Ustaz Adnin - TUHAN TOLONGLAH AKU (DEMO VERSION)

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 19 พ.ย. 2020
  • TUHAN TOLONGLAH AKU adalah lagu yang akan dinyanyikan oleh salah satu artis Tarbiah Sentap Records(Siapa? Nantikan insyaAllah☺️)
    Lagu ni adalah monolog dan luahan hati serta doa kepada Allah agar membantu kita untuk berubah, ampuni dosa kita, dan tutup aib kita. Semoga lirik dan lagu ini menjadi asbab perubahan dan asbab kita semakin dekat dengan Allah❤️🤲😭
    ****
    Ustaz Adnin - TUHAN TOLONGLAH AKU(DEMO VERSION)
    Lirik: Adnin Roslan & Akmal Mustafa.
    Lagu: Adnin Roslan & Akmal Mustafa
    TARBIAH SENTAP RECORDS
    VERSE:
    Dalam hidup ini tiada suatu yang sempurna
    Pasti ada masanya aku terjatuh berkali terjatuh
    Ketika itu hanya Kau tahu
    Apa yang terbuku di hatiku
    Jauh di sudut hatiku aku malu untuk menghadap-Mu
    PRE KORUS:
    Tiada sehelai daun pun yang gugur
    Di muka bumi tanpa ketahuan-Mu
    Engkau tahu apa yang aku laku
    Tika ku keseorangan
    KORUS:
    Tuhan tolonglah aku
    tutuplah salahku
    jangan kau buka aibku
    tuhan tolonglah diriku
    maafkan aku
    Ampuni salahku
    Kadangku menangis
    adakah Kau terima amalku
    VERSE 2:
    Sekiranya dosa
    yang ku laku punya aromanya
    Nescaya akulah manusia
    yang paling dijauhi semua
    Namun semata kerna rahmat-Mu
    Masih ada yang menyayangiku
    Andai mereka tahu aibku ini,
    pasti ku disisih
    PRE KORUS 2:
    Yang ku takuti walau amalku beribu
    Pada-Mu bagai berterbangannya debu
    Kerana tanpa malu ku durhakai-Mu
    Tika ku keseorangan
    KORUS 2:
    Tuhan tolonglah aku
    tutuplah salahku
    jangan kau buka aibku
    tuhan tolonglah diriku
    maafkan aku
    Ampuni salahku
    tuhan jangan tinggalkanku
    ku perlukan-Mu
    dalam jalan hijrahku
    CHORUS:
    Tuhan tolonglah aku
    tutuplah salahku
    jangan kau buka aibku
    tuhan tolonglah diriku
    maafkan aku
    Ampuni salahku
    tuhan sungguh ku merayu
    belas dariMu
    dalam jalan hijrahku
    KORUS 2:
    Tuhan tolonglah aku
    tutuplah salahku
    jangan kau buka aibku
    tuhan tolonglah diriku
    maafkan aku
    Ampuni salahku
    tuhan sunguh ku merayu
    belas dariMu
    dalam jalan hijrahku..
  • บันเทิง

ความคิดเห็น • 670

  • @tarbiahsentap
    @tarbiahsentap  3 ปีที่แล้ว +765

    Moga lagu TUHAN TOLONGLAH AKU ini menjadi asbab kita semakin cinta pada Allah🥺
    Nak dapatkan buku terbaru Ustaz Adnim, MAKSIAT AKHIR ZAMAN? Tekan LINK di bawah ini☺️😍
    linktr.ee/ustazadnin

  • @sitikhadijahkhadijah4755
    @sitikhadijahkhadijah4755 3 ปีที่แล้ว +613

    Org melihat kita baik bkn krn kita benar2 baik... tp krn Allah SWT yg tutup aib kita '-'....seriusly mmg sedap lgu nie tahniah ustaz adnin

    • @noorsyazana4044
      @noorsyazana4044 3 ปีที่แล้ว +16

      Tu lah tu...kadang orang kata kita nie baik..tapi sebenrnya Allah yang tutup aib kita

    • @nazmizainal2167
      @nazmizainal2167 3 ปีที่แล้ว +13

      betul tu.. aku ni rasa serba salah sngt dgn apa yg aku dh buat kpd Nya tpi org masih puji aku ni org baik😭😭

    • @user-ol9qg7oq2h
      @user-ol9qg7oq2h 3 ปีที่แล้ว +1

      @@nazmizainal2167 kannn😌

    • @akhwatghuroba5613
      @akhwatghuroba5613 3 ปีที่แล้ว +13

      Yaaa..btul tu😭😭😭Ya allahhh..rasa berdosanyaaa...sebaknya dgr lagu ni😭😭😭org slalu puji sya..alim..tpi mreka tdk tahu dlm diam..sya berperang dgn nafsu sya sndri😭😭😭😭Ya allahhh..masihka engkau terima amal ibadah q😭😭😭sya slalu berusaha utk tdk d perhambakan oleh nafsu😭😭kekadang dtg..susahnyaaa Ya allahhhhh😭😭😭

    • @pielord84
      @pielord84 3 ปีที่แล้ว +1

      Betul sangat sangat (。•́︿•̀。)

  • @mekchaaaaa
    @mekchaaaaa 3 ปีที่แล้ว +390

    Sy start rasa Allah syg sy bila sy dipertemukan dgn tarbiah sentap, especially aniq muhai sbb dia lah yg first sekali yg sy kenal dlm tarbiah sentap and make me fall in love dgn lagu2 dakwah. Sy rasa kalau sy x dipertemukan dgn ts ni, sy rasa sy dah x mampu hidup sbb ts lah yg ajar sy yg Allah sentiasa ada and ujian yg berat utk org yg hebat, walaupun x completely halang sy drpd buat bende2 yg entah pape, tapi masih mampu halang sy drpd teruskan ke arah yg lebih teruk, sy bersyukur Allah pertemukan dgn semua org yg hebat2 mcm tarbiah sentap

    • @muhammadhaziqdanialzaharim8566
      @muhammadhaziqdanialzaharim8566 3 ปีที่แล้ว +4

      Peace Jaafar
      Tahniah saudara! Semoga Allah merahmati saudara

    • @TokAkiProduction
      @TokAkiProduction 3 ปีที่แล้ว +7

      alhamdulillah

    • @mujahidahsholehah4778
      @mujahidahsholehah4778 3 ปีที่แล้ว +3

      Alhamdulillah.. Syukur

    • @zalifahamran6610
      @zalifahamran6610 3 ปีที่แล้ว +4

      Saya setuju sangat sis.Saya pun macamtu.Saya doa crew ii ts diampunkan dosa dan ditinggikan darjat mereka diakhirat kelak

    • @mekchaaaaa
      @mekchaaaaa 3 ปีที่แล้ว +2

      @@zalifahamran6610 aamiin...

