Kelebihan CREDIT CARD ramai orang tak tahu! (tapi..)

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 22 พ.ค. 2024
  • Memiliki KAD KREDIT tak salah ye.. Bahkan kalau diuruskan dengan baik, macam2 BENEFIT korang akan dapat ! Lagi-lagi bila tengah dalam keadaan EMERGENCY ! KAD KREDIT ini jugak akan memberikan SECURITY lebih daripada KAD DEBIT. Memang terbaik!
    Learn more about how you can multiple your wealth securely!
    Click the link below to find out more:
    adamzubir.com/
    --------TIMESTAMPS--------
    00:00 TEASER: Kena SCAM tapi duit dapat balik!
    00:37 Kelebihan dan kekurangan CREDIT CARD
    01:51 [1] Untuk duit KECEMASAN
    02:52 [2] Elak dari kena SCAM
    03:45 [3] Mudah diterima payment satu dunia
    04:41 [4] Bila CREDIT SCORE anda
    05:52 [5] Boleh kumpul POINTS
    06:37 [-1] Akan berlaku PEMBAZIRAN
    07:25 [-2] Akan dikenakan INTEREST
    --------KEYWORD--------
    kelebihan kekurangan positif negatif dr adam zubir Kad Kredit yang Paling Untung di Malaysia 5 Cara Pilih KAD KREDIT [Kewangan] Jangan salah pilih! Top 3 Kad Kredit TERBAIK di Malaysia 2021 (Entry Level) CREDIT card? [Kewangan] Keperluan kewangan? KAD KREDIT | Apa yang baik dan buruknya pakai kad kredit ni? CARA BAYAR KAD KREDIT GUNA HENFON Pengurusan kad kredit Cara Bayar Kredit Card CIMB Di CIMB Clicks Bayar Kad Kredit menggunakan Maybank2u! Cara Bayar Credit Card Bank Lain Menggunakan Maybank2U TIP GUNA KAD KREDIT Cara guna Kad Kredit di Pam Minyak Guna CREDIT CARD bukan satu DOSA pun ! (malah UNTUNG beb!) How to pay your credit card via Maybank2u CREDIT card? [Kewangan] Keperluan kewangan? Pay Any Credit Card using Maybank2u in 1 minute! NEW 2019
    #DrAdamZubir​ #CreditCard #KadKredit #financialplanner

ความคิดเห็น • 283

  • @mirzarahwanije3110
    @mirzarahwanije3110 ปีที่แล้ว +37

    Kelebihan
    1. Duit kecemasan - cover hospital bill / berhenti kerja
    2. Avoid scam - can get back ur money
    3. Universal acceptance - travel worldwide easier
    4. Build credit score - good history payment
    5. Points - discount / vouchers / cashback
    Keburukan
    1. Tend to spend more - lower ur credit limit if possible
    2. Interest - 18% interest compound setiap bulan for conventional except islamic
    3. Blacklisted - not paying debt

  • @mohdkhairilhamid3280
    @mohdkhairilhamid3280 2 ปีที่แล้ว +73

    Nafsu benda paling susah nak kawal... Ni yg buat ramai orang terjerat.. kene sentiasa ingat.. ada kredit card bukan bermaksud dalam kredit card tu duit kita...

    • @aqifaimanazlan6199
      @aqifaimanazlan6199 2 ปีที่แล้ว +2

      Not for all, some thinks it’s all about flexin. At the end, your hard earn cash is better than any of this together:)

    • @mohdkhairilhamid3280
      @mohdkhairilhamid3280 2 ปีที่แล้ว +2

      @@aqifaimanazlan6199 Yes it's very flexi if you have actual cash. But most people think the other way round and create their own trap. So need to be smart with credit card. 🙂

  • @shakir43shaq86
    @shakir43shaq86 2 ปีที่แล้ว +163

    -Bayar penuh setiap bulan = takde interest dikenakan
    -Bayar minimum shj = Kene interest
    -Tangguh sebulan tak bayar langsung= Kene cas lewat byr + interest

    • @HambaAllah-lp2ru
      @HambaAllah-lp2ru 2 ปีที่แล้ว +21

      Seelok-eloknya pakai credit kad dan buat bayaran penuh setiap bulan...kalau tak boleh bayar penuh, selesaikan semua tunggakan dan kalau boleh jangan gunakan kad kredit selagi hutang masih ada. Hutang credit kad ni menjerat diri kalau digunakan dengan tidak berhemah.

    • @syamimzakaria7300
      @syamimzakaria7300 2 ปีที่แล้ว +8

      Maksud bayar penuh setiap bulan tu mcm mana? Kalau hutang 2k, next month tu terus bayar 2k ke?

    • @HambaAllah-lp2ru
      @HambaAllah-lp2ru 2 ปีที่แล้ว +10

      @@syamimzakaria7300 Ye betul...pakai 2k bayar 2k sebelum due date. Kalau bulan tu budget sikit, pakai sikit ...ikut kemampuan kewangan kita. Kalau amount tu dah capai, saya akan berhenti guna setakat tu je. Pembelian seterusnya adalah pada bulan hadapan.
      Saya sediakan 1 buku khas untuk catit semua kegunaan kredit kad jadi saya boleh monitor dari situ.
      Sebelum ni pun, saya bayar minima juga..tapi sejak dengar youtube dari pakar ekonomi, Tuan Shamsudin Kadir, yang interest boleh jadi sekali ganda dari nilai hutang...saya terus berubah dengan menjaga perbelanjaan agar boleh selesaikan hutang credit kad dengan bayaran penuh setiap bulan.
      Kalau kita tak pandai mengurus hutang, sampai lepas pencen la kita akan kena terus bekerja..rugi dunia..rugi akhirat. Masa untuk menuntut ilmu agama terlepas.

