Rafizi Isytihar Harta

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 28 ส.ค. 2024
  • Saya baru isytiharkan harta. Kecoh budak-budak UMNO PAS BERSATU persoalkan macam mana aset bersih saya bernilai RM18 juta.
    RM16 juta itu saham dan pelaburan saya dalam startup (atau syarikat pemula) yang saya tubuhkan iaitu INVOKE Solutions Sdn Bhd.
    Saya memang tunggu mereka buat bising kerana rakyat akan menyampah. Mereka bising pasal saya isytihar harta tetapi mereka tidak pula bising pimpinan mereka yang tidak ada perniagaan, tidak ada kelulusan, tidak pernah memimpin organisasi korporat tetapi hidup macam raja.
    Memang itu tujuan saya:
    PERTAMA
    Untuk tunjuk hipokrasi mereka.
    KEDUA
    Untuk saya boleh galakkan anak-anak muda mula membina perniagaan yang bernilai tambah.
    Hati saya juga didorong untuk menjaga kebajikan 150 kakitangan saya di INVOKE. Mereka anak muda yang berkelulusan tinggi - 30% mendapat straight As semasa SPM dan banyak ijazah kelas pertama dari universiti terkenal di seluruh dunia termasuk Cambridge, Oxford, Cornell, UCL dan banyak lagi. Umur mereka antara 22 hingga 27 tahun. 70% Melayu dan 30% bukan Melayu.
    Mana saya kumpul RM2.5 juta tunai masa muda?
    Saya seorang profesional lulusan kejuruteraan elektronik dan akauntan bertauliah lulusan Institute Akauntan Bertauliah England & Wales (ICEAW), iaitu institut akauntan bertauliah paling tua di dunia. Saya memulakan kerjaya di London, gaji dalam pound. Masa itu, satu pound adalah RM6.
    Bila saya balik sertai PETRONAS, gaji permulaan RM3,750. Selepas enam bulan dan disahkan sebagai pengurus termuda dalam PETRONAS, gaji saya naik RM11,000 sebulan pada umur 26 tahun. Umur 27 tahun saya naik pangkat lagi menjadi ketua bahagian perancangan petrokimia PETRONAS, dan gaji saya naik RM25,000 sebulan.
    Ketika itu, PETRONAS memendekkan tempoh persaraan dari umur 60 tahun kepada 55 tahun, jadi saya mendapat pampasan RM400,000 pada umur 27 tahun untuk 5 tahun perkhidmatan yang dipendekkan.
    Prestasi saya baik di PETRONAS. Setiap tahun selama 7 tahun saya berkhidmat di PETRONAS, bonus saya adalah di antara 10 hingga 12 bulan setahun. Jadi pendapatan kasar saya setahun di akhir umur 20an adalah sekitar RM500,000 setahun.
    Wang simpanan itulah yang saya laburkan membuka syarikat INVOKE.
    Ramai yang tidak faham tentang syarikat berasaskan teknologi atau yang dipanggil tech startup.
    Nilaian sebuah tech startup di awal penubuhan bukanlah bergantung kepada untung rugi.
    Ini kedudukan kewangan terkini INVOKE:
    Purata pertumbuhan perolehan 2019 ke 2022: 90% setiap tahun
    Keuntungan syarikat:
    Untung di peringkat syarikat setiap tahun iaitu RM507,000 untuk 2020, RM653,000 untuk 2021 dan dijangka RM1.5 juta untuk 2022.
    Keuntungan kumpulan:
    2 anak syarikat yang membangunkan platform teknologi masih belum untung, tetapi kerugian kumpulan semakin mengecil setiap tahun
    Kedudukan tunai:
    Dijangka mencukupi sehingga 2 tahun lagi tanpa perlu menerbitkan saham.
    Ada beberapa cara nilaian syarikat dibuat.
    Cara paling mudah ialah berdasarkan nilai aset bersih. Tetapi ini cara kuno kerana tidak mengambil kira potensi masa depan.
    Untuk mengambil kira potensi masa depan, pekali (atau multiplier) digunakan untuk menilai syarikat berasaskan potensi berkembang perolehan dan keuntungan.
    Untuk tech startup seperti INVOKE dengan prestasi pertumbuhan yang dicapai kini, selalunya pekali adalah di antara 7 hingga 10 kali dari perolehan tahun. Ini kaedah piawai yang digunakan di seluruh dunia oleh syarikat venture capitalist yang melabur.
    Perolehan INVOKE untuk 2021 adalah RM6.3 juta dan untuk 2022 dijangka melebihi RM11 juta. Jadi julat nilaian INVOKE ialah antara RM60 juta ke RM120 juta.
    Ini bukan saya pandai-pandai cakap. Ini adalah nilaian rasmi oleh Cradle, sebuah agensi kerajaan yang memantau pertumbuhan startup. Tengok nilaian rasmi ini di laman www.mystartup.gov.my
    Nilaian ini dibuat oleh sebuah firma penilai bebas dari Singapura bernama VentureCap Insights.
    Saya masih memegang lebih 70% dari saham INVOKE. Tapi untuk isytihar harta, saya gunakan kaedah nilaian paling rendah iaitu nilai aset bersih iaitu sebanyak RM17 juta.
    Kenapa saya cerita semua ini?
    Kerana saya nak yakinkan anak muda Malaysia bahawa ini jalan masa depan kita. Anak muda Malaysia sangat berbakat, pandai dan berkebolehan. Anak-anak muda di INVOKE telah membawa syarikat hingga ke nilaian berpuluh juta dalam masa 2 tahun.
    Bila INVOKE disenaraikan, mereka semua ada saham, dan mereka boleh hidup selesa di masa muda.
    Syaratnya kena pandai, kena kreatif, kena usaha, kena berani dan kena jujur.
    Masa depan kita ialah ekonomi digital supaya mudah dikembangkan ke rantau Asia Tenggara, dan seluruh dunia.
    Visi saya ingin menaikkan ekonomi digital supaya lebih ramai usahawan tech Malaysia yang menghasilkan produk-produk digital terbaik di dunia.
    Anda ingat UMNO PAS BERSATU faham semua ini?
    Mereka hanya tahu jalan sakau wang untuk kaya.
    Sebab itu sampai sekarang belum isytihar harta.
    #AyuhMalaysia #KitaBoleh #KEADILAN #PakatanHarapan

