WEBINAR “ISU BULI: PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH”

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 28 ธ.ค. 2024

ความคิดเห็น • 92

  • @anisfaaa5759
    @anisfaaa5759 7 วันที่ผ่านมา

    Satu video penyampaian yang menarik oleh Cikgu Aimi. Isu yang dibahaskan ini cukup relevan dengan masyarakat kini, khususnya dalam dunia pendidikan. Dari segi penyampaian, pembicara dalam video ini berhasil memberikan penjelasan yang jelas dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami. Nada suara cikgu yang tenang membuat saya mudah mengikuti alur pemikiran yang disampaikan. Terima kasih Cikgu Aimi atas penyampaian yang sangat mendalam ini.
    ANIS FATHINI BINTI KAMAROL ZAMAN (293701)

  • @ameliazali8129
    @ameliazali8129 7 วันที่ผ่านมา +1

    Video ini menjelaskan kepentingan pengurusan bilik darjah yang berkesan, termasuk peranan guru dalam menetapkan peraturan dan menggunakan komunikasi dua hala untuk meningkatkan pembelajaran.
    NOOR AMELIA BINTI ROZALI (291549)

  • @jordantoh4823
    @jordantoh4823 7 วันที่ผ่านมา

    Perkongsian Cikgu Aimi memang sangat bermanfaat. Cikgu telah menegaskan banyak tips-tips kepada bakal guru seperti kami trntang bagaimana menguruskan isu buli fi falam sekolah daripada aspek seorang cikgu kaunseling. Terlalu banyak info yang sangat bermanfaat kepada kami seperti kami perlu menerokai punca2 belakang apabila seseorang murid membuat perlakuan salahlaku di sekolah terutamanya daripada perspektif kekeluargaan dan sebagainya. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Aimi, ajaran Cikgu Aimi memain peranan yang sangat ketara dalam masa depan kami.
    Toh Kun Feng 291798

  • @allyajibreel3693
    @allyajibreel3693 7 วันที่ผ่านมา

    A’LIYAH SOFIA BINTI MUHAMAD ALI (294614)
    Video tersebut menonjolkan cabaran besar yang dihadapi oleh guru dalam menangani masalah disiplin pelajar seperti buli, LGBT, merokok, dan minum arak, yang sering berkait dengan latar belakang keluarga. Peranan guru sebagai pembimbing sangat penting untuk membantu pelajar mengatasi isu-isu ini dengan pendekatan yang berhemah, empati, dan berasaskan pendidikan nilai moral. Masalah keluarga perlu diberi perhatian kerana ia sering menjadi akar kepada tingkah laku negatif pelajar.

  • @SitiAisyah-i8n
    @SitiAisyah-i8n 7 วันที่ผ่านมา

    SITI AISYAH BINTI ROSLAN (299927)
    sangat relevan dengan situasi semasa di sekolah. Peranan guru bukan sahaja mendidik, tetapi juga membentuk sahsiah pelajar. Terima kasih atas perkongsian!!!

  • @annatasiajoanyii1095
    @annatasiajoanyii1095 7 วันที่ผ่านมา

    ANNATASIA JOAN YII (291649)
    Terima kasih atas perkongsiannyaa...Guru berperanan sebagai pendidik dan pemantau untuk memastikan peraturan sekolah dipatuhi dan persekitaran pembelajaran selamat. Mereka perlu peka terhadap tanda buli, memberi bimbingan, dan bekerjasama dengan ibu bapa serta pihak sekolah. Ibu bapa pula perlu mendidik anak tentang nilai hormat dan empati, memantau tingkah laku serta aktiviti di media sosial, dan memberikan sokongan emosi. Kerjasama antara guru, ibu bapa, dan pihak sekolah adalah kunci untuk mencegah buli dan memastikan kesejahteraan pelajar.

