JEJAK LOKASI FILEM | NASIB DO RE MI | BABAK DO RE MI MENCURI BECA

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 15 ต.ค. 2024
  • #Channel20sen
    Pada tahun yang sama iaitu 1966, Tan Sri P. Ramlee mengarahkan sambungan filem Do Re Mi. Filem yang dimaksudkan adalah Nasib Do Re Mi.
    Terdapat salah satu babak di dalam filem Nasib Do Re Mi yang menggunakan lokasi sama atau yang berhampiran dengan lokasi filem Do Re Mi.
    Babak Do Re Mi mencuri beca turut dijalankan penggambarannya di Kampung Klang Gate iaitu di Jalan Kolam Air.
    Babak A. K. Jailani berlari mengejar beca yang dicuri oleh Do Re Mi lalu terbabas dan melarikan diri, penggambarannya dijalankan di simpang Jalan Rusa.
    Babak Do Re Mi menemui beca itu dibuat di tepi jalan berlatar belakangkan semak samun dan sebuah bukit. Di semak samun itu, A. K. Jailani tuan punya beca melepaskan hajatnya.
    Kini semak samun itu sudah bertukar menjadi Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate Baru.
    Untuk mengenal pasti lokasi di simpang Jalan Rusa, petunjuk utama adalah Outdoor Substation TNB [dahulu LLN] yang ada di situ.
    Outdoor Substation itu masih kekal hingga kini. Lokasi A. K. Jailani melepaskan hajat buat kali kedua, kini terdirinya rumah.

ความคิดเห็น • 283