Terima kasih ustaz budin. Saya dah berusia 59 tahun dan batu saya dapat dengar penjelasan yang jelas ini.. alhamdulillah. Semoga Allah terus tunjukkan apa yang benar.
Dulu aku pernah post dlm facebook gambar syeikh Azhar pegang anjing tu & gambar lama raja kelantan dgn anjing tu serta perbezaan pendapat tentang kenajisan anjing termasuk mazhab malik. Lepas tu berduyun2 orang kecam aku termasuk ada yg melaknat aku 😔
Dekat kampung saja bila nak subuh tu ada la 2, 3 ekor anjing datang tak tahu mana datang mula-mula rasa takut jugak sebab ada yang menyalak. Tapi bila fikir-fikir ada baik juga boleh jaga keselamatan mana tahu ada pencuri boleh la jadi "pak guard".
Alhamdulillah. Beginilah dakwah yang mencerdaskan umat Islam. Bukan seperti konten² cerita dongeng khurafat halusinasi yang mengajak masyarakat untuk mengkultuskan kyainya.
Sangat jelas berserta dalil. Sy sangat suka dengan penjelasan yg diberikan saudara. Semoga allah memberkati serta menjaga saudara dalam penyampaian ilmu
USA semakin Hari semakin Matang..Tahniah dan terima kasih atas ilmu yg ust selalu sampaikan kpd kami..semoga ust diberikan kesihatan yg baik sekeluargaa...Amiin.
Mazhab syafie terlalu keras dengan anjing... boleh pakai pandangan imam malik dalam hal ini yang lebih mudah dan tidak menyusahkan.. Cuma anjing tidak boleh dibela sebagai pet/ haiwan kesayangan. Anjing boleh dibela untuk berburu, menjada kebun dan menjaga rumah tetapi tak boleh dibawa masuk kedalam rumah..
@@Al_Insan_Tv KESIAN ANJING CUMA DTG BERTEDUH KETIKA HUJAN.ADA BAIK JIKA ADA TEMPAT DIA BERTEDUH SPRTI KOTAK BESAR DI LUAR RUMAH.. YG TIDAK DPN PINTU..
Bercakap soal anjing..saya teringat pengalaman saya sewaktu sekolah rendah. Kami satu group turun ke dalam parit besar didlm kampung kami kerana saya ternamok seekor anjing kelabu yg kurus menyalak2 ditepi pokok2 didlm parit. Air semakin naik sewaktu hujan lebat. Saya menyakinkan rakan2 untuk turun kedalam parit tersebut kerana air parit semakin naik. Kami semua budak2 lagi turun dlm hujan lebat utk selamatkan anjing itu. Saya didpn sekali. Seram juga ketika mula2 memeluk anjing tersebut sbb mulut dia ternganga. Saya ‘passkan’ kepada kawan saya. Kami semua membuat satu barisan dari dalam parit sampai keatas tebing. Alhamdulillah anjing tersebut dapat diselamatkan. Amat puas hati dapat selamatkan anjing tersebut. Kami semua balik rumah masing2 dan mandi air tanah liat kami ambil dalam parit tersebut. Saya rasa antara sebab kita mengelakkan diri drp anjing adalah disebabkan mulutnya ternganga dengan gigi yg tajam. Takut kena gigit. Selain drp perlu dibasuh dgn air tanah apabila terkena air liurnya.
Saya pelihara anjing waktu kecil sejak anjing itu baru buka mata hingga dia mati ditembak kerana cedera parah di belasah anjing rottweiler, anjing itu bernama John duduk dalam rumah anjing di hujung tanah rumah kami di tepi belukar , setia meneman koi keluar masuk hutan belukar dan ke sungai.
Arabic Words اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ و عَلَى آلِ سِّيِّدِنَا مُحَمَّدٍ Romanized Words Allahumma Solli 'Alaa Sayyidinaa Muhammad wa 'Alaa Ali Sayyidinaa Muhammad Subhanallahi Wa Bihamdihi Subhanallahil 'Aziimi Subhanallah Alhamdulillah Laa ilaa ha illallah Allahuakbar Astaghfirullahal 'Aziim Allazi Laa ilaa haa. illa Huwal Hayyul Qoyyumu wa atuubu ilaih Hasbunallahu Wa Ni"mal Wakil
Tabik hormat dengan penjelasan ustaz Sabudin..banyak ilmu yg dapat dari ulasan ini...yg baik diambil yg rasa tidak blh terima jangan ambil...atau bertentangan dengan ustaz2 lain rasa nk pakai..boleh pakai,rasa tidak boleh terserah.
Terima kasih ustaz atas video penerangan yang jelas ini. Amat membantu kami yang bekerja setiap hari pegang anjing kadang2 ada kesukaran untuk sertu menggunakan tanah, jadi kami gunakan sabun taharah sebagai ganti.
Masaalah nya ada org2 Kita yg kebanyakan nya bermazhab Shafie hanya tau Mazhab Shafie saja seumur hidup mereka bila dengar atau lihat perkara sebegini mereka terus mengata Dan mentohmah hingga kehari ini, harap para asatizah2 tidak menyembunyi Kan dn dpt mengajar tentang perbezaan pendapat imam Mazhab agar Kita tidak jadi seperti katak bawah tempurung dn menuduh yg tak Sama dgn amalan mereka dgn berbaga tuduhan dn gelaran bukan2 , bkn hanya soal anjing saja tapi banyak lagi perbezaan pendapat Mazhab2 Hanafi, Maliki, Shafie dn Hambali agar Kita menghormati antara satu dgn yg lain kecuali perkara2 yg jelas bkn dari Sunnah Rasullullah Sallallah hualaihiwassalam dn Para sahabat2 nya dn bkn dari khalifiah para ulamak2 yg muktabar.
Bkn mcm tu, klau berpegang pd satu mazhab, peganglah dgn rapi...pandangan mazhab lain digunakan bila benar² diperlukan...bukan asal bila nk ikut nafsu (cth: nak bela anjing) kita pn ceduk mazhab lain... bukaaaaaannnn...
@@amranharon1 Muhaizad tangkal nombor 2468 tu bukan calang². Antara guru dia di dar-al-mustafa tarim hadhramawt yemen dulu adalah boss dar-al-mustafa sendiri, umar hafidz yg boleh nampak nabi Muhammad ﷺ datang dalam majlis yahanana yabanana banana 🍌.
betul tu ust. orang kita ni banyak ikut HUKUM MELAYU yg asal tu anjing je xleh sentuh nak kering atau basah tak boleh. Kita sepatutnya ikut HUKUM YANG BETUL.