    • @madzuan7748
      @madzuan7748 2 ปีที่แล้ว

      @@syamimzakaria7300 tempoh 50hari pembayaran tu ok la..

    • @abdurrahimmohdnor9005
      @abdurrahimmohdnor9005 2 ปีที่แล้ว +1

      @@syamimzakaria7300 betul.. kena byr sblm tarikh last... Kalau xbyr akn kena cas interest...

  • @shahirjamil8313
    @shahirjamil8313 ปีที่แล้ว

    Siap subscribe Doc!

  • @qhuznahakim2091
    @qhuznahakim2091 2 ปีที่แล้ว +1

    Terbaik Dr.

  • @mohdhazim5403
    @mohdhazim5403 2 ปีที่แล้ว

    banyak dpt ...terbaik dr Adam!

  • @qyuyoshie6013
    @qyuyoshie6013 2 ปีที่แล้ว

    terima kasih Doc ☺️

  • @marlwawamarlwawa6520
    @marlwawamarlwawa6520 2 ปีที่แล้ว +1

    tq perkongsian yg baik......

  • @RahmanGaniVlog
    @RahmanGaniVlog 2 ปีที่แล้ว

    ilmu yg bermanfaat

  • @ksrkhai9618
    @ksrkhai9618 2 ปีที่แล้ว +11

    Dr pls buat pasal video pasal beza compound interest dgn non compound interest utk kredit kad islamic dan conventional. Tq

  • @busterxgaming2577
    @busterxgaming2577 2 ปีที่แล้ว +8

    please buat video pasal scammer , saya baru lepas kena scam 5k lebih ...pleasse semua , apa-apa urusan melalui online contoh whtspp or FB mintak kepada pihak berkenaan untuk menunjukkan card id dari syarikat tertentu dahulu , tapi biasanya mereka yg bukan dari golongan scammer akan menunjukkan terus id syarikat atau semacam kad business ....saya mengalami 2 situasa pada sekitar 1 minggu ini antara scammer dengan orang bukan scammer ...setelah alami situasa tersebut ,sekarang saya lebih berhati hati ....saya mohon sangat jangan ambik mudah dengan urusan yg berkait dengan acc bank dan kad pengenalan kita .... bila dah terkena pergi la buat polis report terus , itu lah tindakan yg terbaik

  • @mohdzakuan3784
    @mohdzakuan3784 2 ปีที่แล้ว +12

    Aku dah mula minat dengan channel ni . Banyak ilmu yang aku dapat pasal kewangan . Thanks you sir 👍🏻

  • @afiqjamalnasir
    @afiqjamalnasir 2 ปีที่แล้ว +3

    Salam Doc, boleh share next-next video tak macam mana doc boleh settle semuda ini untuk loan kereta & rumah? terima kasih

  • @Khairulzaman96
    @Khairulzaman96 2 ปีที่แล้ว

    info yg bermanfaat

  • @pakhe5629
    @pakhe5629 2 ปีที่แล้ว +131

    Awal kerja dlu terus apply credit card sbb nak naikkan credit score. Masa tu just komitmen bayar ptptn je. Pakai almost setahun jgak and setiap kali pakai terus bayar balik. Alhamdulillah bila apply loan kereta dapat 2.19% interest rate walaupun ni komitmen pertama. Maybe sbb credit card yang naikkan ccris and buat dengan bank yang sama. Start nak pakai credit card sampai skrg saya masih tengok video Dr Adam 😂. Thanks dr selalu bagi info yang bermanfaat.

    • @Saimeigaming
      @Saimeigaming 2 ปีที่แล้ว +1

      Mantap tuan

    • @shakir43shaq86
      @shakir43shaq86 2 ปีที่แล้ว +15

      Pergh..rendah giler dpt 2.19%..sush tu nk dpt 2.19%..
      Tahniah sebb pandai urus duit & kawal nafsu pada kredit kad😂

    • @pakhe5629
      @pakhe5629 2 ปีที่แล้ว +6

      @@shakir43shaq86 Alhamdulillah rezeki bro. Salesman call haritu dia pon terkejut 😂. Yang penting kena disiplin bro kalau nak pakai card credit.

    • @muhammadhafiz5195
      @muhammadhafiz5195 2 ปีที่แล้ว +3

      Pkai credit card utk bina hubungan baik dgn pihak bank k mcm mne ? Dan klau kite jaga credit card dgn baik bile nk bt loan utk bli kreta atau rumah akn jd mudah k mcm mne ? Terangkan skit boss. Tq in advise 😘

    • @Saimeigaming
      @Saimeigaming 2 ปีที่แล้ว +8

      @@muhammadhafiz5195 betul tu boss. Bank tahu kita ni jenis yg bayar hutang on time n bank suka org mcm ni. insyaAllah loan senang lulus n dpt interest rendah dr biasa.

  • @chargemanA4
    @chargemanA4 2 ปีที่แล้ว

    Terbaik dr

  • @norshahshariff2111
    @norshahshariff2111 12 วันที่ผ่านมา

    1:56 Kalau ada medical card sekalipun, kebanyakan hospital panel akan minta deposit untuk admission. Amaun bergantung kpd hospital tersebut. Biasanya antara RM300 - RM1,000. Deposit je. Yang takde medical card jgn trigger "Eh kenapa kena bayar pulak, kan dah ada medical card."
    Lagi satu, kalau ada medical kad yang ada co-takaful/co-insurans, nak bayar pun boleh guna kredit card dulu. Duit cash @ in bank boleh guna untuk perkara lain buat sementara waktu. Ketika health disaster, banyak perbelanjaan tidak terduga. Tq

  • @shammohdali9844
    @shammohdali9844 2 ปีที่แล้ว +2

    Tq Dr AZ for sharing benefits of credit cards, spot on using credit card as emergency funds and to build up credit score. Sya mmg settlekan hutang credit card in full every month without fail and have good CTOS score and because of that, banks senang2 bagi total RM400K credit limit for all my four credit cards.. And sya blh pakai credit limit utk emergency fund selain dari simpanan bank dan ASB sya ..

