Field Visit Program Latihan Antarabangsa Rural Tourism Towards Integrated Rural Development
ฝัง
- เผยแพร่เมื่อ 19 ธ.ค. 2024
- Field Visit Program Latihan Antarabangsa Rural Tourism Towards Integrated Rural Development Anjuran Institut Kemajuan Desa (INFRA) dengan kerjasama Centre on Integrated Rural Development for Asia and the Pacific (CIRDAP) pada 9 - 17 Oktober 2024.
Agrotourism Tasek Gelugor (Jeti Pengkalan Machang, Jeti Labuh Banting) dan Homestay Sungai Setar PERDA telah dilantik oleh INFRA selaku agensi pelaksana bagi aktiviti field visit selama 3 hari dan 2 malam yang melibatkan 13 delegasi luar negara.
Program latihan antarabangsa yang dianjurkan oleh Institut Kemajuan Desa (INFRA) ini memfokuskan kepada Rural Tourism Towards Integrated Rural Development yang berlangsung pada 9 - 17 Oktober 2024 secara fizikal di Pulau Pinang.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Centre on Integrated Rural Development for Asia and The Pacific (CIRDAP) bertujuan untuk berkongsi kepakaran Malaysia dan menggalakkan negara anggota CIRDAP dalam meneroka potensi pelancongan desa selain meningkatkan pengetahuan peserta dari segi pelancongan desa dan integrasi kepada pembangunan desa.
Program ini juga bertujuan memupuk kesedaran terhadap kepelbagaian pemuliharaan alam sekitar untuk meningkatkan pelancongan desa sebagai sebahagian pelan pembangunan.
Delegasi yang terlibat sepanjang program berlangsung adalah seperti berikut:
1. Bangladesh
Mr. Junaed Rahim : Joint Director, Rural Development and Cooperative Division
2. Fiji
Mr. Mosese Vatakona Taria : Senior Economic Planning Officer, Development Service Division
3. Indonesia
Mr. Muhammad Pandu Bimantoro : Staff of Planning Division, Ministry of Home Affair of the Republic Indonesia
4. Iran
Mr. Seyed Mohammad Jafar Esfahani : Director of APERDRI, Agricultural Planning, Economic and Rural Development Research Institute APERDRI
5. India
Dr. Ratna Bhuyan : Assistance Professor, National University of Rural Development
6. Myanmar
Ms. Htet Moh Moh Oo : Assistance Director, Ministry of Cooperative and Rural Development
7. Pakistan
Mr. Miran Mohiyuddin : Joint Secretary, Establishment Division, Cabinet Secretariat
8. Lao PDR
Mr. Souk Sakhone Phoxay : Director of Poverty Alleviation Division
9. Nepal
Mr. Krishna Prasad Bhattarai : Deputy Director, Ministry of Federal Administration and General Administration
10. Sri Lanka
Mrs. Godawatta Vidanage Norica Aiome : Research Officer, Ministry of Agricultural
11. Thailand
Ms. Cheeranun Thaisuchat : Agricultural Extensionist, Professional Level, Department of Agrictultural Extension
12. Vietnam
Dr. Ho Ngoc Ninh : Vice Dean, Vietnam National University of Agricultural
13. Malaysia
Mr. Ahmad Al-Farooqi bin Haja Mohideen : Assistant Manager, Penang Regional Development Authority (PERDA)
14. CIRDAP
Mr. F.A.M Zakirul Haq : Officer in Charge of Learning and Knowlegde Management Division and Head of Administration CIRDAP
Sesi field trip yang telah diadakan pada 13-15 Oktober 2024 ke aktiviti pelancongan desa dibawah seliaan PERDA, iaitu Agrotourism Tasek Gelugor, peserta delegasi telah didedahkan dengan proses mengoyak rokok daun nipah secara tradisional, demonstrasi pembuatan makanan serta kuih muih tradisional melayu, permainan tradisional dan juga aktiviti ekonomi tempatan yang menjadi punca pendapatan koperasi dan penduduk setempat.
Delegasi CIRDAP juga turut dibawa ke Kilang Pemprosesan Jeruk Madu Pak Ali dan diberi taklimat oleh Pengarah Urusan Jeruk Madu Pak Ali tersendiri, YBrs Dato’ Haji Alias bin Haji Ali. Delegasi didedahkan dengan bagaimana perniagaan Jeruk Madu Pak Ali bermula dari belakang rumah sehingga pencapaian sekarang.
Seterusnya delegasi ini dibawa ke Homestay Sungai Setar dan menginap selama 2 malam. Setiap peserta delegasi dibahagikan kepada keluarga angkat masing-masing dan didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang dapat menonjolkan adat dan budaya Malaysia di mata delegasi luar negara.
Program Latihan Antarabangsa ini berakhir semalam dengan Majlis Penutupan Program Latihan Antarabangsa Rural Tourism Towards Integrated Rural Development bertempat di Hotel Ascott Gurney, Pulau Pinang bermula jam 8.00 malam.
Semoga kesemua delegasi CIRDAP membawa pulang kenangan yang manis bersama Pelan Tindakan Perancangan Pelancongan Luar Bandar yang telah dibentangkan dalam program ini.
Sungguh manis buah rambutan,
Enak dimakan perlahan lahan,
Bila ada sebuah pertemuan,
Pasti datang sebuah perpisahan.
From PERDA to CIRDAP delegates, hope to see you again in future and keep in touch.