Haha ko silap. Imam mazhab semua pak Arab bagai. Hambali, Maliki, Hanafi, Syafie takde sorang pun Melayu. Ni semua bergaduh pasal mazhab ni sebab punca pak Arab2 ni semua ajaranlah bhahahaha
Xda istilah 'terpaling betul' dlm perkara ishtihad utk khilaf muktabar, anda dengar kedua2 hujjah, dan amalkan yg mana anda rasa paling hampir dgn kebenaran, pasal 'hukum melayu' tu, xbetul tu, org melayu bermazhab syafie kalau kat msia, cuma selama ni belajar hanya1 shj, padahal ilmu islam tu luas, bila belajar 1 padangan je, jadila taasub, skrg dh tahu byk pandangan muktabar, barula kita rasa islam tu sbnrnya luas dan memudahkan
Bagi pandangan saya, biarpun Iman Malik tidak memberatkan hukum bersentuhan atau menyentuh anjing, *tapi*, BUKAN lah bererti kita boleh berseronok bermain, mendukung atau memeluk anjing.. Kita juga kena menghormati pendapat Imam Mazhab yang lain agar tidak bercelaru umat Islam dan orang bukan Islam.. SEKIRA NYA INGIN MENYENTUH ANJING SEKALI PUN, sentuh lah Sekadar nya sahaja.. JANGAN lah menjadikan anjing itu seperti kita memelihara kucing.. Ini *hanyalah pendapat* saya sahaja..
Pernah ada member beli rumah non muslim, dia nak samak 1 rumah. Sy tanya pernah nampak ke anjing berak dok dlm rumah tu. Last² kita plak dipandang serong
@@muhammadhassankhan9181 Hasil didikan dari kecil anjing najis berat dan haram dan kena samak. Dibawa-bawa sampai besar. Kalau nak betulkan balik pandangan tu, kena berpenampilan warak yakni kena pakai jubah, berserban dan letaklah kain rida' kat bahu. Baru orang percaya.
kalau dia ikut pandangan Imam malik kan selesai masalah.Hadis tentang "najis' anjing pun hanya satu tu je iaitu berkaitan 'jilatan bekas'...Kalau tanya pemahaman sy kenapa nabi saw suruh basuh dgn campuran tanah adalah kerana dikhuatiri ada virus rabies(anjing gila)..tu je.Bukan sebab "najis' lain.Sebab ada hadis lain nabi saw arahkan bunuh anjing gila(rabid).Sebab tu Imam Malik kata anjing tu binatang suci seperti binatang yg lain sebab mungkin dia tak nampak dimana logiknya "najis" anjing tersebut.
Samak dgn air tanah xlah, tp basuh tetap kena basuh, baru fresh 😊, kalau owner lama bela binatang berbulu, hygine dan bakteria kena clearkan, spya rumah xjadi toksik
Anjing suka datang minta mkan kt rumah ana.. tpi ana sedih baru2 ni dorang jerut anjing lalu d bunh...sangat kejap ..org yg bunuh tu .ana menangis tengok.. anjing menjerit2.. ALLAH saje mmblas pd org kejam bgitu
jazakallah Ustaz menarik isu ni sy pon baru tau mazhab malik ttg isu anjing ni .... blh x ust buat 1 reaction isu anjing ni dan bwk hujjah dan dalil dri keempat² mazhab berkenaan isu anjng... semoga bermanfaat utk kami org awam yg ingin tau Pendapat imam2 mazhab dan dalil yg mreka guna... terima kasih ust
Itulah.. org kita nie, bila tengok anjing, sebut, anjing! Lepas tu mata mula melilau duk cari batu ka, kayu ka, standby nk baling. Padahal, kwn tu tak buat apa pon. Lalu tepi jln aje
kita cuma tak blh sentuh dlm keadaan basah.Orang kita ni jumud sgt tentang anjing sbb turun temurun benci dgn anjing.Kalau fikir balik Qitmir adalah anjing yg masuk syurga.( kisah ashabul kahfi).
Ustaz..bagaimana kalo semasa membasuh/samak bahagian bdn kita yg terkena najis mugholazoh dgn ayaq paip..ayaq yg dh bercampur najis tersebut sdh tentu akn terpercik jgk kekaki kita contohnye..adakah ini tdk mengapa..atau kena samak jgk kaki kita tu...sekian trimakaseh
kalo balik asal... kan mudah ada satu pengalaman orang arab usab anjing liar n bagi mkn aku tny... tak takut kena sertu ke dia jawab... aku bukan bekas air balik terus aku cari sumber baru aku tau masa tu... yg kena sertu jilatan anjing... bukan anjing bukan babi
@@fazz_belukang Mazhab Maliki tak perlu samak sebab bagi mereka anjing tidak najis.Jilatan air liur anjing juga tidak membatalkan wudhu kalau menurut Imam Malik
@@fazz_belukang tak perlu le taksub mazhab2 ni sebab semua mazhab2 ni sama je takde yg sesat atau terkeluar dari islam.Dah ada pandangan yg mudah dan logik kenapa nak pakai juga pandangan yg memayahkan diri sendiri😅
Tuan cari ceramah dr maza, ada sy terdengar bab najis berkait babi dan anjing, apa yg sy ingat contect dan pegangannya adalah, dlm hadith hanya sebut basuh jika ada jilatan anjing dan haram daging babi, so yg mengkelaskan 2 haiwan ni sbg mughallazah adalah ulama mushtahid, so babi dikatagorikan sama dgn anjing yg menyebabkan kena basuh atas jalan qias, bukan qatie dlm sumber alquran dan hadith, so kat sini sy terdengar dr Maza ada hurai, yg sy ingat, apa2 berkaitan babi, yg dilarang secara jelas adalag makan dagingnya, so perkara2 lain yg hanya sabit sahaja, jika kita tersepit, kita boleh amik hukum yg ringan, yaitu bukan najis, sbg contoh tuan kena pegi negara yg mknn byk babi, xkan tuan nak samak pinggan mangkuk kedai tu, kedai lain xda, bekak xda, so boleh pakai asalkan tempat tu bersih shj, cuma order bukan babi lah, mcm sayur2an dan mknn laut,wallahualam, jika salah mohon betulkan 😊
Kat taman saya ada hamba Allah...bagi anjing makan bila dah bagi makan hari hari anjing dah mula jinak.bila dah jinak anjing tu menjadi maharajalela. Masuk rumah rumah habis semua selaper atau kasut di digigit dan di bawa lari.berak pun sesuka hati.yang bagi makan hari hari tu x ada otak .taman Putera indah tongkang pecah....
Saya ada pelihara anjing kata kebun dan kat luar rumah...dulunya sebelum saya pelihara anjing,banyak barang2 kat luar rumah yang hilang dan apatah lagi kat kebun,mesin rumput,racun dan sebagainya akan hilang...setelah pelihara anjing,alhamdulillah tak ada lagi yang hilang..
