VLOG 6 | WAH !!! DEKAT SEGARI ADA PORT PENYU DAN CAMPSITE MENARIK | ROOF TENT

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 25 ต.ค. 2024
  • Hi & Assalamualaikum semua....
    Àllahamdulillah dapat kembali lagi dengan vlog terbaru dari MayaOverlandCampers.
    Trip kami kali ini, Kami ke Segari Perak, trip 1 day je sewaktu cuti perayaan Thaipusam . Kami tak pergi bercamping cuti kali ini, tapi disebabkan darah camping tu kuat sangat mengalir, dapat tengok Kawasan Camping pun jadilah kahkahkahkah.
    Apa yang menariknya di Segari Perak ni? terus terang kami cakapkan,sebagai orang perak kami pun baru tahu dekat segari ini ada Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu juga tempat lihat Anak Bulan.
    Kami bertolak dari Ipoh pukul 11 pagi, sampai ke pantai Remis lebih kurang pukul 12 tengah hari. Kami berhenti makan dulu, dah kenyang kami teruskan perjalanan kami ke sedari. Dari Pantai Remis ke Segari tak jauh dah, memakan masa lebih kurang 30 minit sahaja.
    Selepas kami tengok penyu, kami survey kawasan ni sebab kami pernah dengar dekat sini ada satu tapak campsite yang cantik dekat sini. SubhanAllah Memang cantik sewaktu kami sampai ke campsite ini. Tapak campsite ini under Pejabat Hutan Daerah Manjung Perak. Untuk booking campsite ini perlu dibuat secara online melalui website "www.perakforestry.gov.my" permohonan digalakkan buat booking satu minggu awal.
    untuk sewa tapak harga yang dikenakan Rm10 per tapak/per night.
    Dalam video kami ini kami kongsikan view kawasan campsite dan juga tempat untuk tengok penyu di Segari Perak dan kepada sesiapa yang nak pergi bolehlah rujuk video kami ini sebagai bahan maklumat .
    Terima kasih kerana sudi menonton dan support video video kami dan kami amat menghargai setiap subscribe like Dan komen anda dan Kami sangat teruja bila dapat membaca komen komen anda, salam sayang dari kami MayaOverlandCampers semoga setiap video video yang kami hasilkan dapat memberi maklumat /inspirasi dan manafaat pada semua.
    Jangan lupa subscribe like and share 🥰🥰
    Review
    -------------------
    Tempat Penyu: Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu 🐢
    Tiket Masuk: Percuma
    Tempat Campsite: Pejabat Hutan Daerah Manjung Perak
    Sewa Tapak: RM 10 perday/pernight
    Toilet :✅
    Surau:✅
    Telco Line : Awesome
    Website: www.perakforestry.gov.my
    __________________________________________
    Social Media :
    ...
    Facebook :
    www.facebook.c...
    Emil : ezramaya8109@gmail.com
    Camera:
    Oppo Renox 8 Pro
    Editing Apps :
    Canva
    Capcut
    Phonto
    #familycampingmalaysia #familycamping #familyvlog #rooftent #asmrcamping #campervan #camperlife #wildcamping #nature #4x4 #camping

ความคิดเห็น •