ความคิดเห็น • 560

  • @bodakyellow6818
    @bodakyellow6818 ปีที่แล้ว +123

    Pencerahan dan idea bisnes yg bagus..confirm macai takberani serang sbb Rafizi mmg sengaja perangkap mereka ini..klo ada yg fitnah,anytime Rafizi boleh saman fitnah di mahkamah dan menang kes..isytihar harta bagi ahli politik adalah satu ketelusan yg berani dan satu permulaan peta politik baru di negara Malaysia..tolak dan lenyapkan rasuah dgn menyokong kerajaan Pakatan Harapan..👍👍

    • @edwinsaidi
      @edwinsaidi ปีที่แล้ว +5

      Kalau dia menang saman di mahkamah dapat duit tambah lagi🤣

    • @qqss116
      @qqss116 ปีที่แล้ว +3

      Klentong 22 bulan mcm 2200 tahun.. #PH Klentongkrasi..

    • @qqss116
      @qqss116 ปีที่แล้ว

      Klentong tahi hidung masinn..

    • @shamshulanuar7718
      @shamshulanuar7718 ปีที่แล้ว

      Perangkap?
      Penjelasan RafIizi tak meyakinkan

    • @eliteparkingmanagement9795
      @eliteparkingmanagement9795 ปีที่แล้ว

      @@shamshulanuar7718 Pelawak mana nak paham aset bersih termasuk nilai saham "Invoke" RM17juta yang bukan tunai aliran dalam tangan tetapi hanya atas kertas 😆

  • @mohdabdullah6047
    @mohdabdullah6047 ปีที่แล้ว +229

    HATI AKU TERSENTUH TERHADAP YB RAFIZI. AKU TAK PERNAH JUMPA SEORANG HATI MULIA SEPERTI YB RAFIZI. AKU SANGAT BANGGA DENGAN YB RAFIZI YANG AKAN JADI PM KELAK LEPAS DSAI...INSYALLAH
    HIDUP YB RAFIZI....ALLAH MELINDUNGI INSAN YANG BERMULIA INI..AMIN

    • @saimidris6342
      @saimidris6342 ปีที่แล้ว +14

      Semuga RR menjadi anak muda bukan sekadar berpolitik sebok dengan kejar darjat pangkat dan Kewangan.

    • @borabora5909
      @borabora5909 ปีที่แล้ว +8

      @@saimidris6342 InsyaAllah amin ya Rabbal A'lamin..

    • @qqss116
      @qqss116 ปีที่แล้ว

      #PH Parti Hancing!!!⛔⛔⛔
      #PKR Parti Kencing Rakyat!!!⛔⛔⛔

    • @qqss116
      @qqss116 ปีที่แล้ว

      #Rafizi Kaki Kencing 90juta PAS + 40 pertudugan Zahid..

    • @shamshulanuar7718
      @shamshulanuar7718 ปีที่แล้ว +1

      Mulia?
      DIA kalah Saman dgn Tan Sri Khalid,Najib Dan Rahman Dahlan

  • @Persempadanansemula2876
    @Persempadanansemula2876 ปีที่แล้ว +41

    Engineer, accountant n programmer....what a great Malaysia future PM...💪

  • @adnanjermi8900
    @adnanjermi8900 ปีที่แล้ว +51

    Rafizi ni layak jadi PM ke 11 dan 12

  • @davidlow77
    @davidlow77 ปีที่แล้ว +78

    Anak2 muda harini tak kira bangsa mereka semuanya cerdik dan dengan keikhlasan untuk mendekati mereka, moga2 diberi mandat untuk memperbaikikan keadaan kita sekarang.
    Tak sanggup anak2 muda yang masa diluang untuk belajar, tetapi tidak mendapat peluang pekerjaan setimpal dengan apa yang mereka mempelajari selama ini - kesian masa depan negara kalau situasi begini berterusan.

  • @wanoomar2661
    @wanoomar2661 ปีที่แล้ว +34

    Bagus RR tunjuk jalan pada anak2 muda yg bijak, tak perlu ambik rasuah dan sah guna kuasa utk jadi kaya .. moga Allah tambah rezeki beliau

  • @afif5682
    @afif5682 ปีที่แล้ว +154

    Saya pengundi kali pertama berumur 20 tahun akan mengundi di Parlimen Ampang .. PH

    • @cucunyaii1198
      @cucunyaii1198 ปีที่แล้ว +31

      Bro. Kita sama. Ko hasut kengkawan ko turun undi. Kita pangkah PH ramai2. Kita ubah menjadi malaysia baru. Ayuh malaysia!!!

    • @fahimezzuddin3998
      @fahimezzuddin3998 ปีที่แล้ว +12

      @@cucunyaii1198 ayuhh malaysiaa

    • @pdkjohari3053
      @pdkjohari3053 ปีที่แล้ว +1

      @@cucunyaii1198 sebelum nk ubah...ubah 1.045 trillion...dah tahu Rafizi ni kaki penipu...ada juga orang hasut anak muda untuk undi ph...dulu kata duit tabung haji najip curi... habis tu kenapa pulak dia tk keluar duitnya daripada tabung haji... penyudahnya dia dapat untuk bunga simpanan nya sebanyak 250.000... makcik pakcik di kampung tepuk dahi kerana tertipu dengan mat sasau ni...dulu mulut aku berbuih buih korang jangan percaya dengan mat sasau ni...dia berbohong pasal hutang negara 1 trillion..
      Tetapi Korang tk pernah Google bank negara ataupun bank dunia...kalau kita Google sudah pasti kita tahu hutang negara banyak mana...benda sudah jadi dia pun sudah kaya dengan hasil kerja mulut halus nya menipu rakyat Malaysia dengan halus...kenapa dulu dia tk suruh rakyat Malaysia Google pasal hutang negara...kan elok semua rakyat tahu tk payah bersusah-payah untuk turun padang guling sana guling sini...tetapi Korang degil tak nk Google bank negara ataupun bank dunia...apa boleh buat benda dah jadi... negara hancur di kerjakan nya... PRU 15 jangan undi puak puak ni...korang tk serik lagi ke 22 bln hancur ekonom negara di buatnya...