Mana boleh mcm tu..Kat negara kita ni kena ikut fatwa mufti la..Fatwa mufti negara kita ni ikut mazhab Syafie.. So kena la kita ikut.. bukan bermakna kita memusuhi anjing
Hebat..rojak2 mazhab sendiri ooo..DIA main pilih2 sndiri mana yg hukum DIA nk best2 ja..ustaz Dah ckp ulang2 Kita yg Bodo NI xbole rojak mazhab sndiri lg2 Kita org awam..mufti sndiri Pon xbole hanya ulama besar yg cerdik pndai ja bole..NI semua ustaz2 selebriti yg ckp..kalu ko ckp kt uai mcm Tu hurm kena la
Dah dapat penjelasn pun masih nak pening lagi.. Yg membolehkan itu adalah imam mazhab ahli sunnah waljamaah lah tu..bukan kita org awam yg buat keputusan boleh tak boleh..tapi ulama2..kita org awam ikut ja..selagi tidak terkeluar syariat ahli sunnah waljamaah..tu pun susah ka.. Kalau kita alergik sgt dgn anjing..tak mau ikut mazhab yg membolehkan.. itu pilihan kita individu..jgn pulak kita menghalang pilihan org lain yg membuat keputusan berpandukan pendapat ulama2 imam mazhab ahli sunnah !!! Kalau beginilah cara hidup kita..sampai bila2 pun kita akan bermusuh dan bertelagah.. Kita buat ja pilihan kita yg lebih menyakinkan..tanpa mempersoalkan keyakinan individu lain..yg masih diatas jalan sunnah dan syariat yg diterima.. Buatlah pilihan !!! # pakngah bermazhab syafie sebagai asas..tapi tidak menolak pandangan imam mazhab lain..malah sedia utk mengamalkan pandangan imam mazhab yg lain dimasa2 tertentu bila berkeperluan berbuat demikian..keluasan dlm bermazhab tidak memeningkan.. malah satu anugerah rahmat dari Allah swt..asalkan kita belajar dan dapat membezakan pandangan2 setiap imam mazhab..supaya tidak terkiliru..tiada masalah berbuat demikian..wallahuAlam !!!
Alhamdulillah, penjelasan yg baik, tp sy tetap xkan pegang, bukan anjing je, kucing pn sama, sebab allergy bulu, kotor dan fobia...tp xlah sy menghina anjing tu, sbb dia makhluk tuhan juga
Suruh sapa yg mangkuk jahil taknak ngaji,asyik nak mewahabikan ilmuan lain,bela kucing,arnab,singa,rimau habuan nak jaga sempadan negara,cium dadah,duit,bag dan cari mayat masa runtuhan. Ni bahana ustaz ustaz bahlol bagi umat mangkaq ayun.
Awat ada ustaz yang habaq kata haram langsung ka...kalau setakat perbezaan pendapat tentang kaedah penyucian najis tu hormat ja la.. cantik sungguh no bahasa ..
anjing tak mungkin ada dlm kering pada bila bila masa sekalipun kerana lidah nya panjang dan ia tak bolih kawal air liurnya meleleh keluar sebab ia adalah antara binatang yg dilaknat olih Allah apabila turun nya al quran. Makna nya ia tetap najis dan perlu di samak. tiada pengecualian. Berhati hati. sabelum al quran belum di haramkan dan tiada hukuman insyaallah.
@@thetruth623 tengok pada tujuan dan maslahat..kalau ada keperluan rasanya takda masalah nak pegang anjing pun tapi kalau saja² tu nak seronok² apa tujuan sebenar? Maksud UIA tu orang tu Islam pada IC mungkin sebab tujuan seronok² ja..macam kalau Mesir mcm Shihabuddin ni cakap anjing ni mungkin terlampau banyak dan tak dapat dikawal...tapi kalau banyakpun boleh ke dok seronok belai² saja tanpa keperluan?
Ustaz, bagaimana pula dgn hadith yg mengatakan pahala berkurang 1 qirat setiap hari tu..? Kalau 1 qirat bersamaan setinggi Gunung Uhud, bermaksud begitu bnyknya pahala tlh berkurang setiap hari jika seseorg itu membela anjing tanpa sbb yg dibenarkan... Muflis trus mcm tu... itu menunjukkan perbuatan tersebut sgt serius & sia²... Sanggup ke kita nak hilang pahala setinggi Gunung Uhud setiap hari..?
@zakwanismail9719 Ya.. cuma dikhuatiri org akn beranggapan jika anjing sama mcm kucing boleh dipegang², maka bolehlah juga dibela.. sedangkan kita tdk boleh bela anjing kecuali utk menjaga kebun/ternakan, & tujuan berburu... dh bnyk berlaku di Malaysia, org Islam bela anjing di rumah sbb syg, dikelek² dipegang², dibuat main mcm kucing....
@@zmzmetal721 sblm membela seeloknya buat la semakan ttg hukum, tatacara nak membela haiwan tu. Hukum memegang tetap hukum. Kalo seseorang tu salah tafsir bukan salah ust shihab menyampaikan info ni, salahkan diri sendiri sbb tak paham konteks penyampaian.
sy ada terbaca satu artikel dari luar negara perbahasan tentang anjing ni.Dikatakan ada sebahagian kecil ulama dlm Mazhab Maliki benarkan bela anjing tanpa tujuan khusus.Mereka berpendapat tidak ada larangan secara "mutlak" mengharamkan pelihara anjing tanpa tujuan.Yg ada hilang pahala sebanyak 1 qiraat(sebesar gunung uhud)😅
Kerana fobia atau mungkin kebencian kpd anjing lah kita dengar kisah2 bagaimana pihak berkuasa tempatan yg bertindak macam mafia bila buat operasi tangkap anjing liar. Mungkin tukang tangkap anjing tu rasa dia buat ibadat paling mulia di sisi Allah SWT bila dapat tangkap anjing sekaligus anjing yg ada tuannya. Tak cukup anjing dgn tuan anjing sekalli dia orang tibai... punyalah alergik pada anjing sebab dia orang malayu islam kononnya.
Saya memang tak boleh terima lah yang anjing itu cuci hukum nya. Satu lagi semakin banyak la nnti orang orang yang memeluk cium anjing, fikir kita manusia ni berpeluh dan anjing juga suka menjilat jilat dan mencium cium perhatikan hidung anjing selalunya lembab keadaan nya jadi fikir fikir kan lah, tepuk dada tanya lah iman dan akal,
Imam Malik kata anjing tidak najis yg ko takut orang peluk cium anjing psalpa?Orang2 yg ikut pandangan Imam Malik dan Mazhab hanafi takde masalah pun dgn anjing nak belai ke nak peluk ke..
@@thetruth623 itu mazhab apa? seperti yang dinyatakan kepercayaan serta keyakinan kita mengikut pegangan kita tidak perlu mengikuti keyakinan orang lain, terpulang kepada diri sendiri mahu mengikut yang mana kita yakini, mengikut mazhab yang telah ditetapkan... bagi aku anjing tetap najis.
@@thetruth623Mengarut dah kau ni. Anjing tu najis berat, haram untuk peluk2 dan cium2 dengan sengaja. Untuk merawat anjing tidak jadi masalah, kalau saja2 pegang tanpa berlapik, tidak diperbolehkan. Cuba kau fikir balik, nabi ada tak peluk2 dan cium2 anjing? Kata nak ikut nabi, tapi nabi tak buat, kau buat. Macam mana tu.
Kawan sy muslim bela anjing utk kebun, kata dia, klu nak anjing terima kita mcm kawan baik, kena bagi dia jilat tangan kita, nnti dia akan layan mcm kawan, so lepas buat tu basuh la tgn tu, benarkah perkara ni?
yarkkkkk sye tetap akan marah kalo orang Islam pegang anjing.Ini adalah kerana saya orang Islam. Bukan Islam liberal. Agama Islam amat menitikberatkan bab pegang anjing ni. Nauzubillahiminzalik.
