Tasik Kenyir | Houseboat Exploration Nature's Hidden Gem | Terengganu

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 12 ก.ย. 2024
  • Tasik Kenyir adalah merupakan sebuah tasik buatan dengan keluasan 38,000 hektar. Terletak di daerah Hulu Terengganu bersempadan dengan Negeri Kelantan di sebelah barat dan Negeri Pahang di sebelah selatan, Tasik Kenyir adalah sebahagian daripada Wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah.
    Hutan Hujan Tropika
    Tasik Kenyir tersohor dengan kehijauan dan ketenangan hutan hujan tropika tertua dunia semenjak 130 juta tahun lampau yang turut menjadi habitat kepada ribuan spesis hidupan & haiwan. Ia dipagari oleh Hutan Simpan Kekal Tembat di sebelah utaranya manakala di sebelah selatannya pula terletak Hutan Simpan Kekal Hulu Terengganu yang menuju ke Taman Negara. Dengan iklimnya yang panas dan lembab sepanjang tahun, hutan hujan tropikanya amat subur lebih-lebih lagi dengan sumber air melalui sungai-sungai yang mengalir ke tasik.
    Air Terjun
    Air Terjun Lasir merupakan sebutan ramai dek kehebatan airnya yang terjun dari kira-kira 500 kaki dan membentuk kolam di setiap tingkatnya. Di samping itu, Air Terjun Saok, Air Terjun Tembat, Air Terjun Leban Terengganu dan Air Terjun Petuang adalah beberapa nama yang cukup sinonim dengan kedamaian di Tasik Kenyir.
    Masyarakat Orang Asli
    Tasik Kenyir turut mempunyai sebuah perkampungan orang asli kaum Senoi dari rumpun bangsa Semoq Beri yang terdiri daripada 20 keluarga, terletak di Sungai Berua iaitu kira-kira 32 km daripada Pengkalan Gawi dan 9 km dari Sungai Como.
    Antara perkhidmatan yang disediakan dalam program Houseboat bersama Jai Kenyir adalah seperti :
    ✅ Jungle Tracking
    ✅ Air Terjun / Sanctuary Kelah
    ✅ Memancing
    ✅ Berkayak
    ✅ Masakan Rimba / Tradisional
    Nak lakukan aktiviti secara berkumpulan / berkeluarga sangat sesuai seperti :
    👉🏻 Team Building
    👉🏻 Lawatan
    👉🏻 Katering
    👉🏻 Guide
    👉🏻 Speed Boat / Boatman 🚤
    👉🏻 Aktiviti Bermesyuarat
    Berminat nak tenangkan diri bersama keluarga / adik beradik serta rakan - rakan, boleh tekan link whatsapp dibawah untuk maklumat lebih lanjut:
    wa.me/60111060... (Jai Kenyir)

ความคิดเห็น • 19