🎬Cikgu Mohd Azmi Abd Hamid - Tujuan G25 Menyerang Islam
ฝัง
- เผยแพร่เมื่อ 4 พ.ย. 2024
- Cikgu Mohd Azmi Abd Hamid - Tujuan G25 Menyerang Islam
Presiden MAPIM
Kuliah Maghrib Khas
Masjid Al-Ehsan, Seksyen 24, Shah Alam
20 Jamadi Awal 1441H, 14 Januari 2020
Kuliah Agama, Ceramah Agama, Kursus Asas Haji Dan Umrah Sekitar Lembah Klang.
Share & jemput rakan-rakan agar dapat dimenafaati rakan-rakan kita yang lain.
🙏 Jangan Lupa ..!! Subscribe dan klik loceng 🔔 untuk AutoAlert Notification di Phone Anda..
=========================
/ medina-studio-10316806...
=========================
❤️ Jika ada di antara anda yang Allah beri rezeki yang lebih dan ingin bersama Medina Studio dalam kerja amal jariah melalui dakwah cyber, amatlah dialu-alukan bagi menampung kos pengurusan bulanan & tenaga kerja krew di samping meningkatkan lagi peralatan rakaman, boleh dibuat menerusi ADMIN ;
🏦 Mansor Bin Jaffar [ MAYBANK 162218462616 ]
paypal.me/Mans...
===================================
Syukran jazilan atas infak yang diberikan untuk membantu Medina Studio.
Semoga tuan/puan sekeluarga mendapat barokah dari Allah. Saya tidak akan lupakan jasa baik tuan/puan.
“ Ya Allah Hamba Allah ini berkongsi rezeki pemberianMu. Kau tingkatkan rezekinya, Kau tingkatkan imannya, Kau tingkatkan akhlaknya, Kau tingkatkan kemuliaanya,darjatnya sesama MakhlukMu ya Allah”.
Aamiinn
Terima Kasih.
Mansor Jaffar
===================================
⚠️ Pihak kami mengucapkan terima kasih atas kesudian tuan / puan / syarikat / individu dalam menyebarkan video yang dikeluarkan Medina Studio, cuma kami mempunyai beberapa syarat2 yang telah diputuskan,
setiap video yang diupload semula, perlu diletak credit dan url asal
setiap video yang diupload semula tidak dibenarkan menambah apa2 grafik, logo atau menghilang grafik atau keasilan video asal, hanya dibenarkan "trim" sahaja.
tidak dibenarkan mengunakan video keluaran Medina Studio untuk mempromosikan produk atau apa sahaja yang melibatkan jualan langsung atau tidak langsung
tidak dibenarkan membuka atau menambah Ad ( monetization ) untuk semua video yang dikeluarkan oleh Medina Studio.
Tidak Dibenarkan Menjual @ Mencetak Dalam Bentuk Video @ Audio Dan Sebagainya , Untuk Semua Video Keluaran Medina Studio.
Pihak kami mengucapkan terima kasih sekali lagi atas kesudian tuan / puan / syarikat / individu dalam menyebarkan video yang dikeluarkan Medina Studio.
📱Mansor Bin Jaffar | Tel : 011-10765306
Sy cukup kagum dan hormati cikgu ini menceritakan kebanaran
Amat sedih bangsa melayu kita kurang mengambil berat masa'alah agama & bangsa...Sesungguh kita amat banyak musuh2 maupun dari dlm & luar negara.Bersatulah kita...Jalannya dgn kembali melalui menuntut ilmu Agama Islam bersungguh2 supaya dapat taufik hidayah dari amalan soleh supaya kita kasih sayang sesama kita.
Terima Kasih ustaz @ cikgu.
Tq info Cikgu Azmi
Terima kasih dengan setiap informasi.... kami akan sentiasa ada di belakang menyokong...
geng 25 ni ilmu agama x da ..hidup cara barat .klab malam tempat tumpuan .roh islam x da.faham je la
Dari Abu Hurairoh RA meriwayatkan bahawa baginda Rosulullah SAW bersabda. "Orang mukmin itu sentiasa bersifat mulia dan yang orang yang fasik itu sentiasa bersifat menipu dan penuh tipu daya". (HR Abu Daud)
Ramai rakyat Malaysia x tahu alhamdulillah Allah bawak Sye ke sni
Ya Allah selamat kan lah kami di bumi malaysia ini dn seluruh bumu ini dr kejahatan kafir laknatullah....Aaminnnn...