Dari kecil kami diajar tak boleh, mcm2 tak bolehlah dgn anjing dan babi. Kalau boleh kami tak mahu langsung terpalit dgn anjing dan babi. Kemudian dengar ceramah katanya Imam Nawawi drp mazhab Shafie kata kalau kena babi tak perlu samak sbb ayat alquran sebut ttg babi itu sama dgn darah ......(surah al maidah). Dengar pulak ttg pendapat imam Malik ttg tiada masalah pegang anjing. Saya tertanya2, kenapa dulu kita diajar dgn begitu 'keras' terhadap anjing dan babi? ??????????
Anjing adalah mahluk yg baik banyak tolong manusia dan kita orang orang melayu telah dididik dari kecil benci pada anjing Sanggup baling batu pada anjing yang lalu depan kita
Hadis minta basuh dgn air campuran tanah daripada najis anjinggg.. Malaikat tidak mendekati di mana ada anjing... Dlm surah ada disebut pasal anjing tetapi hanya sebagai penjaga kepada para pemuda
perkataan 'najis' tu ulama yg tambah.Nabi saw tak sebut pun najis.Nabi saw cuma pesan kat sahabat ra kalau anjing jilat bekas bejana(bekas minuman)maka basuhlah dgn 7 kali air dan 1 dgn tanah.Bukan malaikat tak mendekati kalau ada anjing tapi malaikat tak masuk rumah yg ada anjing dan gambar.Ada hadis lain sebut anjing,gambar dan orang berjunub.
Ustaz ini dah bawa padangan fikiran sendiri,,,,,, dgn ikut ilmu ulamak yg betul,,,,dulu kecam Ustaz Azhar kini ambil pandangan Pula,,,,,,,hai g betul,,,,,ke ? ,( nak ambil perhatian ) Boleh hancur umat masa depan
Saya cakap jujur. Saya takut anjing bukan sebab isu samak. Saya takut sebab isu rabies (penyakit anjing gila). Simptom2 rabies ni kalau dah keluar pun dah dikira terlambat nk bertindak.
Jom join saya, kita kumpulkan dana untuk beli, edar dan kuliahkan 100 set Sahih al Bukhari: usahailmu.onpay.my/order/form/infaksahihbukhari
salamat,petamg,oleh,kerana,,pelajaran luat,islam,pelajatan islam,boleh,,pileh,dengan,lukisan jadi,umat,idlam,samanjong (umat)
Terima kasih ustaz budin. Saya dah berusia 59 tahun dan batu saya dapat dengar penjelasan yang jelas ini.. alhamdulillah. Semoga Allah terus tunjukkan apa yang benar.
Dulu aku pernah post dlm facebook gambar syeikh Azhar pegang anjing tu & gambar lama raja kelantan dgn anjing tu serta perbezaan pendapat tentang kenajisan anjing termasuk mazhab malik. Lepas tu berduyun2 orang kecam aku termasuk ada yg melaknat aku 😔
Sedih kadanng ustaz bila tengok orang kita benci sgt kat anjing.. sampai ada yg sanggup pukul anjing tak tentu pasal... alahai 😢😢😢
Sebab ia ‘anjing’. Ia dianggap cukup hina.
belum babi lagi
manusia takut dgn benda dia tak biasa
Dekat kampung saja bila nak subuh tu ada la 2, 3 ekor anjing datang tak tahu mana datang mula-mula rasa takut jugak sebab ada yang menyalak. Tapi bila fikir-fikir ada baik juga boleh jaga keselamatan mana tahu ada pencuri boleh la jadi "pak guard".
Perpepsi org melayu Bila nampak anjing walhal anjing juga mahluk ciptaan Allah SWT yg paling setia..
Lagi pelik, beiya2 hina anjing tp bab nak bg makan kucing yg tak bertuan, beriya guna kisah 'pelacur bg makan anjing'.
Alhamdulillah.
Beginilah dakwah yang mencerdaskan umat Islam.
Bukan seperti konten² cerita dongeng khurafat halusinasi yang mengajak masyarakat untuk mengkultuskan kyainya.
Ulasan yg komprehensif dan ilmiah lengkap dengan bukti . Mmg terbaik
Terima kasih utz.Tone suara yg sedap didengar dan penjelasan yg mudah difaham.
Sangat jelas berserta dalil. Sy sangat suka dengan penjelasan yg diberikan saudara. Semoga allah memberkati serta menjaga saudara dalam penyampaian ilmu
Saya dari kecil dah diajar sayang anjing walau tak pegang....cuma bagi makan dan layan dorang main2 🤭
USA semakin Hari semakin Matang..Tahniah dan terima kasih atas ilmu yg ust selalu sampaikan kpd kami..semoga ust diberikan kesihatan yg baik sekeluargaa...Amiin.
Mazhab syafie terlalu keras dengan anjing... boleh pakai pandangan imam malik dalam hal ini yang lebih mudah dan tidak menyusahkan.. Cuma anjing tidak boleh dibela sebagai pet/ haiwan kesayangan. Anjing boleh dibela untuk berburu, menjada kebun dan menjaga rumah tetapi tak boleh dibawa masuk kedalam rumah..
Macam mana pulak klau selalu datang tidur di beranda hadapan rumah pada waktu mlam atau hujan? Boleh jelaskan tak
@@Al_Insan_Tv Boleh je.. asal kan jangan dibawa masuk dalam rumah sudah..
Bagus jugak ada pandangan imam Malik yang memudahkan isu anjing. Sebab ada kawasan perumahan banyak pencuri, so anjing boleh la tolong sekat.
@@dormantviewer ok terima kasih
@@Al_Insan_Tv KESIAN ANJING CUMA DTG BERTEDUH KETIKA HUJAN.ADA BAIK JIKA ADA TEMPAT DIA BERTEDUH SPRTI KOTAK BESAR DI LUAR RUMAH.. YG TIDAK DPN PINTU..
Bercakap soal anjing..saya teringat pengalaman saya sewaktu sekolah rendah. Kami satu group turun ke dalam parit besar didlm kampung kami kerana saya ternamok seekor anjing kelabu yg kurus menyalak2 ditepi pokok2 didlm parit. Air semakin naik sewaktu hujan lebat. Saya menyakinkan rakan2 untuk turun kedalam parit tersebut kerana air parit semakin naik. Kami semua budak2 lagi turun dlm hujan lebat utk selamatkan anjing itu. Saya didpn sekali. Seram juga ketika mula2 memeluk anjing tersebut sbb mulut dia ternganga. Saya ‘passkan’ kepada kawan saya. Kami semua membuat satu barisan dari dalam parit sampai keatas tebing. Alhamdulillah anjing tersebut dapat diselamatkan. Amat puas hati dapat selamatkan anjing tersebut. Kami semua balik rumah masing2 dan mandi air tanah liat kami ambil dalam parit tersebut.