  • @erinaizzatyanasnazsarmaz5818
    @erinaizzatyanasnazsarmaz5818 3 ปีที่แล้ว +201

    Ya, semua orang ada perjalanan cerita masing-masing. Semua orang ada struggle masing-masing untuk berubah. Berkisarkan lagu ini, sememangnya saya ingin menceritakan kisah saya yang hanyalah seorang pendosa tetapi disayangi oleh semua orang tanpa mereka tahu saya sebenarnya mentaati-Nya di depan manusia sahaja.Sedangkan mereka tidak tahu saya sebenarnya mendurhakai-Nya ketika ketiadaan mereka.
    .
    Kisah saya ni hanyalah perkongsian ringkas jalan hijrah saya. Satu hari ni,saya rasa hati saya kosong.Saya ada kawan,saya ada family ,Alhamdulillah tapi mmg saya rasa macam xde siapa-siapa .Hati mmg gelisah.Mmg rasa rebah masa tu.rasa down tapi x tau kenapa? Masa solat maghrib masa tu, rasa sebak tiba tiba datang.Sampaikan mmg feeling baca surah al-fatihah masa tu..mmg rasa nak nangis.Sampailah sujud terakhir,habis lafaz sujud semua,saya fikir,kenapa harini rasa down?saya nak cerita kat Allah,tapi saya mmg x tau kenapa.Tiba-tiba,saya teringat salah saya dengan manusia.Masa tu,mmg saya nangis tapi x teruk sgt.Usai solat maghrib ,saya kene terus siap nak kelas persediaan(prep).Kat luar dorm,masa nk pakai kasut,sahabat saya tanya"kau nangis ke?".saya diam je masa tu.Sampai kelas awal masa tu,duduk kat meja diam diam..masa tu macam muhasabah diri la..Tiba-tiba ternangis.Kawan-kawan perempuan masa tu kerumun saya kat meja tanya"okay x?knp nangis?"Ada yg siap tolong lapkan air mata lagi...Allah,sungguh hebat ikatan ukhuwah ni.Saya mampu senyum je masa tu.saya kata saya okay.tapi mmg rasa marah kat diri ni dan bersalah dgn org yang kita buat salah.Terus saya pergi kat sahabat saya,kata"aku byk buat salah dgn manusia.Cane nak minta maaf?aku takut diorang x maafkan aku" .Sahabat saya tersenyum manis dan terus kata"kat dunia ni,xde org yg sempurna..kau tau benda tu,kan?Kau kene kuat dan aku tau kau kuat.Kau boleh! tapi masa tu saya mmg x yakin.dalam hati terus fikir,"boleh ke ni?".mmg xde semangat.Sahabat saya bagi saya Quran masa tu dan suruh saya baca.Ya,kalau down buka Quran.Dia kata"buka mana-mana muka surat. Insyaallah Allah hadirkan kekuatan dan semangat".saya buka,kalau x silap saya,saya terjumpa ayat ;وَٱللَّهُ يَعْلَمُ مَا تُسِرُّونَ وَمَا تُعْلِنُونَ.maksudnya,'dan Allah mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu zahirkan'.(Surah an-nahl:ayat 19) Maksudnya?Allah tau aib kita tapi Allah jaga.Dan sbb itu,ramai yang sayangkan kita.Malah,orang yang saya zalimi pun sayangkan saya.Macam mana saya tau dia sayang saya?semestinya dengan sebuah pengampunan terhadap dosa dan salah saya.Saya igt lagi,lepas saya baca ayat Quran tu,saya tunjuk kat sahabat saya dan dia pun terkesan dengan ayat tu.Kemudian,bila saya rasa kuat,saya tarik kawan yang saya zalimi tu keluar dari kelas dan meminta maaf berkali-kali .Tapi dia pelik,kenapa?saya terus terang kat dia.masa tu saya redha je kalau dia x nk kawan ngan saya mahupun nak benci saya.Saya x marah,sbb mmg salah saya.Tapi luar jangkaan saya,dia x marah saya pun,malah dia senyum kata "x pe.kita maafkan..sikit je ni.Takpelah,jgn sedih sedih.. "dan terus peluk saya.Saya masa tu mmg bersalah sgt dan nangis teruk jugak la.Habistu,baru masuk kelas buat homework masing-masing.masuk je kelas,kawan -kawan saya semua kata"jgn sedih"dan sahabat saya senyum melihat saya.Balik dorm,malam tu saya x tidur kat katil saya tapi saya tidur ngan sahabat saya. Dia terus bagi semangat kat saya hinggalah saat ni.
    .
    Tapi sahabat semua,x mudah untuk terus berada dalam jalan hijrah kerana sgt besar pengorbanan yang perlu dilakukan.mungkin kadngkala kita jatuh semula.Sedar?kembalilah semula.
    .
    Bila kita nak bertaubat,ada 3 syarat.pertama,menyesal atas dosa.Kedua,minta ampun pada Allah dan Yang terakhir, usaha untuk x ulangi dosa tersebut.tetapi kalau salah tu kita buat kat manusia? kita Wajib memulangkan hak mereka(kecuali jika dihalalkan) dan minta maaf atas salah yang dilakukan.
    .
    Ya,mungkin kita takut nak buat dosa depan manusia sbb kita takut disisih.Kita takut semua orang benci kita.Sampai satu hari, kita akan merasakan maksiat yang kita buat semakin enak dan semakin mudah bila manusia tau kita baik depan mereka..Ya,mereka baik kerana bersangka baik.tapi kita? Kita khianati mereka dan durhakai Dia.Kita mengkhianati kepercayaan mereka malah berani menderhakai suruhan-Nya.Tapi Allah tersangatlah baik.terus bagi kita peluang setiap hari untuk terus memperbaiki diri.Ya,kita x pernah nk hargai..
    .
    Semoga kita terus berada dalam jalan hijrah dan diberikan kekuatan untuk terus melakukan segala suruhannya dan meninggalkan semua larangannya.Saya amat berharap penulisan dan nukilan saya malam ini dapat menjadi asbab pembaca terus bersemangat untuk berubah.Semoga kita semua dikurniakan syurga dan terus kuat.Ingatlah,kita kuat sebab ada Allah.
    Ikhlas dari hati-@eriinaanas

    • @mujahidahsholehah4778
      @mujahidahsholehah4778 3 ปีที่แล้ว +11

      Aamiinn Ya Rabbal Alaminn.. InshaaAllah.. Allah.. Allah.. Allah memng Maha Mengetahui segala yg zahir mahupun dlm isi hati kita.. Baiknya Allah.. Terima kasih atas perkongsian awak.. Terus istiqomah sahabat, moga Syurga buatmu..