SUHAKAM pun sama, patut dibuburkan...
Apa kitab kamu?
Al-quran
Siapa nabi kamu?
Nabi Muhammad
Apa agama kamu?
Islam
Siapa tuhan kamu?
Allah
Aamiin, semoga kita boleh jawab soalan kubur dengan baik dan tidak tersilap dan sesat tanpa sedar. Aamiin yaa rabbal aalamiin.
Wallahu a'lam, seram zaman sekarang.
-masih belajar-
rasa syukur...ketika ini ada ahli ahli pakar islam ...dlm pimpinan negara ..tk rasa sukar untuk menegakan syariat islam ..kita islam berpanduka alquran dan sunah sunah nabi..dgn lain kata ahli sunah jamaah..zamn nabi kita perintah cara islam lagi maju ..jika kita sebagai orang islam kenalh ikut landasan islam ...jangan sampai budaya barat sampai terhapusnya hukum hakam dan syariah islam..jika orang islam tdk ada tempt nk mengadu masaalah islam ..hanya nama sahaja negara islam ..islam mcm mana lah tk kan hanya tingal nama..orang orang yg takut nk menginkuti syariah islam ini sebenarnya takut harta kekayaan nya di infak kan pada orang ramai ..sebb dia bkn lh org islam sebenar benarnya..jangan kita makin hari makin remehkan agama islam kita ...sedih apa nak jadi jenerasi akan datang ...kepada orang yang dibagi amanah mentadbir negara yang pertahankan lah agama kita ni jangan lah sampai hanya tingal nama sahaja islam...perbanyakanlah kesedaran melalui ceramah dan sistem pendidikkan islam perlu perkukuhkan supya negara kita dan rakyat islam terus teguh dengan agama islam dengan berlandas alquran dan ahli sunah jemaah yang benar benar arif tentang agama kita ...mana terkeluar dari akidah islam tu dikena tindakan sepatutnya..supaya dia tk menular ke jenarasi akan datang...syukur pencerahan ini ..teriamakasih cikgu...
Ada diantara mereka berkerja bersama TDM untuk menurunkan kerajaan Negeri yang tak sealiran dengan beliau. Dia kemudian naik jadi KSU.
Melayu...hidup melayu...tapi kelihatan hidup xmcm melayu...
Melayu islam...islam diperjuangkan tapi halal haram sapu bersih
Melayu atau bukan melayu tapi taraf islam mukmin....menghayati agama islam....dgn penuh tawaduq....ini yg patut di ikuti.
💚❤️💛🧡💯
Bahasa Arab dlm Alquran , itu sudah ketentua Allah swt. Bkn berarti agama islam agama orang Arab, sebagai orang islam sdh tau bahwa islam untuk seluruh umat manusia.
Jgn ckp byk buat kerje dan ada resultnye. Kalau org melayu terseksa di negara org lain, ambil melayu bekerja dibumi melayu senang satu bangsa, satu budaya dan satu ugama. Ini ambil rohingya yg bukan satu budaya kite. Memang lah jadi mcm ni. Ambil melayu di luar negeri spt myamar, thailand, indonesia, vietnam, Philippines
Amat sedih. Bangsa melayu islam sendiri cuba untuk jatuhkan agama islam secara perlahan-lahan. Bila sudah senang ada pangkat dn harta melimpah ruah lupa diri lupa agama. Ini la propaganda dn agenda Freemason melalui talibarut dn pengkhianat untuk rosakan bangsa dn agama dari dalam. Jawap la mereka semua akhirat nanti. MATI ITU PASTI, SOAL KUBUR ITU ADA, HARI PEMBALASAN SENTIASA MENANTI.
Kumpulan G25 menggunakan seluruh ruang untuk melemahkan agama islam di malaysia.berhati hati wahai saudara seagamaku.