  • @anakyoda
    @anakyoda 7 วันที่ผ่านมา

    AINA SYAFIAH BINTI SALEH (300914)
    perkongsian yang bagus dan menarik, guru bukan sahaja berperanan dalam memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada murid, tetapi juga berperanan sebagai seorang seorang kaunselor yang mampu mempengaruhi pelajar itu untuk menjadi lebih positif dan meringanjan beban mereka.

  • @aliffaqreem5087
    @aliffaqreem5087 7 วันที่ผ่านมา +1

    MUHAMMAD ALIFF AQREEM BIN AHMADI 293352
    Memahami dan mengetahui latar belakang murid amat penting bagi seorang guru. Terutamanya apabila ingin mengambil tindakan disiplin kepada mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana, setiap murid terdiri daripada latar belakang kehidupan yang berbeza. Jadi, kita sebagai guru perlu mempunyai empati terhadap murid dengan mengambil tindakan disiplin yang berpada-pada.

  • @thameonthisamungam
    @thameonthisamungam 7 วันที่ผ่านมา

    Thameonthi A/P Samungam (292221)
    Perkongsian yang sangat bermanfaat daripada saudari yang dapat penuh bermakna mengenai isu-isu yang berlaku di sekolah pada masa ini. Video ini telah membukakan minda fikiran sebagai bakal pendidik supaya sentiasa bersedia menghadapi isu-isu yang berlaku di sekolah dan menyediakan alternatif untuk mengatasi isu-isu yang berlaku. Seterusnya, saya juga bersetuju bahawa peranan ibu bapa sangat penting dalam apa jua isu yang berlaku . Semoga webinar ini ditonton oleh semua ibu bapa dan bakal-bakal pendidik . Terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna.

  • @MuhdAzim-cx5vl
    @MuhdAzim-cx5vl 7 วันที่ผ่านมา +1

    Terima kasih kepada Cikgu Aimi atas perkongsian yang diberikan. Pada pendapat saya, memang isu isu kemerosotan disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar pada masa ini semakin merebak dan kritikal seperti buli, LGBT, self-harm, seks bebas dan sebagainya. Oleh itu, kami sebagai bakal guru harus mempersiapkan diri kami dari segi fizikal dan emosi untuk kami aplikasikan dalam mengurus masalah disiplin pelajar nanti.
    (MUHAMMAD AZIM BIN MADZLAN 291917)

  • @wangzhiyi1507
    @wangzhiyi1507 7 วันที่ผ่านมา

    WANG ZHI YI (299224)
    Terima kasih atas maklumat yang disampaikan oleh cikgu tentang isu buli. Saya sangat bersetuju atas peranan ibu bapa untuk menangani isu ini😊

  • @abyana8298
    @abyana8298 7 วันที่ผ่านมา

    Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat. Video ini menujukkan bertapa pentingnya kolaborasi antara guru, ibu bapa, dan pentadbir sekolah untuk menangani isu buli. Komunikasi yang efektif boleh menghalang isu ini daripada berlarutan. (Abyana Afwan Binti Che Mahir - 291816)

  • @SS-eh6vv
    @SS-eh6vv 7 วันที่ผ่านมา

    Setelah menonton video ini saya sedar bahawa pelajar kini terdedah dengan pelbagai isu tingkah laku negatif.
    Saya bersetuju bahawa ibu bapa memainkan peranan penting dalam membendung tingkah laku negatif para pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana rumah merupakan institusi pendidikan utama anak-anak.
    ADLINA SYAFIKHA BINTI JASNI 292073

  • @hohuiru7034
    @hohuiru7034 7 วันที่ผ่านมา

    HO HUI RU(300213)
    Terima kasih atas perkongsian yang jelas dan terperinci mengenai isu-isu disiplin dalam kalangan remaja sekolah. Saya bersetuju bahawa komunikasi antara ibu bapa dan anak amat penting kerana pendidikan bermula dari rumah. Webinar ini memberikan saya kesedaran awal tentang masalah disiplin, serta keperluan untuk mencari alternatif berkesan dalam menangani isu-isu ini. Sebagai bakal guru, saya bertekad untuk membantu murid melalui pendekatan yang sesuai dan berharap dapat membentuk suasana kelas yang positif dan aktif dengan kerjasama ibu bapa.