    • @qqss116
      @qqss116 ปีที่แล้ว

      #PH agen mossad menyelinap dalam #PKR Puak Kencing Rakyat..

    • @afif5682
      @afif5682 ปีที่แล้ว +9

      @@qqss116 jangan lupa undi PH 19/11 nanti ye

  • @thestreet4795
    @thestreet4795 ปีที่แล้ว +30

    Aku tersentuh hati bila dia ada mention anak muda. Mmg terbaik la bro rafizi kita dengan penjelasan yang jelas. Wake up anak muda, kembangkan career anda dgn cars yang betul. And for bro rafizi, you're truly my man brother 🤝

  • @bosskusakau7531
    @bosskusakau7531 ปีที่แล้ว +87

    taktau kenapa aku rasa terharu dan sebak lepas tgok video ni. how macai still kata macam2 kt dia padahal dia sacrifice career dan masa muda dia utk bantu rakyat. mungkin dia boleh jadi ceo petronas termuda dan sudah bergelar dato' sri kalau tak terjun ke bidang politik. ank muda mana yg berani mengambil risiko mcm ni klau bukan hnya RR. kalau pun kita tak suka dia at least appreciate what he did. how he change landscape of politics with new brilliant idea. how he sacrifice himself to put najib behind the bar. how he fight against fking insane polticians. when rakyat macai keep saying dia fitnah dan macam2 lg. for those who saying he fitnah or whatsoever should correct their mistake by voting PH to give him a chance to prove himself utk selamatkan malaysia. thats how they way kita nk minta maaf dan betulkan kesilapan kita. past is past. now move forward and lets put our hope on him for better malaysia. kita boleh!

    • @zulkhairiabdullah3570
      @zulkhairiabdullah3570 ปีที่แล้ว

      Patut petronas dulu tak jana keuntungan tuk rakyat sbb masuk perut rafizi duit petronas bg bonus melampau, gaji melampau

    • @eliteparkingmanagement9795
      @eliteparkingmanagement9795 ปีที่แล้ว

      Pelawak mana nak paham aset bersih termasuk nilai saham "Invoke" RM17juta yang bukan tunai aliran dalam tangan tetapi hanya atas kertas 😆

    • @rahsidab2869
      @rahsidab2869 ปีที่แล้ว

      Org lain takkan cakap mcm2,dia sendiri buat mcm2 fitnah seperti jugak pru 14 dulu...mlh tak serik2 lg.Cubalah sekali2 tu penuhilah ajakan debat saudara HJ pasal kapal perang ke..tentu bertemu ruas agaknya kan.

    • @eliteparkingmanagement9795
      @eliteparkingmanagement9795 ปีที่แล้ว

      @@zulkhairiabdullah3570 petronass dulu yg jana untung2...skrg tak... laporan kewangan petronaas dpt dimuat turun dari website diorg...tak reti baca report mai pi ambek khusus dari kolej aku 😆

  • @ziran6620
    @ziran6620 ปีที่แล้ว +70

    Takda seekor menteri2 yg boleh istihar pendapatan mereka begini rupa.

  • @lester9722
    @lester9722 ปีที่แล้ว +35

    Rafizi, you are simply the best!! Better than all the rest. 👍👍👍💪💪💪

  • @zpzp7903
    @zpzp7903 ปีที่แล้ว +72

    Moga RR diberi kesihatan dan keselamatan dlm masa berkempen ini..in sha Allah PM 11 selepas dsai

    • @sharpenkeytone
      @sharpenkeytone ปีที่แล้ว +6

      Sama-sama kita doakan keselamatan, kesihatan dan rezeki Rafizi Ramli terus mengalir dan melimpah kepada semua pekerjanya dan orang ramai secara umumnya.Aaaminn.

  • @derricklee5766
    @derricklee5766 ปีที่แล้ว +59

    🙏👍 SYBAS TAHNIAH TERBAIK RAFIZI REZEKI ALLAH AMIN DENGAN SELAMAT KAN NEGARA MALAYSIA AMIN DAN PUTUSKAN HAPUSKAN RASUAH DI PERJARA KAN Aamin DAN MALAYSIA AMAN DAMAI MALAYSIAKU AMIN 🙏🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

  • @magdalenelah8231
    @magdalenelah8231 ปีที่แล้ว +31

    TERBAIK👍🏼👍🏼👍🏼 Msia memerlukan pemimpin seperti RR, jujur & cerdik. Undilah PH untuk kesejahteraan negara kita🙏🙏🏾🙏🏻

  • @nanthakumaranmanickam5019
    @nanthakumaranmanickam5019 ปีที่แล้ว +36

    Sungguh jelas dan ikhlas. Pemimpin ini perlu menjadi tauladan pada yang lain

  • @Deguile
    @Deguile ปีที่แล้ว +107

    bakal Menteri Kewangan Malaysia 👏👏 salute RR 🤝✊✊

    • @ezarezrafiel9409
      @ezarezrafiel9409 ปีที่แล้ว +1

      Well said

    • @aininor3777
      @aininor3777 ปีที่แล้ว

      Mereka kewangan X mencabar. Rafizi sepatutnya Jadi menteri perindustrian, atau luar negara ataupun menteri ekonomi. Ini paling sesuai, untuk mengembang Kan ekonomi negara Dan menarik Semula pelabor2 asing.

  • @anakkampong2823
    @anakkampong2823 ปีที่แล้ว +78

    Alhamdulillah ..Kita da pemimpin begini dalam PH...Quality kepimpinan yg ada bagi menyelamatkan negara seterusnya memacu negara di masa hadapan...Terbaik dan syabas RR!!!

    • @hanafihanafi6831
      @hanafihanafi6831 ปีที่แล้ว

      Pandai gk puak2 sekular sebut alhamdulillah 🤣🤭

    • @anakkampong2823
      @anakkampong2823 ปีที่แล้ว

      @@hanafihanafi6831kamu ni anggapkan Islam milik kamu seorang ... syurga kamu yg pegang kunci ... tak sedar lebai yg dulu panggil UMNO kapir pun kini tidur sekelambu dgn UMNO... jgn ingat kamu yg lebih Islamlah.... angkuh sombong bongkak macam kamu yg paling Islam... sedangkan Nabi yg tak mengaku ummat pada yang menyeru pada Assobiyah pun lebai langgar... nak mengaku bagus konon....poodahhhh...

