Msia itu disiplin bukan d jalan raya, kantor atau sekolah. Malah d masjid juga ada cara nya. Cara hidup dan budaya Melayu juga mesti selari dengan syariat Islam. Alham...Moga teguran itu fadilat kebaikan utk Anton.
Pakai rantai, gelang, rambut perang…bukan typical penampilan muslim, jadi wajar mereka bertanya, sebab kalau non muslim mereka akan guide, explain peraturan2 di masjid, dan cerita serba sedikit tentang islam. Dan ada waktu2 tertentu shj, dan limit area utk bukan islam.
@@MakKauijo87 . Indon tu pelik. Kalau bab Islam dorang tanya soalan budak2. Pernah dulu dorang berbahas pasal masak sup tulang babi. Alasan dia dlm Quran cuma sebut daging babi, yang lain semua boleh telan. Sama macam bab ni, dia guna Quran juga. Bagi aku mamat tu liberal, org Islam liberal ni dah macam mat saleh, semua boleh saje asal sedap di tekak. Solat dgn iman pompuan pun boleh leer.
Jangan ambil hati anton, masjid putrajaya mmg biasa dikunjungi tourist termasuk yang non muslim. Mereka tanya cuma untuk pastikan, kalau yg non muslim akan ada yang guide dan bawa keliling masjid. Boleh saja kamu masuk terus ke dalam, cuma di entrance saja ada guard yg jaga.
Anton kalau nak masuk masjid seeloknya pakai topi / songkok / kopiah / serban. Ada rantai masukkan dlm baju / simpan. Kalau ada tattoo pakai lengan panjang / jaket. Kalau seluar ketat (tight) / pendek bawa kain sarung / kain pelikat. Sorokkan semuanya bila di masjid. Tips untuk kamu. Kerana kamu org luar bukan org sini jadi normal jika kamu tak tahu / tak biasa.
Kalau di Mekah itu sampai dibawa ke tepi jauh dari orang ramai dan ditanya lebih dalam tujuan memakai rantai/gelang walaupun kepada anak2 kecil yang didukung oleh warisnya. Gelang/rantai benang kapas pun dipotongkan terus oleh petugas Baitullah sambil mengucapkan zikir istighfar/doa tauhid. Selalunya lelaki Malaysian yang warnakan rambut, pakaian pendek hingga boleh nampak alur punggung saat sujud/rukuk, berantai leher/gelang, berkuku panjang, janggut berikat/bertocang dll akan masuk/solat di kawasan kurang tumpuan secara sukarela. Apapun terus solat 24434 & fahami tatatertib sah wuduk/solat yang diterima Allah. Stigma mewarnakan rambut/berinai corak bergambar/bertatu kekal atau sementara, telahpun ditekankan atas Muslim sejak belajar cara bersuci sah solat/Taharah dalam umur mumayyiz 7 tahun hingga awal akil baligh/mukallaf 9-12 tahun melalui silibus asas Taharah fardhu ain di sekolah. Cara sembelihan halal/jenis haiwan halal, munakahat (nikah-kahwin), jenayat (kanun jenayah syari'ah), faraid (kanun perwarisan harta) pun teori & praktikal di sekolah sudah ada dalam silibus pelajar seusia 12 tahun bagi sesetengah negeri dalam Malaysia selain ceramah di tv/musollah. Di mana-mana pun nasihat agama itu sentiasa diperlukan & berlapang dada atas sampainya petunjuk daripada Allah kerana Muslim itu ujiannya lain2. Moga pahala ilmu & ampunan ekoran kejahilan terus melimpah atas pengalaman saudara ini.
Terima Kasih saudaraku kerana sudi mendokumentari pendek Malaysia....maaf sbb staff tu munkin dia cuma ingin bagitau sesuatu info saja dalam masjid tu memang ada saja pelancong bin Muslim masuk melawat...maaf ya saudara sbb kekurangan tu
Untuk pengetahuan Anton lelaki muslim di Malaysia jarang ada yg bertato memakai rantai leher berambut perang kalau ada pun boleh di hitung jumlahnya apapun Anton sama vic memang terbaik....
Non-muslim boleh masuk. Tetapi akan disuruh daftar dan seseorang akan melayan untuk membawa masuk. Dia akan terangkan mengenai keadaan Islam dan Masjid kepada non muslim yg masuk
Rantai bukanlah pakaian hiasan lelaki. Maka itu, ia haram. Apabila di Malaysia.. bila masuk masjid memakai rantai, ia akan diragukan sebagai org Islam. Itulah sebabnya banyak soal jawab apabila seseorg memakai pakaian yg haram dibawa masuk ke Masjid.
Guard itu bertanya untuk memastikan saja. Kalau non muslim,dia akan guide kamu sekiranya perlu. Dia tanya bukan bermakna dia menjudge kamu anton. Kan bila kamu jawap muslim dia terus berlalu. Dia tak menegur pun penampilan kamu begini begitu. Jangan merajuk ya anton.
Kena faham guys. Masjid Putrajaya, ramai pembesar yg beribadah di situ termasuk Perdana Menteri, jadi memang kawalan agak ketat utk keselamatan.Tiada kompromi juga bagi kami orang Malaysia.
Islam di Msia tiada kompromi, apa sahaja berlawan dgn akidah dan syariat kami tidak teragak2 dengan tindakan. Kalau nak buat syariat berbeda, boleh buat di tempat lain yeee.
