BARUH 2024

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 6 ต.ค. 2024
  • Baruh
    Biar saja musim berlalu
    renyai Ogos semakin reda
    entah kali keberapa
    kita bertemu semula september
    kita melangkah di jejak yang sama
    sepertiga lagi,
    tahun pula melabuhkan tirainya
    Baruh ini seperti dulu juga
    saban musim menabur jasa
    tanahnya, alurnya, lumpurnya, ... masih yang sama
    sedang beberapa keturunan ia mengabdikan diri
    tiada sekelumit pon nuansa keangkuhan
    walau dibajak tenggala besi
    bersama derap kaki petani.
    Baruh ini ada jiwa
    kita rasai nadinya lewat garis masa
    meniti batas usia, ada kisah tentang kita...
    cerita kita membesar dengan keringat
    dalam penghidupan yang bagaikan satu templat
    walau dunia seakan statik
    perjalanan waktu bagaikan stationer
    tanpa sampai ke penghujungnya.
    Di baruh ini...
    kita mengenal penat dan jerih
    mencedung segenggam benih
    menuai segantang kasih
    Orang orang
    sesekali berdansa girang
    ritmanya sealunan sepoi bayu
    yang kadang perlahan,
    kadang kencang
    tarinya seakan mengusir kita pulang
    usai petang
    bilamana matahari terbenam
    kita sujud di hamparan sejadah usang
    menadah tangan
    memohon barokah tuhan.
    Ironinya
    Ogos mendatang
    pada tarikh yang sama hari berlainan
    setelah puluhan tahun
    kita laung kemerdekaan
    baruh ini kita tinggal tinggalkan
    menaruh harap padi seberang.

ความคิดเห็น • 3

  • @mrkhalid247
    @mrkhalid247 21 วันที่ผ่านมา +2

    amat mendalam makna di jiwa ..syabas team Agrobank

  • @KijangMusic23
    @KijangMusic23 17 วันที่ผ่านมา +2

    terbaik dan tahniah Agrobank❤❤❤Hebat Dato Ku Badli menjiwai watak perjalanan cerita ini🎉🎉🎉

  • @wanmohdnazriwanmahmud2392
    @wanmohdnazriwanmahmud2392 17 วันที่ผ่านมา

    Mantap...