  • @hafisjasni88
    @hafisjasni88 ปีที่แล้ว +26

    Terbaek YB . Undi Saya dan family adalah utk PH . Semoga membuka mata semua rakyat Malaysia untuk berjaya tanpa sakau duit .

    • @norzlanyusof9975
      @norzlanyusof9975 ปีที่แล้ว

      Sekurang2nya dapat mengukuhkan kedudukan DAP yang menjadi kompenan terbesar dalam Kerajaan PH..😁 4:28

  • @khairunizam6685
    @khairunizam6685 ปีที่แล้ว +91

    terbaik... cerahlah masa depan Malaysia jika dia menjadi menteri keuangan

    • @jamestomm3116
      @jamestomm3116 ปีที่แล้ว +2

      Senarai Semua YB Menteri belum istihar harta....Rafizi bukan Jadi kerajaan.
      Tak perlukan perjelasan ...istihar harta dulu...apa pasal belum Istihar harta.

    • @borabora5909
      @borabora5909 ปีที่แล้ว +3

      InsyaAllah amin ya Rabbal A'lamin..

    • @pdkjohari3053
      @pdkjohari3053 ปีที่แล้ว +1

      terbaik tipu pakcik makcik di kampung...dia suruh pakcik makcik di kampung keluarkan duit simpanan tabung haji.. sedangkan dia sendiri tk pernah keluarkan duit nya daripada tabung haji.. penyudah nya dia dapat bunga simpanan 250.000 kaki tipu tk kan tk ada duit sangat nk pakai kasut... makcik pakcik yg di kampung tu boleh juga mampu beli selipar... nampak sangat mat sasau ni kaki penipu... kalau nk menipu agak agak la...tk kan sampai selipar pun tk boleh nk di beli...tetapi masa dia berceramah tk nampak pulak dia berkaki ayam...penipu dia ni... duit apa tu... kaki bohong dia ni...dulu semasa bohong rakyat pasal hutang negara kenapa KO tk cakap Google bank negara ataupun bank dunia dan kenapa tk berani suruh rakyat Malaysia Google pasal hutang negara...kan kalau KO cakap senang dulu barulah rakyat tk tertipu dengan ko...aku daripada dulu mulut berbuih buih jangan percaya dengan mat sasau ni... Korang Google bank negara ataupun bank dunia barulah korang tahu hutang negara banyak mana...kan benda dah jadi PRU 14 hancur negara dia kerjakan..dia senang lenang dengan duit hasil upah daripada mana-mana parti untuk dapatkan ceramah nya...janji ada teks ucapan itu sudah cukup untuk dia baca kubah sama ada berfakta atau pun tidak itu dia tk peduli.... asalkan masuk...ada ke dia peduli pasal negara dan rakyat... sekarang ini dia pulak arah nya condong dengan Muhidin dan atok ... cundung nya kearah anuar semakin berkurangan...dulu saya kata Azmi Ali arah nya condong kepada Muhidin dan atok...memang tepat apa yang aku kata..

    • @qqss116
      @qqss116 ปีที่แล้ว

      Angan2 Tahi!!!

    • @qqss116
      @qqss116 ปีที่แล้ว

      Aset dia berjuta mana datang tu?? Isytihar di LHDN + bayar cukai then tunjuk resit bayaran bukan akuan bersumpah!! #PKR Puak Konceng Rakyat!!! Boooo!!!

  • @khairulanwar3697
    @khairulanwar3697 ปีที่แล้ว +27

    RR tahniah anda seorang pandai berilmu dan bijaksana bagaimana mengolah kehidupan srhingga berjaya dalam hidup ini sinonimnya di M'sia. Golongan Umno/BN mahupun MN/PN tiada mampu mahu berfikir sebaik anda.Mereka suka memilih jalan mudah dgn menggunakan laluan yg telah ada.LTL.....LTL dgn semangat reformasi rakyat maju dan negara makmur.

  • @Zahira326
    @Zahira326 ปีที่แล้ว +81

    Selute kebijaksanaan Rafizi, sukar di cari hanya 1 dalam 1,000.....👍💪🙏♥️🚩🚩🚩🇲🇾

    • @sharpenkeytone
      @sharpenkeytone ปีที่แล้ว

      @@watchman6825 Patut pun cow tak menjadi ....asyik cakap sedap mulut cow tanpa fikiran yang jernih...

    • @azaharhamza914
      @azaharhamza914 ปีที่แล้ว

      @@watchman6825 sama je ngan Anwar bapak kencing.

    • @Zahira326
      @Zahira326 ปีที่แล้ว

      @@azaharhamza914 bangang tetap bangang 🤣😅👉👹👍

    • @Zahira326
      @Zahira326 ปีที่แล้ว +1

      @@watchman6825 Sakai tetap sakai🤣😅👉👹

    • @kreatoruse1305
      @kreatoruse1305 ปีที่แล้ว

      @@azaharhamza914 kau jer hari2 kna kencing dgn bosscow abahcow 😁

  • @jimmihendrixhendrix9575
    @jimmihendrixhendrix9575 ปีที่แล้ว +20

    Pencerahan Rafizi yg baik tak ada apa yg perlu disoalkan. Wassalam

    • @sharpenkeytone
      @sharpenkeytone ปีที่แล้ว +4

      YAH BETUL...TU, KECUALI ORANG-ORANG YANG DUNGU..DAN KAKI FITNAH...MEMANG TAK PERNAH PUASHATI...JENIS KAKI FITNAH DAN DUNGU MEMANG SUSAH NAK MENERIMA KEBENARAN...

  • @edmundkhoo7161
    @edmundkhoo7161 ปีที่แล้ว +19

    Yes, I saw a TikTok video about someone complaining about the lost year-by-year declared by your company. But I replied to them, this guy had the balls to declare because the earnings are clean, whereby none of the dogs from BN were anywhere close who dare to declare their assets. YB you're well respected 💪💪💪👍👍

    • @cucunyaii1198
      @cucunyaii1198 ปีที่แล้ว +2

      Screw them bro. They never dare to speak the truth. Nothing to lose bro. Ayuh malaysia!!!

