banyak screentime and highlight in this season compare to S1 character
episod 1 dan 2 ni nak recall balik 3 tahun diorang cari tahu pasal game dan pulau tu. russian roullette tu best kot
😅ok je tak kecewa pn , askar pondan tu mmg penyelamat ,watak die paling best ,,, cuma tak sangka ending die takat tu je , kena tgu season depan pulak finishing nye haha
😂cuma aku tak sangka si hero ni masih bodo , dh tahu dlu no 001 tu penipu , season 2 ni pun die tak ambil pengajaran , mcm tu je kena gula2 kan dgn kepala jahat , dh depan mata tapi sng2 kena tipu
ok je watak pembuli TOP tu. nampak la lain sikit kalau banding dgn season 1. takkan nak gengster yg lebih kurang sama macam kim pan gon jugak. bosan laaa
jenama Squid Game ni dh kuat blh kata satu dunia tggu season 2 kluar. Tambah plk benchmark season 1 dh tggi jd ramai akan expect season 2 ni mst lg best. Tp okay ja cuma klu yg taknak rasa kena gantung waktu episod last tu tggu jela season 3 kluar tgok terus dr season 2 😂
aku sbenarnya nak tengok juga mcm mna si kwangso tu main sepak raga, dia tak nak suruh org bagi tengok, sbb bebird dia besaq kot🤣
Comey la akak speaker nie.. 😍🔥🥰
Btw klau korg tgok s2 squid game ni korg kecewa sbb tk bnyk aksi.. korg salah tgok sudut penceritaan ni.. s2 ni jauh lgi best dri s1 sbb dkt s2 ni kita boleh nmpk cerita dri setiap sudut player.. sudut penembak.. even frontman sekalipon.. letak diri korg dlm kasut setiap kelompok ni and korg akan rasa yg s2 ni sgt2 menarik.. pihak yg tamak snggup pertaruhkan nyawa untuk duit.. pihak yg nak buktikan bahawa setiap manusia ada sisi jahat.. lgi2 golongan bawahan.. dan pihak yang nak kan keadilan
Baru tengok 5 episod. Season 2 ni banyak cakap aku kerap juga skip part sembang, season 1 tu straight to the point je.
thanos ni mcm pembawa seri...klw dy xde dlm season ni lg x best rasanya