Sambutan Karamazan Kokotuai Pertubuhan Momogun Rungus Malaysia (PMRM) 2024

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 23 มิ.ย. 2024
  • 22 Jun 2024
    Dewan Pertubuhan Momogun Rungus Malaysia (PMRM)
    Sambutan Karamazan Kokotuai Pertubuhan Momogun Rungus Malaysia (PMRM) dirasmikan YB Datuk Peter Anthony Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) diiringi YB Datuk Wetrom Bahanda Ahli Parlimen P.168 merangkap ADUN N.6 Bandau yang juga Timbalan Presiden PKDM.
    Majlis diserikan dengan kehadiran AMT PKDM Pusat merangkap Penyelaras PKDM Kota Belud Datuk Alimuddin Kaida, Datuk Baintin Adun, wakil-wakil parti Kerajaan Madani dan Kerajaan Negeri Sabah serta pemimpin-pemimpin tempatan.
    Lebih 1,000 orang yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum bukan sahaja datang dari N.5 Matunggong bahkan dari luar daerah juga turut bersama-sama memeriahkan sambutan tersebut.
    Pelbagai persembahan seperti nyanyian, tarian Mongigol Sumundai, sukan rakyat dan cabutan tiket bertuah juga menghiburkan para tetamu serta pengunjung sepanjang majlis ini berlangsung.
    Syabas dan terima kasih ditujukan kepada pihak urus setia penganjur yang telah memberikan komitmen tinggi dalam menjayakan majlis ini dengan penuh meriah.
    Semoga sambutan ini akan dapat menjadi penghubung dalam mengeratkan tali silaturahim sesama kita selaras dengan semangat dan aspirasi Kerajaan Madani.
    #datukwetrombahanda
    #parlimenkotamarudu
    #kotamaruduberubah
    #suarakotamarudu

ความคิดเห็น • 1

  • @user-so3rz3bu4c
    @user-so3rz3bu4c หลายเดือนก่อน

    Kudat utara Sabah. Macam
    Kelantan di semenanjung la