Adakah mereka ramai member fmeson udi
G25 IS AGAINST ISLAM WE MUST FIGHT THIS IS OUR RELIGION ,UGAMA DAN BANGSA KITA HARUS BANGKIT LAWAN FIGHT THIS IS MALAYSIA NEGARA ISLAM TIADA UGAMA LAIN MELAINKAN ISLAM
Nauzubillah....mungkin mereka G25 adalah kumpulan nampak melayu Islam tapi bukan Islam. Harus diujudkan ISA untuk orang2 seperti ini yg membuat kacau bilau menganggu ketenteraman negara.
Dalam ni ade group G25, cukup lah jakim,maj.agama islam,dan majlis raja2 sbg sumber rujukan kami, kamu semua ahli undang2 duduk saja buat keja kamu sbg pegawai undang2, Jika kamu tak faham agama jgnlah menentang ape yang badan2 agama berkelayakan berbuat sesuatu ttg undang2 islam. Anda semua xperlu masok campur dan berfikiran barat sangat.kite negara islam buat cara org islam.
Allahhuakbar..hapuskan sama sekali golongan G25 ..dari tanah melayu ini..
Respon G25 kepada komen dan kritikan terhadap laporan kajiannya mengenai pentadbiran Islam di Malaysia
G25 ingin memberi respon kepada pelbagai komen serta kritikan yang dibangkitkan di media sosial berikutan penerbitan laporan terbaru kami berjudul “Administration of Matters Pertaining to Islam”. Laporan yang dilancarkan pada 11hb Januari 2020 bertempat di Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) dihadiri oleh individu, badan bukan kerajaan, kedutaan-kedutaan beserta diplomat termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan juga rakan-rakan media. Pelancaran laporan disusuli dengan perbincangan tiga orang ahli panel yang dipengerusikan dengan lancarnya oleh seorang ahli kami yang berpengalaman. Panel juga dapat berinteraksi dengan para hadirin dengan soalan-soalan serta komen-komen yang dikemukakan di dalam sesi soal jawab.
Laporan yang diusahakan untuk menangani isu-isu utama berkaitan dengan pentadbiran Islam di negara, terutamanya untuk mencerahkan undang-undang yang kurang jelas yang memberi kesan di dalam penerapan syariat Islam yang terkandung di dalam dasar pentadbiran awam. Dalam meneliti kepentingan ini, para penyelidik telah mengkaji latar belakang dan sejarah pentadbiran Islam yang dicatitkan melalui kertas kerja, artikel, perbincangan dan perundingan di kalangan pihak berkepentingan termasuklah Raja-Raja Melayu dan pemimpin politik yang merangka perlembagaan untuk Tanah Melayu yang merdeka. Kajian ini khususnya merujuk kepada Laporan Suruhanjaya Reid, memorandum Parti Perikatan dan cadangan-cadangan dari Jawatankuasa Kerja Perlembagaan yang dilantik oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Penyelidik kami telah membuat kesimpulan yang sama seperti yang dibuat oleh para penyelidik terdahulu, iaitu hakikatnya apabila pengasas-pengasas negara ini menjadikan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, mereka tidak berniat menjadikan Islam sebagai asas undang-undang dan pentadbiran negara.
Di atas hakikat itu, kajian telah menyimpulkan yang Malaysia adalah sebuah negara sekular, dengan sistem pemerintahan yang seiring dengan negara-negara Komanwel yang berdemokrasi. Tambahan, Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman memberi jaminan nyata kepada Raja-Raja Melayu bahawa walaupun Perlembagaan Persekutuan menjadikan Islam agama Persekutuan, ia tidak menjejaskan bidang kuasa Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama di negeri masing-masing. Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia pada tahun 1963, Suruhanjaya Cobbold menjamin yang Islam akan terus kekal sebagai simbol negara, tidak sebagai asas pentadbiran kerajaan.
