TASIK CERMIN IPOH BERWAJAH BARU 2023 Jom kita Terokai & Jelajahi

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 16 ต.ค. 2024
  • GPARK TASIK CERMIN GUNUNG RAPAT IPOH
    Salah satu destinasi pelancongan dan tempat menarik yang wajib anda singgah bila anda berada di Ipoh Perak.
    Lokasinya tersembunyi di kawasan pegunungan,
    dan dikelilingi oleh gua-gua batu kapur yang cantik,
    Ia menjadi sebuah tasik yang benar-benar istimewa dan unik di Negeri Perak.
    Tasik ini mempunyai suasana yang cukup tenang dan damai, ia dikelilingi dengan tumbuh-tumbuhan yang menghijau dan ditambahi pula dengan tiupan angin yang nyaman, sangat sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan dan lari sebentar dari kesibukan kota.
    Terdapat sebuah pelantar besi yang dibina diatas Tasik Cermin ini, ia memberi peluang kepada para pengunjung untuk berjalan, berdiri dan bergambar diatas Tasik Cermin.
    Selain dari bergambar diatas pelantar besi, kini di Tasik Cermin terdapat satu lagi aktiviti menarik yang anda boleh cuba, iaitu Boat Ride Route.
    Dengan aktiviti Boat Ride Route ini anda akan dibawa menerokai ke sekeliling Tasik Cermin, Ia mengambil masa lebih kurang 20 minit perjalanan pergi dan balik.
    Bagaimana ia boleh mendapat gelaran Tasik Cermin ?
    Sewaktu air tasik dalam keadaan tenang dan cahaya matahari berada tegak di kaki langit, permukaan tasik ini akan menghasilkan bayang - bayang dari gunung - ganang yang ada disekelilingnya sehingga ia kelihatan seperti pantulan cermin. Maka dari situlah terhasilnya gelaran Tasik Cermin.
    Untuk pengetahuan anda semua, kerajaan Negeri Perak telah mengisytiharkan Tasik Cermin ini sebagai Taman Eko Kuari pertama di Malaysia dan ia juga mendapat pengiktirafan sebagai Geopark Lembah Kinta.
    Banyak lagi projek penaiktarafan yang sedang dijalankan di kawasan Tasik Cermin ini, ia bertujuan untuk menarik lebih ramai para pelancong dari dalam dan juga luar negeri.
    Jadi kalau anda semua bercadang untuk bercuti di Negeri Perak, boleh lah anda masukkan destinasi Tasik Cermin Ipoh ini dalam senarai perjalanan percutian anda semua di Negeri Perak.
    Insyaallah satu destinasi yang menarik untuk diterokai dan dijelajahi.
    Waktu Operasi :
    Dibuka setiap hari sepanjang minggu
    Masa Operasi :
    9.00 pagi - 6.00 petang
    Tiket masuk :
    👉 Warganegara
    Dewasa / Kanak - kanak : Rm4.00
    👉 Pelancong Asing :
    Adult / Child : Rm8.00
    Boat Ride Route (20minit) :
    Dewas : Rm25.00
    Kanak - kanak : Rm18.00
    Selamat Bercuti ke Negeri Perak
    Music Credit to :
    KINEMASTER
    1) Go on a trip
    2) Going crazy inst
    3) True Life
    4) Warm sun
    5) Light Wind
    6) Fall Skies
    Music by Andres Jacque - Fall Skies - thmatc.co/?l=D...
    7) Fresh air
    Music by Nico Anuch - Fresh Air - thmatc.co/?l=A...
    #ipoh #perak #travelipoh #travelvlog #travelblogger #traveler #travelmalaysia #tempatmenarik #bercuti #jalanjalan #makanangin #cuticutimalaysia #malaysiatourism #malaysiatravelvlog #malaysiatrulyasia #TravelPeralLah #visitperak #mokeipoh2023 #PerakSejahtera2030 #ecopark #tasikcermin #geoparklembahkinta
    jangan lupa untuk tekan butang / button
    SUBSCRIBE | LIKE | SHARE | COMMENT
    Follow IG : @azfartravelchannel
    Facebook : Muhammad Azfar Travelog
    TH-cam Channel : Muhammad Azfar
    sociabuzz.com/...
    Please Support our channel
    terima Kasih atas sokongan anda semua
    insyaallah kami akan cuba hasilkan video video yang lebih menarik lagi untuk tontonan anda semua.

ความคิดเห็น • 29