  • @itsfieya
    @itsfieya 7 วันที่ผ่านมา

    Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermakna ini. Guru memainkan peranan penting sebagai pendidik dan pengawas untuk memastikan peraturan sekolah diikuti dengan baik serta persekitaran pembelajaran yang selamat. Mereka perlu sensitif terhadap tanda-tanda buli, memberi bimbingan yang sewajarnya, dan bekerjasama dengan ibu bapa serta pihak sekolah. Ibu bapa juga harus menanamkan nilai hormat dan empati dalam diri anak-anak, memantau tingkah laku mereka, terutamanya di media sosial, serta memberi sokongan emosi yang diperlukan. Kerjasama yang erat antara guru, ibu bapa, dan pihak sekolah adalah kunci untuk mengatasi isu buli dan memastikan kesejahteraan pelajar terjamin.
    (Nurul A’in Sofia binti Yusrizal 291250)

  • @aisyahraihana3212
    @aisyahraihana3212 7 วันที่ผ่านมา

    NOR AISYAH RAIHANA BINTI ABD. KHALID (292137)
    Terima kasih cikgu atas perkongsian yang menarik dan dekat dengan pendidikan. Isu buli ini bukan perkara yang baru namun ia tidak patut dinormalisasikan. Oleh itu, peranan pelbagai pihak perlu bagi mengatasi cabaran ini. Sebagai bakal pendidik, kita hendaklah sentiasa menguruskan pengurusan disiplin bilik darjah yang baik agar keadaan-keadaan yang tidak diingini seperti ini tidak berlanjutan. Peranan ibu bapa juga sebenarnya amat penting dalam mendidik anak-anak supaya sentiasa bertingkah laku sopan dan sebagai role model untuk mereka.

  • @atirazainudin4403
    @atirazainudin4403 7 วันที่ผ่านมา

    SITI NUR ATIRAH BINTI ZAINUDIN (297533)
    Sebagai seorang pelajar, saya juga merasakan bahawa peranan ibu bapa sangat penting dalam membentuk akhlak dan perilaku kami. Apabila ibu bapa memberikan kasih sayang dan perhatian yang cukup, kami merasa lebih dihargai dan selamat. Ini membantu kami untuk mengembangkan nilai-nilai positif seperti empati, tanggungjawab, dan hormat kepada orang lain.
    Di samping itu, apabila ibu bapa terlibat dalam kehidupan kami, seperti bertanya tentang aktiviti harian atau memberikan nasihat yang baik, ia dapat mengurangkan rasa kesepian dan tekanan yang mungkin kami hadapi. Tanpa perhatian dan kasih sayang yang mencukupi, kami mungkin mencari perhatian di tempat lain, yang kadangkala membawa kepada perilaku negatif.

  • @limcheryoung6534
    @limcheryoung6534 7 วันที่ผ่านมา

    LIM CHER YOUNG 294927
    Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Aimi atas perkongsian yang amat bermakna ini. Isu disiplin di sekolah perlu dikawal dengan cara yang betul. Sebagai bakal guru Malaysia, ini merupakan perkara yang kita perlu cakna dan mengambil tindakan sewajarnya.

  • @nurfatinaqilahmohdnoor2768
    @nurfatinaqilahmohdnoor2768 7 วันที่ผ่านมา

    NUR FATIN AQILAH BINTI MOHD NOOR (293467)
    Allahuakhbar tak sangka isu-isu ini sebenarnya memberi kesan yang sangat mendalam. Terima kasih atas perkongsian yang amat bermakna. Pemantauan yang lebih ketat perlu dilakukan terutamanya pemantauan dari rumah melalui ibu bapa dan keluarga. Sepatutnya keluarga memainkan peranan yang penting, dan tak sepatutnya meletakkan sepenuh harapan ke atas guru untuk memantau anak-anak mereka. Guru hanya dapat memantau di sekolah sahaja, jadi sepenuhnya datang dari rumah. Semoga bakal-bakal guru dapat menangani isu-isu yang berkenaan dengan baik.

