Dzikir La Hawla Wala Quwwata illa billah 100x - Bekal Di Surga

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 28 ก.ย. 2024
  • Lafaz Dzikir La Haula Wala Quwwata
    لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
    La haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil azhimi
    Artinya: “Tiada daya dan upaya kecuali dengan kekuatan Allah yang maha tinggi lagi maha agung.”
    1. Pembuka Rezeki
    "Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan - "La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah"
    (Hadis Riwayat: At-Tabrani)
    2. Ubat Kepada 99 Penyakit
    Rasulullah SAW bersabda :
    “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”
    (Hadis Riwayat: At-Tabrani)
    3. Menanam Pokok Di Syurga
    Telah berkata Abu Ayyub al Ansari bahawa pada malam Israk, Rasulullah saw berlalu melintasi Nabi Ibrahim as lalu Nabi Ibrahim bertanya, "Siapakah org yg bersamamu itu wahai Jibril? Ini Muhammad, jawab Jibril. Nabi Ibrahim lalu berkata," Wahai Muhammad, perintahkan umatmu untuk memperbanyakkan menanam pokok disyurga. Maka Nabi saw bertanya, "Bagaimana menanam pokok disyurga? Nabi Ibrahim menjawab," Ucapkan kalimat La hawla wa la quwwata illa billah
    (HR Imam Ahmad dan disahihkan oleh Ibnu Hibban)
    4. Salah Satu Perbendaharan Syurga
    Dalam sebuah hadis menyebut daripada Abu Zar, beliau berkata: “Aku berjalan di belakang Rasulullah SAW, lalu Baginda berkata kepadaku: “Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah. Baginda bersabda: “La Haula wala Quwwata illa billah.”
    Begitu juga hadis daripada Abu Musa, beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda kepadaku: “Mahukah aku tunjukkan salah satu perbendaharaan dari perbendaharaan syurga? Saya menjawab: “Mahu ya Rasulullah. Kemudian Baginda bersabda: La haula wala quwwata illa billah.”
    5. Membawa Kemuliaan
    Membaca "La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah" setiap kali mendapat sesuatu yang tidak disukai.
    Siti Aisyah r.anha menceritakan:
    "Nabi s.a.w. adalah orang yang selalu berzikir kepada Allah s.w.t dalam setiap waktuNya".
    (Al-Hadith)
    #zikir #zikirharian #zikirmunajat #dzikir #dzikirpagi #dzikiralquranmerdu #dzikirmalam

ความคิดเห็น • 1

  • @BismillahChannel87
    @BismillahChannel87  2 ปีที่แล้ว

    Tonton juga allahul kafi - menenangkan hati
    th-cam.com/video/to-o0Ob-Yro/w-d-xo.html