Saya rasa antara sebab kita mengelakkan diri drp anjing adalah disebabkan mulutnya ternganga dengan gigi yg tajam. Takut kena gigit. Selain drp perlu dibasuh dgn air tanah apabila terkena air liurnya.
Saya pelihara anjing waktu kecil sejak anjing itu baru buka mata hingga dia mati ditembak kerana cedera parah di belasah anjing rottweiler, anjing itu bernama John duduk dalam rumah anjing di hujung tanah rumah kami di tepi belukar , setia meneman koi keluar masuk hutan belukar dan ke sungai.
Arabic Words
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ و عَلَى آلِ سِّيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Romanized Words
Allahumma Solli 'Alaa Sayyidinaa Muhammad wa 'Alaa Ali Sayyidinaa Muhammad
Subhanallahi Wa Bihamdihi
Subhanallahil 'Aziimi
Subhanallah Alhamdulillah Laa ilaa ha illallah Allahuakbar
Astaghfirullahal 'Aziim Allazi Laa ilaa haa. illa Huwal Hayyul Qoyyumu wa atuubu ilaih
Hasbunallahu Wa Ni"mal Wakil
Salam ustaz. Format ni best la. Ada reference dengan pendapat ustaz2 famous dan pendapat2 ulama, mufti yang ada authority.
Tabik hormat dengan penjelasan ustaz Sabudin..banyak ilmu yg dapat dari ulasan ini...yg baik diambil yg rasa tidak blh terima jangan ambil...atau bertentangan dengan ustaz2 lain rasa nk pakai..boleh pakai,rasa tidak boleh terserah.
Terima kasih ustaz atas video penerangan yang jelas ini. Amat membantu kami yang bekerja setiap hari pegang anjing kadang2 ada kesukaran untuk sertu menggunakan tanah, jadi kami gunakan sabun taharah sebagai ganti.
Subhanallah...t.kasih diatas ilmu yg disampaikan ustaz..
Masya-Allah.. tokoh pas dulu sangat terbuka.. sedih tengok apa yg jadi sekarang
Terima kasih ustaz atas penerangan
Dulu saya anti anjing , selepas ikut geng2 sunnah dah tak anti anjing.😃
Perkampungan Sunan di negeri terkecil ke? Hahaha kesian BOH jem
@@Mohdfirdaus-xd1jt apa kena megena dengan perkampungan sunnah? hahaha
@@Mohdfirdaus-xd1jt Negeri terkecil tp keterbukaan terhadap ilmu mereka luas
@@amirulfaez1994 Betul, Alhamdulillah 👍
Alhamdulillah
Masaalah nya ada org2 Kita yg kebanyakan nya bermazhab Shafie hanya tau Mazhab Shafie saja seumur hidup mereka bila dengar atau lihat perkara sebegini mereka terus mengata Dan mentohmah hingga kehari ini, harap para asatizah2 tidak menyembunyi Kan dn dpt mengajar tentang perbezaan pendapat imam Mazhab agar Kita tidak jadi seperti katak bawah tempurung dn menuduh yg tak Sama dgn amalan mereka dgn berbaga tuduhan dn gelaran bukan2 , bkn hanya soal anjing saja tapi banyak lagi perbezaan pendapat Mazhab2 Hanafi, Maliki, Shafie dn Hambali agar Kita menghormati antara satu dgn yg lain kecuali perkara2 yg jelas bkn dari Sunnah Rasullullah Sallallah hualaihiwassalam dn Para sahabat2 nya dn bkn dari khalifiah para ulamak2 yg muktabar.
Masalah taksub sebab ustaz² yg mengajar orang awam taksub dgn mazhab masing²
Itulah cara muhaizat.. 😅
@@amranharon1cara muhaizat? macam mana tu?
Bkn mcm tu, klau berpegang pd satu mazhab, peganglah dgn rapi...pandangan mazhab lain digunakan bila benar² diperlukan...bukan asal bila nk ikut nafsu (cth: nak bela anjing) kita pn ceduk mazhab lain... bukaaaaaannnn...
@@amranharon1 Muhaizad tangkal nombor 2468 tu bukan calang². Antara guru dia di dar-al-mustafa tarim hadhramawt yemen dulu adalah boss dar-al-mustafa sendiri, umar hafidz yg boleh nampak nabi Muhammad ﷺ datang dalam majlis yahanana yabanana banana 🍌.
betul tu ust. orang kita ni banyak ikut HUKUM MELAYU yg asal tu anjing je xleh sentuh nak kering atau basah tak boleh. Kita sepatutnya ikut HUKUM YANG BETUL.
Haha ko silap. Imam mazhab semua pak Arab bagai. Hambali, Maliki, Hanafi, Syafie takde sorang pun Melayu. Ni semua bergaduh pasal mazhab ni sebab punca pak Arab2 ni semua ajaranlah bhahahaha
@@goodwoke masalahnya pengikut terlalu taksub sedangkan itu cuma pandangan mereka je.Seolah2 pandangan mereka tu al-quran
Xda istilah 'terpaling betul' dlm perkara ishtihad utk khilaf muktabar, anda dengar kedua2 hujjah, dan amalkan yg mana anda rasa paling hampir dgn kebenaran, pasal 'hukum melayu' tu, xbetul tu, org melayu bermazhab syafie kalau kat msia, cuma selama ni belajar hanya1 shj, padahal ilmu islam tu luas, bila belajar 1 padangan je, jadila taasub, skrg dh tahu byk pandangan muktabar, barula kita rasa islam tu sbnrnya luas dan memudahkan
Pernah baca pasal anjing buruan dlm Al Quran, dlm Surah Al Kahfi juga ada sebut pasal anjing, pernah dgr pasal kisah pelacur yg bg minum anjing
Bagi pandangan saya, biarpun Iman Malik tidak memberatkan hukum bersentuhan atau menyentuh anjing, *tapi*, BUKAN lah bererti kita boleh berseronok bermain, mendukung atau memeluk anjing.. Kita juga kena menghormati pendapat Imam Mazhab yang lain agar tidak bercelaru umat Islam dan orang bukan Islam.. SEKIRA NYA INGIN MENYENTUH ANJING SEKALI PUN, sentuh lah Sekadar nya sahaja.. JANGAN lah menjadikan anjing itu seperti kita memelihara kucing.. Ini *hanyalah pendapat* saya sahaja..
Ni yang betul
Sentuh pakai sarung tgn pun boleh ..bkn susah pun
Yang keliru haru biru pasai X dak ilmu X sampai ilmu
saya mengikut Mazhab Maliki tentang masalah ini
takut sangat nk bela anjing sudahnye kebun pun kena kacau dengan beruk. cakap kat diri sendiri 🤣
Cukup jelas ustaz...
Terbaik dan terima kasih...!
Penjelasan yg sangat jelas.. Terima kasih ❤
Pernah ada member beli rumah non muslim, dia nak samak 1 rumah.
Sy tanya pernah nampak ke anjing berak dok dlm rumah tu.
