Kupasan Ringkas || Jihad Pendidikan

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 22 ส.ค. 2024
  • 🎶Berjuang itu pahit...
    Kerana syurga itu manis...🎶
    🎶Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar...
    Bukan sedikit pedih yang ditagih...🎶
    Mendidih darah kita apabila membaca berita pelanggaran penjajah Zionis ke atas Masjid Al-Aqsa pada bulan Ramadan ini. Sudahlah orang Islam dihalang dari memasuki kawasan masjid, pendatang Yahudi pula cuba dibawa masuk untuk meraikan perayaan mereka!! Mujurlah Al-Aqsa masih mempunyai para murabitin dan penjaga-penjaga dari rakyat Palestin yang istiqomah mempertahankan kehormatan kiblat pertama dan masjid ketiga kita.
    Tapi pernah tak kita duduk dan fikirkan sejenak? Apakah yang membuatkan mereka teguh berdiri membela Masjid Al-Aqsa? Akan wujudkah jati diri dan semangat waja ini tanpa pendidikan yang jitu dan mapan?
    Sudah tentu tidak!
    Inilah sebenarnya satu sumbangan yang kita boleh berikan untuk membina generasi Salahuddin Al-Ayyubi yang akan membebaskan Masjid Al-Aqsa satu hari kelak. Mari kita sama-sama ikuti kupasan ringkas daripada Ustaz Muzzammil bin Shamsudin, guru SM Ibn Khaldun.
    ___________
    Jom menyumbang ke www.danaibnkha...
    Infaq Hari Ini Demi Legasi Hari Esok

ความคิดเห็น •