  • @ezullamri9672
    @ezullamri9672 3 ปีที่แล้ว +202

    Terima kasih ustaz kerana bantu saya untuk memperbaiki diri.Keluarga saya majoriti muallaf tak semua pandai agama dan saya membesar dengan nenek yang beragama kristian kalau bab agama memang takda siapa nak ajar, tapi bila saya baca buku ustaz yang saya pinjam😂,saya teringin nak belajar agama.Alhamdulillah perlahan-lahan syaa berubah dulunya tak pandai solat sekarang dah pandai..Saya doakan ustaz sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah.Ribuan terima kasih ustaz hanya Allah yang mampu membalas kebaikan ustaz✨✨

    • @amirakhairina1194
      @amirakhairina1194 3 ปีที่แล้ว +10

      Alhamdulillah, semoga sentiasa dipanjangkan umur utk mempelajari dan mencari ilmu. Jgn pernah putus asa dan mencari ilmu kerana ia juga bagaikan perjuangan atau jihad di jalan Allah

    • @ezullamri9672
      @ezullamri9672 3 ปีที่แล้ว +2

      @@amirakhairina1194 Amiin

    • @hadawiyahelysha5205
      @hadawiyahelysha5205 3 ปีที่แล้ว +3

      Saudara, apa tajuk buku yg saudara baca tu ?boleh sy tau?😍

    • @smole_5864
      @smole_5864 3 ปีที่แล้ว +1

      💪💯🌹

    • @nurulathirah6253
      @nurulathirah6253 3 ปีที่แล้ว +1

      Semoga awak berjaya di dunia dan di akhirat😊

  • @justme-xn6im
    @justme-xn6im 3 ปีที่แล้ว +386

    Bismillah..Assalammualaikum semua, saya percaya setiap orang di uji dengan ujian masing-masing. Ini kisah tentang saya, mungkin boleh menjadi ibrah buat semua. Saya lahir dalam 'Broken Family' . Ayah saya bukan seperti sepatutnya seorang 'ayah' .Ditakdirkan Allah, kami adik-beradik hampir setiap hari dicubit dan dipukul sehingga kami takut pada ayah sendiri. Fizikalnya kuat, jadi kalau dicubit tu paling minimum pun akan ada kesan warna purple.. Waktu tu, saya rasa Allah x adil , kenapa saya dpt ayah mcm ni? Sejujurnya, saya jealous dengan orang yg dpt peluk dan cium ayah dia. Kadang , kalau saya nampak kemesraan org lain dengan ayah dia, saya akan nangis. Sejak tulah saya rasa Allah x adil. Allah x sayang saya ke? . Ditakdirkan, ketika saya 12 tahun, mak dan ayah bercerai iaitu sebulan sebelum saya UPSR lagi2 waktu tu terkejut dpt tahu tahun tu jadi 6A. Form 1, Alhamdulillah saya dpt masuk sek yg menghafal quran. Sejak itulah saya muhasabah dan saya sedar. Allah tarik nikmat keluarga bahagia tapi baiknya Allah, dalam semua peperiksaan besar saya, UPKK, UPSRA, UPSR dan PT3 semua dpt straight A. Alhamdulillah. Ketika itulah saya sedar , Allah sayangkan saya, Allah beri banyak nikmat. Sebalik kesedihan, pasti ada kebahagiaan yg Allah sediakan. Tapi kadang, kita selalu lihat apa yg kita x ada sehingga kita lupa untuk syukur apa yg kita ada. Apa yg kita ada, kadang2 jadi impian org lain. Sebab itu kena bersyukur. Ujian itu pasti ada. Allah turunkan ujian, sebab Allah sayang dan nak kita kembali pada-Nya. Alhamdulillah ‘ala kulli hal.Sahabat, Sebalik kesedihan, pasti ada kebahagiaan.

    • @meyyoow4205
      @meyyoow4205 3 ปีที่แล้ว +11

      Heyy semoga kuat !! Saya doa kan kamu jumpa kebahagiann nnti inshaAllah pecaya Allah patient is sweet :)

    • @nurafiqahaminzafri6307
      @nurafiqahaminzafri6307 3 ปีที่แล้ว +8

      Allah sayang andaa sangatt, sebab tu Allah beri ujian.. Allah sayang semua hambanyaa..

    • @nurfatin7601
      @nurfatin7601 3 ปีที่แล้ว +4

      Allah sayang awak :):):)

    • @pluto5585
      @pluto5585 3 ปีที่แล้ว +5

      Kita rase ujian kite paling berat padahal ujian kite ringan bg ujian yg lebih berat, kite lupe jawapannye satu je "bersyukur" :)

    • @mujahidahsholehah4778
      @mujahidahsholehah4778 3 ปีที่แล้ว +3

      Moga awak terus kuat, tabah dan istiqomah.. Alhamdulillah

  • @melisazalia9438
    @melisazalia9438 3 ปีที่แล้ว +51

    Aku kembali duduk di kerusi, setelah penat sepanjang hari. Hari yang panjang, banyak perkara ku lakukan. Kesemuanya untuk dunia ini. Dari pagi sehingga petang, dari wangi sehingga masam, kesemua kerjaku berjalan lancar seperti yang aku ingini.
    Aku gembira, aku bangga, dengan senyuman paling besar ku hadiahkan untuk semua. Tapi kini aku di atas kerusi, di dalam bilik tempatku menyendiri, aku termenung mengenang diri.
    Hari ini aku lupa lagi, tentang Dia sang pemberi rezeki, tentang Dia yang melindungi diri ini, tentang Dia yang memudahkan hari ini, tentang Dia yang menutupi aibku ini. Hari ini aku lupa lagi, untuk bersyukur atas kurniaan-Nya yang banyak yang tak terhintung dek jari, untuk mencari bekalan tabungan hidup setelah mati. Hari ini aku masih sibuk mengejar dunia kecil ini sehingga aku lupa tuhanku sendiri.
    Dengan mata berair aku kemudian tersenyum, seperti ada sinar harapan di hatiku, kerana tersedar sememangnya Engkau Maha Pengasihani. Walaupun setelah aku terlupakan-Mu sepanjang hari, Engkau masih di sini, dekat denganku, mengajarku untuk kembali ke jalan hakiki. Hari ini juga aku bertekad untuk bangkit, mengajar diriku cara mengingati-Mu dan mencintai-Mu sepenuh hati, supaya aku tidak melupakan-Mu lagi. Wahai Allah yang Maha Penyayang, peliharalah hamba-Mu ini. Saat ini, aku merasa bahagia, bahagia yang hakiki, meletakkan 100% pengharapanku pada Ilahi.

  • @jarianahjaafar4551
    @jarianahjaafar4551 3 ปีที่แล้ว +13

    Jauh di sudut hati ku, aku malu bersujud pada MU. Aku banyak dosa, aku cari Allah waktu aku sedih dan hiLang harapan dgn manusia. Aku malu, aku munafik. Allah sayang aku lagi ke

    • @nuraziah6033
      @nuraziah6033 3 ปีที่แล้ว +2

      Allah sayang setiap hambanya 🙂

  • @nurainaalia5594
    @nurainaalia5594 3 ปีที่แล้ว +92

    Semoga lagu ne menjadi asbab saya berubah ke arah kebaikkan dan menjadi muslimah yg terbaik, doakan saya mendapat hidayah

  • @izzhleerr
    @izzhleerr 3 ปีที่แล้ว +114

    Alhamdulillah, lagu2 yang dibuat oleh tarbiah sentap semua buat saya berubah untuk teruskan jalan saya ke jalan yang lurus. Terima kasih tarbiah sentap😘👍

  • @iqanabilah97
    @iqanabilah97 3 ปีที่แล้ว +11

    Pandangan saya, video demo ustaz ni lagi sampai emosi dan mesejnya berbanding official lyric video yg baru release bbrapa jam lepas.