Last² kita plak dipandang serong
Padahal tak perlu pun kan 😂 tak ada najis secara jelas, ni lah bila was² menguasai diri, satu lagi disebabkan kurang ilmu
@@muhammadhassankhan9181 Hasil didikan dari kecil anjing najis berat dan haram dan kena samak. Dibawa-bawa sampai besar. Kalau nak betulkan balik pandangan tu, kena berpenampilan warak yakni kena pakai jubah, berserban dan letaklah kain rida' kat bahu. Baru orang percaya.
Haha... Pernah ada org buat bisnes utk samak bangunan woo...
kalau dia ikut pandangan Imam malik kan selesai masalah.Hadis tentang "najis' anjing pun hanya satu tu je iaitu berkaitan 'jilatan bekas'...Kalau tanya pemahaman sy kenapa nabi saw suruh basuh dgn campuran tanah adalah kerana dikhuatiri ada virus rabies(anjing gila)..tu je.Bukan sebab "najis' lain.Sebab ada hadis lain nabi saw arahkan bunuh anjing gila(rabid).Sebab tu Imam Malik kata anjing tu binatang suci seperti binatang yg lain sebab mungkin dia tak nampak dimana logiknya "najis" anjing tersebut.
Samak dgn air tanah xlah, tp basuh tetap kena basuh, baru fresh 😊, kalau owner lama bela binatang berbulu, hygine dan bakteria kena clearkan, spya rumah xjadi toksik
Ya.. salam. Kita kembali lagi dgn ustaz Syihabudin dgn penerangan² terkini dan semasa..
Anjing suka datang minta mkan kt rumah ana.. tpi ana sedih baru2 ni dorang jerut anjing lalu d bunh...sangat kejap ..org yg bunuh tu .ana menangis tengok.. anjing menjerit2.. ALLAH saje mmblas pd org kejam bgitu
Semoga Allah membalas perbuatan kejam org2 tu
Terima kasih. Amat baik penjelasan.
Terima Kasih ustaz atas penjelasan.
trima ksih ustaz,,
terima kasih dgn penjelasan & ilmunya USA
Aku kalau makan dikedai pun bila anjing datang tetap aku belikan makanan untok anjing tsb.Mahluk Allah juga.Kalau patut samak kita samalah.
terima kasih ustaz atas pencerahannya
jazakallah Ustaz menarik isu ni sy pon baru tau mazhab malik ttg isu anjing ni .... blh x ust buat 1 reaction isu anjing ni dan bwk hujjah dan dalil dri keempat² mazhab berkenaan isu anjng... semoga bermanfaat utk kami org awam yg ingin tau Pendapat imam2 mazhab dan dalil yg mreka guna... terima kasih ust
jangan nanti yg jenis taksub mazhab melenting
Itulah.. org kita nie, bila tengok anjing, sebut, anjing! Lepas tu mata mula melilau duk cari batu ka, kayu ka, standby nk baling. Padahal, kwn tu tak buat apa pon. Lalu tepi jln aje
👍padu utz terima kasih
Terima kasih tuan USA..
Info yg sgt berguna dn bermenfaat tq ustaz...😊
Alhamdulillah. Sgt bermanfaat content ni. 🎉🎉
Terima kasih ustaz ilmu baru
Terima kasih, *Ustaz Syihabudin* ♥️♥️♥️♥️
جزاكم الله خيرا • بارك الله فيكم ♥️
Terima kasih di atas penjelasaan..
kita cuma tak blh sentuh dlm keadaan basah.Orang kita ni jumud sgt tentang anjing sbb turun temurun benci dgn anjing.Kalau fikir balik Qitmir adalah anjing yg masuk syurga.( kisah ashabul kahfi).
Ustaz..bagaimana kalo semasa membasuh/samak bahagian bdn kita yg terkena najis mugholazoh dgn ayaq paip..ayaq yg dh bercampur najis tersebut sdh tentu akn terpercik jgk kekaki kita contohnye..adakah ini tdk mengapa..atau kena samak jgk kaki kita tu...sekian trimakaseh
ini baru jelas
terima kasih ustaz syiabuddin
Rasa lenguh2 lutut ketika solat..gunalah minyak angin cap kapak
kalo balik asal... kan mudah
ada satu pengalaman
orang arab usab anjing liar n bagi mkn
aku tny... tak takut kena sertu ke
dia jawab... aku bukan bekas air
balik terus aku cari sumber
baru aku tau masa tu... yg kena sertu jilatan anjing... bukan anjing bukan babi
betul kalau kering tak apa. tak batal klu sama sama kering. jangan basah
wajip samak klu basah.
mazhab2 lain mcm mna plk? wajib samak ka?
@@fazz_belukang Mazhab Maliki tak perlu samak sebab bagi mereka anjing tidak najis.Jilatan air liur anjing juga tidak membatalkan wudhu kalau menurut Imam Malik
@@fazz_belukang tak perlu le taksub mazhab2 ni sebab semua mazhab2 ni sama je takde yg sesat atau terkeluar dari islam.Dah ada pandangan yg mudah dan logik kenapa nak pakai juga pandangan yg memayahkan diri sendiri😅
Ow Baru tau mesir mcmtu trime kasih ustaz
Pakistan pun sama..
Alhamdulillah...
great stuff
Bagaimana dengan kulit dan bulu (ada bulu ke?) khinzir? Rasa mcm pernah terbaca kulit khinzir biasa diguna oleh some Muslims somewhere.
Tuan cari ceramah dr maza, ada sy terdengar bab najis berkait babi dan anjing, apa yg sy ingat contect dan pegangannya adalah, dlm hadith hanya sebut basuh jika ada jilatan anjing dan haram daging babi, so yg mengkelaskan 2 haiwan ni sbg mughallazah adalah ulama mushtahid, so babi dikatagorikan sama dgn anjing yg menyebabkan kena basuh atas jalan qias, bukan qatie dlm sumber alquran dan hadith, so kat sini sy terdengar dr Maza ada hurai, yg sy ingat, apa2 berkaitan babi, yg dilarang secara jelas adalag makan dagingnya, so perkara2 lain yg hanya sabit sahaja, jika kita tersepit, kita boleh amik hukum yg ringan, yaitu bukan najis, sbg contoh tuan kena pegi negara yg mknn byk babi, xkan tuan nak samak pinggan mangkuk kedai tu, kedai lain xda, bekak xda, so boleh pakai asalkan tempat tu bersih shj, cuma order bukan babi lah, mcm sayur2an dan mknn laut,wallahualam, jika salah mohon betulkan 😊
Acah2 suci begitu lah..benci sgt dgn anjing..dgn kucing pun x suka apalg anjing...sampai ada yg tembak..lupa Allah tu ada melihat apa perilaku kamu
Terima kasih USA. Saya belajar perkara baru hari ini.
CHANNEL TERBAIK
Masaalah org kita nk pgg bkn sbb keperluan...tp as pet .... Bkn utk jaga rumah,kebun,....
Air liur iblis yang diludahi ke ciptaan Allah palig mulia,Nabi Adam,menjadi pelindunggan Allah ciptakan untuk melindunggi yang palig setia.
Alhamdulillah. Selesai masalah
Itu la kita kenak bermazab yg sanad imam² mazab ni, sampai kepada rasulullah sallallahu alaihi wasallam
Kalau anjing hitam?
