Mee Kicap Ipoh Kak Yan |

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 26 ก.ค. 2023
  • Mee Kicap Ipoh
    Mee Kicap Ipoh merupakan antara menu sarapan popular di Ipoh. Walaupun resipi asal adalah merupakan menu sarapan masyarakat Cina, tetapi rasanya yang sedap kena sekali dengan tekak kaum lain. Mee Kicap Ipoh ni bukan sahaja sedap tetapi sangat mudah disediakan. Mee Kicap Ipoh secara asasnya adalah mee kuning yang dicelur dan kemudian digaul dengan ramuan kicap yang dimasak sedikit dan dimakan beserta taugeh dan sos sambal yang pedas. Bagi membangkitkan lagi selera, dihidang pula dengan sip Ikan tamban beserta fish ball dan fish cake - memang terangkat sedapnya.
    Mee Kicap Ipoh
    Mee Kicap Ipoh is one of the popular breakfast dishes in Ipoh. Originally a breakfast staple in the Chinese community, its delicious taste appeals to people from other ethnic backgrounds as well. Mee Kicap Ipoh is not only tasty but also very easy to prepare. Essentially, it is yellow noodles blanched, mixed with lightly cooked soy sauce seasoning, and served with bean sprouts and spicy sambal sauce. To enhance the appetite, it is also served with Fish Soup complete with fish balls, and fish cakes - truly elevating its deliciousness.
    Bahan-bahan:
    1 bungkus mee
    Taugeh secukupnya
    100g /1 mangkuk ikan tamban
    1 mangkuk bawang putih
    Kek ikan dan bebola ikan
    2 sudu teh serbuk lada sulah
    1 mangkuk kicap lemak manis
    2 sudu teh kicap pekat
    3 sudu besar minyak bijan
    Daun bawang
    Garam dan gula secukup rasa.
    Ingredients:
    1 packet of noodles
    A handful of bean sprouts
    100g / 1 cup of tamban fish
    1 cup of garlic (chopped)
    Fish cake and fish balls
    2 teaspoons of ground black pepper
    1 cup of sweet soy sauce
    2 teaspoons of thick soy sauce
    3 tablespoons of sesame oil
    Green onions
    Salt and sugar to taste
    Selamat Mencuba!
    Teruskan tengok video ini sampai habis dan jangan lupa subscribe.
    Jangan lupa juga untuk follow Kak Yan di platforms berikut:
    Instagram: / ​​
    Facebook: / ​​
    Blogspot: azianhasan.com/
  • แนวปฏิบัติและการใช้ชีวิต

ความคิดเห็น • 52

  • @bm1zkk
    @bm1zkk 11 หลายเดือนก่อน +4

    Suka tengok s/isteri ini sangat romantik dan bekerjesama antara satu sama lain. very romantic couple ❤❤❤

    • @KakYan
      @KakYan  11 หลายเดือนก่อน

      Terima kasih

  • @ucu1203
    @ucu1203 ปีที่แล้ว +3

    Aduh rindu nak balik Ipoh. Pekena mee kicap atau kuey teow kicap warung daud mat jasak. Fish balls/fish cakes cicah dengan cili asam.

  • @rokiahosman9775
    @rokiahosman9775 ปีที่แล้ว +6

    Dah lama dh nak cari resepi mee kicap Ipoh ni. T.kasih Kak Yan kongsi resepi. Mesti cuba ni. Semoga K.Yan sekeluarga sentiasa didalam Rahmat Allah SWT..❤

    • @KakYan
      @KakYan  ปีที่แล้ว +2

      Yes. Nanti boleh masak untuk keluarga. Aamiin atas doanya

  • @amygaste4836
    @amygaste4836 ปีที่แล้ว +3

    Terima kaseh Kak Yan, sini x tahu mana nak dapat ikan tamban, fish cake dan fish ball. Nanti lah tengah fikir ni… Tinggal pulak tu outside Paris, Asian people kurang. Tengah telan air liur tengok Kak Yan masak 😋😝🥲

    • @KakYan
      @KakYan  ปีที่แล้ว

      Nanti Kak Yan ajar buat fishball dan fishcake pulak la.

  • @noorazizahnasarudin9250
    @noorazizahnasarudin9250 ปีที่แล้ว +1

    Sedap menyelerakan kesukaan saya ini

  • @amranibrahimrashidi
    @amranibrahimrashidi ปีที่แล้ว +1

    Senangnya menarik ni...

  • @noraishahrashid3914
    @noraishahrashid3914 ปีที่แล้ว +2

    Terima kasih yan kongsi resepi mee kicap ipoh ni....semuga yan dn keluarga dimurahkn rezeki🤲

    • @KakYan
      @KakYan  ปีที่แล้ว

      Aamiin dan sama-sama

  • @maryamabdullah913
    @maryamabdullah913 ปีที่แล้ว +2

    Tqvm for sharing

  • @jalilahalias3457
    @jalilahalias3457 ปีที่แล้ว +5

    Simple dan sedap tu,,, tkasih Dik Yan kongsi resipi ni 👍🤩

  • @yayu5875
    @yayu5875 ปีที่แล้ว +1

    Pn Yan...the best!!!

  • @jamaliahali3729
    @jamaliahali3729 10 หลายเดือนก่อน

    Kak Yan manja dgn suami masak jd sedap.. terhibur tk kak Yan.

  • @linasulaiman9979
    @linasulaiman9979 3 หลายเดือนก่อน

    Tqsm k yan..Berkongsi resepi2 menarik sentiasa.
    Pengunaan bahasa yg sopan..K yan guna ayat *you all* ..instead *kau orang* ..