  • @wheel331channel5
    @wheel331channel5 ปีที่แล้ว +2

    Saya dapat dua ambank visa.. Betul DR. bayar cantik bank offer limit kat kita.. ALHAMDULILLAH

  • @afandididi737
    @afandididi737 2 ปีที่แล้ว +5

    Bagus la video ni.. Sebab apa? Sebab Dr tidak menyebelahi mana2 pihak sama ad baik atau buruk.. Dr terangkan sekali kelebihan dan keburukan dengan JELAS bagi mengelakkan pendengar tersalah tafsir.. Tahniah Dr.. Moga menjadi pahala yg berkekalan selagi didengar oleh org ramai.. 🥰

  • @mrfaizihubjerteh5471
    @mrfaizihubjerteh5471 2 ปีที่แล้ว

    betull,,kredit card sape reti pakai,,,memang syok,,,points yg dapat kita boleh bercuti overseas dengan free jeee,,

  • @luqman1983
    @luqman1983 2 ปีที่แล้ว +16

    Pengalaman menarik saya dgn kredit kad, dpt redeem berpuluh return flight dalam dan luar negara secara percuma (london dlm 5 return flight), dapat main golf di tempat mahal spt. IOI n Glenmarie secara percuma (green fee) once or twice a month, dapat free transfer balik rumah (from airport) lepas smp dari overseas, sentiasa dapat annual waiver walaupun penggunaan kurang dari yg diperlukan.
    Yg penting kena bayar full n on time. That's all.

    • @photosyndrome3603
      @photosyndrome3603 2 ปีที่แล้ว +2

      Tuan guna credit card bank mana dan jenis mana ya? Menarik offer tu

  • @wheel331channel5
    @wheel331channel5 2 ปีที่แล้ว +1

    Sy dah tutup 2kad..tp esok lusa insyaallah dapat lagi satu.betul bila bayar ontime..bank akan call kita nk tambah limit tak perlu ssh2 nk ke bank nk naik limit..bank yang offer.thanks info DR ADAM ZUBIR

  • @Didie8449
    @Didie8449 2 ปีที่แล้ว +6

    saya guna credit card hanya tuk kecemasan..macam tgh bulan da kering..beli barang rumah pakai CC..macam ada emengency kt kg nak balik..dengan poket kurang bajet..pakai la CC..sebaik2nya guna la CC anda dengan baik..control nafsu

  • @faralee7teen
    @faralee7teen 2 ปีที่แล้ว

    point no 4🔥🔥🔥

  • @shafiqsalim1645
    @shafiqsalim1645 2 ปีที่แล้ว

    Tq

  • @constantinegustin4188
    @constantinegustin4188 2 ปีที่แล้ว

    Dr Adam bole bagi penjelasan tak bang pasal BIG PAY apps.. tq

  • @AmiruSolihin
    @AmiruSolihin 2 ปีที่แล้ว +1

    Baru tau function kredit kad

  • @sharifudin6186
    @sharifudin6186 ปีที่แล้ว +2

    Org yg ada kredit kad kebanyakkan nya gaji rm2.5k dan keatas tapi byk yg tersilap langkah disebabkan salah guna kredit kad ..kad kredit bukan utk nk tunjuk kaya ..bukan utk belanja sakan

  • @mohamadmuaaz9589
    @mohamadmuaaz9589 2 ปีที่แล้ว +1

    Dr,bole terangkan pasal sukuk tak? Tak brapa nk faham kalo baca.

  • @spcom504
    @spcom504 ปีที่แล้ว +3

    Dr tell more bout Maybank Islamic ikhwan credit card advantage and disadvantage, I'm first timer to take. It's approved already limit rm10k. Thanks

  • @saifulbahri684
    @saifulbahri684 7 หลายเดือนก่อน

    Dr boleh x buat satu video untuk ringgitplus...boleh caye ke web tu

  • @ida7817
    @ida7817 2 ปีที่แล้ว

    'i love free money' sama la dgn sy doc. klau boleh nk beli brg time ada discount je😂siapa je nk bg free money sbb tu suka sgt rebates and cash back

  • @dendenju
    @dendenju 2 ปีที่แล้ว

    Good

  • @langkelana
    @langkelana 2 ปีที่แล้ว +2

    Guna kad kredit yang ada cash back. Bayar penuh setiap bulan. Dapat cash back. Jimat.

  • @firdausdahlanjourney3879
    @firdausdahlanjourney3879 2 ปีที่แล้ว +7

    Itu discipline masing² laa...subjektif. Bg sy, sy xkn guna kad kredit smpai bila².. x pandai guna, baik x pyh guna langsung. Terpulanglah...

    • @chucky6187
      @chucky6187 2 ปีที่แล้ว

      Langkah yg bijak bro...kalau x confident...better jgn👍

    • @dewagod6532
      @dewagod6532 ปีที่แล้ว

      pakai kat debit takut duit hilang duit sendiri tu

  • @dirarozaini2203
    @dirarozaini2203 8 หลายเดือนก่อน

    Macam mana credit card boleh return balik duit kita kalau kena scam ? Can explain further ?

  • @ahmadfauzi5757
    @ahmadfauzi5757 2 ปีที่แล้ว +7

    Easy Payment Plan (EPP) bukan kelebihan kredit kad ke Dr?