Kat taman saya ada hamba Allah...bagi anjing makan bila dah bagi makan hari hari anjing dah mula jinak.bila dah jinak anjing tu menjadi maharajalela. Masuk rumah rumah habis semua selaper atau kasut di digigit dan di bawa lari.berak pun sesuka hati.yang bagi makan hari hari tu x ada otak .taman Putera indah tongkang pecah....
Ok dak kalu amik pdekatn ptengahn antra Mlikia & Syafia iaitu mnyentuh dsb anjin kurap najis wajib samak manakala anjin sihat x najis sunat samak?
Saya ada pelihara anjing kata kebun dan kat luar rumah...dulunya sebelum saya pelihara anjing,banyak barang2 kat luar rumah yang hilang dan apatah lagi kat kebun,mesin rumput,racun dan sebagainya akan hilang...setelah pelihara anjing,alhamdulillah tak ada lagi yang hilang..
Terbaik penerangan
📃✍️
Kalau Ikut mazhab syafie, airbliur anjing yg jatuh kat karpet tu mcmmana ustaz?
Soalan mudah. Tempat air liur jatuh, samak kawasan tersebut.
Telepon je orang pakistan jual karpet order baru😅
Kene sertu kat tempat tersebut
@@thetruth623ganti karpet baru lah. duit masjid ada buat apa... kalau sertu ke cuci ke, kejap lagi orang kita masih lagi was-was dan skeptical
@@emmenneysuppliesandservices tu nama nye membazir kalau tukar carpet baru hanya sebab sikit je kena air liur
Sy bab anjing ni sy ikut pendapat Mazhab Maliki iaitu anjing adalah suci sama seperti binatang² yg lain iaitu tidak najis.
Mana boleh mcm tu..Kat negara kita ni kena ikut fatwa mufti la..Fatwa mufti negara kita ni ikut mazhab Syafie.. So kena la kita ikut.. bukan bermakna kita memusuhi anjing
blh lh buat peluk2 dngn anjng lps ni kan ? hahahahhahaha
Hebat..rojak2 mazhab sendiri ooo..DIA main pilih2 sndiri mana yg hukum DIA nk best2 ja..ustaz Dah ckp ulang2 Kita yg Bodo NI xbole rojak mazhab sndiri lg2 Kita org awam..mufti sndiri Pon xbole hanya ulama besar yg cerdik pndai ja bole..NI semua ustaz2 selebriti yg ckp..kalu ko ckp kt uai mcm Tu hurm kena la
Dah dapat penjelasn pun masih nak pening lagi..
Yg membolehkan itu adalah imam mazhab ahli sunnah waljamaah lah tu..bukan kita org awam yg buat keputusan boleh tak boleh..tapi ulama2..kita org awam ikut ja..selagi tidak terkeluar syariat ahli sunnah waljamaah..tu pun susah ka..
Kalau kita alergik sgt dgn anjing..tak mau ikut mazhab yg membolehkan..
itu pilihan kita individu..jgn pulak kita menghalang pilihan org lain yg membuat keputusan berpandukan pendapat ulama2 imam mazhab ahli sunnah !!!
Kalau beginilah cara hidup kita..sampai bila2 pun kita akan bermusuh dan bertelagah..
Kita buat ja pilihan kita yg lebih menyakinkan..tanpa mempersoalkan keyakinan individu lain..yg masih diatas jalan sunnah dan syariat yg diterima..
Buatlah pilihan !!!
# pakngah bermazhab syafie sebagai asas..tapi tidak menolak pandangan imam mazhab lain..malah sedia utk mengamalkan pandangan imam mazhab yg lain dimasa2 tertentu bila berkeperluan berbuat demikian..keluasan dlm bermazhab tidak memeningkan..
malah satu anugerah rahmat dari Allah swt..asalkan kita belajar dan dapat membezakan pandangan2 setiap imam mazhab..supaya tidak terkiliru..tiada masalah berbuat demikian..wallahuAlam !!!
@@MrHarry631 kenapa tak boleh pulak....bab zakat boleh pulak kita tukar beras ganti dengan duit!! Kenapa kita bab sentuh anjing tak boleh pulak??
👍👍👍👍👍
Alhamdulillah, penjelasan yg baik, tp sy tetap xkan pegang, bukan anjing je, kucing pn sama, sebab allergy bulu, kotor dan fobia...tp xlah sy menghina anjing tu, sbb dia makhluk tuhan juga
Sy tringin nk bela anjing tpi ramai ust x kasi
Suruh sapa yg mangkuk jahil taknak ngaji,asyik nak mewahabikan ilmuan lain,bela kucing,arnab,singa,rimau habuan nak jaga sempadan negara,cium dadah,duit,bag dan cari mayat masa runtuhan.
Ni bahana ustaz ustaz bahlol bagi umat mangkaq ayun.
Awat ada ustaz yang habaq kata haram langsung ka...kalau setakat perbezaan pendapat tentang kaedah penyucian najis tu hormat ja la.. cantik sungguh no bahasa ..
Ustaz x kata...p hang yg kata...
anjing tak mungkin ada dlm kering pada bila bila masa sekalipun kerana lidah nya panjang dan ia tak bolih kawal air liurnya meleleh keluar sebab ia adalah antara binatang yg dilaknat olih Allah apabila turun nya al quran. Makna nya ia tetap najis dan perlu di samak. tiada pengecualian. Berhati hati. sabelum al quran belum di haramkan dan tiada hukuman insyaallah.
@@AbdulAziz-qu3si habis Imam Malik ko nak letak mana?
@@thetruth623 tengok pada tujuan dan maslahat..kalau ada keperluan rasanya takda masalah nak pegang anjing pun tapi kalau saja² tu nak seronok² apa tujuan sebenar? Maksud UIA tu orang tu Islam pada IC mungkin sebab tujuan seronok² ja..macam kalau Mesir mcm Shihabuddin ni cakap anjing ni mungkin terlampau banyak dan tak dapat dikawal...tapi kalau banyakpun boleh ke dok seronok belai² saja tanpa keperluan?
kalu pegang anjing, pastu kena gigit, akalu kena rabies...camne?
Takde siapa yg paksa suruh ko pegang.Bukan semua orang suka binatang termasuk kucing
Ustaz, bagaimana pula dgn hadith yg mengatakan pahala berkurang 1 qirat setiap hari tu..? Kalau 1 qirat bersamaan setinggi Gunung Uhud, bermaksud begitu bnyknya pahala tlh berkurang setiap hari jika seseorg itu membela anjing tanpa sbb yg dibenarkan... Muflis trus mcm tu... itu menunjukkan perbuatan tersebut sgt serius & sia²... Sanggup ke kita nak hilang pahala setinggi Gunung Uhud setiap hari..?
Hadis tu mmg ada, cuma itu bab lain bab membela anjing sebagai haiwan peliharaan. Ust shihab membincangkan isu memegang anjing. Beza tu.
