Mendidik Anak Remaja: Semasa Semua Strategi Tidak Menjadi

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 8 ก.พ. 2025
  • Mendidik anak remaja di akhir zaman ini amat mencabar. Kita perlu bersaing dengan pelbagai faktor yang mempengaruhi anak-anak. Jika dahulu, perubahan siang malam secara semulajadi membantu. Tenggelam sahaja matahari, kebanyakan anak berada di rumah. Mereka ‘memutuskan hubungan’ daripada alam kawan-kawan seketika, bersama keluarga, berehat dan tidur. Sesuailah dengan aturan Allah:
    “Dan Kami telah jadikan malam itu sebagai pakaian untukmu, dan siang untuk berkehidupan”
    Hal-hal yang mempengaruhi anak juga terbatas kepada faktor di dalam rumah, kejiranan dan sekolah, serta serba sedikit dunia luar yang ditinjau melalui televisyen dan majalah yang terbatas.
    Semua ini berubah dengan kehadiran internet.
    Apa yang berlaku di Korea, Amerika Syarikat atau Syria, hampir secara ‘real time’ memberi bekas kepada anak kita. Mungkin secara biologinya, anak itu adalah anak kita. Tetapi mereka mungkin tidak lagi mewarisi budaya, kepercayaan, sistem nilai malah agama kita selaku ibu bapa.
    Menyedari akan cabaran ini sejak anak-anak kecil, saya cuba mencari ilmu, baik ilmu agama mahu pun ilmu sains sebagai bekalan diri. Harapannya, dengan ilmu itu saya boleh melakukan sesuatu untuk keperluan anak-anak semasa mereka kecil, dan mencegah mereka daripada terjerumus ke lembah gelap di masa akan datang. Lembah gelap yang amat sukar untuk mereka dibantu semasa mereka menolak dan melawan bantuan kita.
    Jaga hubungan kasih sayang, selalu berbual dan merangsang fikir, agar matang menjadi khalifah Allah di muka bumi.
    Manakala penggunaan telefon pintar dan akses kepada internet, dilewatkan selewat mungkin.
    Akan tetapi semasa di Finland, saya berdepan dengan cabaran baharu.
    Anak-anak memerlukan telefon sendiri untuk keselamatan diri dan pembelajaran. Apatah lagi saya bersendirian dalam kebanyakan masa menguruskan keluarga. Teknologi membantu saya memantau mereka, mengkomunikasikan pujian dan nasihat serta kebimbangan berdasarkan data-data penggunaan yang bercerita. Sekolah di Finland pula aktif melatih murid agar bijak menggunakan telefon pintar dan komputer sebagai alat belajar, dan bukannya sumber hiburan keseronokan.
    Ada anak yang ok.
    Ada juga yang ujiannya lebih besar.
    Apabila ada yang kecundang, terperangkap dalam lembah gelap yang dibimbangi sejak sekian lama, hadirlah masa-masa yang menguji saya, sebagaimana ia juga ujian kepada ramai ibu bapa seperti kalian.
    Ujian sebegini mengingatkan kita, selepas puas berusaha, bahawa Tuhan saya bukan ilmu, kemahiran dan maklumat agama serta sains. Semua itu hanya bekalan untuk berusaha dan berusaha dengan sebaik mungkin. Andaikata ada yang masih tidak berjaya terbentuk baik, saya ambil ia sebagai peringatan daripada Allah untuk saya kuatkan pergantungan kepada-Nya.
    Seperti luahan Nabi Ya’qub ‘alayhi al-salam:
    قَالَ إِنَّمَاۤ أَشۡكُوا۟ بَثِّی وَحُزۡنِیۤ إِلَى ٱللَّهِ وَأَعۡلَمُ مِنَ ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ﴿ ٨٦ ﴾
    “Ya’qub berkata, sesungguhnya aku adukan kehibaan dan kesedihan hatiku hanya kepada Allah, kerana sesungguhnya aku mengetahui daripada Allah apa yang kalian tidak tahu” (Yusuf : 86)
    Kita malu untuk mengadu kepada Allah jika kita belum terlebih dahulu berusaha bersungguh-sungguh. Malah kesungguhan kita tidak sepadan usaha Nuh ‘alayhi al-salam yang menyeru sehingga 950 tahun. Tetapi kita bukan Nuh, bukan Ya’qub, dan usia kita tidak sepanjang itu. Semasa hati berasa sempit, aduan Nabi Ya’qub ini penting untuk kita hayati.
    Bahawa tanggungjawab kita adalah berusaha.
    Berusaha bersungguh-sungguh.
    Tetapi jangan sehingga terlupa, bahawa kita hanya mampu berusaha.
    Justeru,
    Hargai usaha masing-masing, bahawa penolakan anak bukan bermakna usaha itu sia-sia.
    Jangan putus asa daripada terus berusaha, dan terus memegang harapan untuk anak yang terpesong kembali lurus, yang pergi akan pulang, yang melawan akan menemui kesedaran dan keinsafan. Jadilah seorang yang terus memaafkan, agar dengan maaf kita, peluang mereka terus terbuka.
    Hindarkan diri daripada meninjau kebahagiaan dan kejayaan orang lain, terutamanya melalui paparan media sosial. Apa yang kita lihat, hanya rakaman sedetik untuk menceritakan detik itu. Kita tidak tahu susah payah orang lain di luar detik yang terakam itu.
    Jika akibat memikirkannya kita rasa rendah diri, ia tidak baik untuk kita.
    Jika akibat memikirkannya kita rasa cemburu dan dengki, ia tidak baik untuk kita dan mereka. Perasaan yang bergelora hasil memandang, boleh membakar emosi yang menghantar syaitan untuk memudaratkan mereka. Penyakit ‘ain itu haq!
    Jika akibat memikirkannya kita mengagumi mereka, kekaguman itu tidak membuahkan apa-apa manfaat kepada kita dan mereka. Hanya dengan memberi fokus kepada ilmu dan kemahiran yang berterusan, kita boleh terus kuat untuk meneruskan perjalanan.
    Teruskan perjalanan.
    Daripada Allah, kita dan zuriat kita datang.
    Kepada Allah jua, kita dan zuriat kita kembali.
    📌
    Support my work
    Patreon: / hasrizal
    Paypal: paypal.hasriza...

ความคิดเห็น • 13