  • @vivekvivek5176
    @vivekvivek5176 2 ปีที่แล้ว +1

    Saya nak guna credits card untuk build credits score

  • @akramwahid6758
    @akramwahid6758 2 ปีที่แล้ว +1

    people likes buying things they dont need by the money they dont have

  • @azasazas6461
    @azasazas6461 7 หลายเดือนก่อน

    Dr. Adam, salam hormat.
    Tumpang tanya.
    1) Kad Kredit mana ada takaful?
    2) Jika meninggal dunia? Macam mana?
    3) Jika tak guna dan tak bayar yuran?
    Bagaimana?
    4) Jika tak guna, tapi duit dipakai orang lain?
    Kira "kes scammer". Macam mana?
    5) Jika ada 1 Kad Kredit, nak mohon 1 lagi Kad Kredit.
    1 Kad Kredit untuk standby sahaja.
    Boleh ke?
    6) "Cash back", diberi tunai ke? Dibawa ke depan ke?
    "Cash back" bermaksud dapat duit tunai ke?
    7) Kad Kredit MAYBANK +PETRONAS.
    Boleh beli petrol di stesen SHELL ke?

  • @arminirfan7314
    @arminirfan7314 2 ปีที่แล้ว

    Then nanti nak bayar kita akan di beri invois atau macam mana , how to pay our credit debt eh?

  • @harisz9976
    @harisz9976 2 ปีที่แล้ว

    Dr AZ, nak tanya the best credit card bank apa dan the best housing loan bank apa? Saya plan nak buat good relationship untuk apply loan rumah. Terima kasih in advance

  • @ashrafmuhammad4189
    @ashrafmuhammad4189 2 ปีที่แล้ว

    does the benefits apply to all types of credit cards?

  • @digitalmarketer9616
    @digitalmarketer9616 10 หลายเดือนก่อน

    Best tool ever been invented in the world of finance is credit card

  • @fatencayunk3128
    @fatencayunk3128 2 ปีที่แล้ว +1

    Sangat setuju..sebab tu sy suka guna credit card. Yg penting kena berkhemah la..

    • @hakim7894
      @hakim7894 ปีที่แล้ว

      Best gak tu berkhemah. Kiranya camping la kan

  • @rafichannel3297
    @rafichannel3297 2 ปีที่แล้ว +1

    Dr Adam tak beli atau loan walaupun 1 Rumah? Makna sekarang menyewa? Bukankah hartanah aset yang baik

  • @syafiqshaidi4645
    @syafiqshaidi4645 ปีที่แล้ว

    Nk tyew..klau loan kete pkai aeon credit..bole apply cc x

  • @wannasrulaiman4184
    @wannasrulaiman4184 2 ปีที่แล้ว

    Salam dr, nk tnya , mining bitcoin kene byr cukai x ? Ke lhdn ? Maaf dr. Lari tajuk skit 😅😅😅

  • @muhammadafiq8912
    @muhammadafiq8912 2 ปีที่แล้ว +5

    Doc, boleh x terangkan pasal akaun gaji (salary/payroll account)? Etc kegunaan, kelebihan dan kekurangan

    • @eidiliz1564
      @eidiliz1564 2 ปีที่แล้ว

      ni untuk campany, ke just untuk rekod diri sendir je..

  • @iwanasri3803
    @iwanasri3803 2 ปีที่แล้ว +2

    Salam Dr, boleh explain steps to ensure our application for Credit Card is easy to approve, also in relation to CTOS

    • @eidiliz1564
      @eidiliz1564 2 ปีที่แล้ว +2

      saya share experience.1 gaji 3k keatas dgn nilai tahunan melebihi 36k setahun. minimum 24k setahun..(paling rendah) 2. Make sure, permohonan kredit card tu dari akaun bank gaji. if gaji guna Cimb, so apply lah cimb kredit card. sbb akaun gaji ada duit keluar masuk, if apply kredit card, guna bank yg kita x aktif, susah sikit or maybe x berjaya nak apply..3. Make sure bank aktif lebih 6 bulan..lagi lama lagi bagus..

  • @lutfiwan2683
    @lutfiwan2683 2 ปีที่แล้ว

    Salam dr mcm mana bank kira komitmen credit card?

  • @adham82asc
    @adham82asc ปีที่แล้ว

    Salam dr..nak tnya klau krdt kad ni kta bayar minimum dia je..apa akn jdi..mksd aku...limit kad..kna stop ke atau mcmna..

  • @arfanhaziq3075
    @arfanhaziq3075 ปีที่แล้ว +1

    Syaitonn .. 🤣🤣🤣 Kalau kena 1.5% sebulan... Memang syaitonn lah.

  • @muhammadammar6971
    @muhammadammar6971 7 หลายเดือนก่อน

    Sya sebenarnya x paham kat kredit, mana yg terbaik.

  • @ulfahworld1589
    @ulfahworld1589 ปีที่แล้ว

    Dr.. Macam mana ye untuk org yang dah tersilap langkah?.. Mampu bayar minimum sahaja tiap bulan. Sebab dah spent lebih dari kemampuan.. Lambat tgok video Dr.. Silap saya.. Kalau tak, mybe boleh cegah sebab dah faham konsep Kredit card tuh sndri 😭

  • @muhammadamirudin08
    @muhammadamirudin08 2 ปีที่แล้ว

    tolong promote kredit kad islamik yang terbaik tahun ini Plis Thank you

  • @muhammadammar6971
    @muhammadammar6971 7 หลายเดือนก่อน

    Kalau kita pakai kad kredit, tapi x gunakan xpe ke

  • @thawatchaikrungnit
    @thawatchaikrungnit 2 ปีที่แล้ว +4

    info sangat bagus.. Dr boleh share lebih tentang pelaburan crypto currency ? pada nilai nya, kegunaan nya. dan lebih jelas. tq

    • @mohdkhairilhamid3280
      @mohdkhairilhamid3280 2 ปีที่แล้ว +3

      Maaf cakap ye... Cryto is the biggest scam ever.... Jangan kecam saya.. nak beli boleh tapi make sure tak lebih 10% of your total aset..

