|Episod 08| REHLAH ILMIAH STT JELAJAH SEKITAR KUNMING YUNNAN CHINA|
ฝัง
- เผยแพร่เมื่อ 18 พ.ย. 2024
- Episod 08 (akhir). Hari terakhir sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur, kami melawat ke pusat jualan pelbagai produk krim herba China yang terkenal untuk rawatan pelbagai jenis penyakit kulit.
Kemudian kami ke pusat jualan produk sutera China yang berkualiti tinggi. Seterusnya kami melawat Dounan Flowers Market yg merupakan pasar bunga yg terbesar di China & Asia. Di sini lebih 5,000 spesis & berjuta-juta bunga dijual setiap hari. Pasar ini juga dikenali sebagai "Bandar Bunga".
Seterusnya kami ke Pasar Borong Luosiwan yg sangat besar, terdapat 5 blok bangunan 7 tingkaT yg menjual pelbagai produk seperti pakaian, keperluan rumah, perhiasan dan lain-lain. Sebelum ke Kunming Airport kami makan malam dan ke masjid besar di tengah-tengah kotaraya Kunming. Rehlah Ilmiah STT ke Yunnan China kali ini telah mencatatkan perjalanan udara & darat lebih kurang 7,000 km dari Alor Setar. Prinsip Rehlah Ilmiah STT yang diterapkan ialah ibrah iaitu pengajaran yang diperoleh agar dapat membentuk diri menjadi insan lebih baik.
Kembara diatur & diuruskan oleh : Suhbah Travel & Tours Sdn Bhd (STT)
Suhbah Travel Fb : / temanmusafiranda
WhatApps: www.wasap.my/60...
Alhamdulillah.. Rehlah bersama STT dan sahabat2 sgt menarik dgn pengisian program yg mantap
Alhamdulillah