Menganal perbedaan baka durian terpilih musang king, duri hitam, ioi, dan tekka

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 11 ก.ย. 2024
  • #durian #musangking #durianbawor
    Perkara pertama seorang penanam durian perlu melakukan dengan betul ialah apabila memilih benih pokok durian untuk ditanam.
    Isu ini bukan tentang harga samada mahal atau murah tetapi lebih kepada pemilihan jenis klon anak benih yang hendak ditanam dan kebolehupayaan anak benih itu untuk hidup dan membesar.
    Kesilapan yang biasanya terjadi (dan ia terjadi dengan kerap pada pemerhatian saya) ialah apabila membeli anak benih dari klon yang tidak dalam perancangan penanam.
    Bayangkan, hanya apabila pokok durian berbuah penanam mengetahui anak benih yang ditanam 4-5 tahun dahulu rupanya bukan klon yang dikehendakinya.
    Telah banyak wang, masa dan sumber-sumber lain dihabiskan hanya untuk mengetahui anak benih yang dibelinya dahulu ialah benih D24 dan bukannya D197 Musang King.
    Kesilapan semasa membeli anak benih oleh bakal penanam diburukkan lagi oleh komuniti penjual yang tidak berpengalaman atau orang tengah yang menjual anak-anak benih yang diambil daripada sumber yang tidak diketahui atau daripada nurseri-nurseri yang tidak diketahui kesahihannya.
    Individu-individu sebegini berniaga hanya bermatlamatkan keuntungan semata-mata. Saya menasihatkan bakal-bakal penanam jangan membeli anak benih di pasar-pasar malam atau melalui online (online seller yang tiada nurseri sendiri- agent/dropshipper).
    Menyentuh cara-cara untuk mengenalpasti anak-anak benih dari klon-klon tertentu, sesetengah klon anak benih dapat dikenalpastikan daripada bentuk, tekstur atau warna daun.
    Contohnya ialah Musang King yang mempunyai hujung daun berbentuk cangkuk pada daun dewasa dan berombak di tepi pada daun muda.
    Contoh lain ialah anak benih D200 Duri Hitam yang mempunyai dahan-dahan yang melentok ke bawah. Ciri-ciri ini dapat membantu bakal penanam untuk mengenalpasti kesahihan anak benih yang hendak dibeli.
    Walau bagaimanapun, isunya ialah terdapat klon-klon berlainan yang menunjukkan ciri-ciri fizikal pada daun yang agak sama dan sukar untuk ditentukan. Ada juga klon yang tidak mempunyai apa-apa ciri yang unik.
    Cara terbaik untuk bakal penanam mendapatkan anak benih yang betul ialah dengan membeli anak benih daripada nurseri-nurseri yang tergolong di dalam senarai pensijilan SPBT. Pensijilan ini dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia.
    Skim pensijilan SPBT ini tidak hanya dikeluarkan untuk anak-anak benih pokok durian sahaja tetapi juga untuk buah-buahan tropika yang lain seperti mangga, nangka, cempedak dan manggis. Dengan kata lain, skim ini diaplikasikan untuk tanaman buahan yang mempunyai kultivar-kultivar yang berlainan.
    Pihak Jabatan Pertanian akan menentusahkan klon/kultivar anak benih pokok durian dengan cara merekodkan sumber scion pokok dewasa yang akan digunakan untuk cantuman oleh nurseri-nurseri.
    Harus diketahui bahawa pensijilan ini adalah tidak wajib bagi pihak pengusaha nurseri.
    Senarai nurseri-nurseri berpandukan negeri yang mempunyai pensijilan SPBT boleh di dapati di laman web Jabatan Pertanian. Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
    Bagi saya, anak-anak benih dibeli daripada nurseri di Kajang, Muar, Bidor dan Kuala Kangsar yang kesemuanya menyertai pensijilan SPBT.
    Saya juga pernah membeli 2 anak benih Musang King daripada Putra Mart, nurseri yang diusahakan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang.
    Nurseri ini tidak mempunyai pensijilan SPBT tetapi pada pemerhatian dan reputasi UPM, mereka boleh dipercayai.
    Saya juga ingin menyatakan di ruangan ini bahawa tidak semua nurseri SPBT menggunakan polibeg berlogo SPBT Jabatan Pertanian dan ia juga tidak bermakna nurseri-nurseri yang menjual anak-anak benih di dalam polibeg berlogo SPBT adalah nurseri yang mendapat pensijilan SPBT.
    Di Malaysia sebagaimana juga di negara-negara pengeluar durian di dunia, wujud 3 jenis kategori buah durian iaitu durian ‘kampung’, durian klon dan durian hutan.
    RAJA KUNYIT TANAH MERAH
    Beza Musang King dan Raja Kunyit, daun raja kunyit lebih tirus berbanding dngn musang king. Even ada seller yang nak kecam dan menghentam fakta baka ini yang tidak digembar gemburkan. Saya berdiri disini untuk menafikan sesetengah mereka yg mendakwa baka ni sama dngn musang king di tempat2 lain yg di tanam.
    Rujuk fakta di bawah 👇
    Durian Musang King atau nama asalnya Raja Kunyit berasal dari Kelantan, Malaysia. Pohon induk asalnya tumbuh di Pulau Raya, sebuah pulau ditengah tengah Sungai Kelantan berdekatan dengan Pekan Tanah Merah.
    Mengikut Chung Ting Bun dari Pulau Raya, pohon durian Raja Kunyit ditanam oleh moyangnya sekitar tahun 1800. Moyang Chung Ting Bun ialah Chung Chun Seng yang berhijrah dari Selatan Cina ke Pulau Raya pada tahun 1790.
    Pohon induk Raja Kunyit hidup di Pulau Raya sehingga mati dipanah petir pada tahun 1974.
    Sebelum mati semula jadi (faktor usia) seorang peladang, Wee Chong Beng, sempat mengambil dan membiak mata tunas Raja Kunyit.
    #durianmalaysia #durianindonesia #durihitam #ochee #indonesia #malaysia #mothong