  • @thefloki1071
    @thefloki1071 2 ปีที่แล้ว

    Credit card bagus kalu boleh control. Bayar ontime statement balance so no interest. Plg function boleh installment 0% with max 2 years with shopee,lazada.

    • @asmawitimyati9476
      @asmawitimyati9476 2 ปีที่แล้ว

      _Ye Setuju !! Affin Bank Pujuk Saya Jangan Tutup Kad Kredit - Katanya Kalau Bayar Bil-Bil Dengan Kad Kredit Dapat Cash back RM80.00 Tetapi Saya Bertekad Tidak Mahu Apa-Apa Komitmen. Saya Tutup Jugak Kad Kredit Hari Khamis Lepas. Sekarang Semua Pembelian Saya Dengan Tunai. Dulu Main Swipe Je._

  • @abdmanan2774
    @abdmanan2774 2 ปีที่แล้ว

    I pakal deplt je

  • @jaiwinchester9566
    @jaiwinchester9566 2 ปีที่แล้ว +7

    masih belum pernah terfikir nk pakai kredit kad.. sbb duit yg ade skrg pon blom boleh urus dgn baik.. so elakkan bala dulu.. 😁

    • @asmawitimyati9476
      @asmawitimyati9476 2 ปีที่แล้ว

      _Adakah Komen Saya Sudah Didelete ??_

    • @jaiwinchester9566
      @jaiwinchester9566 2 ปีที่แล้ว

      @@asmawitimyati9476 komen mane?..

    • @asmawitimyati9476
      @asmawitimyati9476 2 ปีที่แล้ว

      @@jaiwinchester9566
      _Komen Yang Panjang Lebar Sebelum Saya Solat Asar Tadi. Takpelah. Saya Ringkaskan. Saya Pernah Mempunyai Lima Keping Kad Kredit & Pernah Pegang Tiga Keping Kad Kredit Pada Masa Serentak. Alhamdulillah Saya Sudah Bebas Daripada Belenggu Kad Kredit Apabila Menutup Kad Kredit Saya Yang Kelima Hari Khamis Minggu Lepas._

    • @jaiwinchester9566
      @jaiwinchester9566 2 ปีที่แล้ว +1

      @@asmawitimyati9476 tahniah.. elok lah tu.. bile mendgr pengalaman2 pahit org pakai creadit card ni membuatkan aq jd takot nk cube.. bab nafsu mmg payah lah control.. so lebih baik elakkan jelah.. 😁😁

    • @asmawitimyati9476
      @asmawitimyati9476 2 ปีที่แล้ว

      @@jaiwinchester9566
      _Sebenarnya Salah Satu Kad Kredit Saya Sudah Gunting. Jumlah Hutang RM4,000.00 Saya Berjaya Kurangkan Ke RM2,000.00 Tetapi Masalahnya Boss Saya Asyik Suruh Beli Nasi Arab Maghut & Mandi Di Restoran Hadramaut. Bukan Boleh Beli Pakai Bungkus Polisterin Tu - Kena Beli Pakai Kilo. Suruh Dulu Duit Bagi Kemudian. Hmmmm .... Saya Mana Ada Duit. Terpaksalah Pergi Bank Minta Kad Baru. Bila Boss Suruh Beli Saya Keluar Cash. Lama-Lama Tepu Balik Jadi RM4000.00 (Kad Kredit Tersebut Selesai Bila Saya Buat Pinjaman Easy Loan)_

  • @tanweiliang7684
    @tanweiliang7684 2 ปีที่แล้ว

    Dr azam credit card kita blh buat pin payment? pay wave nk cancel sbab takut kad hilang

  • @haikalfitri9350
    @haikalfitri9350 2 ปีที่แล้ว

    Nanti boleh tak buat perbezaan credit card,cth credit card yang tiada limit sampai yang ada limit,lepas tu kelayakkan macam mana utk apply credit card yang tiada limit

    • @shafielmddom7254
      @shafielmddom7254 2 ปีที่แล้ว

      Ada banyak credit' Card..ada goldcard..platinum Card..Mastercard biasa ...semua berbeza limit

  • @ariffsyamil1665
    @ariffsyamil1665 2 ปีที่แล้ว

    Kalau tutup credit card.. credit score jatuh ke?

  • @gogoalakazam2973
    @gogoalakazam2973 3 หลายเดือนก่อน

    Boleh beli TOTO.

  • @zrvlog5037
    @zrvlog5037 2 ปีที่แล้ว +6

    i use my credit card not more than my savings. thats all.
    guna credit card just nak cashback.
    no annual fees.
    lebih secure.

    • @amirulhisyam4265
      @amirulhisyam4265 2 ปีที่แล้ว

      Macam mana nak apply ? Dekat mana nak apply ? Dan macam mana nak dapat Cashback tu ?

    • @rischafify8579
      @rischafify8579 10 หลายเดือนก่อน

      Same

  • @chokelatfruitty7257
    @chokelatfruitty7257 2 ปีที่แล้ว +2

    Bigpay one of good payment platform....travel oversea pon boleh guna

    • @royliaw4310
      @royliaw4310 2 ปีที่แล้ว

      Dengar2 rmai yg hilang duit dlm tu btl ka bro

    • @chokelatfruitty7257
      @chokelatfruitty7257 2 ปีที่แล้ว

      @@royliaw4310 ni slalunya kerja scammer... saya dah guna 3 tahun lebih ok je

    • @alambistari8223
      @alambistari8223 2 ปีที่แล้ว +2

      Big pay kad prepaid, tak masuk ccris dan ctos utk rekod scoring.

