Assalamualaikum wrh ustazah… Alhamdulillah…ilmu ustazah sering menusuk hati terkesan sejarah lama…MasyaAllah Tabarakallah… indeed.. Allah itu maha penyayang lagi lagi maha pengasih dan maha pengampun.. 🤲🏼🌷
Salam Ustazah dan audiens. Menjaga orang tua yang terlantar memang satu cabaran besar. Ibarat menjaga seorang bayi dewasa. Anak kecil tadah je. Dah wangi semua nak cium, dokong, main dengan dia. Bayi dewasa ditolak ke sana sini. Semua nak elak kalau boleh. Bila ada yang datang ziarah sekali sekala, berbual panjang lebar dengannya, yang menjaga jenuhlah. Dah penat bersembang, lenguh lenguh sakit uratlah tenaga yang tak seberapa tu. Namun Allah Maha Besar Maha Penyayang. Najis bayi dewasa tidak meninggalkan kesan banding dengan bayi yang salah susu, sembelit, dah 4 hari baru berak. Memang ada kejadian yang terkenang kenang akibat salah bagi makanan. Sup ada lemon + lada hitam + serai, perut orang tua mana tahan. Tapi teringat je. Tak geli pun! Penat memang penat. Ditambah pula dengan tipu daya musuh yang bukan sahaja Mak menderita, yang sekeliling pun terpalit sama. Dan bila Allah Temukan saya dengan seorang warga emas yang menangis sambil memberitahu nak pergi rumah anaknya; hampir 1 km juga dari rumah nenek ni, betapa bersyukurnya saya dengan Mak yang terlantar pada sisa sisa usianya. Inilah juga yang saya sering beritahu Mak, syukur walaupun terlantar sebab ingatan masih ok. Nenek itu beritahu balik kemas rumah (di kampung). Begitulah orang tua. Tak kan betah tinggal di rumah lain walau rumah anak sendiri. Mak saya dulu pun boleh buat komplot dengan orang gaji. Nak balik duduk rumah kampung semula. Padahal rumah adik saya lebih selesa dan segala menu makanan boleh dapat segera. Peringatan untuk kita. Banyak kan aktiviti menulis dan membaca untuk jiwa minda sihat hingga saatnya. Pada yang orang tua dah biasa mengaji dan berwirid, kita cuma perlu ingatkan saja. Selang seli ngan ceramah agama dan bacaan Quran. Pada yang orang tua yang banyak tenaganya, biarlah mereka buat aktiviti yang disukai. Pada yang tak mampu adakan pembantu, berharaplah pada kebaikan jiran tetangganya. Ibubapa berdoalah ada anak yang mahu tinggal bersama @ berdekatan pada usia tua. Rasulullah SAW bersabda menerusi hadis riwayat al-Tirmizi daripada Anas ra: Tidaklah seorang pemuda membiarkan (tanpa pembelaan) seorang tua kerana usianya, kecuali Allah Takdirkan baginya seorang yang akan memuliakan nya pada usia lanjut nya.
Assalamualaikum wrh ustazah… Alhamdulillah…ilmu ustazah sering menusuk hati terkesan sejarah lama…MasyaAllah Tabarakallah… indeed.. Allah itu maha penyayang lagi lagi maha pengasih dan maha pengampun.. 🤲🏼🌷
Salam Ustazah dan audiens.
Menjaga orang tua yang terlantar memang satu cabaran besar. Ibarat menjaga seorang bayi dewasa. Anak kecil tadah je. Dah wangi semua nak cium, dokong, main dengan dia. Bayi dewasa ditolak ke sana sini. Semua nak elak kalau boleh. Bila ada yang datang ziarah sekali sekala, berbual panjang lebar dengannya, yang menjaga jenuhlah. Dah penat bersembang, lenguh lenguh sakit uratlah tenaga yang tak seberapa tu. Namun Allah Maha Besar Maha Penyayang. Najis bayi dewasa tidak meninggalkan kesan banding dengan bayi yang salah susu, sembelit, dah 4 hari baru berak. Memang ada kejadian yang terkenang kenang akibat salah bagi makanan. Sup ada lemon + lada hitam + serai, perut orang tua mana tahan. Tapi teringat je. Tak geli pun!
Penat memang penat. Ditambah pula dengan tipu daya musuh yang bukan sahaja Mak menderita, yang sekeliling pun terpalit sama. Dan bila Allah Temukan saya dengan seorang warga emas yang menangis sambil memberitahu nak pergi rumah anaknya; hampir 1 km juga dari rumah nenek ni, betapa bersyukurnya saya dengan Mak yang terlantar pada sisa sisa usianya. Inilah juga yang saya sering beritahu Mak, syukur walaupun terlantar sebab ingatan masih ok. Nenek itu beritahu balik kemas rumah (di kampung). Begitulah orang tua. Tak kan betah tinggal di rumah lain walau rumah anak sendiri. Mak saya dulu pun boleh buat komplot dengan orang gaji. Nak balik duduk rumah kampung semula. Padahal rumah adik saya lebih selesa dan segala menu makanan boleh dapat segera. Peringatan untuk kita. Banyak kan aktiviti menulis dan membaca untuk jiwa minda sihat hingga saatnya. Pada yang orang tua dah biasa mengaji dan berwirid, kita cuma perlu ingatkan saja. Selang seli ngan ceramah agama dan bacaan Quran. Pada yang orang tua yang banyak tenaganya, biarlah mereka buat aktiviti yang disukai. Pada yang tak mampu adakan pembantu, berharaplah pada kebaikan jiran tetangganya. Ibubapa berdoalah ada anak yang mahu tinggal bersama @ berdekatan pada usia tua.
Rasulullah SAW bersabda menerusi hadis riwayat al-Tirmizi daripada Anas ra:
Tidaklah seorang pemuda membiarkan (tanpa pembelaan) seorang tua kerana usianya, kecuali Allah Takdirkan baginya seorang yang akan memuliakan nya pada usia lanjut nya.
Assalamualaikum... Selamat Pagi Semua. 😅