  • @farhanaamirah
    @farhanaamirah 3 ปีที่แล้ว +13

    Saya rasa Allah sayang saya bila saya dapat satu ujian yang sangat berat untuk saya. Saya tak pernah rasa kehilangan berat macam ni. Sebab saya sangat berhati hati. Baru saya sedar, rupanya saya bergantung dengan diri sendiri dengan orang lain terlalu banyak. Saya abaikan Allah. Tapi dengan ujian ni, Allah sedarkan saya. Saya jumpa Allah. Allah tempat saya untuk bergantung. Allah masih sayang saya. Tak semua dapat peluang macam saya. Saya bersyukur. Allah gerakkan hati saya untuk follow tarbiah sentap. Bila saya jumpa tarbiah sentap. Saya rasa macam, saya malu. Bila tengok ustaz dan rakan rakan, saya rasa banyak kekurangan saya. Saya nak jadi hamba Allah , saya nak jadi umat Rasulullah. Banyak silap dah saya buat. Saya tahu nak betulkan kesilapan saya tak mudah. Saya tak tahu nak start dari mana. Bila dengar lagu ni. Saya rasa macamm banyak sangat aib saya. Alhamdulillah Allah maha pemurah Allah tutup aib saya. Terima kasih ustaz sebab tubuhkan tarbiah sentap, buat lagu yang boleh menyentuh hati anak muda.
    Terima kasih sebab sedarkan anak anak muda, dengan dakwah yang mudah difahami. Terima kasih ustaz

  • @aisyahsafiah1080
    @aisyahsafiah1080 3 ปีที่แล้ว +31

    "Allah sayang kita. Sebab tu Allah tutup aib kita. Kerana Allah nak beri kita peluang untuk kembali pada Dia. Ya, peluang demi peluang. Namun, sejauh mana kita menghargainya?"
    "Semoga Allah beri kita kekuatan untuk meninggalkan segala maksiat yang masih bersarang dalam hati kita semua.."
    🌼TUHAN TOLONGLAH AKU🌼
    -TarbiahSentap-

  • @umairahsharifudin5314
    @umairahsharifudin5314 3 ปีที่แล้ว +71

    Suara ustaz adnin, mmang menusuk ke kalbu. Melodi dia, lirik dia.. 💯😭 terbaik! 👍👏

  • @umairahsharifudin5314
    @umairahsharifudin5314 3 ปีที่แล้ว +32

    Duk ulang2 je lagu nii.. Terbaik!! 😭 sedih sgt2 lirik dia. Kita jaga aib orang, Allah jaga aib kita ❤️

    • @sitinorain6255
      @sitinorain6255 3 ปีที่แล้ว +1

      Baik cm shbt I ustazah atikah dia nk bjihad dmi agama islam tcinta.dia skrg dh mula bljr berubt org

  • @noryfarisha3683
    @noryfarisha3683 3 ปีที่แล้ว +46

    Saya rasa ALLAH sayang saya bila mana ALLAH mendetikkan hati saya untuk bertaubat dan mensyukuri nikmat yang dikurniakan olehNya.Saya ada keluarga yang bahagia dan sahabat yang sentiasa tegur saya dikala saya terpesong ke tempat yang jauh.ALLAH tutup aib saya walaupun saya banyak berbuat dosa yang orang tak nampak dosa apa yang saya buat, tapi saya tahu ALLAH maha mengetahui segalanya dan ALLAH maha mengampun..Saya nak sangat diri saya jadi baik dan sentiasa mengingati ALLAH....Saya nak ucapkan terima kasih kepada Tarbiah Sentap kerana selalu memberikan dakwah yang sangat bermanfaat dan dapat menyentuh hati ini, kerana Tarbiah Sentap jugalah hati saya mula berubah untuk menjadi seorang yang sentiasa mengingati ALLAH..Doa kan saya agar diri saya sentiasa beristiqamah yee..

    • @tyka196
      @tyka196 3 ปีที่แล้ว +1

      Masyaallah... insyaallah..truskan sama2 istiqomah ke jalan yg benar dan lurus..Allah maha pengasih kepada hamba nya yg ingin bertaubat...dan bila sudah bertaubat akan byk ujian yg diberikan oleh_Nya...untuk tgok sbyk mna kita berubah dan mendidik supaya kita menjadi sabar🤗insya Allah amiin

  • @noralizams764
    @noralizams764 3 ปีที่แล้ว +89

    Allahu, lagu TUHAN TOLONGLAH AKU umpama reflection diri bagi setiap individu. Manusia selalu lalai, leka dengan dunia yg penuh dgn fitnah. Tp alangkah baiknya Allah yg tidak pernah menolak permohonan ampun hambaNya, walau dipenuhi dengan dosa Dia tetap menjaga aib hambaNya supaya nampak baik di hadapan manusia lain.
    Lagu ni sangat menyentuh hati saya yg terleka dgn maksiat dan memberi tamparan hebat bagi pendosa seperti saya.

  • @sitinadhirah3023
    @sitinadhirah3023 3 ปีที่แล้ว +83

    Semoga dengan kehadiran lagu ni.. dapat memberikan motivasi dan semangat kepada diri saya juga masyarakat di luar sana untuk tidak mudah berputus asa kepada Allah, InsyaAllah...
    Dari sy S. N

  • @muhammadsaqif1736
    @muhammadsaqif1736 3 ปีที่แล้ว +10

    Ustaz kluar la satu lagu sendiri mesti best siapa setuju like skit..

  • @heartadvisor9999
    @heartadvisor9999 3 ปีที่แล้ว +47

    Dad, why do good people die earlier? When you are planted, which flower do you take first? The most beautiful flower. That is the similarity.

  • @theejen420
    @theejen420 3 ปีที่แล้ว +9

    Kadang2 terkejut nampak macam keluar asap dari Mulut Ustaz Adnin tapi rupa2nya air freshener kat belakang..😂

  • @eishanafisha1455
    @eishanafisha1455 3 ปีที่แล้ว +35

    insyaallah dpt memberi hidayah dn motivasi pada kalngtn remaja zamna skrng..semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita semua dn semoga kita mendapat syafaat dri idola kita RASULULLAH SAW. amin ya rabb

  • @hidayahyun8073
    @hidayahyun8073 3 ปีที่แล้ว +11

    Intro piano mcm familiar to lagu anime hehe.. to be honest, sy lebih suka version ustaz Adnin utk lagu ni.. sgt soft n calm😊

  • @raffmraparker321
    @raffmraparker321 3 ปีที่แล้ว +16

    Kepada yang membaca walaupun dalam hati. saya nak ucapkan semoga kalian sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki 🤭:)

  • @izzatulsyazwniee_4231
    @izzatulsyazwniee_4231 3 ปีที่แล้ว +46

    Paling indah saat bila rasa Allah tolong saya, bila di kurniakan kawan yang baik2. Yang ada untuk tolong saya.
    Allah tolong saya masa saya pernah lost sekejap follow si fulan yang terlalu banyak berkonspirasi, percaya ramalan dia lalu satu masa yg Allah detikkan hati untuk pegi cari majlis2 ilmu, dengan guru yang sahih. Itu rasa nikmat yang tak ternilai bila Allah tolong, kalau x mungkin dah terjebak dengan taksub pada konspirasi, kegelapan Dan sebagainya.

