Tips CAKAP AJUK CAKAP PINDAH
ฝัง
- เผยแพร่เมื่อ 6 ก.พ. 2025
- #cakap ajuk cakap pindah
Formula ini sebagai panduan sahaja untuk membantu para pelajar memahami konsep ayat cakap ajuk dan ayat cakap pindah.
AYAT CAKAP AJUK KEPADA AYAT CAKAP PINDAH.
a. Langkah menukarkan ayat:
1. Jangan mengubah makna asalnya.
2. Susunan ayat hendaklah dikekalkan (yang dahulu didahulukan)
3. Lakukan perubahan perkataan:
contoh:
saya → dia
kamu. → dia
kami → mereka
hamba → dia
di sini → di situ/di sana
begini → begitu
kini → ketika itu
4. Jangan gunakan "kata tanya". Tukar pada fungsinya.
contoh:
mengapa → punca/sebab
bagaimana → cara/keadaan
berapa → jumlah/harga
bila → masa
5. Tukar penggunaan "kata" atau "tanya" dalam ayat asal.
contoh:
Ayat penyata (berkata, memberitahu, menjelaskan, menceritakan, menerangkan dan sebagainya yang sesuai dengan situasi).
Ayat silaan ( mempersilakan, menjemput, mengundang, mengajak.)
Ayat permintaan (meminta, merayu, menggesa, mencadangkan, menasihati.)
Ayat suruhan (menyuruh, mengarahkan, memerintahkan)
Ayat larangan (melarang, tidak membenarkan, menegah, menghalang)
Ayat tanya( bertanya, menanyakan, ingin tahu, ingin kepastian).
Ayat seruan (untuk melahirkan perasaan). contohnya:
Amboi - perasaan memuji
Hai - menegur
Cis - berasa marah
Syukurlah - berasa bersyukur /mengucapkan syukur
Syabas - berasa bangga/mengucapkan taniah
Eh - berasa terkejut
Oh begitu - berasa bersetuju/mengiyakan
Wah - berasa kagum
Aduh - mengaduh/ berasa kesakitan
Wahai - mengingatkan/ menasihatkan
Ah - melehirkan perasaan tidak bersetuju
6. Contoh penukaran ayat:
(a) Ayat Suruhan
Contoh : “Bawa minuman itu ke situ.” Kata Alizah
Jawapan : Alizah menyuruh membawa minuman ke situ.
(b) Ayat Larangan
Contoh : “Jangan bermain di tepi sungai itu kerana bahaya,” kata Zali
kepada Murad.
Jawapan: Zali melarang/menegah Murad bermain di tepi sungai ini
kerana berbahaya.
(c) Ayat Permintaan
Contoh : “Tolong bawa kerusi ini ke kelas,” kata Cikgu Dalilah kepada
pelajar itu.
Jawapan: Cikgu Dalilah meminta pertolongan daripada pelajar untuk
membawa kerusi itu ke kelas.
(d) Ayat Silaan
Contoh : “Silalah masuk,” kata Magesth kepada kawannya
Jawapan : Magest mempersilakan/ menjemput kawannya masuk
Ayat Silaan yang tidak menggunakan kata-kata perintah tetapi
menggunakan kata penegas “lah”
Contoh : “Duduklah,” kata Aliyah kepada AlFateh
Jawapan : Aliyahmempersilakan AlFateh duduk.
(e) Ayat Seruan
Contoh : “Aduh, sakitnya jariku terkena pisau!” kata Ain Qistina
Jawapan : Ain Qistina mengaduh kerana jarinya sakit terkena pisau
Kasih cikgu!!!Keluar dalam SPM!!!🎉❤
Terima kasih cikgu sangat2 membantu dan bermanfaat.. teruskan perkongsian cikgu.
Assalamualaikum..cikgu..ilmu yg bermanfaat..👍👌
Terima kasih Cikgu Asnah.❤
Sama2..moga bermanfaat
🥰💯💯💯💯💯💯💯💯💢💢
👍🏼😁
terima kasih cikgu