KUMPULAN PERTAMA ANGGOTA MALBATT 850-11 BERLEPAS MENERUSKAN MISI UNIFIL LUBNAN

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 22 พ.ย. 2024
  • SUBANG, 2 Nov 23 - 12 Warga Udara antara 218 anggota Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) yang berlepas ke bumi Lubnan meneruskan kesinambungan penugasan di bawah misi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di bawah Misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL). Majlis Pemakaian Beret PBB, Penyerahan Jalur Gemilang dan Penghantaran Kumpulan Pertama MALBATT 850-11 ini telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan di Pangkalan Udara Subang.
    Turut serta menyaksikan acara bersejarah ini ialah Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM mewakili Panglima Tentera Udara bersama-sama barisan pengurusan tertinggi ATM dan Kementerian Pertahanan iaitu Panglima Angkatan Tentera; Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman; Ketua Setiausaha, Dato’ Seri Isham bin Ishak; Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM, Panglima-Panglima Perkhidmatan serta Pegawai Kanan ATM dan Kementerian Pertahanan serta Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Tuan Mohd Aizul Hakim bin Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi. Malah penghantaran mereka turut diiringi doa dan restu ahli keluarga yang turut hadir.
    Pesawat yang membawa Kumpulan Pertama MALBATT 850-11 yang diketuai oleh Komander MALBATT 850-11, Kolonel Burhan bin Sagoni terdiri seramai 49 Pegawai dan 169 anggota Lain-Lain Pangkat berlepas pada jam 5.00 petang meninggalkan tanah air tercinta, Malaysia dari Pangkalan Udara Subang dalam menggalas tanggungjawab dan tugas kepada negara.
    MALBATT 850-11 diaturgerakkan secara berperingkat dengan empat kali penerbangan menggunakan pesawat Air Asia. Secara keseluruhnya, MALBATT 850-11 yang berkekuatan seramai 854 anggota terdiri dari 82 pegawai dan 772 anggota LLP termasuk tiga pegawai dan 27 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta seorang Pegawai Awam Kewangan dari Kementerian Pertahanan.
    MALBATT 850-11 akan meneruskan misi UNIFIL di bawah kawalan operasi Markas Sektor Barat UNIFIL. MALBATT 850-11 akan ditempatkan di dua penempatan tetap iaitu Kem Ma’rakah serta Kem Tibnin dan akan melaksanakan tugas-tugas operasi yang diberikan oleh UNIFIL khususnya di kawasan tanggungjawab yang ditetapkan.
    Seluruh Warga TUDM mengucapkan selamat bertugas kepada MALBATT 850-11 dalam menyahut usaha keamanan di bawah misi pengaman PBB.
    #MALBATT850-11
    #ForPeaceandStability
    #ATM
    #WargaUdara
    #TenteraUdaraDirajaMalaysia
    #UNIFIL

ความคิดเห็น •