  • @user-fq1jq1kf2s
    @user-fq1jq1kf2s 3 ปีที่แล้ว +6

    dah dengar the trvth punya, tapi still tak dpt move on versi ustaz adnin 🥺🥺

  • @axnlxily8659
    @axnlxily8659 3 ปีที่แล้ว +122

    I don't understand why still got people unlike this video

    • @nopalmzofficial5462
      @nopalmzofficial5462 3 ปีที่แล้ว +33

      Sebab tak semua orang mampu terima kebaikan. Bukan sebab diorang ni jahat, tapi diorang Belum lagi mengerti. So sama² lah Kita doakan semoga mereka juga turut sama diberikan hidayah, aamiin🥰

    • @khairulamin4469
      @khairulamin4469 3 ปีที่แล้ว +12

      husnuzon je, tersalah tekan tu😁😁depa nak tekan like,tersalah tekan unlike

    • @nopalmzofficial5462
      @nopalmzofficial5462 3 ปีที่แล้ว +2

      @@khairulamin4469 hahaha inshaa Allah😅👍

    • @theejen420
      @theejen420 3 ปีที่แล้ว +2

      @@khairulamin4469 harap2lah..😅

    • @daniafilzati9748
      @daniafilzati9748 3 ปีที่แล้ว +2

      Sebab kalau takda unlike langsung, nanti video kena ban dari youtube. Yang unlike tu mostly bot youtube

  • @sunflower_latte4800
    @sunflower_latte4800 3 ปีที่แล้ว +36

    1:54 my favourite lyric
    Tuhan tolonglah aku...
    Aku selalu rasa sunyi, kurang perhatian dan kasih sayang padahal aku punya segalanya (walau tak semewah hidup orang lain).
    Aku masih mencari apa cita-cita ku sedangkan orang lain sudah mencapai impian mereka.
    Aku masih merasa belum menjadi anak yang baik untuk ibu dan ayah ku.
    Namun aku syukur dan redha.
    Tuhan tolonglah kami. Aamiin..
    Terima kasih sudi baca luahan hati saya.
    Lagu yang menyentuh hati.
    Good job Tarbiah Sentap.
    Syukur selalu :)

  • @Ham1st
    @Ham1st 3 ปีที่แล้ว +11

    Lagu ini macam nak bagitau betapa pentingnya tuhan dalam hidup.

  • @Nurul-om8rl
    @Nurul-om8rl 3 ปีที่แล้ว +58

    Saya rasa Allah sayang saya bila Dia gantikan kekecewaan saya dengan sesuatu yang lebih indah...
    Perkara ini jadi masa saya dpt result spm beberapa tahun lepas..saya sangat down,,saya sangat kecewa walaupun masih ada A tp bilangannya tu xseperti yang saya target..saya xdpt nk smbung blaja dlm bidang yang saya minat sebab xlayak..yang buatkan saya lagi stress sebab ada makcik2 yang suka bandingkan result saya dengan sepupu lain yang sebaya..masa tu memang saya tak boleh nak terima kenyataan yang result saya mcm tu..saya xkeluar bilik,,saya xnak jumpa orang,,saya cepat nk marah bila org tnya result spm bpe...tapi bila saya muhasabah balik mungkin banyak dosa2 yang saya xminta ampun lagi,,mungkin Allah taknak saya riak bila dapat result yang bagus..mungkin itu juga petunjuk dari Allah yang bidang saya minat tu bukan yang terbaik untuk saya..sekarang Allah dah ganti kan dengan bidang baru yang jauh lagi baik dari apa yang saya impikan selama ni...result periksa dkt ipt pn ok.. Alhamdulillah lagi beberapa sem je nk habis dh degree..
    Sentiasa bersangka baik dengan Allah psti ada sinar nya nnt✨

    • @luqmanismail7606
      @luqmanismail7606 3 ปีที่แล้ว +3

      Semoga sukses didunia dan akhirat sis!❤️Terima kasih bagi saya semangat untuk jawab spm covid☺️

    • @nuraziah6033
      @nuraziah6033 3 ปีที่แล้ว +1

      All the best. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat :)

    • @anisscrumbz6957
      @anisscrumbz6957 3 ปีที่แล้ว +1

      Wahhh.. goodluck in the future🤭💗

    • @normizamaisyurahmahadzir9041
      @normizamaisyurahmahadzir9041 3 ปีที่แล้ว +1

      Sama macam saya rasa... Allahu .. I feel you😭

  • @alaminasri1094
    @alaminasri1094 3 ปีที่แล้ว +13

    tarbiah sentap banyak mengubah saya ke jalan yang lebih baik. terima kasih. teruskan perjuangan kalian

  • @nrnadia25
    @nrnadia25 3 ปีที่แล้ว +29

    Baiknya Allah, andai sekalipun kita datang padaNya membawa bergunung2 dosa Allah tetap sambut kita dengan cintaNya. Allah tutup aib kita , ampunkan dosa2 kita , dan Allah sentiasa tuntun kita kearah kebaikan ♥️
    Terima kasih ustaz adnin , lagu ni sangat menyentuh hati ♥️ moga Allah kurniankan kita semua kebaikan dan keampunanNya, Aaminn 🤲

  • @nurinnazifa6007
    @nurinnazifa6007 3 ปีที่แล้ว +4

    Dont ever give up untuk balik pada DIA. Hakikatnya, syurga itu sendiri dipenuhi dengan pendosa yang bertaubat dan Neraka itu dipenuhi dengan orang mukmin yang munafik.
    Me too, tengah struggling with my own battles. And semua orang ada ujian masing2 dalam penghijrahan mereka. Tapi percayalah, Allah tu lebih dekat dengan pendosa. Jauh dari setiap hati pendosa itu, sungguh mereka penat dengan dosa yang mereka ketagih. Bukan mudah nak tinggalkan. Ia akan ambil masa. Satu proses yang banyak jatuh bangun. Tapi, Allah tahu setiap saat kita menangis kerana dosa. Allah tahu setiap detik dimana kita benci diri kita. Allah faham betapa strugglenya kita nak tinggalkan dosa.
    Paling penting. Jangan give up okay. Allah tengok usaha kita sayang 🥺❤

  • @syahsse4257
    @syahsse4257 3 ปีที่แล้ว +15

    Allah sayang saya disaat saya menganut agama yang indah iaitu Islam💖

  • @adibahfarzana87
    @adibahfarzana87 3 ปีที่แล้ว +9

    ya Allah ya Allah ya Allah jujur cakap lirik lagu ni keseluruhannya kena sangat kena diri ni 😭😭 sampai je part “tuhan tolongla aku” terus menitis air mata ya Allah tak kuat 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭 ya Allah ampunkan kami ya Allah kami banyak melakukan dosa kepadamu tapi engkau tetap tutup aib kami dan tetap makbulkan semua doa kami 😭😭😭🤲🏻🤲🏻

  • @nuraiman9452
    @nuraiman9452 3 ปีที่แล้ว +36

    Saya kagum dengan kelebihan yang Allah SWT berikan kepada Ustaz.