@@mohammadnoor9697 jangan gurau yg bukan2.. sebab yg baca komen ne dari international. Kita jaga nama & rakyat Malaysia. Yg pakai seluar pendek berjalan di Mall non-muslim... jarang sangat2 tgk lelaki Islam pakai seluar pendek ke Mall.
@@mohammadnoor9697 kalau mcm itu.. bermaksud ibubapa remaja berkenaan tidak mengajar & remaja berkenaan tidak mempedulikan perintah Allah swt mengenai aurat lelaki.. sangat menyedihkan dan kesian. Saya ne dah berumur.. secara dasar nya org dewasa Islam tidak pakai seluar pendek ke Mall. Mungkin mall yg saya pergi berbeza dgn mall yg awak pergi.. circle kita pun mungkin berbeza.
Bagi indonesia mewarnakan rambut,bertatu,lelaki berantai,lelaki & perempuan bergaul tanpa batas itu adalah normal,tapi klo dimalaysia itu tidak normal & akan dipandang serung...
Ada 2 perkara yg anton tidak perasan.dimalaysia tdk ada yg masuk ke masjid dngn rambut berwarna dan memakai rantai leher.itu bkn kebiasaan di sini.rambut panjang dan imej rockers tdk jadi masaalah di sini.tapi tdk mengapa anton itu adalah pengalaman hidup utk kita terus ke hadapan❤️❤️❤️
@@sevenheaven5175 rambut perang dari perahan daun inai telap air diizinkan dalam hadith sahih dong. Yang tak boleh rambut celup dari bahan kimia tak telap air dong.
Jadi ingat sepupuku shalat Jum'at pakai kaos gambar Yesus. Katanya di masjid sempat dilihatin orang sambil senyum2 tapi nggak ada yg menegur atau melarang, santai saja. Cuma gambar saja dan ibadah Itu urusan masing2. 😁
Ka' Anton, adik saya (kami orang Malaysia) pun selalunya disoal juga (sbb adik muka cina dan rocker 😁) jika diberi bahawa muslim pasti ada budi bicara. Terima kasih atas dokumentari ini. Kalau datang Pulau Pinang/Pinang boleh tanya saya 😁
Kat Malaysia ni lelaki dewasa beragama Islam akan pakai dua jenis gelang tangan saja. Itupun sebab HARUS pakai. 1- gelang tangan pengenalan jemaah haji dari Malaysia yang dikeluarkan oleh Lembaga Tabung Haji untuk jemaah haji Malaysia semasa menunaikan haji. 2- gelang tangan hospital samada perlu dirawat di rumah sakit ataupun gelang kuarantin positif covid-19. Bukan tak da langsung yang pakai tapi bilangannya kecil dan mungkin yang pakai tu atas alasan peribadi sahaja.
Bukan rock bang..dimalaysia, org lelaki muslim jarang, jarang,jarang sekali pakai rantai leher..jika ada sorok2.. gitu. Bukan muslim blh msk setelah dijelasi apa yg do & dont, supaya tidak langgar adap itu saja penjelasan saya. Bang anton baru hari ni saya confirm ..bang muslim..sebelum ni saya tertanya2 sebab bukan mata ...tapi ada tatoo & pakai rantai leher. Di indonesia beri salam tu biasa. Di Malaysia jika non muslim, kita ucap selamat pagi @ petang atau selamat sejahtera. Saya pernah beri salam pd non muslim ..amoi..dia diam saja. Kami tinggal di kawasan yg sama. Ini sudah jadi budaya sejak dulu...
Perkara yang dilihat bukan biasa (aikk lain macam brother ni) memang menjadi tanda tanya dan meragukan jadi pasti lah dia bertanya untuk lebih kepastian.
Pada saya yg tinggal di putrajaya ini ya memang cantik tapi senibina orang melayu nusantara sangat kurang diketengahkan. Banggunan semuanya futuristic. Pemaju & penyelenggara PJ Holdings Bhd diberi oleh kerajaan tanah yg beratus hektar. Tidak cukup itu kerajaan beri bantuan kewangan membuat pembangunan. Kemudian kerajaan berikan sewa kepda PJH sebagai dana utk menyelenggara Putrajaya. Jadi segala dana ini diperolehi dari kutipn sewa bangunan, lesen dan juga acara acara besar. Tidak perlu lagi peruntukan deri kerajaan. Tun Mahathir punya idea.
Non muslim blh masuk, anton. Cuma ada procedurenya terutama di masjid putrajaya. Mgkin penampilan anton yg membuatkan pengawal tersebut bertanya. Tp x mengapa anggap je ianya satu pengalaman hidup yg boleh mematangkan kita. Aamiin. Scenery dlm hujan blh jadi memori daun pisang yg terindah😆
Anton pakai rantai.. Sebab tu lepa ingat bukan muslim.. Kan mendatangkan fitnah dah.. Saya tngok ramai lelaki yang pakai rantai dan anting2.. Kan boleh mendatangkan syakwasangka.. Harap anda faham..