  • @machimachisan
    @machimachisan ปีที่แล้ว +46

    Ya Allah tgk org yg telus ni, angkatlag dia sebagai pemimpin

  • @mofaz9918
    @mofaz9918 ปีที่แล้ว +27

    Terbaik RR> A man with vision & mission for Malaysia .

    • @sarasalleh3442
      @sarasalleh3442 ปีที่แล้ว +10

      Siapa yg tumbang ko ke? RR takde dlm kerajaan Atok yg khianat.

    • @sharpenkeytone
      @sharpenkeytone ปีที่แล้ว +4

      @@sarasalleh3442 Dia mabuk tu pasal tu dia tumbang...menepuk air didulang... kan.... dah basah kuyup...

  • @ainiariffin
    @ainiariffin ปีที่แล้ว +15

    Alhamdullilah .. you are the best RR .. moga mnjadi contoh & ikutan ank2 muda demi masa depan Malaysia .. ❤ PH

  • @donnamiles9681
    @donnamiles9681 ปีที่แล้ว +22

    Terbaik Mantap Padu RR PKR Reformasi Keadilan ngam la tu 👏 HAR🔺PAN Kita Boleh

  • @ridzuanali1919
    @ridzuanali1919 ปีที่แล้ว +40

    Allah bersama kebenaran; kebenaran ada pada Rafizi.

    • @fahmiezakaria8512
      @fahmiezakaria8512 ปีที่แล้ว +1

      insya allah.kalau allah kata menang insya allah menang.yngpenting kite usaha,selebih berserah.kalau ade rezeki utk saudara anwar jadi pm xdek sape boleh halang.

    • @azizkassim4202
      @azizkassim4202 ปีที่แล้ว +1

      Aamiin -aamiin YaRabbal Alamiin 🤲🤲🤲

  • @muhdhusni9227
    @muhdhusni9227 ปีที่แล้ว +29

    Terbaik bahasa melayu rafizi. Penjelasan yang mudah untuk difahami👍

  • @marlizakhan
    @marlizakhan ปีที่แล้ว +9

    Cara penjelasan rafizi memang mudah difahami. Bila berkempen untuk org kampung mmg rafizi guna bahasa yg mudah diterima utk pakcik2 dan makcik2 dan org mudah faham. Tak de tutup2 bila berkempen. Terus terang semuanya

  • @fakhrurrazi6431
    @fakhrurrazi6431 ปีที่แล้ว +50

    Ini lah seorang lepasan accountant yg berjaya🔥👍🏻👍🏻

  • @michaelpatrick7761
    @michaelpatrick7761 ปีที่แล้ว +37

    Tahniah.. Brother Razifi👍👍

  • @fadsai5054
    @fadsai5054 ปีที่แล้ว +18

    Alhamdulillah. Seorang yg Jujur dn Berintergriti. Layak dipilih dn jadi Menteri Kewangan. PH layak memerintah.

  • @minli3607
    @minli3607 ปีที่แล้ว +25

    Harus ada kejujuran. Tahniah RR. Geng2 sakau mna berani buat mcm itu.

  • @NabilRahmali
    @NabilRahmali ปีที่แล้ว +30

    Ringkas dan padat 🔥

  • @yapcheechoy4315
    @yapcheechoy4315 ปีที่แล้ว +15

    Mantap.This is call Leader.Malaysia future is bright .

  • @abdulrazak7690
    @abdulrazak7690 ปีที่แล้ว +24

    Ini baru betul pencerahan yg terbaik yb...

  • @sitiraudhah9207
    @sitiraudhah9207 ปีที่แล้ว +34

    Semuga YB sentiasa berada dlm rahmat Allah

  • @PeriaHarumManis
    @PeriaHarumManis ปีที่แล้ว +29

    Salute! Genius and gifted. Good Luck to RR.

  • @sitishak
    @sitishak ปีที่แล้ว +26

    Terbaik RR. Tahniah💐 Rakyat Malaysia doakan RR & syarikat bertambah maju. InsyaAllah. Aameen

  • @syedmohdash-shaibbinsyedab7061
    @syedmohdash-shaibbinsyedab7061 ปีที่แล้ว +18

    Ayat penutup tu memang padu!!! Wow

  • @xxteh_doctorxx7996
    @xxteh_doctorxx7996 ปีที่แล้ว +43

    terbaik rafizi ramli berani kerana benar . i will support u till the end brother!!

  • @cucunyaii1198
    @cucunyaii1198 ปีที่แล้ว +23

    Benda mcm ni rakyat perlu tau. Benda btul wat pe nk sorok. Macai mane macai?silap aribulan cukai pon tak penah bayar.

  • @mohammadikhsan9541
    @mohammadikhsan9541 ปีที่แล้ว +10

    mungkin kita berbeza fahaman politik, tu pun xde le beze mane... but this is the most beneficial input for me and others who which to jump to the new industrial revolution. RR will be youngsters benchmarking and role model as inspiring entrepreneur. Rafizi, you have my respect!

  • @i_am_mo.s.s4308
    @i_am_mo.s.s4308 ปีที่แล้ว +13

    Well said and explained storyline.. Thumbs up

  • @yuvaraj1669
    @yuvaraj1669 ปีที่แล้ว +22

    Ziii ziii rafiziiii urat dawai tulang besi hidup fiziiii ❤️⭐⭐⭐⭐⭐🐯🙏

  • @hakeemcs6048
    @hakeemcs6048 ปีที่แล้ว +14

    Mana macai2 UMNO? Xnak komen ke? Takkan la sbb korang rasa tak pandai, maka korang menyepi diri. Tolong jangan rasa rendah diri and do not under estimate yourselves. Korang semua bijak2 belaka cuma berada di jalan yg tak terang. Join la INVOKE untuk bersama2 menabur bakti buat Malaysia.
    Digital technologies are at the forefront of development and provide a unique opportunity for countries to accelerate economic growth and connect citizens to services and jobs. Young Malaysians in INVOKE are in the right track for boosting-up Malaysian economic recovery. Those who are unable to connect to or use digital technologies risk being left behind in the post-pandemic recovery, leading to potentially heavier knock-on effects.