  • @fatihahfadzillah1121
    @fatihahfadzillah1121 3 ปีที่แล้ว +45

    Allahu.lirik dia memang mendalam.Sebak.Bait-bait lirik dia memang dekat dgn kita.Allah tu maha baik,maha pemurah,segala puji bagi Nya..Allah tetap tutup aib kita walaupun kita selalu mungkir janji.Selalu ulang dosa yang sama.Tapi dia tak pernah buka aib kita walaupun kita slalu ulang dosa yang sama.Maha baiknya Allah.Kadang-kadang rasa malu bila Allah masih nk kabulkan doa kita walaupun kita selalu menjauh dah cari dia bila perlu sahaja.Semoga hati kita allah pelihara untuk kekal istiqomah dalam agama- Nya...

  • @hadawiyahelysha5205
    @hadawiyahelysha5205 3 ปีที่แล้ว +10

    Saya sedar Allah sygkan sy apabila Allah bukakan hati saya utk menyedari dan mendalami keindahan agama Islam..Allah hadirkan insan² yg sudi membimbing dan memberi semangat pda sy dlm mengejar cinta Allah dan mengenal serta menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai idola❤️ Alhamdulilah Ya Allah..Thanks a lot for everything 🌼✨

  • @nuraiman9452
    @nuraiman9452 3 ปีที่แล้ว +6

    Saya dah dengar 2 minggu lepas...
    Tapi apabila semakin lama dengar lagu ini....
    Rasa seperti hendak mengalirkan air mata.....

  • @Muhammad-ht1fi
    @Muhammad-ht1fi 3 ปีที่แล้ว +12

    Alhamdulillah...Allah msih izinkn aq utk hdup and ttp aib aq, even a lot of pple anggap aq org yg baik..tp mreka tk tau wht hppend in my life..and brpe byk dosa dh aq bt😭

  • @Alfonso013
    @Alfonso013 3 ปีที่แล้ว +4

    Weiiiiiii.!!!!! teringat zaman2 Hira' masa 2010 bila dgr lagu ni ..hrm,, sedeyhhhhhhh!!

  • @FahminTocem
    @FahminTocem 3 ปีที่แล้ว +9

    Salam dari kelantan, klau faham betul2 ape yg di smpaikan oleh ustaz adnin memang terasa hati, sebb masuk lagi ni meman dalam🙏

  • @nursyahirahbintialiamat1267
    @nursyahirahbintialiamat1267 3 ปีที่แล้ว +8

    (dgr lagu pkai earfon lpastu tutup mata ya Allah perasaan yg mmng dlm) 🥺

  • @nabilahnaf4260
    @nabilahnaf4260 3 ปีที่แล้ว +13

    Lagu mantap, lirik mantap, mesej mantap, vokal mantap. Syabas tarbiah sentap!

  • @salbiahmahadi8702
    @salbiahmahadi8702 3 ปีที่แล้ว +13

    assalamu'alaikum ☺️
    saya mula rasa Allah masih sayangkan saya semasa saya menerima ujian yang membuatkan hati saya sangat sedih,down saya tak tahu nk buat apa ,saya teringat dosa dosa yang lalu mungkin ujian ini boleh membuat dosa dosa saya terhapus ,saya redha dan terima.MasyaAllah rupanya Allah sangat sayangkan saya .saya cuba untuk faham semua ni kenapa ,sekarang dah faham kenapa Allah bagi ujian kat saya..
    Doakan saya ye semua semoga saya boleh merubah ke arah yanglebih baik.terima kasih semua🤍

  • @nursufiah6010
    @nursufiah6010 3 ปีที่แล้ว +28

    Yay, full song ustat yang nyanyi 💙 It's true, that we need Allah the most. Because, we are so weak if we don't have Allah in our hearts. Alhamdulillah, I'm so grateful that I know and I realise that. And, when I know, and I see, now how the world works and how should I face the world in a healthy way. I'm so grateful that it brings me to cry in tears of love for Allah ❤ Alhamdulillah. Thank you for Islam, Al-Qur'an and sunnah. Plus, these are the gifts from Allah to us, as a human beings. Alhamdulillah 🌻

  • @aleeyasofia9913
    @aleeyasofia9913 3 ปีที่แล้ว +13

    Subhahanallah. Lagu ii dari tarbiah sentap semuanya menyentuh hati saya. Ia menyedarkan saya bahawà tuhan akan selalu ada dan tuhan selalu menyayangi hambanya dikala Kita susah mahupun senang, baik mahupun jahat. Ia juga menyedarkan saya bahawà Bila Kita menyimpan aib orang maka Allah akan menyimpan aib Kita. Ia juga menyedarkan saya bahawà satu kapahitan dan ujian yang Kita rasai akan dibalas dengan seribu kemanisan yang diberi olehNya. Terima kasih tarbiah sentap..😃 semoga segala urusan tarbiah sentap akan dipermdhhkan dan semoga sentiasa diberkati oleh Allah SWT. Insyaallah saya akan selalu menyokong tarbiah sentap dari belakang kerana dengan mengenali tarbiah sentap dah banyak menyedarkan saya untuk terus berada di Jalan yang benar daripada terus terpesong di Jalan yang salah. Saya ingin mengucapkan banyak ii terima kasih. Ucapan ini ikhlas dari saya bukan untuk perhatian semata ii.

  • @syuhadafaisal3208
    @syuhadafaisal3208 3 ปีที่แล้ว +11

    اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد ❤️
    Bismillah
    Ya Allah..sungguh banyak dosa hamba, ampuni lah hamba , ya Allah .. aamiin 💌

  • @norhayatiidek9435
    @norhayatiidek9435 3 ปีที่แล้ว +12

    Ya Allah, semoga Allah beri semua Team tarbiah sentap ni syurga tanpa hisab, mereka banyak membantu anak" muda sekarang dan menjadikan inspirasi mereka, terima kasih sangat" sanggup habiskan puluhan ribu untuk kami, it's really work🥺

  • @arsyaddnapii9437
    @arsyaddnapii9437 ปีที่แล้ว +4

    Saya berada di fasa yg benar2 keliru😭😭....cuba berubah cuba istiqomah dlm mnjga solat tpi masih lagi rsa kosong...kesedihan yg melanda stlah 6 taon sya brpisah dgn org yg sya cintai...sya benar2 keliru langkah apa yg sptutnya sya ambil..

  • @mamekazim8145
    @mamekazim8145 3 ปีที่แล้ว +20

    Teruskan usahamu Ustaz Adnin , semoga lagu ini bakal menusuk kalbu berbilion orang
    Aamiin

    • @idiyatik4375
      @idiyatik4375 3 ปีที่แล้ว

      Wah abang azim pun subcriberb youtube tarbiah sentap.saya dari sekolah rendah lagi dah kenal tarbiah sentap🥰

  • @sitinorain6255
    @sitinorain6255 3 ปีที่แล้ว +2

    Allah mmg maha pengasih Dan penyayang krna Allah aku msih bnafas dpt tgok dunia ni serta byak bljr tntg ilmu agama dgn lbih mdalam