Belok kiri jika tiada kenderaan atau pejalan kaki dan basikal. Ertinya walaupun lampu merah jika keadaan aman anda boleh berbelok ke kiri. Atau ditanda sign board 🔻 segi tiga terbalik Tapi bukan semua simpang terdapat signboard demikian justeru ada yang masih keliru. Tidak melakukan belok dan terus menuggu lampu sehingga hijau. Terkdg setengah pengendara akan honk utk mereka segera melakukan belokan kerna aman dilakukan.
non muslim boleh masuk TETAPI ada waktunya. itu biasa, jika muslim sekalipun dan berpakaian agak kurang sopan, staff di masjid akan memberi ‘jubah’ untuk dipakai para pelawat sebab itu kamu disoal. 😅
0:58. Kali last saya ke food court ini tahun 2020 ketika kemuncak covid. Kebanyakan gerai tutup kecuali dua gerai mamak. Pelanggan kurang, dan pekerja di kedua2 gerai itu kelihatan begitu terdesak mahukan pelanggan hingga mereka keloi (melaung) kuat merayu2 pelnaggan ke gerai2 mereka..
Lelaki islam tidak memakai rantai atau barang kemas dan tidak bertatoo. Memakai barang kemas bagi lelaki adalah haram apatah lagi dibawa solat. Berpakaian dan tampillah layaknya seorang muslim. Jika anda nonmuslim tidak salah utk datang kemasjid dan memerhatikan aktiviti disitu tapi seharusnya waktu solat tidak berada didalam saf jemaah yg sedang solat.
Next trip kalau visit Perak , visit lah Kuala Kangsar Bandar Di Raja dan Taiping bandar yang bersejarah dan indah. Cuma cadangan saja. Thanks for sharing this.
Non muslim boleh masuk tapi mesti mengikut syarat. Ko boleh je masuk anton cuma kalau muslim jgn lah masuk dgn aksesori seperti gelang n rantai. Kan dimasjid itu. Aksesori kan haram untuk lelaki. Kan ngk elok yg haram itu kalau dipakai ke masjid?.
Ya dijangka siap sepenuhnya utk phase 2 januari 2023 kalau tak silap. Pelancung yg ke KL jarang ke putrajaya tapi kalau ada MRT mungkin ramai pelancung ke sana lagipun mall 101 disana agak mantap
Kalau hari biasa tengahari ,ada banyak Gerai makan, simpang masuk Masjid Putrajaya,saya kalau pergi sana mesti singgah makan Nasi Kukus Ayam Goreng Kunyit sedap👍😍😋😋😋
Gelihati lihat vikry belari sambil melompat terkejut dengan bunyi petir.kikiki🤣🤣 Gagak goreng, gagak asam pedas....kahkahkah🤣🤣🤣🤦🤦 Bro anton kelihatan seperti orang jepun. Hehehe😅😅
Ahaha. Terus merajuk. Sebenarnya ada juga orang melayu yg warnakan rambut dgn inai tapi bilangannya tak ramai. Dan biasanya klu ke masjid mereka akan pakai kopiah/songkok atau orang indo sebut peci. Tak perlu jubah, peci itu sudah memadai kerana orang non muslim di Malaysia tidak biasa pakai benda tu semua. Hehe 😜👻
Non Muslim boleh masuk tapi ada yg guide.nanti ditunjuk & diajar kenapa begitu & begini.kalo yg berseluar pendek x tutup aurat akan dibagi jubah tutup kepala sampai kaki.
non muslim bole masuk bang cuma xleh masa solat je xbole, bang ditanya muslim ke tidak sbb kt malaysia jarang sangat lelaki muslim bertatu atau memakai rantai secara terbuka
Boleh jadi guard itu bertanya Anton muslim atau tidak kerana jika non muslim, masjid ada menyediakan tour untuk memberikan kefahaman tentang islam untuk para pelancong.
Wah nampaknya cak lonjong akan membahan kamu anton... Dari ,ula sampai akhir.. waktunya cak lonjong membalas dendam sebab kamu n fikri asyik berjalan jalan dan dia hanya menangis di sudut katil semasa kamu di Malaysia
haha iya... 2 kali aku ditanya, pertama security tanya assalamualaikum langsung aku jawab waalaikumsallam, terus jalan lagi sedikit kedepan, ditanya lagi muslim atau bukan? betul2 mirip orang tionghoa aku berarti bang 😂😂😂
Kamu bagi salam dulu Anton,kalau saya terpandang kamu pun ,saya akan fikir kamu orang korea atau chinese.feature wajah kamu tu nampak seperti chinese,jepun ,korea.
Non muslim boleh masuk cuma ke dewan solat saja tidak boleh. Diberitahu saja Anton kamu muslim. Begitu saja. Umat muslim kan terdiri dari berbagai bangsa tetapi tetap satu umat dan bersaudara. Semoga kamu tidak terasa hati. Maaf ya dari warga Msia.
Lahannya.sebelum jadi putra jaya .hanya lah perkebunan sawit lengkap rumah estate ladangdi penuhi bangsa india tamil hindu....n skrg mereka di duduk di rumah flat 5 lantai di pekan dengkil tidak jauh dari purltra jaya dlm 10 ke 15 kilo
saya pun ingat anton bukan muslim harap maaf,tapi di indonesia muslim bertatoo perkara biasa.klau di malaysia jarang muslim bertatoo,kecuali pd awal nya dia non muslim pastu masuk islam,sebab tatoo x blih tanggal.
