PANTAI BAN PECAH SEMAKIN MERIAH

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 6 ก.ย. 2024
  • Pantai Ban Pecah yang terletak di sepanjang antara Tanjung Piandang ke Kuala Kurau sepanjang lebih kurang 9 km. Sejak kebelakangan ini ia menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negeri Perak. Tak seperti pantai atau laut yang lain, Ban Pecah mempunyai keunikannya tersendiri.
    Ban Pecah mempunyai sejarah atau lagenda sehingga diberikan nama sedemikian. Menurut penduduk setempat, tempat ini pada asalnya merupakan sawah padi yang luas terbentang. Hakisan pantai dan ombak yang besar telah memusnahkan sawah dan sebahagian tanah penduduk dan kini di bina satu Ban yang lebih kukuh untuk memisahkan lautan dan daratan.
    Pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh lakukan seisi keluarga seperti berkelah, bergambar berlatarkan laut dan pantai yang indah, Berbasikal dan Menunggang Atv, bermain Layang-layang, Melihat Matahari Terbenam, Bermandi-manda, Menikmati makanan laut terutama Mi Udang, Menginap dengan Suasana Desa, dan yang paling best pada kaki pancing adalah memancing dan menjala ikan.
    Jom ajak keluarga, pasangan dan rakan-rakan ke Ban Pecah untuk merasai suasana pantai dan desa di sini. Banyak aktiviti santai yang dapat mententeramkan jiwa anda di sini yang boleh anda cuba. Moh kite ke Perak!

ความคิดเห็น • 19

  • @salbiahsalleh1030
    @salbiahsalleh1030 4 หลายเดือนก่อน +1

    Kg kelahiran ku tapak rumah jd lautan hanya pintu air je nampak masa keciq2 kat pintu air tu la tempat bermain

    • @WAKJAYCHANNEL
      @WAKJAYCHANNEL  4 หลายเดือนก่อน

      Depa alih ban tu kedalam kan...

  • @waniefahmi9645
    @waniefahmi9645 ปีที่แล้ว +3

    Saya pernah sampai tempat ni…mmg best suasana kampung dia, tak yah pergi pantai besar kat sini pun dah cukup

  • @arifbinabdrashid1538
    @arifbinabdrashid1538 ปีที่แล้ว +1

    PERGH!!! Kampung ku... Ingat kenangan form 2 pi dengan geng BMX k kurau thn 90 dulu.. apapun Tarak lagi time tu.. 97 start keja pej mdk pun x besa habaq staff pej.. x sangka la..............Mdk.. apa lagi...? Bangunkn la...

    • @WAKJAYCHANNEL
      @WAKJAYCHANNEL  ปีที่แล้ว

      Time tu rasanya tempat cari benih kering lagi kot, ban tu klu ada pun mesti penghadang lg....nak naik moto kat atas ban tu pun susah....depa tar pun baru masa pkp hr tu

  • @shahridzchannel
    @shahridzchannel 11 วันที่ผ่านมา

    dia makin meriah nie ada pro and cons jgk..dgn sikap org kita nie for sure sampah akan makin bertambah.. port mancing pantai da makin kurang.. pencemaran bertambah jgk.. tp dr segi ekonomi setempat mmg bagus la.. sbb makin byk perniagaan leh berkembang.. tp apa pon semua kena kawal kalau tak kawal lama2 tmpt nie akan hilang value asal dia...

    • @WAKJAYCHANNEL
      @WAKJAYCHANNEL  10 วันที่ผ่านมา

      Semalam saya baru kesana....klu tempat memancing tu tak ada masalah kot sb ban tu panjang banyak pilihan port mancing. Kemudahan pun semakin banyak cuma tang homestay tu mmg bercambah mcm cendawan musim hujanlah tp harganya ada yg kalahkan harga homestay kat bandar

    • @shahridzchannel
      @shahridzchannel 10 วันที่ผ่านมา

      @@WAKJAYCHANNEL harap2 kekal la keadaan yg skrg nie.. Sbb susah da nak cari suasana kampung mcm dulu2

  • @leaacutenessoverload74
    @leaacutenessoverload74 ปีที่แล้ว +1

    dulu slalu pergi rindunya sbb rumah tok depan tu je skrng tok sakit duduk rumah anak ii rumah di biorkan aje

    • @WAKJAYCHANNEL
      @WAKJAYCHANNEL  ปีที่แล้ว

      Saya pun sejak orang tua dh x de, jarang2 balik...hr raya atau kenduri sedara-mara je lah balik.

  • @JeraaChannel
    @JeraaChannel ปีที่แล้ว +1

    wah menarik juga tempat ni ye,

    • @WAKJAYCHANNEL
      @WAKJAYCHANNEL  ปีที่แล้ว

      Kg org umah...santai2 mmg best

  • @JAC.surffishing.channel
    @JAC.surffishing.channel ปีที่แล้ว +1

    Fuh kalau mancing best ni

    • @WAKJAYCHANNEL
      @WAKJAYCHANNEL  ปีที่แล้ว

      Kerapu besar peha tu bro...hihihi

  • @ayibgondrong4558
    @ayibgondrong4558 ปีที่แล้ว +1

    Mantap pemandangan pantainya Wak,ada orang Mancing tak kat sana,video yang Anda share sangat mengesankan, saya bangga dengan kerja keras anda, semangat terus berkarya semoga tambah sukses kedepannya, sehat selalu di sana kawanku

    • @WAKJAYCHANNEL
      @WAKJAYCHANNEL  ปีที่แล้ว

      Terima kasih atas komen yg sangat positif bro....tempay ni mmg banyak sangat spot mancing bro, dia punya ikan bukan kaleng-kaleng...paling popular ikan sembilang

  • @dusyumusyum
    @dusyumusyum ปีที่แล้ว +1

    menarik bang! salam hadir dan auto subscribe!