  • @_fdzlh
    @_fdzlh 2 ปีที่แล้ว +4

    Pakai credit card best, banyak installment sekarang ni 0% dan kebanyakan untuk credit card. Tapi kena pandai la agak bajet untuk hutang tu, alhamdulillah tak pernah lagi lambat bayar hutang tiap bulan

    • @wafiaris95
      @wafiaris95 2 ปีที่แล้ว

      Boss .. contoh la .. beli handphone 0% interest guna credit card . Ikat 2 tahun.. hp harga 4k .. bulan2 rm170 ... So tiap bulan bayar rm170 jela kan selama 2 tahun . Betul ??

    • @_fdzlh
      @_fdzlh 2 ปีที่แล้ว +2

      @@wafiaris95 betul boss, tapi bergantung kat kredit kad dan juga kedai. Kebanyakan installment hanya 12 bulan. Macam Maybank CC boleh bawa sampai 18 bulan. Ada juga kedai dan kad kredit yg boleh installment sampai 36 bulan (3tahun). Yg penting kena make sure la 0% interest. Banyak 0% interest cuma kena alert benda ni

    • @wafiaris95
      @wafiaris95 2 ปีที่แล้ว +1

      @@_fdzlh tulah sy banyak tgok dkt senheng .. sbb mcm menarik offer dia .. lagi satu sen heng offer banyak bank .. kadang smpai 8 bank boleh guna c.card . Tapi tnya lah boss .. antara maybank 2 gold dgn cimb cashback platinum c.car .. bos lebih prefer yg mana . Klu bos boleh kasi suggestion lah .. tp kebanyakan installment utk gadjet 0% interest sy perasan .. maybank sentiasa ada berbanding cimb dan lain2 kad. Kan ??

  • @haziqqabdulrahman
    @haziqqabdulrahman 2 ปีที่แล้ว +3

    Buat kredit kad sbb nk buat installment beli phone bru 0% interest. Mmg time emergency mmg bagus. Tapi bab point tu tak best sgt, dah guna puluh ribu, tapi point dapat tupperware je. Haha. Nak tukar phone or percutian kna swipe berjuta ringgit. Haha

    • @jaykamaruddin5388
      @jaykamaruddin5388 2 ปีที่แล้ว

      Betol
      Point dia sikit.bertahun2 penggunaan baru boleh redeem

    • @ariezaziziacahlebih2637
      @ariezaziziacahlebih2637 2 ปีที่แล้ว +1

      Jangan amik Cc point.Kalau boleh amik yg ada cashback.Sebab point kan boleh expired.

  • @LXY778
    @LXY778 2 ปีที่แล้ว

    Bukan orang kaya
    Takda credit kat

  • @alongportdickson3830
    @alongportdickson3830 6 หลายเดือนก่อน +1

    Nak tanya ...setiap kali kita guna kredit kad, Visa atau Mastercard, adakah mereka , syarikat2 ni DPT juga keuntungan walaupun kita tiada tertunggak ? Jika yer, keuntungan ni dimiliki syarikat mana? Yahudi? Saya masih guna kredit kad secara berhemah...tapi kalau benar setiap kali saya swap mereka tetap DPT profit walaupun saya bayar cepat saya akan mula akan fikir berhenti kredit kad

  • @anasrash1d
    @anasrash1d 2 ปีที่แล้ว

    doc & semua org.. mcmana nak tau kita ada ccris atau ctos ? and kat mana kita boleh check? terima kasih semua..❤❤

    • @MsCal81
      @MsCal81 2 ปีที่แล้ว +1

      Check kat application ctos or Ccris. Boleh monitor dan check online.

    • @anasrash1d
      @anasrash1d 2 ปีที่แล้ว

      @@MsCal81 bayar ke free?

  • @ahmadfariz1902
    @ahmadfariz1902 2 ปีที่แล้ว +2

    doc macam mana nak tahu dalam credit card kita ade duit ke tidak .

    • @asmawitimyati9476
      @asmawitimyati9476 2 ปีที่แล้ว

      _Boleh Je Semak Baki Melalui Mesin ATM Bank Pengeluar Kad Kredit. Saya Siap Print Lagi Sebelum Shopping (Supaya Tidak Terlajak Shopping). Contohnya - Baki Kad Kredit Saya Hanya RM7.00 - Saya Cari Buah Anggur Di The Store / (Pasaraya-Pasaraya Lain) Yang Harganya RM7.00 Atau Kurang_

  • @AzHafiz94
    @AzHafiz94 2 ปีที่แล้ว

    Suggest sikit kredit kad dapat points tu, sekarang ni tengah pakai quantum public. Tapi macam tak syok, sebab dapat cash back je. Tapi kena spend sampai rm600 baru dapat.

  • @mohamadtaufiq5610
    @mohamadtaufiq5610 2 ปีที่แล้ว

    Bang macam mane nak beli kereta baru tpi guna business sendiri dokumen ape yang perlu ade

    • @eidiliz1564
      @eidiliz1564 2 ปีที่แล้ว

      cuba tanya cik din kan ada..

  • @danielhensem007
    @danielhensem007 2 ปีที่แล้ว

    Kredit kad riba

  • @farhan9675
    @farhan9675 2 ปีที่แล้ว +4

    Saya ada dua kredit kad. Total limit 10000 + 8000. Dua² pernah sampai limit. Gaji bersih tak lebih 3500. Alhamdulillah skrg dah insaf, tinggal sikit lagi nak habis bayar.

    • @muhdnadzirrosli3826
      @muhdnadzirrosli3826 2 ปีที่แล้ว

      Dua2 tu kad kredir apa ya bro..conventional card ke islamic ya?

    • @farhan9675
      @farhan9675 2 ปีที่แล้ว

      Satu conventional. Satu lagi islamic.

    • @muhdnadzirrosli3826
      @muhdnadzirrosli3826 2 ปีที่แล้ว

      @@farhan9675 owh..dua2 maybank kah?