Dapatan kami mengenai isu murtad dan JAKIM, dua perkara yang mengundang pelbagai kritikan dari sebilangan besar ahli agama dan ahli politik termasuk menteri, telah dicapai di dalam konteks peruntukkan yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan
Berkenaan murtad, ingin kami tegaskan yang G25 tidak setuju dan tidak menggalakkan umat Islam meninggalkan Islam. Sebaliknya, kami berpendapat yang murtad adalah dosa besar dalam Islam dan umat Islam harus tetap setia kepada agama secara peribadi mahupun kehidupan umum. Mereka yang berniat untuk meninggalkan Islam haruslah diyakinkan agar tidak berbuat demikian kerana ia adalah dosa besar. Akan tetapi jika mereka masih berkeras, terutamanya dari golongan muallaf, mereka harus dibenarkan kerana perlembagaan menjamin kebebasan beragama, bukan sahaja kepada yang bukan Islam, tetapi kepada semua rakyat Malaysia.
Negara Islam seperti Maghribi (Morocco) tidak menjadikan murtad satu kesalahan jenayah kerana mengikut konteks interpretasi mereka, murtad membawa maksud pengkhianatan. Di zaman Rasullullah (saw), ia adalah relevan untuk menjadikan murtad satu kesalahan yang dihukum bunuh kerana ada umat Islam pada zaman itu yang bersifat pengkhianat dan berpaling untuk mengikuti pihak seteru yang menentang Rasulullah (saw) dan kerajaan Islam waktu itu. Ia adalah keadaan politik semasa itu, dan bukan doktrin agama. Oleh kerana murtad berkaitan khianat (berbeza dengan keadaan menjadi murtad sahaja) dianggap pengkhianatan yang tertinggi (high treason), adalah wajar pada masa itu untuk dikenakan hukuman mati. Merujuk kepada penguatkuasaan agama Maghribi, hukuman ini tidak lagi sesuai digunapakai di zaman moden ini.
Berkenaan JAKIM, G25 tidak menyarankan yang ia dimansuhkan, sebaliknya memandangkan Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan kuasa kepada Majlis Raja-Raja (MRR) untuk menubuhkan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), sekiranya MRR berhasrat untuk mempunyai kuasa untuk mewujudkan suatu majlis seperti MKI dan menjadikan JAKIM sebagai urus setianya, ini boleh dilakukan dengan mencadangkan kepada Parlimen untuk meminda Perkara 38 supaya kuasa MRR dalam hal ehwal pentadbiran Islam di dalam persekutuan diperluaskan. Kini pernyataan bidang kuasa MRR di bawah Perkara 38 di dalam Perlembagaan adalah amat spesifik. Ini menunjukkan yang penggubal perlembagaan berniat untuk memberikan MRR peranan terhad di dalam hal pentadbiran Islam di peringkat persekutuan kerana Raja-Raja Melayu diberi jaminan yang pentadbiran Islam adalah hak dan bidang kuasa negeri-negeri.
Pakar-pakar perundangan kami berpegang kepada Perkara 38 yang jelas memenuhi kehendak Raja-Raja Melayu agar tiada kuasa diberi pada MRR untuk menubuhkan badan atau jabatan untuk pengelolaan agama Islam di peringkat persekutuan.
Tambahan lagi, merujuk kepada kebimbangan MRR berkenaan implikasi Perkara 3 ke atas hak Istimewa Raja-Raja Melayu di negeri-negeri Baginda, penggubal perlembagaan memberi jaminan yang jika adanya satu badan atau majlis yang ditubuhkan di peringkat persekutuan, ia hanyalah terhad bagi tujuan perantaraan (liaison) semata-mata. Secara ringkas, perkara berkenaan Islam yang tertera di jadual 9, senarai II Perlembagaan Persekutuan berada di bawah bidang kuasa ekslusif negeri-negeri, dan bukan di peringkat persekutuan atau kerajaan persekutuan.
Kami menyambut baik pindaan untuk mengiktiraf JAKIM di dalam perlembagaan. Jabatan peringkat persekutuan ini yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri mempunyai bajet besar, lebih besar dari bajet beberapa kementerian. Amatlah membingungkan dan dari segi undang-undang berisiko kepada kerajaan sekiranya ada yang mempersoalkan tentang keesahan memperuntukkan dana awam kepada JAKIM dan membawa soal keesahan penubuhan JAKIM sendiri dari segi undang-undang. Kami di G25 percaya yang kami bersikap positif dan konstruktif membangkitkan isu ini kepada kerajaan.
