Apa maknanya apabila Mat Kilau pusingkan keris?

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 27 ส.ค. 2022
  • Subscribe itu percuma : bit.ly/30TEOlb
    Jika anda telah menonton Filem Mat Kilau, pasti anda melihat dimana Mat Kilau memusingkan kerisnya ketika berhadapan dengan tentera British. Apakah maksud di sebalik tindakan itu?
    -----------------------------------------------------------------------------------
    “Malang jika generasi muda hari ini tidak mahu mengkaji untuk mengetahui besarnya signifikannya keris kepada pembentukan tamadun Melayu... dan apabila kita kenal keris, kita akan memahami dan mengetahui kebijaksanaan orang dahulu “.
    Demikian kata Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad mengenai senjata orang Melayu ini yang digunakan sejak berzaman lagi yang juga lambang kebesaran raja serta kedaulatan orang Melayu.
    Menurutnya, ‘empu’ iaitu mereka yang membuat keseluruhan keris, hanya terdapat beberapa orang sahaja sekarang ini di negara ini antaranya di Kelantan, Perlis, Perak, Melaka, Pahang dan Pulau Pinang.
    Manakala mereka yang pakar membuat bilah sahaja dipanggil ‘pandai besi’, pakar membuat sarung keris dipanggil ‘tukang sarung’ dan yang pakar membuat hulu sahaja dipanggil ‘tukang hulu’.
    Dr. Abdul Mua’ti berkata keris sebenarnya menyimpan rahsia tersendiri kerana ia sebenarnya suatu identiti dan pengenalan diri buat pemakainya.
    “Ia umpama kad pengenalan… daripada hulu, bilah, sampir serta sarungnya dan sehinggakan kepada cara ia diselitkan di pinggang, orang akan tahu daripada mana pemilik itu datang dan pangkatnya,” katanya.
    Keris pembesar, hulunya pada kebiasaannya diperbuat daripada gading gajah, tanduk kerbau, sumbu badak, geraham gajah dan gigi ikan paus.
    Pendekar pula katanya, pada kebiasaannya membawa keris yang lurus atau lok tiga, yang lebih senang digunakan untuk bertarung.
    Beliau berkata ada sampir keris yang dibentuk menyerupai bentuk perahu untuk menggambarkan masyarakat Melayu adalah pelaut.“Mereka mengabadikan laut pada sampir.”
    Katanya, seni membuat keris begitu halus dan penuh dengan ketelitian kerana keseimbangan keris membolehkannya tegak berdiri, dan selesa atau sedap digunakan ketika bertarung kerana ada ketikanya pertarungan memakan masa sehingga berjam-jam.
    “Orang dahulu bertikam di tempat sempit seperti di bawah rumah, di dalam perahu dan di dalam atau di bawah istana.”
    Katanya, pada keris ada bisa dan juga ada penawar. “Umpamanya hulu keris yang diperbuat daripada kayu penawar hitam boleh menjadi penawar bisa dan menghentikan darah akibat tikaman keris.”
    Menurutnya keris secara umumnya dibahagikan kepada tiga jenis iaitu keris selit yang dipakai di pinggang, keris tarung yang digunakan ketika pertarungan dan keris kuasa atau keris hukum.
    Lazimnya bilangan lok keris adalah ganjil yang pada falsafahnya menggambarkan ia tidak sempurna, kerana yang sempurna hanyalah Tuhan. Justeru jarang terdapat keris dengan bilangan lok yang genap. “Biasanya lok keris yang genap bilangannya adalah bilah keris terakhir dibuat oleh empu untuk menggambarkan ia tidak mahu lagi membuat keris dan lazimnya akan ‘memasukkan segala kepandaiannya’ pada bilah keris terakhir itu.”
    Sumber: upm.edu.my/berita/muzium_wari...
    / yanishchannel
    ----------------------------------------------------
    Assalamualaikum, selamat sejahtera dan selamat datang ke Channel Rizal Abd Rahim.
    JANGAN KLIK : bit.ly/30TEOlb
    Melalui channel ini, saya akan kongsikan perkara-perkara yang saya dan anda gemari terutamanya dalam bidang akademik temasuklah:
    - Kejuruteraan Awam,
    - Pengacaraan,
    - Motivasi & LDK, dan
    - Vlog perjalanan ke tempat-tempat menarik.
    Diharapkan melalui channel ini dapat memberi manfaat buat semua.
    Terima kasih kepada yang telah subscribe Channal / rizalabdrahim .

ความคิดเห็น • 13

  • @andikarizki
    @andikarizki ปีที่แล้ว +3

    Ijin Nyimak sahabat 👍

  • @YanishChannel
    @YanishChannel ปีที่แล้ว +2

    Terbaik sahabat n tq. ❤️

    • @RizalAbdRahim
      @RizalAbdRahim  ปีที่แล้ว

      Terima kasih sahabat atas ilmu yang dikongsikan

  • @khairulamri8046
    @khairulamri8046 ปีที่แล้ว +4

    Bersedia untuk bertempur

  • @arashyan7281
    @arashyan7281 ปีที่แล้ว +1

    Mcm cerita P.Ramlee.. scene beliau mengadap Sultan dlm Hang Tuah.. dibalikkan kebelakang...

    • @RizalAbdRahim
      @RizalAbdRahim  ปีที่แล้ว

      Oh iya ke? Tak perasan pula dalam cerita tersebut. Nanti kita cari tengok. Terima kasih atas maklumat tersebut.

    • @arashyan7281
      @arashyan7281 ปีที่แล้ว

      @@RizalAbdRahim Ada.. masa nak bertarung dgn Pendekar Taming Sari kalau x silap..th-cam.com/video/6z7TV0Tr0YU/w-d-xo.html

  • @shayrulazam3663
    @shayrulazam3663 ปีที่แล้ว +3

    Assalamualaikum , teringat arwah nenek pernah cerita,, ada satu keris dari keturunan keluarga sy, ada di kerabat 2 raja perak,, entah benar atau tidak,, semasa berapa kali cucu dah, nenek sy cerita sepatutnya keris tu dapat dapat nenek sy kerana amal ibadah solat cukup, disebabkan perempuan nenek sy xboleh terima sebelum arwah Megat hitam atuk2 dulu sy bagi PD raja perak, baginda tidak berani, sekarang sy sendiri xtau kat mna keris tu

  • @pemburubalu6662
    @pemburubalu6662 ปีที่แล้ว

    Upin Ipin kah

  • @bambob7613
    @bambob7613 หลายเดือนก่อน

    merapu dan ajaran sesat