ความคิดเห็น • 56

  • @masterq89
    @masterq89 21 วันที่ผ่านมา

    penjelasan yang jelas. perkongsian yang bagus

  • @kembaraoverlandexplorer7689
    @kembaraoverlandexplorer7689 10 หลายเดือนก่อน

    Mengenang orang dari budinya,
    Mengenal pokok dari daunnya.

  • @roszieahmad8581
    @roszieahmad8581 10 หลายเดือนก่อน

    Jelas. Terimakasih tuan. Video ni akan saya jadikan rujukan. Semoga jadi amal jariah tuan

  • @osmanosman9226
    @osmanosman9226 2 ปีที่แล้ว

    TQ. ilmu berguna.jika takut di tipu .👍👍saya pun susah nak kenal betul2 .tak berani nak ngaku betul2 tahu..cuma yg ahli saja .

  • @shaufaie8927
    @shaufaie8927 2 ปีที่แล้ว +1

    Topik yg relevan dan membantu..

  • @haliman6947
    @haliman6947 7 หลายเดือนก่อน

    Terima kasih ilmunya. Semoga bermanfaat. Aamiin

  • @edywahyudi823
    @edywahyudi823 2 ปีที่แล้ว +1

    Buat video tentang ciri daun durian antara D24 dan ioi bang hampir sama tu

  • @mrbourdain4022
    @mrbourdain4022 2 ปีที่แล้ว +1

    Elok Sego pokok nye yop..tahniahhh

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 ปีที่แล้ว

      Terima kasih sudi tonton tuan. 😊

  • @leehasunsun5112
    @leehasunsun5112 2 ปีที่แล้ว +2

    Tuan lain kali buat video guna buah durian bagi kita lihat perbezaan musang king, teka, duri hitam, ioi

  • @durianmastegal
    @durianmastegal 2 ปีที่แล้ว +1

    Terima kasih sharingnya.. Sangat bermanfaat.. Salam pertanian.

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 ปีที่แล้ว +1

      Sama2 tuan.. salam pertanian ❤❤

  • @mazalanhasan1502
    @mazalanhasan1502 ปีที่แล้ว

    Timo ksh bosskur kongdi ilmu
    Semugo bosskur suksess

  • @adilah6602
    @adilah6602 2 ปีที่แล้ว +1

    Trimakasih tuan. Sangat jelas penjelasan.. smoga murah rezeki

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 ปีที่แล้ว

      Alhamdulillah.. amin.. terima kasih tuan

  • @kembaraoverlandexplorer7689
    @kembaraoverlandexplorer7689 10 หลายเดือนก่อน

    Thank you tuan.

  • @Niezamnzf
    @Niezamnzf 2 ปีที่แล้ว

    Alhamdulillah...terima kasih ilmunya.....mohon izini kongsi ...

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 ปีที่แล้ว +1

      Sama2.. dipersilakan tuan

  • @sssgaming1918
    @sssgaming1918 8 หลายเดือนก่อน

    bang kalau daun lebat dari awal tu pokok durian apa ye? daun kecil kecil tapi lebat

  • @qasehdahlia9913
    @qasehdahlia9913 ปีที่แล้ว

    Salam andak kebun di mana negeri mana...boleh dtg kebun belajar cara2 tanam durian

  • @poer
    @poer 10 หลายเดือนก่อน

    Kalo di indonesia durian apa nama ,,

  • @mohdsufianbinzulkiflysufiy1287
    @mohdsufianbinzulkiflysufiy1287 5 หลายเดือนก่อน

    cantik memucuk.. abang pakai apa bang boleh kongsi tak?