  • @hariswaranlinggam7710
    @hariswaranlinggam7710 7 วันที่ผ่านมา

    Terima kasih cikgu atas perkongsian.. video yang amat jelas tentang isu moral dalam kalangan pelajar. Guru perlu sentiasa menitikberatkan isu² ini agar tidak berlaku lagi di sekolah dan dapat melahirkan generasi yang lebih baik.
    HARISWARAN A/L LINGGAM (299299)

  • @r.ashikin964
    @r.ashikin964 7 วันที่ผ่านมา

    Isu buli bukan isu yang baharu, ia memerlukan perhatian serius, dan guru memainkan peranan penting dalam pengurusan disiplin. Terima kasih diatas perkongsian yang bermanfaat. Semoga isu buli ini akan menunjukkan penurunan yang positif. NURUL ASHIKIN 292928

  • @madihahhazirah1693
    @madihahhazirah1693 7 วันที่ผ่านมา

    MADIHAH HAZIRAH BINTI MARZUKI (293013) -Terima kasih atas perkongsian yang menarik. Masalah disiplin seperti buli, merokok, mencederakan diri sendiri dan isu-isu lain yang dibangkitkan adalah isu yang agak membimbangkan, terutamanya apabila ia berpunca daripada latar belakang keluarga. Saya bersetuju bahawa ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk tingkah laku anak-anak kerana mereka adalah teladan utama di rumah. Pendidikan awal di rumah yang menekankan nilai moral, disiplin, dan kasih sayang adalah asas kepada pembentukan sahsiah yang baik. Guru pula menjadi pelengkap dalam memastikan tingkah laku ini diteruskan di sekolah.

  • @zamer4935
    @zamer4935 7 วันที่ผ่านมา

    MUHAMMAD ZAMIR AIMAN BIN JAFAR (295035)
    Terima kasih atas perkongsian, webinar ini memberikan saya pendedahan mengenai masalah tingkah laku disiplin yang ketara dan punca berlaku dikalangan pelajar. Oleh itu, semua pihak terutama ibu bapa di samping sokongan guru perlu mengawal dan cakna akan masalah dan kehidupan pelajar. Kita dapat lihat faktor utama masalah berlaku berpunca dari rumah. Remaja mudah untuk memberontak dan terpengaruh dengan gejala negatif. Maka semua pihak perlu membendung masalah ini sebelum menjadi lebih membarah.
    Sekian Terima Kasih.

  • @darshinichandran9300
    @darshinichandran9300 7 วันที่ผ่านมา

    DARSHINI CHANDRAN (292813)
    Tq cikgu . Pendapat yang diberikan oleh cg sangat relevan dengan cabaran yang dihadapi oleh sistem pendidikan pada masa kini. Kemerosotan disiplin pelajar merupakan isu yang semakin meruncing dan memerlukan perhatian yang serius daripada semua pihak, termasuklah pihak sekolah, guru, ibu bapa, dan masyarakat. Isu-isu seperti buli, masalah identiti seksual (LGBT), self-harm, seks bebas, dan lain-lain, bukan sahaja memberi kesan kepada pelajar itu sendiri, malah kepada persekitaran sekolah secara keseluruhan. Oleh itu, persediaan yang menyeluruh dari segi fizikal, emosi, dan intelek amat penting bagi bakal guru untuk menangani masalah disiplin ini secara berkesan.

  • @nurazeyani1269
    @nurazeyani1269 7 วันที่ผ่านมา

    NUR AZEYANI BINTI MOHD YAMIN (291913)
    Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini,saya bersetuju bahawa peranan ibu bapa sangat penting dalam membentuk anak-anak.Hal ini kerana ibu bapa merupakan insan terdekat dengan anak-anak.Betul,saya bersetuju kadang-kadang perhatian yang diberikan oleh ibu bapa hanya sekadar memadai sehingga anak-anak bertindak untuk mencari perhatian dari orang sekeliling dan boleh menimbulkan masalah disiplin.Kesimpulannya,ibu bapa boleh cuba meluangkan masa bersama anak-anak dan mendengar rintahan hati mereka.