Boleh aja non muslim masuk di masjid lagi dialu-alukan tapi kena pakai pakaian yg sopan celananya harus panjang dan bajunya ngak ada tulisan2 yg tidak elok. Mungkin pengawal itu tnya untuk kepastian sbb kamu pakai baju tidak seperti org muslim di Malaysia. Bajunya ada tulisan2 yg akan dibaca oleh org waktu solat kan dh x khusyuk solatnya🙃
Anton, masa first time aku tgok video reaction kau. Aku juga mengira kau non Muslim. Ku fikir kau cina Indonesia..! Sudah lama mengikuti video mu, baru Ku tahu kamu Muslim. Tak hairanlah pengawal tu confuse...😅
Mana boleh pakai rantai . Kat Malaysia bukan mcm Indonesia .kitaorng tak boleh bertatu , nk pergi masjid kena Jaga aurat ,pemakaian ,X boleh sesuka hati pakai rantai
Wajar bang jika dia bertanya... Kerna penampilan begitu kelihatan beza di culture Malaysia.... Di Indonesia tattoo memenuhi tubuh aja gak kelihatan anehh
Kerana budaya skrg udah kurang praktek kan memberi salam.... Penampilan orang biasa brjenggot bukan bermisai, Yahudi kopiah separuh atas sahaja tapi kita menutup seluruh kepala kecuali dahi... Mungkin salah kita juga barangkali... Sabar ya bang anton
Msia itu disiplin bukan d jalan raya, kantor atau sekolah. Malah d masjid juga ada cara nya. Cara hidup dan budaya Melayu juga mesti selari dengan syariat Islam. Alham...Moga teguran itu fadilat kebaikan utk Anton.
Amin, Terima kasih
Pakai rantai, gelang, rambut perang…bukan typical penampilan muslim, jadi wajar mereka bertanya, sebab kalau non muslim mereka akan guide, explain peraturan2 di masjid, dan cerita serba sedikit tentang islam. Dan ada waktu2 tertentu shj, dan limit area utk bukan islam.
Apa ada ciri² islam itu ga pakai gelang rambut pirang gak pakai kalung ? Di bab apa ? Kitab apa ? Atau rujukan imam madzhab siapa ? 😅
@@MakKauijo87 . Indon tu pelik. Kalau bab Islam dorang tanya soalan budak2. Pernah dulu dorang berbahas pasal masak sup tulang babi. Alasan dia dlm Quran cuma sebut daging babi, yang lain semua boleh telan.
Sama macam bab ni, dia guna Quran juga. Bagi aku mamat tu liberal, org Islam liberal ni dah macam mat saleh, semua boleh saje asal sedap di tekak. Solat dgn iman pompuan pun boleh leer.
Lombok hadir
mantap anton!
Terima kasih banyak
"Itu Lift nya ke bawah guys turun nya", emang kalau turun ke atas ton ??? hadooh punya partner begini amat ya.
Hahahahahahahahaha
Jangan ambil hati anton, masjid putrajaya mmg biasa dikunjungi tourist termasuk yang non muslim. Mereka tanya cuma untuk pastikan, kalau yg non muslim akan ada yang guide dan bawa keliling masjid. Boleh saja kamu masuk terus ke dalam, cuma di entrance saja ada guard yg jaga.
Anton kalau nak masuk masjid seeloknya pakai topi / songkok / kopiah / serban. Ada rantai masukkan dlm baju / simpan. Kalau ada tattoo pakai lengan panjang / jaket. Kalau seluar ketat (tight) / pendek bawa kain sarung / kain pelikat. Sorokkan semuanya bila di masjid.
Tips untuk kamu. Kerana kamu org luar bukan org sini jadi normal jika kamu tak tahu / tak biasa.
Terbaik. Ini yang terbaik, untuk kawan2 di Indon. Kerna gaya warga Islam di Msia dan Indon berbeda.
Kalau di Mekah itu sampai dibawa ke tepi jauh dari orang ramai dan ditanya lebih dalam tujuan memakai rantai/gelang walaupun kepada anak2 kecil yang didukung oleh warisnya. Gelang/rantai benang kapas pun dipotongkan terus oleh petugas Baitullah sambil mengucapkan zikir istighfar/doa tauhid.
Selalunya lelaki Malaysian yang warnakan rambut, pakaian pendek hingga boleh nampak alur punggung saat sujud/rukuk, berantai leher/gelang, berkuku panjang, janggut berikat/bertocang dll akan masuk/solat di kawasan kurang tumpuan secara sukarela. Apapun terus solat 24434 & fahami tatatertib sah wuduk/solat yang diterima Allah.
Stigma mewarnakan rambut/berinai corak bergambar/bertatu kekal atau sementara, telahpun ditekankan atas Muslim sejak belajar cara bersuci sah solat/Taharah dalam umur mumayyiz 7 tahun hingga awal akil baligh/mukallaf 9-12 tahun melalui silibus asas Taharah fardhu ain di sekolah.
Cara sembelihan halal/jenis haiwan halal, munakahat (nikah-kahwin), jenayat (kanun jenayah syari'ah), faraid (kanun perwarisan harta) pun teori & praktikal di sekolah sudah ada dalam silibus pelajar seusia 12 tahun bagi sesetengah negeri dalam Malaysia selain ceramah di tv/musollah.
Di mana-mana pun nasihat agama itu sentiasa diperlukan & berlapang dada atas sampainya petunjuk daripada Allah kerana Muslim itu ujiannya lain2.
Moga pahala ilmu & ampunan ekoran kejahilan terus melimpah atas pengalaman saudara ini.