    • @KakYan
      @KakYan  3 หลายเดือนก่อน

      Penting bersopan santun kan. Kak Yan pun rasa tak selesa sangat bila ada org yang ‘ber kau orang’ dengan Kak Yan nak2 yang jauh lebih muda dari Kak Yan. Tapi itulah kalau ditegur kita pulak yang salah balik.

    • @KakYan
      @KakYan  3 หลายเดือนก่อน

      Sama2. Penting bersopan santun ni kan, walau di alam maya. Kak Yan sangat tak selesa kalau ada yang ‘ber kau orang’ dengan penonton ataupun directly dgn Kak Tan. Nak pulak dari yang masih muda. Dah jadi mcm kawan sebaya dia pulak. Tapi itulah kalau ditegur kita pulat yang salah nanti.

  • @saadiahamat1380
    @saadiahamat1380 ปีที่แล้ว +2

    Wahhh kelainan, kena cuba. terima kaseh kak Yan..

    • @KakYan
      @KakYan  ปีที่แล้ว +1

      Kena cuba ni. Simple dan sedap

  • @kcamata1512
    @kcamata1512 ปีที่แล้ว +1

    Terbaik kak yan ❤

  • @neimann6350
    @neimann6350 ปีที่แล้ว +2

    Kak Yan 'Jahattttttttt' makan depan viewers🤤

    • @KakYan
      @KakYan  ปีที่แล้ว +3

      Mintak ampun😃😃😃😃Lain kali Kak Yan buat lagi😄

  • @faridah_zaidi
    @faridah_zaidi ปีที่แล้ว +2

    Salam kak yan. It's me faridah zaidi dari Perth.
    Mee ni mashaAllah so simple n yummy. Thank you kak ❤

    • @KakYan
      @KakYan  ปีที่แล้ว +1

      Waalaikumsalam Faridah. Salam kenal dari Kak Yan. Kena cuba mee ni👍

  • @zara7010
    @zara7010 ปีที่แล้ว +1

    Oo baru tahu cara makan dia..sebelum ni saya tonggeng semua kuah sup dlm mee..mcm mkn mee sup😅..ok dah oder ikan tamban kat shopee..dah sampai nanti nak try buat 😘😘

    • @KakYan
      @KakYan  ปีที่แล้ว +1

      Kalau tuang semua sekali nanti mee cepat kembang. Jadi mee sup pulak nanti.

  • @hjhfauziah
    @hjhfauziah 11 หลายเดือนก่อน +1

    Terbaek puan❤

    • @KakYan
      @KakYan  11 หลายเดือนก่อน

      Terima kasih

  • @Hassana-ux9gv
    @Hassana-ux9gv ปีที่แล้ว +1

    Blum pernah rasa ..tapi nampak mcm mi sop ..

  • @norillahismail8588
    @norillahismail8588 10 หลายเดือนก่อน

    Suka tengok jari jemari kak yan bila buat kerja....
    😅😅

    • @KakYan
      @KakYan  9 หลายเดือนก่อน

      😀

  • @azharyahya312
    @azharyahya312 11 หลายเดือนก่อน +1

    Apa lagi... tulis...mana...nak.. belajar...kan...kak... senang... buat...buku.. masakan..kan....

  • @zielaadik4741
    @zielaadik4741 ปีที่แล้ว +1

    nti nk cube buat trime ksih kak❤

    • @KakYan
      @KakYan  ปีที่แล้ว

      Cuba tau

    • @zielaadik4741
      @zielaadik4741 11 หลายเดือนก่อน

      @@KakYan trime ksih kak kongsi resepi..moga kak murah rezeki.

  • @ainiyudin5261
    @ainiyudin5261 11 หลายเดือนก่อน +1

    Salam Kak Yan. Boleh ajar cara buat sos/sambal utk makan dgn mee kicap tu?

    • @KakYan
      @KakYan  11 หลายเดือนก่อน +1

      Waalaikumsalam. Yang itu beli saja

    • @ainiyudin5261
      @ainiyudin5261 11 หลายเดือนก่อน

      @@KakYan maaf saya tanya lg. Kat mana nak beli sos cili tu?

  • @ijahim
    @ijahim ปีที่แล้ว +1

    Kak Yan, mee kering yg abg maksudkan tu, yee mee kot Kak Yan

    • @KakYan
      @KakYan  ปีที่แล้ว +1

      Ye kot. Betul la tu.

  • @user-ip4dz9ge2t
    @user-ip4dz9ge2t 11 หลายเดือนก่อน +1

    😂😂😂

  • @niesya0706
    @niesya0706 11 หลายเดือนก่อน

    Ada resepi utk sambal tu?

    • @KakYan
      @KakYan  11 หลายเดือนก่อน

      Sambal itu beli dah siap

  • @badboy-qz1hv
    @badboy-qz1hv ปีที่แล้ว +1

    kuali kak yan tu...jenis iron cast ya kak?

    • @KakYan
      @KakYan  ปีที่แล้ว

      Ya. Betul tu

  • @norasmah4587
    @norasmah4587 ปีที่แล้ว +1

    pasaraya ada jual ke ikan tamban kering tu?kalau beli ikan tamban basah boleh ke?

    • @KakYan
      @KakYan  ปีที่แล้ว

      Dekat pasaraya ada. Bahagian ikan bilis

  • @norasmah4587
    @norasmah4587 ปีที่แล้ว +1

    ikan tamban kering tu masin ke?

    • @KakYan
      @KakYan  ปีที่แล้ว

      Tak masin sangat

  • @yayu5875
    @yayu5875 ปีที่แล้ว +1

    Pn Yan guna minyak bijan jenama apa ye?

    • @KakYan
      @KakYan  11 หลายเดือนก่อน

      Lupa la pulak. Beli yg mahal