Surah Ar-rahman: Surah Ajaib Mengingatkan Sifat Pelupa Manusia

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 21 ก.ย. 2024
  • 1. Mendapat Syafaat di Hari Kiamat
    Kelebihan membaca Surah Ar Rahman yang paling didambakan ramai adalah ia memudahkan anda mendapat syafaat di Hari Kiamat. Rasulullah SAW sendiri mengatakan bahawa oang Islam yang mengamalkan Ar Rahman akan mendapat tempat paling indah di sana kelak.
    2. Mengingatkan Sifat Pelupa Manusia
    Kadang-kadang manusia lupa akan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka. Sebagai contoh, setelah Allah memberikan rezeki yang melimpah ruah kepada kita, kita malahan berfikir bahawa semuanya atas hasil usaha kita sendiri. Namun, ketika kita ditimpa musibah barulah kita sedar dan mula mengingatinya. Pengulangan ayat “fabiayyi aalaa’i Robbikuma tukadziban” adalah untuk mengingatkan bahawa manusia adalah pelupa. Ayat tersebut adalah kalimat pertanyaan yang menuntut jawapan manusia yang mengingat ketika membaca ayat itu. Hebatkan kelebihan surah Ar Rahman.
    3. Doa Mencari Jodoh
    Tahukah anda, surat Ar Rahman mengandung asma atau kelebihan nama Allah iaitu Ar Rahman Maha Pengasih atau Pemurah. Arti Pengasih yang terdapat dalam surat ini juga dimaksudkan sebagai cinta kasih. Kelebihan Surat Ar Rahman untuk Jodoh sudah tidak asing lagi di telinga kita dimana surat Ar Rahman boleh diamalkan untuk mempercepatkan datangnya jodoh. Sama ada ingin bernikah dengan cepat, bertemu jodoh lebih baik atau yang diimpikan, Ar Rahman adalah doa-doanya. Yakin dan percaya bahawa Allah itu maha pemurah, dengan mengurniakan rezeki,jodoh dan ajal semuanya berada ditangannya. Hanya kepada Allah wajib kita meminta.
    #surahrahman #arrahman #surahyaseen

ความคิดเห็น •