Terima Kasih saudaraku kerana sudi mendokumentari pendek Malaysia....maaf sbb staff tu munkin dia cuma ingin bagitau sesuatu info saja dalam masjid tu memang ada saja pelancong bin Muslim masuk melawat...maaf ya saudara sbb kekurangan tu
Untuk pengetahuan Anton lelaki muslim di Malaysia jarang ada yg bertato memakai rantai leher berambut perang kalau ada pun boleh di hitung jumlahnya apapun Anton sama vic memang terbaik....
Masjid besi putrajaya bakal tempat nikahin aku nanti... 😁😁😁😁
Non-muslim boleh masuk. Tetapi akan disuruh daftar dan seseorang akan melayan untuk membawa masuk. Dia akan terangkan mengenai keadaan Islam dan Masjid kepada non muslim yg masuk
Non muslim x boleh masuk masjid haram
Rantai bukanlah pakaian hiasan lelaki. Maka itu, ia haram.
Apabila di Malaysia.. bila masuk masjid memakai rantai, ia akan diragukan sebagai org Islam. Itulah sebabnya banyak soal jawab apabila seseorg memakai pakaian yg haram dibawa masuk ke Masjid.
Guard itu bertanya untuk memastikan saja. Kalau non muslim,dia akan guide kamu sekiranya perlu. Dia tanya bukan bermakna dia menjudge kamu anton. Kan bila kamu jawap muslim dia terus berlalu. Dia tak menegur pun penampilan kamu begini begitu. Jangan merajuk ya anton.
Tak merajuk, hanya terkejut jee hehe
Terima kasih kepada Tun Dr Mahathir Arkitek Putrajaya..sesunggoh nya ia akan menjadi sejarah bila beliau tiada nanti.
Kena faham guys. Masjid Putrajaya, ramai pembesar yg beribadah di situ termasuk Perdana Menteri, jadi memang kawalan agak ketat utk keselamatan.Tiada kompromi juga bagi kami orang Malaysia.
Islam di Msia tiada kompromi, apa sahaja berlawan dgn akidah dan syariat kami tidak teragak2 dengan tindakan. Kalau nak buat syariat berbeda, boleh buat di tempat lain yeee.
siap siap..
Lagi satu Lelaki Islam di Malaysia tidak pakai seluar pendek keluar rumah berjalan di Mall..
Byk ja, tp org kita blh jer nyamar jd siam xda mslh 😁, gurau ja bg ye
@@mohammadnoor9697 jangan gurau yg bukan2.. sebab yg baca komen ne dari international.
Kita jaga nama & rakyat Malaysia.
Yg pakai seluar pendek berjalan di Mall non-muslim... jarang sangat2 tgk lelaki Islam pakai seluar pendek ke Mall.
Same la
@@mydaily.. abg pun sama jgn bhong sgt, org perati, dekat mall la byk berseluar pendek, berantai loket, islam tu remaja plk 😁
@@mohammadnoor9697 kalau mcm itu.. bermaksud ibubapa remaja berkenaan tidak mengajar & remaja berkenaan tidak mempedulikan perintah Allah swt mengenai aurat lelaki.. sangat menyedihkan dan kesian.
Saya ne dah berumur.. secara dasar nya org dewasa Islam tidak pakai seluar pendek ke Mall.
Mungkin mall yg saya pergi berbeza dgn mall yg awak pergi.. circle kita pun mungkin berbeza.
Mana lagu Sayot nya?
Bagi indonesia mewarnakan rambut,bertatu,lelaki berantai,lelaki & perempuan bergaul tanpa batas itu adalah normal,tapi klo dimalaysia itu tidak normal & akan dipandang serung...
Sebb tu org luar heran muslim di sini kurg dari indonesiatp lbh konsovertif , mungkin sbb dah jd budaya melayu, dan kita lbh rajin bljr bab agama
Ada 2 perkara yg anton tidak perasan.dimalaysia tdk ada yg masuk ke masjid dngn rambut berwarna dan memakai rantai leher.itu bkn kebiasaan di sini.rambut panjang dan imej rockers tdk jadi masaalah di sini.tapi tdk mengapa anton itu adalah pengalaman hidup utk kita terus ke hadapan❤️❤️❤️
Ada juga lah yg rambut perang gi masjid. Tu Dai Syed ke apa namanya.
@@sevenheaven5175 rambut perang dari perahan daun inai telap air diizinkan dalam hadith sahih dong. Yang tak boleh rambut celup dari bahan kimia tak telap air dong.
@@sevenheaven5175 kalau inai xjd masaalah
Klo rambut pirang dari lahir apa di larang masuk masjid?? Masjid adalah rumah Allah dan org yg datang sholat adalah tamu Allah
Asalkan menutup aurat tak kira imej apa pun boleh je masuk masjid. Penampilan luaran tu soal hamba dengan Tuhannya saja
Jadi ingat sepupuku shalat Jum'at pakai kaos gambar Yesus. Katanya di masjid sempat dilihatin orang sambil senyum2 tapi nggak ada yg menegur atau melarang, santai saja. Cuma gambar saja dan ibadah Itu urusan masing2. 😁
Siap
itulah yg membezakan Malaysia dan indonesia....
Ka' Anton, adik saya (kami orang Malaysia) pun selalunya disoal juga (sbb adik muka cina dan rocker 😁) jika diberi bahawa muslim pasti ada budi bicara. Terima kasih atas dokumentari ini. Kalau datang Pulau Pinang/Pinang boleh tanya saya 😁
Siap.. siap.. Makasih support nya
Anton kayak cina putih Tu Di kata non Muslim next hero salam bang anton
Boleh repeat Anton sebelum pulang jangan risau
Cak lonjong pasti suka video ini..
