Sabah FC 5-2 Kedah Darul Aman FC | Highlights Liga Super 2024-2025 | LS12

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 9 ก.พ. 2025
  • SOROTAN PERLAWANAN LIGA SUPER 2024-2025 | LS12
    Sabah FC menewaskan Kedah Darul Aman FC dengan keputusan 5-2 dalam aksi Liga Super 2024-2025 di Stadium Likas.
    Di separuh masa pertama kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 menerusi jaringan Saddil Ramdani (2') dan Cleylton (45+3').
    Pada babak kedua permainan, Sabah FC berjaya menjaringkan gol menerusi Jaoa Pedro pada minit ke-48 sebelum Milos Gordic kembali menyamakan kedudukan untuk Kedah Darul Aman FC pada minit ke-63.
    Pada minit ke-68, Jaoa Pedro sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring, disusuli jaringan keempat Sabah FC menerusi S. Kumaahran (84') sebelum Gary Steven Robbat (90+3') menutup aksi di Stadium Likas dengan jaringan kelima buat Sabah FC.
    Jangan lupa "subscribe" channel TH-cam Malaysian Football League untuk lebih aksi dalam dan luar padang Liga Malaysia!
    "Follow" MFL di laman-laman berikut:
    Facebook: / malaysianfootballleague
    Instagram: / mfl_my
    Twitter: / mfl_my
    TikTok: / mfl
    #LigaSuper2024-25 #LigaMalaysia #DemiLigaKita

ความคิดเห็น • 13

  • @Nik0_07
    @Nik0_07 3 หลายเดือนก่อน +4

    Memang padu Sabah musim ni 👏🔥

  • @Athong333
    @Athong333 3 หลายเดือนก่อน +1

    INI BARU LAH HIGHLIGHT!

  • @Angah_Amir
    @Angah_Amir 3 หลายเดือนก่อน +2

    X pa kedah next game kasi perform #pulunkedahpulun 🔥🔥🔥

  • @amirulhasif3081
    @amirulhasif3081 3 หลายเดือนก่อน +13

    MFL, HAK PENYIARAN CUBA LA KAJI VIEW LIVE KAMERA TUH BAGI CANTIK GERAKAN BAGI SMOOTH DAN JANGAN DOK ZOOM IN DAN ZOOM OUT PENING KEPALA NAK TENGOK. BENDA SIMPLE MACAM TU PON KO ORANG TAK BOLEH NAK KAJI. NAK MAJU MACAM MANA BOLASEPAK SEMAKIN MERUDUM. DARI DULU KINI TAKDE PERUBAHAN UNTUK BOLASEPAK KECUALI ALL ABOUT JDT DAN TMJ SAJA YANG TERBAIK.

    • @apachie0271
      @apachie0271 3 หลายเดือนก่อน

      you shut up

    • @leandroaugusto3980
      @leandroaugusto3980 3 หลายเดือนก่อน +1

      Tu la ... mfl cuba la try kerjasama dgn nikon/sony pastu labur sikit dgn camera slow motion semua position

    • @RJ-iq1sx
      @RJ-iq1sx 3 หลายเดือนก่อน

      Betulll...stakat ambil video ja...cba la main angle skit...kasi bgi nmpk lencongan tendangan...bgi menarik la view...ini...aduhaii...ntah dibyr atau x...tpi siaran lngsung biasanya kna byr utk tngo...

    • @NonoPear-iq8sz
      @NonoPear-iq8sz 3 หลายเดือนก่อน

      HAMIDIN OUT

  • @mohammadajmal7570
    @mohammadajmal7570 3 หลายเดือนก่อน

    Last 3 game Sabah menang besar🔥

  • @ArypLawl9
    @ArypLawl9 3 หลายเดือนก่อน +2

    First

  • @TheAzzamzainal
    @TheAzzamzainal 3 หลายเดือนก่อน +1

    gaji...?

    • @dwikidharmawan5723
      @dwikidharmawan5723 3 หลายเดือนก่อน

      Terima pelaburan bernilai RM219 bilion, masa depan KDA FC makin terjamin hasil sentuhan Dubai di tangan ahli perniagaan Sabah
      KEWANGAN Kedah Darul Aman (KDA) FC makin terjamin selepas ada sebuah syarikat konglomerat terkemuka tanah air menawarkan diri untuk mengambil alih pengurusan kelab tersebut.
      DSAT Group Sdn Bhd mengatakan hasrat pada Isnin untuk mengambil alih Kedah daripada pemilikan Tan Sri Dr Daud Bakar sekali gus menawarkan jalan keluar kepada kemelut masalah Sang Kenari.
      Apa yang lebih menguntungkan buat pasukan Sang Kenari apabila DSAT Group didakwa akan menerima pelaburan bernilai 50 billion USD (RM219 bilion) daripada syarikat berpangkalan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
      Perkembangan tersebut dikongsikan oleh Pengerusi Eksekutif DSAT Group, Datuk Seri Azizul Tandek di Facebook peribadinya dengan dia memuat naik video kunjungannya ke Dubai pada Julai 2024.
      Dalam hantaran berkenaan, Azizul juga memaklumkan bahawa syarikat konglomerat di Dubai itu didakwa milik Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan Mohammed Rashid al Maktoum.
      Kerjasama yang dijalankan antara DSAT Group dan syarikat antarabangsa itu jelas memberi sinar bahar kepada kewangan Kedah dengan ramai penyokong juga optimis isu tunggakan gaji Sang Kenari akan pulih secepatnya.
      Sebelum ini, Majoriti melaporkan ahli perniagaan berasal dari Tawau, Sabah itu sudah bertemu Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah, Radhi Mat Din dan merancang bertemu Daud dalam pertemuan seterusnya.
      "Dengan perancangan dan masalah yang telah dihadapi oleh KDA FC kami di dalam DSAT Group bersedia untuk bekerjasama memastikan kelab bolasepak KDA FC ini dapat berfungsi dengan baik dan perancangan kita akan terus mengukuhkan KDA FC sebagai persatuan ataupun kelab bola sepak terunggul di Kedah dan memastikan masalah yang dihadapi hari ini tidak akan berulang.
      "Diharapkan dengan penawaran ini kami menerima maklum balas yang baik dan Insya-ALLAh akan bersedia untuk menggalas tanggungjawab demi sukan ataupun bola sepak Kedah yang lebih baik," katanya memetik laporan Radio Televisyen Malaysia (RTM). - Majoriti
      majoriti.com.my/sukan/2024/10/29/terima-pelaburan-bernilai-50-billion-usd-masa-depan-kda-fc-makin-terjamin-hasil-sentuhan-dubai-di-tangan-ahli-perniagaan-sabah