JIKA TERSESAT DALAM HUTAN APA PERLU DIBUAT?

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 6 ม.ค. 2025
  • Punca ikhtiar hidup itu berlaku:
    Faktor paling utama ialah kerana kelalaian manusia itu sendiri. Ianya bermula dari peringkat perancangan aktiviti ,persiapan melakukannya mahupun diperingkat perlaksanaan Tidak mahu ambil iktibar dari peristiwa orang lain, kurang pengetahuan ilmu rekreasi dan tiada kemahiran yang sepatutnya, ingatlah berlakunya iktiar hidup@“survival” ini, akan berlaku kepada sesiapa saja, dimana-mana jua dan bila-bila masa sahaja
    Apabila dalam situasi survival dan anda sedang menghadapinya, lakukan empat perkara asas diatas. Anda boleh lakukan mana-mana dari perkara diatas sebagai yang pertama patut dilakukan. Ia bergantung kepada masalah dan tempat yang anda hadapi disaat itu.
    Water (air)
    Carilah sumber dari yang terdekat dengan kaedah-kaedah yang tertentu (teknik rujuk nota LA)
    Fire (api)
    Gunakan apa jua kaedah yang anda ketahui, kerana dengan adanya api menaikan semagat anda dan kelebihan yang lain
    Shelter (tempat berlindung)
    Agar dapat perlindugan dari kesejukan, gangguan haiwan dan sebagainya
    Food (makanan)
    Jika ada makanan perlulah pandai berjimat, dan jika tiada berhati-hatilah dalam memilih makanan yang selamat (teknik-rujuk nota LA)
    Akhir sekali ialah memahami prinsip ikhtiar hidup Semoga anda memahami secara asas apa yang perlu jika menghadapi keadaan yang membawa kepada iktiar hidup untuk melengkapinya tiga perkara utama mesti ada disaat kecemasan itu iaitu:
    1.Utamakan Keselamatan
    keutamaan soal keselamatan nyawa. Jika melakukan sesuatu perkara, buatlah dengan berhati-hati, elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan diri Sebagai contoh, hindarkan dari memakan tumbuh-tumbuhan, buah-buahan tidak pasti selamat, hindarkan dari bertembung dengan binatang buas.
    2.Kawalan diri (emosi)
    kawal emosi diri agar keadaan tidak menjadi terlalu nagetif. Sentiasalah berfikiran positif agar merasa tenang dengan apa yang anda lakukan. Jangan cemas dalam setiap keadaan kerana ia boleh memburukan lagi keadaan.
    3.Usaha
    Jangan putus asa jika berlaku kegagalan semasa survival, contohnya menyalakan api, mencari makanan dan sebagainya. Alam memang dijadikan untuk menduga manusia yang suka cabaran, ia tidak kejam tetapi berusahalah untuk menjadi kawan, adaptasi dan mengatasinya
    Semoga anda memdapat ilmu yang berguna dalam penulisan ini. Pelajarilah ilmu iktiar hidup kerana suatu hari nanti ia mungkin berguna untuk keselamatan diri, keluarga dan rakan-rakan anda.
    Dikursus bushcraft survival anjuran LORAS kita akan diperjelaskan lagi perkara ini.
    sekian terima kasih
    ok selamat mencuba yer...
    Selepas menonton Subscribe" & LIKE video Loras Bushcraft survival" yer...
    Selepas menonton Subscribe" & LIKE video Loras Bushcraft survival" ok ...
    Selepas menonton Subscribe" & LIKE video Loras Bushcraft survival" yer tuan...
    Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup atau barangan rekreasi hubungi kami 011-1220 7394(sam)
    lusuh adventure@LORAS
    (outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
    No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati
    53100 Kuala Lumpur
    T:011-1220 7394
    w:www.lusuh.com.my
    w:www.loras2u.blogspot.com
    #bushcraft
    #survival
    #loras
    #lusuhadventure
    #lorasbushcraftsurvival

ความคิดเห็น •