Haha
Maaf ya Anton pertanyaan dari Security tadi....jgn ambil hati....itu dah tugas nya....
Gpp bang,, aku tak pernah ambil hati,, selalu positif thinking 😁
Kat Malaysia ni lelaki dewasa beragama Islam akan pakai dua jenis gelang tangan saja. Itupun sebab HARUS pakai.
1- gelang tangan pengenalan jemaah haji dari Malaysia yang dikeluarkan oleh Lembaga Tabung Haji untuk jemaah haji Malaysia semasa menunaikan haji.
2- gelang tangan hospital samada perlu dirawat di rumah sakit ataupun gelang kuarantin positif covid-19.
Bukan tak da langsung yang pakai tapi bilangannya kecil dan mungkin yang pakai tu atas alasan peribadi sahaja.
Bukan rock bang..dimalaysia, org lelaki muslim jarang, jarang,jarang sekali pakai rantai leher..jika ada sorok2.. gitu. Bukan muslim blh msk setelah dijelasi apa yg do & dont, supaya tidak langgar adap itu saja penjelasan saya. Bang anton baru hari ni saya confirm ..bang muslim..sebelum ni saya tertanya2 sebab bukan mata ...tapi ada tatoo & pakai rantai leher. Di indonesia beri salam tu biasa. Di Malaysia jika non muslim, kita ucap selamat pagi @ petang atau selamat sejahtera. Saya pernah beri salam pd non muslim ..amoi..dia diam saja. Kami tinggal di kawasan yg sama. Ini sudah jadi budaya sejak dulu...
Pasangan romantis di kala hujan lebat turun...🤣🤣😂
Assalamuallaikum . Hai Channel 20 sen
Ini yang punya 2co shop ke?
@@INDOREACTVLOG Ini Channel Yang Menunjukkan Kepada Kita 'EVOLUSI' Tempat Tempat Shooting Filem P Ramlee .
Kenangan berhujan yg x dpt mreka lupakn.
Perkara yang dilihat bukan biasa (aikk lain macam brother ni) memang menjadi tanda tanya dan meragukan jadi pasti lah dia bertanya untuk lebih kepastian.
dikira non muslim...maybe petugas itu tgok anton pakai gelang emas,sbb org llaki muslim haram pakai barang kemas...maafkn saya 🙏🙏🙏..
betul.. maaf ya anton.. lelaki Tak boleh pakai emas sebab lelaki Tak dtg haid, nanti kena gout.. yg serius ni 🙏🙏
Tak perlu minta maaf. Hanya perlu memberi nasihat.
Pada saya yg tinggal di putrajaya ini ya memang cantik tapi senibina orang melayu nusantara sangat kurang diketengahkan. Banggunan semuanya futuristic. Pemaju & penyelenggara PJ Holdings Bhd diberi oleh kerajaan tanah yg beratus hektar. Tidak cukup itu kerajaan beri bantuan kewangan membuat pembangunan. Kemudian kerajaan berikan sewa kepda PJH sebagai dana utk menyelenggara Putrajaya. Jadi segala dana ini diperolehi dari kutipn sewa bangunan, lesen dan juga acara acara besar. Tidak perlu lagi peruntukan deri kerajaan. Tun Mahathir punya idea.
Non muslim blh masuk, anton. Cuma ada procedurenya terutama di masjid putrajaya. Mgkin penampilan anton yg membuatkan pengawal tersebut bertanya. Tp x mengapa anggap je ianya satu pengalaman hidup yg boleh mematangkan kita. Aamiin.
Scenery dlm hujan blh jadi memori daun pisang yg terindah😆
kalau non muslim pon boleh je masuk bang masjid putra, cuma time solat je dia tak bagi masuk.
Anton dgn vikcry dtg malaysia semua org suka nk tgk....
10:19 - Pandangan serong terhadap spesies langka 😂 ~Matanya lirik-lirik selalu~
aduiiiii.... siaplah ada lagi bahan untuk cak lonjong...
Anton pakai rantai.. Sebab tu lepa ingat bukan muslim.. Kan mendatangkan fitnah dah.. Saya tngok ramai lelaki yang pakai rantai dan anting2.. Kan boleh mendatangkan syakwasangka.. Harap anda faham..
non muslim boleh masuk tpi kena ada tour guide teman, nnti dia bawak pusing2
Belok kiri jika tiada kenderaan atau pejalan kaki dan basikal.
Ertinya walaupun lampu merah jika keadaan aman anda boleh berbelok ke kiri. Atau ditanda sign board 🔻 segi tiga terbalik
Tapi bukan semua simpang terdapat signboard demikian justeru ada yang masih keliru. Tidak melakukan belok dan terus menuggu lampu sehingga hijau. Terkdg setengah pengendara akan honk utk mereka segera melakukan belokan kerna aman dilakukan.
Mantap bang anton. Jgn berkecil hati ya bang. Sb Di Malaysia memang jarang Muslim yg bertatu. Semoga terus sukses
non muslim boleh masuk TETAPI ada waktunya. itu biasa, jika muslim sekalipun dan berpakaian agak kurang sopan, staff di masjid akan memberi ‘jubah’ untuk dipakai para pelawat sebab itu kamu disoal. 😅
Nobu shun dari Jepun melawat masjid siap buka puasa lagi
0:58. Kali last saya ke food court ini tahun 2020 ketika kemuncak covid. Kebanyakan gerai tutup kecuali dua gerai mamak. Pelanggan kurang, dan pekerja di kedua2 gerai itu kelihatan begitu terdesak mahukan pelanggan hingga mereka keloi (melaung) kuat merayu2 pelnaggan ke gerai2 mereka..