    • @bjnazerigaming8302
      @bjnazerigaming8302 ปีที่แล้ว

      senang je formula dia umno ni penakut jubo taik 🤣🤣 samseng tak kucing je

    • @ezat2007
      @ezat2007 ปีที่แล้ว

      Dorangg tak paham sebab tu tak brani komenn.. Hahaa..

  • @justinahudah3797
    @justinahudah3797 ปีที่แล้ว +18

    Mantap...layak menteri kwangan
    👍👍👍👍

  • @shamsulshamsul3533
    @shamsulshamsul3533 ปีที่แล้ว +24

    Kagum...teramat kagum dengan Sdr RAFIZI... tak ramai anak muda atau rakyat Malaysia bolih buat macam sdr RAFIZI. Jadi scamner, rasuah, sakau duit negara dan rakyat, komission project... duit PANAS, EASY COME AND EASY GO, Contoh nya TENGOK NAJIB.
    RESPECT SDR RAFIZI...👍🏿👍🏿💪💪💯💯💯💛💛💯
    Ayuh anak muda dan rakyat Malaysia. Ambil iktibar dari idea sdr RAFIZI.
    MAKA: SETIAP CALON PRU 15 INI, CALON DARI MANA² PARTI WAJIB MENGISYHITIAR KAN HARTA AGAR RAKYAT DAN NEGARA MALAYSIA TELUS. AYUH...💪 AYUH ISYHTIHAR HARTA KAMU SEMUA.
    #PH BOLIH ISYHTIHAR HARTA KENAPA YANG LAIN TAK BOLIH ?
    #PH KITA BOLIH
    #PH PILIHAN RAKYAT
    #PH TERBAIK
    #RAFIZI TERBAIK
    #DSAI PM 10...
    SYABAS SDR RAFIZI..👍🏿💪💪💪💛❤💯👍🏿💪👍🏿👍🏿👍🏿

  • @Tokyoung53
    @Tokyoung53 ปีที่แล้ว +13

    Alhamdulillah. You're the MAN! Salam dari Singapura!

  • @faras145
    @faras145 ปีที่แล้ว +20

    Terbaikkk. Ending paling best! 😂

  • @ahmadfaridahmadismael8077
    @ahmadfaridahmadismael8077 ปีที่แล้ว +17

    Terbaik🤓👍💐

  • @dendenju
    @dendenju ปีที่แล้ว +13

    Terbaik RR

  • @leetang6761
    @leetang6761 ปีที่แล้ว +18

    macai@walaun haprak tidak tercapai akal mereka ttg ekonomi nih..Terbaik RR! 👍👍👍

    • @cucunyaii1198
      @cucunyaii1198 ปีที่แล้ว +1

      Diorg hanya mampu berpuas hati je bro. kutip derma tin milo je. Tu je la asas ekonomi yg diorg tau.

  • @noorhayatimohdsalleh1502
    @noorhayatimohdsalleh1502 ปีที่แล้ว +40

    Langkah yg bijak, first step menolak perasuah LTL

  • @ramleeutuh8368
    @ramleeutuh8368 ปีที่แล้ว +19

    Terbaik rafizi👍👍👍

  • @din_ppv
    @din_ppv ปีที่แล้ว +6

    org muda mcm rafizi ni contoh yg perlu anak muda ikut. Jgn jadi mcm budak2 yg join parti2 tertentu utk hidup senang dgn mendpt projek2 kjaan..Boleh tengok org muda yg bertanding kat Melaka tuh, motor besar kereta besar menjalar dlm rumah, hasil tak tau dari mana..#AyuhMalaysia #AnwarPM10 #RafiziPM11....InsyaALLAH SWT..Aamiin.

  • @benjaminmansor743
    @benjaminmansor743 ปีที่แล้ว +20

    Terbaik RR 👍👍👍👍👍

  • @yedslekschannel4778
    @yedslekschannel4778 ปีที่แล้ว +19

    padu pencerahan RR.. 👍🏻👍🏻

  • @nicknaomi9453
    @nicknaomi9453 ปีที่แล้ว +32

    Salam bro Rafizi. Ini Semua macai-macai BN PN PAS diaorg itu sudah la bodoh tambah lagi sombong. So jadi la bodoh sombong. ANDA YB yg terbaik Dan jujur berani untk tujuk bukit kn kepada semua Rakyat Malaysia yg ANDA tidak ada buat duit Rasuah tau mkn duit buat duit marah. Bkn cam BN PN PAS GTA semua tidak berani apa yg ANDA telah buat. Saya doa kn ANDA berjaya dlm PRU 15 ini insyallah Amin.. # LTL!#Hidop PH! #Ayoh Rakyat Malaysia! # Hidop DSAI! #Kita Boleh!

    • @pdkjohari3053
      @pdkjohari3053 ปีที่แล้ว +1

      dulu aku bercakap suruh KO orang Google bank negara ataupun bank dunia pasal hutang negara yg Rafizi cakap 1 trillion.... sekarang jangan cakap macai UMNO bodoh..mko lagi bodoh daripada macai macai UMNO...kena tipu dengan Rafizi pun kita sedar...kenapa dia tk jajah bercakap pasal kes rasuah Lim Guan eng terowong...kenapa diam..
      dia sendiri pun tahu pasal kes rasuah lim Guan eng..
      kenapa dia diam... dia tahu anuar semasa jadi penasihat ekonomi negeri Selangor klim nya 15 juta sebulan...kenapa dia diam...bukan itu saja banyak kes puak mereka yg telah banyak melakukan kesalahan ataupun salah laku...ph jual harta negara dan balon duit Petronas berbillion billion mengapa dia tk cakap benda tu semua...aku ni yg bukan penyokong BN ataupun ph PKR tahu kalau pasal politik ni...jika ada orang politik nk kencing aku memang terlalu sukar... itulah sebabnya nya kita boleh beza apa yg ada pada kawasan kita atau pembangunan ekonomi negara kita Macam mana... bantulah kita tahu orang itu betul ke atau pun kaki penipu... contoh najip 9 thn telah berjaya membawa Malaysia ke tahap lebih cemerlang maju jaya ekonominya negara kita...dan kita bandingkan dengan 22 bln..habuk pun tarak...dia orang cuma pandai bagi alasan.. waktu sengkat lah waktu kurang cukup lah... kalau di bagi 60 thn alamat nya mampus orang Melayu kita di bantai dengan cara senyap...