  • @nanadiyana9909
    @nanadiyana9909 3 ปีที่แล้ว +15

    Kerana Allah sangat baik dengan hamba-Nya. Jika aib kita mempunyai aroma yang busuk semestinya manusia lain tidak mahu bersama kita.Kerana itu,Dia(Allah) menutup aib kita kerana DIA sayang dan cintakan hamba-NYA tanpa syarat.Berbaik sangka dan berdamailah dengan Allah.Sesungguhnya DIA lebih mengetahui dari kita tahu.Syukran ustaz Adnin untuk lagu cukup puitis dan baik maknanya.Lagu ini mengingatkan kepada diri saya bahawa Allah itu amat penyayang kerana bersifat Ar-Rahim terhadap hamba-NYA. Semoga lagu ni menjadi asbab untuk kita semua berhijrah dengan beristiqomah.❤️

  • @nurfasihahalisa1609
    @nurfasihahalisa1609 3 ปีที่แล้ว +6

    Tenangnya lagu ni. Sebak rasanya hati, membuatkan kita muhasabah diri

  • @niknurulizaty2121
    @niknurulizaty2121 3 ปีที่แล้ว +12

    Masya Allah merdunya ustaz adnin nyanyi sambil bermainkn dgn piano..i like it

  • @nursuhaimahchannel5605
    @nursuhaimahchannel5605 3 ปีที่แล้ว +7

    Currently my favourite song, this song is very inspiring for me, thank you tarbiah sentap 😔😔😔

  • @adammalaysiapro3557
    @adammalaysiapro3557 2 หลายเดือนก่อน +1

    masyallah bagus semua balik ke agama asal seperti surah an nasr
    so kita kene ingat allah tak pernah
    putus asa bawak kita balik ke agama
    bersyukurlah pada allah maha penyayang
    ❤❤❤
    #sayang allah # jangan putus asa🫰🏻

  • @miawisyah920
    @miawisyah920 3 ปีที่แล้ว +18

    Yay tak sabar nyeeeee
    Alhamdulillah... Lagu ni best sangat dan SANGAT BERFAEDAH!👍👍👍👍

  • @zahidah73
    @zahidah73 3 ปีที่แล้ว +17

    Ya Allah 🥺 lama dh tunggu lagu ni 🔥 hope fully ustaz sendiri la yang nyanyi 😊✨✨

  • @auniesolehahofficial6879
    @auniesolehahofficial6879 3 ปีที่แล้ว +1

    Tuhan Tolong Aku
    Firman Allah SWT dalam surah Al-An'am ayat 59:
    Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan( tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya ), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Luh Mahfudz)"

  • @armaheram4676
    @armaheram4676 3 ปีที่แล้ว +4

    Allah penjaga rahsia sebenar2nya.. kdg2 malu meluah dosa yg kita lakukan.. tp Allah ttap ampunkan dosa dan terima kita sbgai hambaNya.. semoga hijrah ini berterusan.. aamiin

  • @nurafiqahaminzafri6307
    @nurafiqahaminzafri6307 3 ปีที่แล้ว +8

    Masha Allah, memang Allah sayang semua hambanya. Allah hadirkan orang-orang yang baik sekeliling kita. Allahuakbar, melalui mereka sy dapat kenal agama lebih dekat lagi, terutamanya senior2 dan juga kawan2 saya. Alhamdulilah sy dapat bangkit dan berhijrah dari kisah silam dengan suasana biah solehah sekeliling sy.. Allah memang tutup aib hambanyaa.. Allahuakbarr.. Doakan syee KUATT>>

  • @eSafarEEMe
    @eSafarEEMe 3 ปีที่แล้ว +1

    Semoga berjaya saya ucapkan kepada semua yang sedang berusaha ke arah kebaikan.

  • @rosyellarosli
    @rosyellarosli 3 ปีที่แล้ว +3

    lepas spm nnt niat nak buat cover versi kalimba laaaa , tenaaaang ja lagu ni 🤗🌾

  • @ikaemi3654
    @ikaemi3654 3 ปีที่แล้ว +2

    Best . Tenang je dengar..

  • @sitihajar-ro1vk
    @sitihajar-ro1vk 3 ปีที่แล้ว +8

    Alhamdulillah,tak sabar nak dgr,☺️💓lagu" dri tarbiah sentap byk sgt ubah hidup saya🥺💕terima kasih tarbiah sentap☺️❤️👍dan paling tidak lupa ,syukur sgt" dekat Allah sbb hntrkan tarbiah sentap dlm hidup sayaa😢💞

  • @ABSchannel87
    @ABSchannel87 3 ปีที่แล้ว +1

    Tuhan tidak pernah sekali² membiarkan kita didalam kehinaan, kejahilan, kebinasaan, cuma kita sendiri yang gagal bermujahadah melawan hasutan nafsu dan syaitan yang sangat² membawa kepada kejahatan..
    Semoga kita dicerdikkan hati untuk mengawal akal supaya fizikal bertindak selari dengan kehendak Allah..

  • @farisyanjwa
    @farisyanjwa 3 ปีที่แล้ว +5

    Sedap lagunya. Lagi2 part korus. Allah... lagu yg sangat2 lah bermanfaat. Semoga ahli2 tarbiah sentap terus berdakwah dengan cara begini ya❤️😊

  • @httuahhafidz9597
    @httuahhafidz9597 3 ปีที่แล้ว +7

    bagi saya lah Allah sayang kita bila Allah terima taubat kita.

  • @Mynmien
    @Mynmien 3 ปีที่แล้ว +2

    Allahu..... Sungguh mendalam makna lagu ni. Terima Kasih Ya Allah kerana tutup aib ku berulang ii kali........

  • @raymonsopiad
    @raymonsopiad 10 หลายเดือนก่อน +1

    Kenapa tetiba mata ni mengalirkan air mata yg tak henti2 bila dengar lagu ni dan membaca semua komen2 pendengar. Lagi ulang lagu ni,lagi tu bergenang air mata ni.😢

  • @norsyidabaharum7868
    @norsyidabaharum7868 3 ปีที่แล้ว +5

    Lagu ni banyak sangat benda yg buatkan aku sedar...

  • @hafizahnorazam2577
    @hafizahnorazam2577 3 ปีที่แล้ว +6

    MasyaAllah sedap gila lagu ni, sejak dengar teaser dulu, tak sabar betul bila nak keluar, lagu ni vibes dia macam bila kita tengah down gitu huuuu

  • @amannazarri5182
    @amannazarri5182 3 ปีที่แล้ว +8

    Ustaz THIS REALLY GOT ME:'''')))). Syukurnya channel Tarbiah Sentap ni macam jadi 'klinik' bila rasa down. Thank you TS!