Tadi ada bunyi klakson.
Lelaki islam tidak memakai rantai atau barang kemas dan tidak bertatoo. Memakai barang kemas bagi lelaki adalah haram apatah lagi dibawa solat. Berpakaian dan tampillah layaknya seorang muslim. Jika anda nonmuslim tidak salah utk datang kemasjid dan memerhatikan aktiviti disitu tapi seharusnya waktu solat tidak berada didalam saf jemaah yg sedang solat.
Uniknya Muslim Indonesia Banyak Muslim mata sipitnya
Iya kalau sumatra dengan kalimantan banyak sipit bang
Anton.. nanti pergi putrajaya bawa balik lah ole2.. keropok lekor ke.. minyak gamat ke.. hee3
Next trip kalau visit Perak , visit lah Kuala Kangsar Bandar Di Raja dan Taiping bandar yang bersejarah dan indah. Cuma cadangan saja. Thanks for sharing this.
Betul Taiping tanah tumpahnya darah ku.. ♥️
Vick lariannya kyk Kuda Lumping
Hahahhaha
Hihi.....
Bukan terlalu rockers tetapi warna rambut yang membuat anda di sangka non muslim..hehehe
Non muslim boleh masuk tapi mesti mengikut syarat. Ko boleh je masuk anton cuma kalau muslim jgn lah masuk dgn aksesori seperti gelang n rantai. Kan dimasjid itu. Aksesori kan haram untuk lelaki. Kan ngk elok yg haram itu kalau dipakai ke masjid?.
10:20 pandang semacam je brader tu
bersahabat itu biar smpai mati walau jarang jumpa❤️
Bertuah sampai putrajaya aku selalu juga ke KL tapi belum singgah sini mungkin tunggu MRT putrajaya siap sepenuhnya😁
Iya MRT belum siap lagi kan bang
Ya dijangka siap sepenuhnya utk phase 2 januari 2023 kalau tak silap. Pelancung yg ke KL jarang ke putrajaya tapi kalau ada MRT mungkin ramai pelancung ke sana lagipun mall 101 disana agak mantap
Bismillahirrahmanirrohim Assalamualaikum Anton sangat indah kan Masjid Putrajaya..
Hebat perjuangan ke Malaysia.Teruskan berkarya
Kalau hari biasa tengahari ,ada banyak Gerai makan, simpang masuk Masjid Putrajaya,saya kalau pergi sana mesti singgah makan Nasi Kukus Ayam Goreng Kunyit sedap👍😍😋😋😋
suka n cepat buat kesimpulan sendri.petugas bertanya x bukan sb non muslim x boleh masuk..
Gelihati lihat vikry belari sambil melompat terkejut dengan bunyi petir.kikiki🤣🤣
Gagak goreng, gagak asam pedas....kahkahkah🤣🤣🤣🤦🤦
Bro anton kelihatan seperti orang jepun. Hehehe😅😅
Kayak orang korea kamu tu anton 😄😄😄 Non Muslim kena daftar diri dulu anton nanti di "guide" mereka di dalam masjid itu..
Dengar bunyi burung gagak... 😀
Lagi Satu... Kalo kt Malaysia rasa panas sangat selalu lepas tu memang akan hujan.
Ahaha. Terus merajuk. Sebenarnya ada juga orang melayu yg warnakan rambut dgn inai tapi bilangannya tak ramai. Dan biasanya klu ke masjid mereka akan pakai kopiah/songkok atau orang indo sebut peci. Tak perlu jubah, peci itu sudah memadai kerana orang non muslim di Malaysia tidak biasa pakai benda tu semua. Hehe 😜👻
Putrajaya waktu mlm sgt cantik
Hahahaha lucu vik@anton dibilang pasangan kekasih..mantap isi ceritanya..
Masjid putrajaya itulah yg org panggil masjid pink.
10:58 sorry ya anton, jangan terasa ya.
Mungkin beliau fikir Anton chinese hahaha
Non Muslim boleh masuk tapi ada yg guide.nanti ditunjuk & diajar kenapa begitu & begini.kalo yg berseluar pendek x tutup aurat akan dibagi jubah tutup kepala sampai kaki.
non muslim bole masuk bang cuma xleh masa solat je xbole, bang ditanya muslim ke tidak sbb kt malaysia jarang sangat lelaki muslim bertatu atau memakai rantai secara terbuka
Pengawal tu ingat anda org luar dr nusantara kot....sbb org laki sini jarang colour rambut...klu perempuan ramai tgk dkt tik tok hihihi
Boleh jadi guard itu bertanya Anton muslim atau tidak kerana jika non muslim, masjid ada menyediakan tour untuk memberikan kefahaman tentang islam untuk para pelancong.
