ZIKIR FATIMAH-TIPS UNTUK KECERGASAN

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 21 ก.ย. 2024
  • Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah s.a.w, Saidatina Fatimah r.a mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib r.a tentang tangannya berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukannya.
    Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya baginda Rasulullah s.a.w untuk meminta seorang pembantu. Akan tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah s.a.w dan hanya bertemu dengan Saidatina Aisyah.
    Kemudian Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Apabila Rasulullah tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu Baginda tentang permintaan puterinya.
    Lalu Baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun ingin menghampiri baginda akan tetapi Rasulullah meminta mereka tetap di tempat perbaringan.
    Lalu baginda bersabda; "Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)
    Maka disaran kepada ibu-ibu yang berasa penat setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan Zikir/Tasbih Fatimah ini setiap malam sebelum melelapkan mata.

ความคิดเห็น • 13

  • @Update20855
    @Update20855 ปีที่แล้ว +3

    Sangat berkesan pada hati 💚

  • @Update20855
    @Update20855 ปีที่แล้ว +2

    Dengar zikir Fatimah ni ilang semua segala masalah . Tiba2 terus lelap . Alhamdulillah

  • @saraalia812
    @saraalia812 ปีที่แล้ว +4

    Sy ada 2 pekerjaan.. bila sy rasa sgt letih.. sy buka zikir ni.. baca dalam hati smbil bekerja.. alhamdiliilah.. hilang penat.. sblm tdo pn sy sukanpasang zikir ji.. xda ke yg boleh dowload spy senang nk pasang selalu😁

  • @mohdyusuf5246
    @mohdyusuf5246 ปีที่แล้ว +2

    TERBAIK GENG.
    PENGALAMAN BENAR SEMASA MEMANDU HILANG NGANTUK DAN LEBIH YAKIN

  • @saraalia812
    @saraalia812 3 ปีที่แล้ว +7

    suka dengar zikir fatimah ni.. menjadi halwa telinga tatkala kerja shift malam.. terima kasih kpd yg berkenaan kerana menghasilkan video ini. jika ada audio yg boleh dowload kt hp lg best ni,, boleh selalu buka dimana saja

    • @ainnuriffah46
      @ainnuriffah46 2 ปีที่แล้ว

      Hati2 berkerja ya kak, mesti penat shift malam

  • @indahceria1117
    @indahceria1117 4 ปีที่แล้ว +8

    MasyaAllah tabarakallah subhanallah alhamdulillah Allahuakbar

  • @annisafiqah8826
    @annisafiqah8826 3 ปีที่แล้ว +2

    Bagus sangat.. menjadi teman telinga

  • @YourGreatGeneral
    @YourGreatGeneral 4 ปีที่แล้ว +5

    so good😇