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  5 หลายเดือนก่อน

      boleh tengok dalm konten channel saya ni.. semua yang saya pakai, baja,foliar serta sop saye ade masukkan konten2 dalam ni.

  • @ZakryzakKei
    @ZakryzakKei ปีที่แล้ว

    Sln Bang .cm mna nk bli baja subur poc abg

  • @nikrusleeruslee1823
    @nikrusleeruslee1823 ปีที่แล้ว

    Nak tanya biji musang king kita tanam adakah isi nya serupa dengan ibu nya.saya ni baru nak tanam musang king.

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  ปีที่แล้ว

      Sama cuma lambat berbuah

  • @juanismajikon6696
    @juanismajikon6696 2 ปีที่แล้ว

    Salam tuan, saya dari keningau sabah. Saya mahu baertanya tuan, apa jenis racun untuk mengatasi ulat gulung daun durian, puas dah guna racun tapi tidak berkesan. Boleh tuan sarankan racun yg boleh digunakan.

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 ปีที่แล้ว +1

      Salam tuan.. Cari jenis racun 505. Tuan sech je di shopie

  • @mohdyusof4133
    @mohdyusof4133 2 ปีที่แล้ว

    Assalam tuan nk tya kenapa ya semua dahan duri hitam kecil spt jari kelingking sedangkan pokok dah tinggi + - 12 kaki daunye subur hijau tua

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 ปีที่แล้ว +1

      Duri hitam menang jenis pucuk melonjak tinggi .. masa kesil memang agak susah jaga.. kene bertongkat. kerat je hujungnye.. tpi kene proning selalu sebb bila kerat tunas akan banyak bahagian atas.

    • @mohdyusof4133
      @mohdyusof4133 2 ปีที่แล้ว

      @@DkebunAndak terima ksih tuan atas ilmuye

  • @ahmadshahron8798
    @ahmadshahron8798 2 ปีที่แล้ว +1

    Assalamualaikum abg

  • @user-od2bp9lo6p
    @user-od2bp9lo6p 6 หลายเดือนก่อน

    Daun Duri hitam daun dia pendek ke panjang ?

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  6 หลายเดือนก่อน

      daun dia lebih pendek dari Mk

  • @Suhaidin93
    @Suhaidin93 ปีที่แล้ว

    Durian merah adaka

  • @GaMeR-qq7ku
    @GaMeR-qq7ku 2 ปีที่แล้ว

    Nacakkkkkk be nacakkkk luuuuu

  • @xtianoronaldo8244
    @xtianoronaldo8244 2 ปีที่แล้ว

    Boleh share whatsapp kebun andak x? Nak tanya tentang durian

  • @worldstory7419
    @worldstory7419 2 ปีที่แล้ว

    Assalamualaikum bang ,,musangking dengan raja kunyit sama ke berbeza ?

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 ปีที่แล้ว +1

      Salam.. same je. Org lain pun kate begitu.

  • @apismahadi4070
    @apismahadi4070 หลายเดือนก่อน

    Dekat rumah xda tanam koleksi tanaman durian ke tuan..?

  • @marseni7191
    @marseni7191 2 ปีที่แล้ว +1

    Salam tuan.. Kebun berapa ekar semua..?

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 ปีที่แล้ว

      Kecil je tuan. 130 pkk yg ni.

    • @marseni7191
      @marseni7191 2 ปีที่แล้ว

      @@DkebunAndak dalam 2 ekar setengah la mcmtu..

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 ปีที่แล้ว

      @@marseni7191 3 ekar. Buat 35 kaki dari sempadan

  • @a.i.r.e
    @a.i.r.e 8 หลายเดือนก่อน

    Tekka dan Tupai king apakah sama?

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  8 หลายเดือนก่อน +1

      lain juga.. tupai king daun seakan akan duri hitam.

    • @a.i.r.e
      @a.i.r.e 8 หลายเดือนก่อน

      @@DkebunAndak thankyou

  • @ahmadshahron8798
    @ahmadshahron8798 2 ปีที่แล้ว +1

    Di mana abg beli benih durian ni?

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 ปีที่แล้ว +1

      Saye beli degn kawan2 buat anak benih d jerantut pahang

    • @ahmadshahron8798
      @ahmadshahron8798 2 ปีที่แล้ว

      @@DkebunAndak pokok yg boleh di jaga hasil dari benih yg baik,nt abg boleh share tak mna sya nk jumpa nk beli benih durian,

    • @adilah6602
      @adilah6602 2 ปีที่แล้ว

      @@DkebunAndak sy mncri ank benih. Mcm mana sy nk oder benih dngan kawan tuan??

  • @tabulampotciamis8326
    @tabulampotciamis8326 10 หลายเดือนก่อน

    Bahase Mane ieu?

    • @hazmanriess8949
      @hazmanriess8949 13 ชั่วโมงที่ผ่านมา

      Loe indon jowo?