  • @wanjoetube8789
    @wanjoetube8789 3 ปีที่แล้ว +3

    sedaplah suara ustaz, baik ustaz je nyanyi 🤭

  • @bahiyahbahiyah8102
    @bahiyahbahiyah8102 3 ปีที่แล้ว +8

    Alhamdulillah ustaz saya tidak sabar untuk melihat ustaz nyanyi nnti

  • @nurnajihah4360
    @nurnajihah4360 3 ปีที่แล้ว +6

    Terima kasih untuk sebuah karya yang sangat memahami. :')

  • @najihahyusoff7763
    @najihahyusoff7763 3 ปีที่แล้ว +7

    Make me cry. What a beautiful words and melody. ♥️

  • @nurulyasmine5533
    @nurulyasmine5533 3 ปีที่แล้ว +1

    sebak baca komen dekat sini. untuk yg sedang berhijrah, moga dipermudahkan ye. Kena kuat, Allah ada. ❤️

  • @user-lf4jr6ef9u
    @user-lf4jr6ef9u 3 ปีที่แล้ว +14

    Pehhh, goosebump dari awal sampai habis...masyaallah sedap dan lirik yg sangat memberi inspirasi❤️❤️

  • @FarahYusry-to5dl
    @FarahYusry-to5dl 11 หลายเดือนก่อน +1

    Lagu ni memang sama dengan saya terima kasih Allah bagi ieda kepada artis ni terima kasih ustaz tolong nyanyia lagu ni 😢 dosa saya sama macam ustaz buat dosa dulu²
    Sekarang saya dah taubat sebab mase tu saya rindu Allah tiba-tiba lepastu saya belajar taubat😊 terima kasih Allah

  • @mulyaniss441
    @mulyaniss441 3 ปีที่แล้ว +1

    MasyaAllah.Tabarakallah.
    Lirik nya sungguh menyentuh..
    Barakallahu fiikum

  • @atiqahysrh
    @atiqahysrh 3 ปีที่แล้ว +2

    Alhamdulillah , akhirnya lme tunggu ❤️🤲🏻

  • @aliaaatiqah198
    @aliaaatiqah198 3 ปีที่แล้ว +3

    Tuhan tolonglah akuu , tutuplahh salahku
    Jgn kau bukak aib kuu 😭😭😭❤️

  • @cikarysa5662
    @cikarysa5662 3 ปีที่แล้ว +1

    Ya Allah sedih sgt.. Tringat perjalanan hidup sy dr kecil penuh ujian dan airmata, penah jatuh atas jalan raya dgn basikal masa skolah rendah tp Allah sgt sygkan sy nasib tiada kereta atau kenderaan lain menggilis sy..Allah selamatkan sy 🤲 dan ketika besar sy penah drive kete wiper kete sy rosak dan hujan sgt lebat sehingga langsung tak nampak apa kt depan..tp kuasa Allah swt seakan Allah yg membawa kereta sy sehingga sampai ke rumah dgn selamat..Allah betul² selamatkan sy 🤲
    Takde kata yg mampu sy ucapkan tanda bersyukur kpd Allah..dan Allah juga byk kali selamatkan sy dari org² yg tidak baik..Ada org hina sy 29 tahun xkawin lg, tp hakikatnya sy saja yg tahu betapa sy bersyukur kerana Allah jauhkan sy dr org yg tidak baik..🤲 serta byk lg keajaiban yg berlaku kpd sy sehingga skrg membuatkan sy berhijrah menjadi lebih baik dan taat kpd Allah 🤲 Alhamdulillah. Ujian yg berlaku tanda Allah sgt sayangkan kita ❤️

  • @m.hifzhanhaziq223
    @m.hifzhanhaziq223 3 ปีที่แล้ว +7

    Sedap lagu ni ustaz...

  • @faiznazhanridzuan3216
    @faiznazhanridzuan3216 2 ปีที่แล้ว +1

    Lepas dengar lagu nasyid ni sya rasa sedih dan menangis kerana terkenang dosa masa yg lalu 😢😭

  • @myrarha6848
    @myrarha6848 3 ปีที่แล้ว +1

    Banyak2 lagu dari Tarbiah Sentap . Yang ni buat aku tersentuh Tetiba hati aku tersentap dengar lagu ni . Allahu

  • @iamwafiy3685
    @iamwafiy3685 3 ปีที่แล้ว +6

    Moga diampun dosa kita semua 👍👍👍

  • @izzahbatrisyia3945
    @izzahbatrisyia3945 3 ปีที่แล้ว +9

    MasyaAllah terbaik lirik lagu ni💕 lain macam dgr ustaz nyanyi kali ni..merdu sgt😍 Mabrukk ustaz👍
    Sesungguhnya manusia tidak boleh lari dari kesilapan..sntiasa mendurhakai Allah.. InsyaAllah semoga kita tergolong dalam golongan yang sntiasa mengingatiNya ❤
    Tuhan tolonglah aku✨

  • @One-xp9st
    @One-xp9st 3 ปีที่แล้ว +2

    terima kasih ustaz adnin😊😢 dgn setiap ceramah beliau segala tips2 motivasi dan lagu ini juga.. sekurangnya dakwah ust memberikan saya kesedaran akan kesilapan lalu sesungguhnya saya manusia yg lemah tiada apa keistimewaan special pun, saya hargai👍🏻

  • @nuradlinazizan6446
    @nuradlinazizan6446 3 ปีที่แล้ว +1

    ustaz saya kat sini hanya untuk support lagu berasaskan agama 🙆🏻‍♀️🙆🏻‍♀️

  • @umarmukhtar4317
    @umarmukhtar4317 2 ปีที่แล้ว +1

    sedap nye suara ustaz melodi pun sedap bunyi nye saya suka ustaz bagi nasihat

  • @hanimrohimi251
    @hanimrohimi251 3 ปีที่แล้ว +1

    Setiap orang, ada masa lalu masing masing. Sama ada yg buruk mahupun yg baik. Andai diri telah diberi kesempatan utk bertaubat, jadilah orang yg sebaik baik peminta taubat. Allah tak pandang siapa kita di masa lalu kita. Tapi Allah pandang siapa kita yg sekarang. Luruskan niat. Ikhlaskan hati. Allah Maha Mengetahui.
    Dan percayalah setiap musibah yg berlaku, Allah nak beri rahmat pada kita. Andai kita bersyukur dan redha.
    Keep fighting, kalian. Mohon selalu untuk ditetapkan hati diatas keimanan. Jangan berbalik kepada maksiat yg suatu dulu pernah dilakukan. Semoga Allah redha kepada kita dan menjadikan hati kita juga redha kepada Allah swt.
    Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad..

  • @nuratirahsalleh3416
    @nuratirahsalleh3416 3 ปีที่แล้ว +4

    Allahu. Lagu dan lirik yg menusuk ke kalbu. Smoga semuanya terus istiqomah dlm menuju redha Allah, amin.

  • @nabilnajmi7511
    @nabilnajmi7511 3 ปีที่แล้ว +5

    kenapelah x de the 4aith dalam lagu nii......😢

    • @_usee_
      @_usee_ 3 ปีที่แล้ว

      Tula the faith dh tk de dari 1 thn lps

  • @noorfatihah3426
    @noorfatihah3426 3 ปีที่แล้ว +2

    Ampuni lah aku ya Allah.....terlalu banyak dosaku..jadi kn aku wanita solehah..dan bidadari di syurgaa😢😢

  • @sofylestary
    @sofylestary 3 ปีที่แล้ว

    Allah, sangat tersentuh hati, bagai jarum yg menikam di pelusuk hatiku..us adnin yg nyanyi pon ok ja

  • @izafazil3462
    @izafazil3462 3 ปีที่แล้ว +1

    Lagu INI menyedarkan sye..lgi klu part ayat walau amal beribu khawatir hnye debut di sisinya kerana sanggup durhaka PD yg ESA ketika berseorangan😢

  • @ziahawangziahawang1147
    @ziahawangziahawang1147 3 ปีที่แล้ว +2

    Ustaz sedapnya lagu