    • @farhan9675
      @farhan9675 2 ปีที่แล้ว

      Yang conventional cimb. Islamic maybank

  • @keith3673
    @keith3673 2 ปีที่แล้ว

    What do you think abt Maybank Credit Card shopee/grab? Cuz it doesn't have annual fee but doesn't mention abt fees charge.

    • @PassionPno
      @PassionPno 6 หลายเดือนก่อน

      The best MBB CCs are the 2 Gold/Platinum.

  • @abumuqri1258
    @abumuqri1258 ปีที่แล้ว +2

    Satu ja kalau aku nk guna kredit kad ni... Sbb nk beli scara ansuran shj... Tp skrg dh banyak sediakan bayaran scara ansuran termasuk shoppe...
    Utk duit kecemasan pula... Memg insurans/takaful ialah bekap aku... Sbb kos rawatan bagi aku sangat besar jika berlaku apa2..
    Selain dripada tu..memg xda kepentingan lah kredit kad ni..smua mengharapkan kita bersenang lenang dan terciduk tanpa sedar..
    Baik limitkan kehendak dan kemampuan membeli mengikut limit duit dalam bank siap2

  • @cengkerikmalaya4844
    @cengkerikmalaya4844 ปีที่แล้ว +2

    Dah apply cc. Tapi kena reject sebab “terlalu bersih”. Kita nak guna cc sbb nak bina credit scoring hmmm

    • @PassionPno
      @PassionPno 6 หลายเดือนก่อน +1

      Get a secured card. Pledge FD.

  • @SamzokyleSamzokyle
    @SamzokyleSamzokyle 5 หลายเดือนก่อน

    Senang jer... Yg bodo x pyh pakai kredit card. Terima la diri tu bodo, n susah sgt nk fhm ape itu financial management. settle.

  • @syhrldzkr9542
    @syhrldzkr9542 2 ปีที่แล้ว +2

    Saya pakai credit card…duit ada tapi saja pakai credit card sebab kalau ada kecemasan duit sentiasa ada..jadi hujung bulan bayar la balik credit card tu. Spend and pay

  • @akirafuego999
    @akirafuego999 2 ปีที่แล้ว +1

    Klau camtu kad debit lagi ok la dari kad kredit

    • @asmawitimyati9476
      @asmawitimyati9476 2 ปีที่แล้ว

      _Betul. Kalau Kena Tipu Gores & Menang Pun Setakat Hilang Simpanan Jer. Tiadalah Dapat Hutang Terbang Seperti Saya Dulu._

  • @vivekvivek5176
    @vivekvivek5176 2 ปีที่แล้ว +2

    Dr umur boleh apply credit card?
    Saya grabfood rider gaji saya tak tetap .

  • @mohdshah8097
    @mohdshah8097 2 ปีที่แล้ว +1

    No FREE on this planet . Batter no cradit card .

  • @ninipoyen99
    @ninipoyen99 2 ปีที่แล้ว +1

    hello dr, bole tak gunakan credit card utk bayar loan cthnya ptptn so adakah ianya akan menaikan credit score ?

    • @shakir43shaq86
      @shakir43shaq86 2 ปีที่แล้ว +5

      Tak digalakkan guna kredit kad untuk byr hutang lain sebb kredit kad tu sendiri adalah sejenis loan..aku pggil kredit kad ni mcm "short loan"..
      kalau guna kredit kad utk byr hutang seolah-olah mcm kita gali lubang tutup lubang pulak..
      kredit kad ni sebetulnya untuk keperluan "barangan & perkhidmatan"..
      bagus guna tunai utk byr hutang lain jgn guna kredit kad..bahaya

    • @asmawitimyati9476
      @asmawitimyati9476 2 ปีที่แล้ว

      @@shakir43shaq86
      _Saya Selalu Buat Tutup Lubang Gali Lubang. Jangan Ikut Macam.Saya._

  • @nurizalzakaria7107
    @nurizalzakaria7107 2 ปีที่แล้ว +1

    Siapa pandai guna okla, macam saya tak reti nak guna. Selalu guna cash...

    • @asmawitimyati9476
      @asmawitimyati9476 2 ปีที่แล้ว +1

      _Saya Dulu, Selagi Boleh Henjut Kad Kredit Saya Henjut. Rupa-Rupanya Kad Kredit Ini Boleh Membuatkan Kita Kehilangan Kawan. Saya Dua Orang Kawan - Classmate Sejak Darjah Satu Sampailah Penggal Pertama Darjah 5. Apabila Saya Bercakap Mengenai Kad Kredit - Kedua-Dua Kawan Saya Tu Menghindari Diri Daripada Saya._

    • @klue87
      @klue87 2 ปีที่แล้ว

      Swipe je, ape yg susah nye

  • @amoeba85
    @amoeba85 2 ปีที่แล้ว +1

    Ade bank kenakan yuran tahunan walau tak guna pun kredit kad

    • @asmawitimyati9476
      @asmawitimyati9476 2 ปีที่แล้ว

      _Bank Negara Kenakan Yuran Tahunan RM50.00 Setahun. Saya Pernah Pegang Tiga Keping Kad Kredit Serentak Pada Satu Masa. Yuran Tahunan Saya RM150.00 (Bank Negara). Saya Tidak Ingat Bank Pengeluar Ada Kenakan Atau Tidak Yuran Tahunan. Ingat-Ingat Lupa Tetapi Rasanya Macam Ada._

    • @luqman1983
      @luqman1983 2 ปีที่แล้ว

      Slalunyer kredit kad yg premium (yg warna hitam / black card) ada annual fee. Tapi kebanyakannya boleh mintak waiver walaupun penggunaan kurang dari yg diperlukan utk waiver. Minimum usage varies dari beberapa puluh ribu ke beberapa ratus ribu.