Wah nampaknya cak lonjong akan membahan kamu anton... Dari ,ula sampai akhir.. waktunya cak lonjong membalas dendam sebab kamu n fikri asyik berjalan jalan dan dia hanya menangis di sudut katil semasa kamu di Malaysia
Memori daun pisang ....basah berhujan 🤣🤣🤣
👍
Terbaik ton...pasangan romantis gitu !!🧑🤝🧑💑☔🌧️
Rupa kamu macam Chinese, sebab itu di tanya. Sis pun awalnya ingat kamu non muslim 😅
Bukan soal gaya seperti rocker bang.. Tp muka abang anton seperti cina.. Jadi wajar saja dia tanya abang muslim atau tidak.. 😂😂🙏🙏
haha iya... 2 kali aku ditanya, pertama security tanya assalamualaikum langsung aku jawab waalaikumsallam, terus jalan lagi sedikit kedepan, ditanya lagi muslim atau bukan? betul2 mirip orang tionghoa aku berarti bang 😂😂😂
Sebab Anton pakai rantai, lelaki muslim tak dibenarkan memakai rantai, lagi kalau pakai rantai emas
Ye. Muka Anton mcm Cina.
Ini Semua Bahan Roastingnya Cak Lonjong Ni Anton . Romantis Lohh 😂😂
HAHAHAHA
@@WakLonjong Hahahaha . Tu Kann . Sudah Aku Bilang Tonn . Cak Lonjong Sudah Mencari Bahan Roasting Seterusnya Ni Ton . 🤣🤣
Kamu bagi salam dulu Anton,kalau saya terpandang kamu pun ,saya akan fikir kamu orang korea atau chinese.feature wajah kamu tu nampak seperti chinese,jepun ,korea.
😅😅😅 sabar ajelah abg anton...di sangka bangsa non muslim...
Non muslim boleh masuk cuma ke dewan solat saja tidak boleh. Diberitahu saja Anton kamu muslim. Begitu saja. Umat muslim kan terdiri dari berbagai bangsa tetapi tetap satu umat dan bersaudara. Semoga kamu tidak terasa hati. Maaf ya dari warga Msia.
Hujan rahmat sambut vikry & Anton rezeki tu..
Vikry makan gagak,auto akan jadi geng gagak hitam..🤣
Musuh azroy n the gang
Masjid kayu ada bg di Trengganu,masjid kaca(kristal) jga..masjid besi di Putrajaya..cuman masjid plastik yg blom ada😂😂
Kalau masjid plastik kena panas langsung habis kak 😂
@@INDOREACTVLOG bener juga ya...jdi ga bakalan ada masjid plastik ya!!😂😂
Tak sabor nunggu sambungan perjalanan bulan madu pasangan Anton- Vikry di Putrajaya...hahahahaa...mantul bhai
Aku tggu korang datang perak guys... Perak datang taiping guys
Lahannya.sebelum jadi putra jaya .hanya lah perkebunan sawit lengkap rumah estate ladangdi penuhi bangsa india tamil hindu....n skrg mereka di duduk di rumah flat 5 lantai di pekan dengkil tidak jauh dari purltra jaya dlm 10 ke 15 kilo
Oh rasanya kami lalu kawasan sana bang
Biasalah..kan wajah Anton kyk Rocker Japanese gitu
Area Putrajaya klu hujan lebat siap dgn angin dan petirnya bang 😨
Iya hujannya lebat banget
Vikry sanggup meredah ribut dan taufan..demi anton...xsabar nak tengok video larian vikry di bangi pulak untuk selamatkan wallet anton yg tercicir 😂😂
itu takda yang record rasanya bang, sibuk lari2 kan kita 😂
Ribut kt Malaysia memang kuat mcm tu.. Aku pon tkut
anton ni kadang2 lucu..
👍👍👍👍👍👍
Torrrbaikk!! 👍 Bang Anton Mantaap!!.Gagak masak Asam pedas.. 😅 Hahahaha
😂hahahaha vikry yang mau makan itu
@@INDOREACTVLOG Muslim..? hahaha.. khatan lagi sekali bro..🤣🤣
saya pun ingat anton bukan muslim harap maaf,tapi di indonesia muslim bertatoo perkara biasa.klau di malaysia jarang muslim bertatoo,kecuali pd awal nya dia non muslim pastu masuk islam,sebab tatoo x blih tanggal.
Boleh aja non muslim masuk di masjid lagi dialu-alukan tapi kena pakai pakaian yg sopan celananya harus panjang dan bajunya ngak ada tulisan2 yg tidak elok. Mungkin pengawal itu tnya untuk kepastian sbb kamu pakai baju tidak seperti org muslim di Malaysia. Bajunya ada tulisan2 yg akan dibaca oleh org waktu solat kan dh x khusyuk solatnya🙃
Anton, masa first time aku tgok video reaction kau. Aku juga mengira kau non Muslim. Ku fikir kau cina Indonesia..! Sudah lama mengikuti video mu, baru Ku tahu kamu Muslim. Tak hairanlah pengawal tu confuse...😅
Ha ha ha.
Mana boleh pakai rantai . Kat Malaysia bukan mcm Indonesia .kitaorng tak boleh bertatu , nk pergi masjid kena Jaga aurat ,pemakaian ,X boleh sesuka hati pakai rantai
Wajar bang jika dia bertanya... Kerna penampilan begitu kelihatan beza di culture Malaysia.... Di Indonesia tattoo memenuhi tubuh aja gak kelihatan anehh
Kerana budaya skrg udah kurang praktek kan memberi salam.... Penampilan orang biasa brjenggot bukan bermisai, Yahudi kopiah separuh atas sahaja tapi kita menutup seluruh kepala kecuali dahi... Mungkin salah kita juga barangkali... Sabar ya bang anton
Semoga kalian boleh dtg ke malaysia beramai2 lagi ke sini 👍