Seramai 3879 Pelajar Baharu Mendaftar Di UUM

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 7 ก.พ. 2025
  • 10.10.2023 I Universiti Utara Malaysia
    Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan berkata, pelajar tempatan yang mendaftar di UUM adalah dari ambilan UPU seramai 3,556 dan lepasan Asasi Pengurusan UUM seramai 217 orang.
    Bagi 106 pelajar antarabangsa pula, menurutnya, UUM menerima kemasukan 55 pelajar peringkat Sarjana Muda dari Indonesia (46), China (2), Nigeria (2), Thailand (2) dan masing-masing satu (1) bagi Somalia, Yeman dan Libya, manakala 51 lagi adalah pelajar mobiliti dari Indonesia (27), China (23) dan Jepun (1).
    “Program Sarjana Muda Perakaunan menerima kemasukan terbesar seramai 283 pelajar, diikuti Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (209) dan Sarjana Muda Sains Ekonomi (188).
    “Program Sarjana Muda Perakaunan dan Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat) masih mengekalkan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) kemasukan 4.00 bagi lepasan STPM/Matrikulasi,” katanya.
    Seperti tahun sebelum ini, UUM turut menawarkan tempat kepada pelajar orang kurang upaya (OKU) dari pelbagai kategori seramai 12 orang, pelajar Orang Asli (7) dan lima pasangan kembar yang masing-masing mengikuti program pengajian Sarjana Muda Perakaunan, Sarjana Muda Pengurusan Acara, Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dan Sarjana Muda Kaunseling.
    #KeluargaMalaysia
    #UUMPrihatin
    #MenangBersama
    #LindungDiriLindungSemua
    #WeAreGlobal
    #TheWayForward
    #UniversitiPengurusanTerkemuka
    #IlmuBudiBakti
    Lawat laman web rasmi di www.uum.edu.my/
    Ikut media sosial rasmi di
    Facebook / universitiutaramalaysia
    Twitter / uumnews
    Instagram / uumofficial
    TH-cam / uumtube
    Telegram t.me/uuminfo

ความคิดเห็น •