  • @mohdrazdi8214
    @mohdrazdi8214 ปีที่แล้ว +19

    Buka minda ...rakyat semua.

  • @norazlanmohamed4641
    @norazlanmohamed4641 ปีที่แล้ว +9

    Syabas RR patut begini pemimpin untuk diangkat.idea sentiasa segar dan bernas.. hidup pakatan harapan.

  • @abgjelly5475
    @abgjelly5475 ปีที่แล้ว +3

    Syabas Rafizi ini contoh terbaik untuk anak muda masa akan datang.. teruskan perjuanganmu semoga Allah merahmati dan memberkati serta mempermudahkan segala urusan Rafizi dan team PH .

  • @TheBlueRose10
    @TheBlueRose10 ปีที่แล้ว +3

    That a reason saya follow beliau….YB suarakan suara2 kami yg ingin melihat negara maju dan bebas rasuah mcm negara2 maju yg lain. Dan ingin melihat anak2 muda menjayakan masa depan negara with his guide.

  • @saitmuzammir3443
    @saitmuzammir3443 ปีที่แล้ว +3

    Assalammualaikum Tuan Rafizi,salam reformasi dari saya sekeluarga terutama skali ayah saya Mosidi Sait bekas calon pkr dun N16 Asajaya,Kota Samarahan,Sarawak tahun 2006..bila nak dtg jumpa rakyat di Kota Samarahan bersama DSAI? Semoga Tuan sekeluarga dan seluruh pimpinan PH sentiasa berada dlm lindungan dan peliharaan Allah SWT,ayah saya kirim salam dgn Tuan dan DSAI,semoga beroleh kemenangan utk membentuk kerajaan Malaysia dlm Pru15 ni,ameeen

  • @mawarmerah1981
    @mawarmerah1981 ปีที่แล้ว +1

    Aku sgt2 bersyukur kpd ALLAH kerana mengurniakan seorg insan iaitu Rafizi Ramli utk menyelamatkkan negara dari rosak binasa. Aku dan keluarga pasti akan mengundi PH.

  • @deknaikram2961
    @deknaikram2961 ปีที่แล้ว +17

    Macai dgn walaun tak tgok ke pencerahan ni..sedih lerr di perbodoh oleh pemimpin2 sakau duit rakyat!!😂

    • @cucunyaii1198
      @cucunyaii1198 ปีที่แล้ว

      Macai dh benak. Otak tak bleh pikir sbb bebal sgt. Ckp byk kali psl sakau duit pon takmo dgr.

  • @impul_
    @impul_ ปีที่แล้ว +11

    latar belakang yg bukan biasa2 dri pengurusan koprat syarikat terbesar ..sbb itu dlm politik xde takut punya nk bongkar bab kira2 jgn menipu la dgn dia itu pasal ramai menteri penyamun kantoi

  • @shookreeseeree4
    @shookreeseeree4 ปีที่แล้ว +5

    Malaysia akan beruntung besar jika ada PM seperti Rafizi..

  • @vijiandaransilivalingam8980
    @vijiandaransilivalingam8980 ปีที่แล้ว +10

    Talented to become pm dopo sinor Anuar...salute

  • @Iamdanny622
    @Iamdanny622 ปีที่แล้ว +3

    Thsnks for your sharing Rafizi..Superb!😇😀

    • @Iamdanny622
      @Iamdanny622 ปีที่แล้ว

      Rafizi is simply the Best one to solve problem to all Malaysian with the sincerity and knowledge that Allah bestowed to him to bring back Malaysia to glory..

  • @shawnshawn109
    @shawnshawn109 ปีที่แล้ว +13

    TERBAIKLAH! HARAP2 DOL LATIP ADA TELO ISYTIHAR HARTA.

  • @KarimKarim-wn4rn
    @KarimKarim-wn4rn ปีที่แล้ว +4

    Rafizi anda lah salah seorang pemimpin negara Malaysia yg sangat berwibawa dan berintrigiti.

  • @abdhalimabdrahman3410
    @abdhalimabdrahman3410 ปีที่แล้ว +14

    Terbaeeek RR.

  • @abdulmuhid1816
    @abdulmuhid1816 ปีที่แล้ว +4

    Rafizi Ramli yang terbaik untuk rakyat Malaysia sebagai Menteri Kewangan Malaysia dan juga Menteri Ekonomi negara Malaysia untuk kesejahteraan hidup rakyat Malaysia kerana bijak menguruskan kewangan beliau sendiri syarikat Invoke yang berkembang maju berterusan. Adalah diharapkan jika Rafizi Ramli sebagai Menteri Kewangan sudah tentu Budget Tahunan Malaysia akan berurusan menghasilkan Budget Surplus bukan Budget Defisit setiap tahun dibentangkan di Parlimen iaitu Kerajaan terpaksa behutang dan meminjam untuk berbelanja kerana berbelanja lebih daripada pendapatan dan tidak pandai menjanakan wang untuk berkembang maju dengan pelaburan yang menjanakan pendapatan kewangan negara. Budget Surplus ialah budget ikut keperluan pendapatan kewangan iaitu lebih banyak dapat hasil kewangan boleh berbelanja lebih dan ada wang lebih untuk simpanan. Oleh itu jika Rafizi Ramli sebagai Menteri Kewangan lantik DDNK iaitu iaitu pakar motivasi pelaburan saham sebagai Timbalan Menteri Kewangan atau pun DDNK sebagai Pengerusi dan Ketua Eksekutif CEO PNB/ASNB supaya saham ASNB akan terus berkembang maju dengan dividen dan bonus 15 ke 20 % setahun seperti dahulu. Ini setiap tahun dividen hanya sekitar 5% sahaja. Nilai ASN telah jatuh merudum daripada RM1.00 seunit ke sekitar 0•60 sahaja dan tidak melonjak naik lebih RM1.00 atau RM2.00 seunit seperti diharapkan oleh semua pelabur ASN. Apa nasib malang menimpa kepada semua pelabur ASN Iaitu kaum Bumiputera seterusnya jika tidak dilakukan sesuatu untuk kesejahteraan hidup rakyat Malaysia oleh kerajaan Malaysia dan syarikat GLC sentiasa tidak menggalakan dan mencapai prestasi yang terbaik dan ada yang rugi teruk tetapi Ahli Lembaga Pengarahnya masih dapat elaun puluhan ribu ringgit malah ratusan ribu ringgit setiap bulan atau tahunan walau pun syarikat GLC rugi. Sepatutnya jika syarikat GLC rugi setiap Ahli Lembaga Pengarahnya tidak dapat apa apa bayaran gaji atau elaun pun kerana tiada wang untuk dibayar gaji dan elaun kerana rugi Jika kerajaan Malaysia rugi gaji menteri pun patut diturunkan dan hanya menerima tidak lebih sepuluh ribu ringgit sahaja sebulan dan ini pun sudah cukup lumaian berbanding dengan gaji rakyat biasa hanya menerima gaji tidak lebih RM1,500 sahaja sebulan iaitu gaji minimum ditetapkan oleh kerajaan Malaysia wallahuwa'lam