  • @syahmiraihanooi5789
    @syahmiraihanooi5789 7 วันที่ผ่านมา

    MOHAMMAD SYAHMI RAIHAN OOI BIN MOHAMMAD FAISAL OOI (291262)
    Perkongsian yang baik. Video ini menyedarkan saya bahawa sebagai seorang guru, kita seharusnya bersedia untuk menghadapi pelbagai jenis masalah tingkah laku pelajar di sekolah dan setiap masalah pasti ada punca dan juga jalan penyelesaian. Saya juga bersetuju bahawa pembentukan sahsiah pelajar bermula dari rumah, didikan ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak dan pastinya akan memberi kesan kepada tingkah laku mereka sewaktu berada di sekolah.

  • @nuraqilah3076
    @nuraqilah3076 7 วันที่ผ่านมา

    NUR AQILAH BINTI AWANG 291366
    Isu yang dibincangkan dalam video ini sememangnya relevan dan patut mendapat perhatian kita semua. Topik yang diangkat memberikan pandangan yang mendalam tentang cabaran dan situasi semasa, membuka mata saya terhadap perspektif yang mungkin sebelum ini tidak disedari. Penyampaian yang jelas dan fakta yang dikemukakan membantu kita memahami isu ini dengan lebih baik.

  • @shalindabibi5970
    @shalindabibi5970 7 วันที่ผ่านมา

    NURSHALINDA BIBI BINTI ABDUL SHARIFF (294007) - Terima kasih di atas perkongsian yang cukup jelas. Dari perkongsian tersebut, didapati banyak jenis kesalahan tingkah laku yang berlaku di sekolah sama ada kecil atau berat. Contoh masalah disiplin seperti yang dinyatakan adalah seperti merokok, toreh tangan, hubungan sejenis. Kebanyakan pelajar membuat kesalahan kerana mereka tertekan dengan faktor sekeliling. Maka intervensi perlu dilaksanakan seperti mengadakan sesi pertemuan, kaunseling, membuat tindakan awal dan memberi surat akur janji supaya mereka berjanji untuk tidak mengulanginya.

  • @azrulnajmi5564
    @azrulnajmi5564 7 วันที่ผ่านมา

    MUHAMMAD AZRUL NAJMI BIN MOHD AZHAR (293862)
    Terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna kepada saya, isu-isu seperti ini perlu diambil berat dalam membentuk akhlak pelajar. Ibu bapa juga perlu membantu dalam perkara ini dengan bermula dari rumah. Kita juga perlu peka terhadap pelajar.

  • @kelvinyong3627
    @kelvinyong3627 7 วันที่ผ่านมา

    KELVIN YONG KAI YIK 291704
    Sungguh bermanfaat! Saya rasa penglibatan komuniti setempat dalam membantu mendisiplinkan pelajar juga boleh menjadi satu inisiatif yang positif. Saya setuju bahawa usaha berterusan untuk menerapkan nilai moral dalam pembelajaran harian pelajar adalah penting bagi membentuk generasi yang berakhlak mulia.

  • @ailyelviloting3820
    @ailyelviloting3820 7 วันที่ผ่านมา

    AILY ELVI LOTING 300822
    Video perkongsian ini memberi saya kesedaran dan pengetahuan awal tentang masalah-masalah pelajar yang sering dilakukan di sekolah. Daripada video ini juga saya dapat membuat persediaan awal apa yang harus saya lakukan sebagai guru pada masa akan datang. Pada pendapat saya ibu bapa juga adalah sangat penting untuk memantau anak mereka berkawan dengan siapa dan ibu bapa perlulah bahagikan masa mereka dengan anak-anak.

