Air Blue Lemon Premium - Minuman Buka Puasa

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 20 ต.ค. 2024
  • Air Blue Lemon atau Lemon Biru satu minuman popular untuk berbuka puasa. Di sini saya kongsikan versi premium minuman ini dengan menggunakan satu teknik klasik dari adad ke 17. RESEPI Lengkap di www.nasserskit...
    SUBSCRIBE:
    bit.ly/2s0yv1o
    Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Antara air yang popular untuk berbuka puasa ialah air Lemon Biru. Untuk resepi kali ini saya akan kongsikan resepi untuk air lemon biru yang premium dengan perisa lemon yang lain dari yang lain menggunakan satu teknik rahsia. Tanpa berlengah lagi, Jom Kita ke dapur!
    Bahan-bahan yang kita perlukan, 3 biji lemon yang telah dibersihkan kulitnya. 200g gula. dan sedikit daun pudina.
    Rahsia untuk membuat air lemon yang sedap ialah kita gunakan parutan kulit lemon atau lemon rind. Kulit lemon kaya dengan minyak perisa lemon, tetapi minyak ini sukar untuk kita extract atau perah. Merebus kulit lemon juga tidak berapa berkesan kerana haba kuat akan merosakkan perisa minyak lemon. Hanya ambil parut berwarna kuning sahaja kerana kulit lemon yang putih sangat pahit.
    Setelah kesumua parutan kulit diperolehi, kita perah jus dari ketiga-tiga lemon tadi, dan ketepikan dahulu.
    Untuk mendapatkan minyak perisa lemon kita akan gunakan gula. Gula akan menarik keluar minyak perisa lemon melalui proses Osmosis. Campuran gula dan kulit lemon akan menghasilkan 'Oleo Saccharum' atau 'Minyak Gula'. Teknik ini telah digunakan oleh tukang masak sejak abad ke 17. Tambahkan gula pada parutan lemon dan gaulkan. Tambah lagi gula sehingga habis dan lecek-lecekkan kulit lemon. Ini akan membantu, minyak perisa lemon ditarik keluar.
    Biarkan bertutup untuk 2-24 jam, Lagi lama lagi baik. Ini hasilnya selepas 6 jam. Bau lemonnya memang luar biasa!
    Sekarang kita masak air gula lemon. Masukkan 500ml atau 2 cawan air ke dapam periuk kecil. Tambahkan campuran kulit lemon dan gula. Pastikan tidak ada yang tertinggal. Panaskan dengan api sederhana sehingga gula larut sepenuhnya. Air tidak perlu terlalu panas, bila sudah larut padamkan api dengan segera supaya perisa lemon tidak rosak.
    Tapiskan, dan ketepikan untuk 1 jam.
    Sementara menunggu, Kalau masih belum subscribe sila subscribe di TH-cam, tekan butang loceng dan Follow di Facebook dan Instagram. Jangan lupa like, comment dan share!
    Untuk resepi lengkap boleh layari laman web Nasser's kitchen di nasserskitchen.com
    Masukkan air gula lemon yang telah disejukkan ke dalam jag yang sesuai. Tambah jus lemon. 500ml atau 2 cawan air sejuk. Sedikit pewarna biru. Jika suka warna biru yang lebih kuat, tambah sedikit lagi perwarna. Kalau tak letak pun boleh. Terpulang pada cita rasa masing-masing.
    Masukkan daun pudina, dan hirisan lemon jika mahu sebagai hiasan. Tambahkan ais dan Kacau! Jangan Tak Kacau! Kadungan gula dan jus lemon boleh diubahsuai mengikut cita rasa anda sama ada suka lebih manis atau lebih masam.
    Sekarang air lemon biru sedia untuk dihidangkan. Ada bermacam-macam lagi resepi menarik dichannel ini. Selamat mencuba!

ความคิดเห็น • 33

  • @ShaffianShafiee
    @ShaffianShafiee 6 หลายเดือนก่อน +1

    Kacau jangan tak kacau ❤

  • @kaknor6617
    @kaknor6617 2 ปีที่แล้ว +2

    What a beautififul colour as a blue sky or a blue sea. Cantik . Insya Allah nanti kita cuba. Tq chef

  • @hidayahalemi9254
    @hidayahalemi9254 2 ปีที่แล้ว +1

    Tq share tips rahsia. Dah buat dah.. Wangi sgt2 ekstrak minyak lemon tu... Sedapppp & wangi...

    • @combicekebum8432
      @combicekebum8432 7 หลายเดือนก่อน

      Pahit dak ? Sy buat pahit ...heheheheh😊

  • @AsZulqa
    @AsZulqa 3 ปีที่แล้ว +2

    Sedapnya #airsedapuntukberbukapuasa

  • @combicekebum8432
    @combicekebum8432 7 หลายเดือนก่อน

    Sedap

  • @jaywangyu888
    @jaywangyu888 5 หลายเดือนก่อน

    Utk buat bday party,brp biji lemon & gula nk guna..

  • @mabdurahman3505
    @mabdurahman3505 2 ปีที่แล้ว

    Akan kite cobe , tentu rasenya segar nikmat

  • @Nafeez356
    @Nafeez356 3 ปีที่แล้ว +2

    Wow!! This looks amazing! Can't wait to try it!!

  • @kaknor6617
    @kaknor6617 2 ปีที่แล้ว

    Emmm.. enak diminum lepas berjalan seribu langkah… betulkan ?tq chef

  • @kintankadir4594
    @kintankadir4594 3 ปีที่แล้ว +1

    Thank you 🌹

  • @ZulmosMohdSalleh-bp3gg
    @ZulmosMohdSalleh-bp3gg ปีที่แล้ว +1

    Bleh mention x pewarna brand ape tu sbb lain warna biru seakan hijau..

  • @khairrulaminuddin8745
    @khairrulaminuddin8745 ปีที่แล้ว

    Gula putih tu kalau guna lakanto boleh ke?

  • @sharifahdalillakarim2149
    @sharifahdalillakarim2149 3 ปีที่แล้ว +2

    Seronok dpt bljr bnda bru

  • @ZulmosMohdSalleh-bp3gg
    @ZulmosMohdSalleh-bp3gg ปีที่แล้ว

    Pewarna lain sedikit

  • @ZulmosMohdSalleh-bp3gg
    @ZulmosMohdSalleh-bp3gg ปีที่แล้ว

    Pewarna brand?

  • @moonstar9555
    @moonstar9555 3 ปีที่แล้ว +3

    Knp la sy tgk masa 15 minit sblm berbuka. Bunyi ais tu....😅🤣

  • @hiiii4627
    @hiiii4627 3 ปีที่แล้ว +1

    Rendam overnite kat dalam fridge ke?

  • @zowieembun1940
    @zowieembun1940 ปีที่แล้ว

    TUNGGU TAGLINE "KACAU JANGAN TAK KACAU" MARHABAN YAA RAMADAN.

  • @duyong95
    @duyong95 3 ปีที่แล้ว +1

    Boleh pakai brown sugar?

    • @nasserskitchen
      @nasserskitchen  3 ปีที่แล้ว

      Brown sugar tak sesuai kerana akan ganggu rasa lemon. 😀

    • @duyong95
      @duyong95 3 ปีที่แล้ว

      @@nasserskitchen tq sir

  • @H_A_L_7
    @H_A_L_7 3 ปีที่แล้ว +1

    😁👍

  • @noinahmad5820
    @noinahmad5820 ปีที่แล้ว

    daibetes