Kami berasa kesal, malangnya ada para pengkritik di media sosial memilih untuk membangkitkan dapatan kajian yang khususnya setakat JAKIM tidak diiktiraf perlembagaan, tanpa melihat seluasnya aspek-aspek lain yang mengandungi cadangan dan langkah untuk mengiktirafkan JAKIM di sisi perlembagaan.
Laporan ini juga mengaitkan perkara yang seumpama, di bawah bidang kuasa negeri - perkara berkenaan pemegangan tanah. Perlembagaan Persekutuan memberi peruntukkan kepada Perkara 91 untuk menubuhkan Majlis Tanah Negara walaupun tanah adalah di bawah bidang kuasa negeri. Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 76(4) memberi kuasa membenarkan Parlimen untuk menggubal Kanun Tanah Negara, yang memberikan kuasa intervensi kerajaan persekutuan, dalam mengadakan suatu sistem pemegangan dan urusan tanah yang berupaya menyeragamkan hal-hal berkaitan dengan dasar dan perundangan tanah.
Begitu juga, di sini G25 mencadangkan yang Perlembagaan Persekutuan (dengan persetujuan negeri-negeri, oleh kerana Islam adalah di bawah bidang kuasa negeri) dipinda untuk menubuhkan satu badan yang seiring dengan Majlis Tanah Negara. Badan ini boleh dinamakan ‘Majlis Islam Negara’ yang berfungsi selari dengan MRR dalam urusan berkaitan dengan Islam dan dengan fungsi JAKIM yang sah di sisi undang-undang dalam kerangka Majlis Islam Negara.
Selain itu, jika perlu Parlimen boleh seterusnya menggunakan Perkara 76(1)(b) untuk menggubal undang-undang untuk menyeragamkan undang-undang berkaitan Islam di negeri-negeri, kerana pada masa ini ada kekurangan penyeragaman undang-undang Islam di negeri-negeri.
Kami dengan tangan terbuka menerima baik pelbagai komen mengenai dapatan kajian di dalam laporan ini kerana kami percaya dengan wujudnya dialog dan pertukaran fikiran yang terbuka, ia dapat memantapkan lagi pentadbiran Islam di negara dan dapat dijadikan model sebagai rujukan untuk penggubalan dan penyenggaraan dasar umum di zaman moden.
G25 Malaysia
16 Januari 2020
Sebagai cadangan silalah G25 dan pihak Cikgu Azmi adakan dailog di media peedana supaya kedudukan agama islam di malaysia beetambah kukuh dan orang2 bukan islam tertarik untuk beriman. wassalam.
Kalau 3ni jak kau perjuangkan aq setuju.
Jangan pulak mamak India dbawak kemari
Laporan G25 tu satu hal.
Yang penting reputasi sesebuah pertubuhan dalam kes ini G25 pada kacamata umat melayu islam disini.
Saya kira G25 telah acap kali dilabel sebagai dianggotai mereka yang tiada pendidikan agama justeru terlalu liberal dalam pandangan mereka.
Laporan tersebut nampak macam memihak kepada pentadbiran islam secara rambangnya tetapi tindak tanduk dan kecenderongan politik pergubuhan banyak menimbulkan sangsi masyarakat melayu islam terhadapnya.
Sebenarnya sistem demokrasi sudah ketinggalan 2020 ni...sepatutnya sistem khilafah harus menjadi pilihan di 2020 ini.
Maaf Kerajaan MYAMAR tidak membantai Islam,Contoh bangsa melayu Yg tingal dimyamar mendapat layanan Yg baik..mengapa Rohingha saja ditolak...sejarah membuktikan siapa etnik Rohingha Yg sebenarnya
Siapa itu G25 ? Boleh listdown semua mereka ini ? Biar semua org melayu tahu siaoa mereka ini G25. Tiada masa lagi nak berselindung disebalik nama kumpulan tertentu. Siapa mereka ? Seorang demi seorang....
buktikan segala tusuhan - dari segi tulisan dan pertuturan ahli2nya. Jika tidak ini jadi fitnah ...... nauzibillah
BMF bukan Buy Malaysian First ...
BMF ... Buy Muslim First ...
Yg malaysian tu agenda Dap
#DakyahHalus