@zakwanismail9719 Ya.. cuma dikhuatiri org akn beranggapan jika anjing sama mcm kucing boleh dipegang², maka bolehlah juga dibela.. sedangkan kita tdk boleh bela anjing kecuali utk menjaga kebun/ternakan, & tujuan berburu... dh bnyk berlaku di Malaysia, org Islam bela anjing di rumah sbb syg, dikelek² dipegang², dibuat main mcm kucing....
@@zmzmetal721 sblm membela seeloknya buat la semakan ttg hukum, tatacara nak membela haiwan tu. Hukum memegang tetap hukum. Kalo seseorang tu salah tafsir bukan salah ust shihab menyampaikan info ni, salahkan diri sendiri sbb tak paham konteks penyampaian.
sy ada terbaca satu artikel dari luar negara perbahasan tentang anjing ni.Dikatakan ada sebahagian kecil ulama dlm Mazhab Maliki benarkan bela anjing tanpa tujuan khusus.Mereka berpendapat tidak ada larangan secara "mutlak" mengharamkan pelihara anjing tanpa tujuan.Yg ada hilang pahala sebanyak 1 qiraat(sebesar gunung uhud)😅
@@thetruth623 Siapa yg sanggup hilang pahala setinggi Gunung Uhud pd setiap hari silakanlah... sy tak sanggup....
Kenapa x di bahaskan hadis2 berkaitan anjing?
Kerana fobia atau mungkin kebencian kpd anjing lah kita dengar kisah2 bagaimana pihak berkuasa tempatan yg bertindak macam mafia bila buat operasi tangkap anjing liar. Mungkin tukang tangkap anjing tu rasa dia buat ibadat paling mulia di sisi Allah SWT bila dapat tangkap anjing sekaligus anjing yg ada tuannya. Tak cukup anjing dgn tuan anjing sekalli dia orang tibai... punyalah alergik pada anjing sebab dia orang malayu islam kononnya.
Saya memang tak boleh terima lah yang anjing itu cuci hukum nya. Satu lagi semakin banyak la nnti orang orang yang memeluk cium anjing, fikir kita manusia ni berpeluh dan anjing juga suka menjilat jilat dan mencium cium perhatikan hidung anjing selalunya lembab keadaan nya jadi fikir fikir kan lah, tepuk dada tanya lah iman dan akal,
Imam Malik kata anjing tidak najis yg ko takut orang peluk cium anjing psalpa?Orang2 yg ikut pandangan Imam Malik dan Mazhab hanafi takde masalah pun dgn anjing nak belai ke nak peluk ke..
@@thetruth623 itu mazhab apa? seperti yang dinyatakan kepercayaan serta keyakinan kita mengikut pegangan kita tidak perlu mengikuti keyakinan orang lain, terpulang kepada diri sendiri mahu mengikut yang mana kita yakini, mengikut mazhab yang telah ditetapkan... bagi aku anjing tetap najis.
@@thetruth623Mengarut dah kau ni.
Anjing tu najis berat, haram untuk peluk2 dan cium2 dengan sengaja.
Untuk merawat anjing tidak jadi masalah, kalau saja2 pegang tanpa berlapik, tidak diperbolehkan.
Cuba kau fikir balik, nabi ada tak peluk2 dan cium2 anjing?
Kata nak ikut nabi, tapi nabi tak buat, kau buat.
Macam mana tu.
Aku 16 jam dngan anjing.anjing binatang yg setia dan penyayang .anjing pun bkn suka² jilat sentuh kita mereka jenis patuh arahan 😂
Kawan sy muslim bela anjing utk kebun, kata dia, klu nak anjing terima kita mcm kawan baik, kena bagi dia jilat tangan kita, nnti dia akan layan mcm kawan, so lepas buat tu basuh la tgn tu, benarkah perkara ni?
Betul klu Sering ke mesir Turki atau lain benua arab ..anjing ni biasa je ....mereka yg Islam sudah tau menjaga jarak nya ..
Terima kasih ustaz atas penjelasan. Tpi saya masih gerun kalau bertemu anjing. Seriau tgok gigi depa 😂.
😊❤
Masjid bnyk kucing kencing da berak .bawak ank kecik kemasjid .buat bisisg n tukar lamping atas tempat sembahyg ank berlari2 org tengah sembhyg ..
saya pula jenis mcm org mesir.. basah ke kering ke xyah samak pun... solat dan ngaji xde masalah..
ye ikut mazhab maliki takde masalah
yarkkkkk sye tetap akan marah kalo orang Islam pegang anjing.Ini adalah kerana saya orang Islam. Bukan Islam liberal. Agama Islam amat menitikberatkan bab pegang anjing ni. Nauzubillahiminzalik.
Tp yg pasti anjing kt dlm rumah malaikat x masuk..
Cantik😁😁😁
Kisah ashabul kahfi pun ade anjing menjaga kn... Tp tula.. anjing jiran pernah telepas 3 ekor serang mak sy.. brape hari duduk kt icu time tu ..haha smpai skrg kami fobia dgn anjing..
Aku rasa,kalau tanya anjing tu pun, dia pun tidak mahu jadi anjing.
dlu ad event peluk anjing . adakah tu tidak salah ?
Dari kecil kami diajar tak boleh, mcm2 tak bolehlah dgn anjing dan babi. Kalau boleh kami tak mahu langsung terpalit dgn anjing dan babi.
Kemudian dengar ceramah katanya Imam Nawawi drp mazhab Shafie kata kalau kena babi tak perlu samak sbb ayat alquran sebut ttg babi itu sama dgn darah ......(surah al maidah).
Dengar pulak ttg pendapat imam Malik ttg tiada masalah pegang anjing.
Saya tertanya2, kenapa dulu kita diajar dgn begitu 'keras' terhadap anjing dan babi?
??????????
Tidak apa. Byk peristiwa ² perang rasullullah tidak diceritakan oleh pihak² yg berautoriti..
0:34 anjing pun mahluk ciptaan.allah
Anjing adalah mahluk yg baik banyak tolong manusia dan kita orang orang melayu telah dididik dari kecil benci pada anjing Sanggup baling batu pada anjing yang lalu depan kita
Hadis minta basuh dgn air campuran tanah daripada najis anjinggg.. Malaikat tidak mendekati di mana ada anjing... Dlm surah ada disebut pasal anjing tetapi hanya sebagai penjaga kepada para pemuda
perkataan 'najis' tu ulama yg tambah.Nabi saw tak sebut pun najis.Nabi saw cuma pesan kat sahabat ra kalau anjing jilat bekas bejana(bekas minuman)maka basuhlah dgn 7 kali air dan 1 dgn tanah.Bukan malaikat tak mendekati kalau ada anjing tapi malaikat tak masuk rumah yg ada anjing dan gambar.Ada hadis lain sebut anjing,gambar dan orang berjunub.
Ustaz ini dah bawa padangan fikiran sendiri,,,,,, dgn ikut ilmu ulamak yg betul,,,,dulu kecam Ustaz Azhar kini ambil pandangan Pula,,,,,,,hai g
betul,,,,,ke ? ,( nak ambil perhatian )
Boleh hancur umat masa depan
Alamat tak baik tu.
Ingat kata imam malik