  • @ArifMustaffa
    @ArifMustaffa 2 ปีที่แล้ว +2

    Dr Adam, nak tanya berapa jumlah transaksi ke akaun simpanan yang dibolehkan before kena kejar oleh LHDN dan bank? Adakah RM 50k? RM20k? Any idea? Dan adakah transaksi jumlah yang kecil tapi berkala sehingga berjumlah let say RM50k juga akan dikejar LHDN dan bank? Minta pencerahan thank you.

    • @arfanhaziq3075
      @arfanhaziq3075 ปีที่แล้ว

      @@Dasani31 Setuju tak ada limit tertentu... Asalkan kita boleh justify dari mana duit tu berasal..

  • @lee-9323
    @lee-9323 ปีที่แล้ว

    Katakanlah klau kita amik credit card, tapi bulan tu kita tak guna apa2 transaksi.. Ade kne cas ape2 ke?

    • @MsSKTR
      @MsSKTR ปีที่แล้ว

      Xada

  • @kamb3ng
    @kamb3ng 2 ปีที่แล้ว

    bkn riba ke bnde ni?

  • @vaiocr23
    @vaiocr23 2 ปีที่แล้ว

    Credit card boleh withdraw to cash tak ? or transfer online to normal account ?

    • @angah921
      @angah921 ปีที่แล้ว +2

      Boleh withdraw , tapi tak digalakan kan . sebab setiap kali withdraw duit dari CC ada charge yang tinggi.

  • @JoshuaJ
    @JoshuaJ 2 ปีที่แล้ว

    Do we still got the cashback even we pay outstanding balance before due date?

    • @amirahmasturina148
      @amirahmasturina148 2 ปีที่แล้ว +1

      Sy tolong jwb. Yes still dapat cash back…

    • @JoshuaJ
      @JoshuaJ 2 ปีที่แล้ว

      @@amirahmasturina148 thankyou fyi

  • @mohdazlanismail1875
    @mohdazlanismail1875 2 ปีที่แล้ว

    Salam Dr..apa pendapat Dr. jika gunakan kad kredit untuk simpan ke dalam go plus touch n go?

  • @kawpuwmanggo1912
    @kawpuwmanggo1912 2 ปีที่แล้ว

    Salam Dr nak tanya lepas buat kad kredit 6 bulan mcm mana saya nak check yg saya dah ada rekod CCRIS?

    • @eidiliz1564
      @eidiliz1564 2 ปีที่แล้ว

      gi kat lama web ccris, isi je form tu..nanti download lah..tp kena bayar ye..

  • @muzafarlee4436
    @muzafarlee4436 2 ปีที่แล้ว +1

    Dr could u please reply my comment on this comment section please....i hope that this time could u please add on numbering list for all of your videos according to topic that related about finance.....sorry dr hope u see my comment thanks dr adam 👍

  • @nursyasyaasyfasyasyaasyfa4372
    @nursyasyaasyfasyasyaasyfa4372 2 ปีที่แล้ว

    Doc..sy nk beli rumah tp bank tgk sy xde hutang dan komitmen bank,jd pihak bank suggest sy ambik kredit card,rasenya bila sy dh apply kredit card permohonan loan sy mudah x utk lulus.

    • @eidiliz1564
      @eidiliz1564 2 ปีที่แล้ว +2

      saya cadangkan tuan untuk buat loas asb, dgn nilai yg terendah, dan tempoh yg pendek, contoh 15k, 5 tahun ( tanpa takaful) ..lepas buat 6 bulan, tuan boleh cuba appy loan rumah. Bank nak tengok track recod bayaran bulanan yg berkaitan dgn bank. ( if loan tuan lulus, terpulang, nak teruskan or terminate lepas 1 year. Kad kredit bukan x bagus, takut terlebih belanja, dan x mampu nak bayar, score kredit akan buruk.

  • @muhammadzulirfan2057
    @muhammadzulirfan2057 2 ปีที่แล้ว +11

    saya nk tanya Dr AZ, kalau kita buat loan dengan Aeon / Parkson adakah boleh naikkan credit score ? kea hanya loan dgn bank sahaja mmbolehkan naik kan credit score ?

    • @aimanrizal2706
      @aimanrizal2706 2 ปีที่แล้ว

      Park dulu

    • @mohdkhairilhamid3280
      @mohdkhairilhamid3280 2 ปีที่แล้ว +2

      Nak cantikkan record tak semestinya kena bali barang2 dekat mall.. paling senang nak score kredit yg cantik adalah cuma perlu guna card untuk isi minyak dan bayar full setiap bulan sebelum due date... Harap membantu ye... 😊.. selamat beramal...

    • @aimanrizal2706
      @aimanrizal2706 2 ปีที่แล้ว

      @@mohdkhairilhamid3280 altho maybe due to certain reasons maybe some people tak layak ada cc or dia mmg taknak cc, if tak silap boleh guna other installment method mcm spaylater kan utk naikkan credit score?

    • @mohdkhairilhamid3280
      @mohdkhairilhamid3280 2 ปีที่แล้ว

      @@aimanrizal2706 if other methods saya tak berani komen sebab takde experience.. saya share yg saya buat je guna cc.. bank nak tengok kebolehan bayaran balik je.. InsyaAllah mudah utk buat loan lain kalau kita on-time buat bayaran dan full every month.. rate interest pun lain dari bank sebenarnya kalau record cantik for example nak buat loan rumah.. tulah contoh paling mudah guna cc and buat record cantik.. bab easy payment guna aeon atau yg lain2 kena orang yg berpengalaman share.. 😄.. satu lagi saya nak ingatkan, kena betul2 disiplin dan kawal kehendak kalau yg teringin nak pakai cc ye...

    • @mohdrazhan1262
      @mohdrazhan1262 2 ปีที่แล้ว

      Tak silap sy loan dengan credit tak boleh naik credit score

  • @zainhype98
    @zainhype98 2 ปีที่แล้ว +1

    10 minit tak panjang Dr, saya okay jika average is 10min