  • @sckhoo
    @sckhoo ปีที่แล้ว +4

    thank you Rafizi

  • @desperatetolive3349
    @desperatetolive3349 ปีที่แล้ว +4

    Satu penjelasan oleh saudara rafizi yg buat mereka yg mencemuh terduduk terciduk.

  • @TheFunnyUser
    @TheFunnyUser ปีที่แล้ว +3

    To be honest I’ve learned something from you this post. Something for the digital future. Great speech and simple. Well done.

  • @bicarapositif
    @bicarapositif ปีที่แล้ว +19

    sambut cabaran Rafizi ni ..wahai politician2

  • @putriica7095
    @putriica7095 ปีที่แล้ว +8

    Tindakan dan strategi mcm ni bukan pandai ..tapi genius.

  • @hajirosli4363
    @hajirosli4363 ปีที่แล้ว +16

    Bijak sungguh bijak..

  • @borneoforester8883
    @borneoforester8883 ปีที่แล้ว

    Mantapppp Tuan Rafizi.. 1st time ever I heard politician do something like this.. full respect from Sabah..

  • @bumihijau5670
    @bumihijau5670 ปีที่แล้ว +3

    RR bakal jadi PM suatuhari nanti ..nilah bakat yg kita mau...cerdik, bervisi, gila kuat kerja, telus, berjiwa rakyat, rendah diri dan pengetahuan economi utk bangunkan negara yg sudah sakit ni

  • @jayachandranponnusamy1770
    @jayachandranponnusamy1770 ปีที่แล้ว +10

    Superb 👍

  • @fatty.m3620
    @fatty.m3620 ปีที่แล้ว +10

    Ya Allah..baiknya niat rafizi

  • @TheKongker
    @TheKongker ปีที่แล้ว +2

    tuan rafizi mmg calon pm masa depan tp bukan masa terdekat..pengalaman mentadbir negara pasti diperlukan dgn memegang portfolio kementerian beberapa penggal..

  • @meer7391
    @meer7391 ปีที่แล้ว +1

    Cantik YB. Ajar sy formula baru nak jadi jutawan. Saya betul betul terinspirasi dengan pencerahan YB.

  • @LA-el9xv
    @LA-el9xv ปีที่แล้ว +3

    Rr letak guide line yg tinggi utk mana2 ahli politik. Yang takut mesti ahli politik sakau. Terbaik

  • @abdulshukor8745
    @abdulshukor8745 ปีที่แล้ว +17

    Mana lah macai2 Dan walaun2 faham pasal startup dia cuma tahun sakau😂🤣🤑

  • @mohammadlokman7957
    @mohammadlokman7957 ปีที่แล้ว +3

    Sy harap makcik semah pn bleh ikut langkah RR istihar harta sbb sy pn nk tau jgk mcmna dia bleh jd kaya raya dr zaman bujang shgga la harta dia yg terkini ketika mnjdi istri bks P.mentri😃

  • @Edline-bn1kk
    @Edline-bn1kk ปีที่แล้ว +1

    Kita perlukan orang macam ni lah untuk pimpin negara kita.. Deep down nak sgt RR jadi PM Malaysia. InsyaAllah one day💪🏻💪🏻💪🏻 jom ramai2 turun ngundi 19hb ni. Tumbangkan pemerintah korup🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

  • @alantham4184
    @alantham4184 ปีที่แล้ว +2

    Steady Rafizi, 2027 adalah Prime minister Malaysia 💐💐💐👏

  • @fqr3879
    @fqr3879 ปีที่แล้ว +5

    Trbaik RR..ank melayu ..idola ank melayu

  • @mdkil8170
    @mdkil8170 ปีที่แล้ว +11

    Elon Musk Malaysia 💪🏻

  • @Tango9
    @Tango9 ปีที่แล้ว +3

    Inspiring

  • @zolrenjer3034
    @zolrenjer3034 ปีที่แล้ว +9

    Ayuh rakyat malaysia......bangkit sokong PH untuk mereka majukan negara kita ini.....Negara maju rakyat sejahtera.....tolak parti politik karat yang tiada idea untuk majukan negara.

  • @fatihahfitri7701
    @fatihahfitri7701 ปีที่แล้ว +11

    Terbaik bos

  • @wanoomar2661
    @wanoomar2661 ปีที่แล้ว +6

    Allahumma baariklahu RR. Rezeki bijak yg Allah beri pda RR pun ramai dengki, kesian

  • @azahaziz6008
    @azahaziz6008 ปีที่แล้ว +1

    hebat rafizi ni.. bgus klau dpt jd kepimpinan negara..saya brharap bnyk perubahan dan idealogi org muda ni yg hbat untuk mnaikn nma malysia ke prngkt trtinggi

  • @ezat2007
    @ezat2007 ปีที่แล้ว +7

    Terbikkk Rafizi 👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