  • @mawaddahosman8654
    @mawaddahosman8654 7 วันที่ผ่านมา

    MAWADDAH BINTI OSMAN 292740
    Perkongsian yang sangat kaya dengan pengalaman memudahkan saya untuk lebih memahami isi yang disampaikan. Saya bersetuju dengan pendapat cikgu tentang antara faktor yang menyebabkan berlaku salah laku pelajar dari segi diri pelajar itu sendiri dan peranan ibu bapa dalam bentuk tingkah laku pelajar. Terima kasih telah membuatkan perkongsian ini.

  • @anisaaa9374
    @anisaaa9374 7 วันที่ผ่านมา

    Anis Aqeela Zahiah Bt Zamli (300235)
    Dari webinar ini, kita boleh lihat yang pengaruh rakan sebaya bukan satu-satunya punca yang menyebabkan pelajar terlibat gejala sosial dan bermasalah, tapi berpunca daripada keluarga atau rumah itu sendiri, jadi ibu bapa sebenarnya mempunyai peranan yang besar bagi atasi isu-isu disiplin ini kerana mereka orang yang paling dekat dan hampir dengan pelajar

  • @yapziying9290
    @yapziying9290 7 วันที่ผ่านมา

    YAP ZI YING 297988
    Terima kasih kepada cg atas perkongsian yang bermakna kepada para pendidik yang bakal menjadi guru pada masa akan datang.
    Pengurusan bilik darjah amatlah penting terhadap pihak-pihak yang berkepentingan seperti guru, pentadbir dan juga murid-murid sekalian. Jika tiada pengurusan dalam sesuatu bilik darjah maka kelas tersebut akan menjadi tidak tersusun dan tiada peraturan.
    Sebagai bakal guru, saya akan berusaha bersungguh-sungguh supaya menjadi guru yang penuh tanggungjawab dan dedikasi.

  • @fathurrahmanfarhann4776
    @fathurrahmanfarhann4776 7 วันที่ผ่านมา

    MUHAMMAD FATHURRAHMAN FARHAN BIN MOHD ZAIRUDDIN (291270)
    Terima kasih atas perkongsian. Sangat bermanfaat. Dapat membuka mata tentang isu buli di sekolah. Makin teruk sekarang isu ni. Cikgu kena main peranan penting untuk memastikan suasana pembelajaran selamat dan kondusif. Saya cadangkan lebih banyak tips praktikal dikongsi untuk membantu guru menangani situasi buli dengan lebih berkesan.

  • @emyliaentang1989
    @emyliaentang1989 7 วันที่ผ่านมา

    EMYLIA ENTANG BINTI PAMIANG (292609)
    Terima kasih atas perkongsian yang amat menarik berkaitan dengan isu-isu yang berlaku dalam kalangan pelajar iaitu isu buli . Isu-isu ini penting dan sebenarnya peranan ibu bapa sangat penting juga dalam mengatasi atau membendung masalah buli dalam kalangan pelajar. Jadi di sini, ibu bapa tidak boleh bergantung sepenuhnya dengan pihak sekolah terutamanya para guru sebaliknya berganding bahu dengan pihak guru untuk mencari jalan penyelesaian yang sesuai untuk mengatasi isu buli dalam kalangan pelajar.

  • @najalutfy1853
    @najalutfy1853 7 วันที่ผ่านมา

    NAJA LUTFI HAKIMI BIN ADNAN 295383
    Perkongsian saudari amat bermakna dan perlu diambil tahu oleh semua guru termasuklah guru biasa. Hal ini kerana lebih mudah untuk kita bertindak dgn lebih awal untuk menangani isu-isu yang telah disebut oleh saudari. Lagi-lagi pada zaman sekarang ini, pelajar lebih mudah untuk terpengaruh dan terjebak dengan perkara yang amat membimbangkan.

  • @aishanabila5030
    @aishanabila5030 7 วันที่ผ่านมา

    AISHA NABILA BINTI MOHAMAD KHAIRI (292585)
    Guru dan ibu bapa sememangnya mempunyai peranan yang sangat penting dalam mengawal tingkah laku murid. Hal ini dapat mengatasi isu isu disiplin di sekolah. Terima kasih atas perkongsian

  • @najihahnizam9973
    @najihahnizam9973 7 วันที่ผ่านมา

    NURNAJIHAH BINTI SHARUL NIZAM 294313
    Terima kasih cikgu kerana atas perkongsian pengalaman cikgu yang mana membuka mata dan fikiran saya mengenai isu disiplin di sekolah yang pelbagai ini dan meruncingkan. Sebelum ini kita lebih cakna kepada isu buli sahaja, ternyata ada yang lebih rumit berbanding isu buli. Dan isu disiplin yang berlaku bukan hanya disebabkan masalah keluarga tetapi juga disebabkan persekitaran mereka yang sudah mula bekerja di usia muda.

  • @ismailkhaled3621
    @ismailkhaled3621 7 วันที่ผ่านมา

    ISMAIL KHALED BIN MOHD ADNAN (294367)
    Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat. saya bersetuju bahawa kes buli perlu dititikberatkan dan diambil serius.Kita hendaklah sentiasa peka dengan masalah ini supaya tidak menjadi lebih teruk

  • @intannajihah9532
    @intannajihah9532 7 วันที่ผ่านมา

    INTAN MAISARA NAJIHAH BINTI BAHASRUZAMAN (295256)
    Terima kash atas perkongsian yang sangat bermanfaat. Daripada perkongsian ini memberi saya kesedaran dan pengetahuan tentang masalah-masalah pelajar yang sering dilakukan di sekolah. Berdasarkan perkongsian ini saya sebagai bakal guru untuk masa akan datang dapat membuat persediaan awal untuk menghadapi dan mengawal jika berlaku masalah seperti ini. Pada pandagan saya bertapa pentingnya peranan Ibu bapa dalam membentuk anak-anak kerana pembentukan tingkah laku anak-anak bermula dari rumah dengan siapa anak mereka berkawan.

  • @nurhusnira7648
    @nurhusnira7648 7 วันที่ผ่านมา

    NUR HUSNIRA BINTI SHAHUDI (294468)
    Terima kasih atas perkongsian yang diberikan, sangat memberi kesedaran kepada saya sebagai bakal guru. Melalui perkongsian ini, kita dapat memahami bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik dan memberi perhatian terhadap anak-anak. Selain itu, guru juga perlulah sentiasa memberi peluang kepada pelajar untuk bercerita dan berkongsi masalah yang dihadapi sebelum mengenakan apa-apa tindakan disiplin.

  • @KUNURSYAZNIAZWABINTIKUSAZALI
    @KUNURSYAZNIAZWABINTIKUSAZALI 7 วันที่ผ่านมา

    KU NUR SYAZNI AZWA BINTI KU SAZALI (291601)
    Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat. Apa yang saya dapat selain peranan guru dalam mencegah pelajar dari melakukan tingkah laku negatif berlaku. Peranan ibubapa juga amat penting dalam membentuk tingkah laku anak dari rumah bagi mengelakkan berlakunya masalah sosial seperti isu buli yang sudah dibincangkan di dalam webinar.

  • @sawyeesyuen3476
    @sawyeesyuen3476 7 วันที่ผ่านมา

    Webinar ini saya rasa sangat berguna kepada saya dan saya rasa webinar ini sangat berguna. Dalam webinar ini telah memberikan beberapa masalah disiplin yang dilakukan di dalam sekolah seperti buli, LGBT, merokok, vape, berdua- duaan, minum arak dan sebagainya. Pelajar- pelajar yang berlaku tindakan yang negatif tersebut mungkin mereka menghadapi masalah seperti masalah keluarga, masalah kewangan dan juga ibu bapa kurang kasih sayang terhadap anak-anak mereka. Disebabkan tidak dapat kasih sayang daripada ibu bapa mereka, maka mereka akan mencari jalan lain untuk menyelesaikan masalah mereka seperti akan mencari pasangan, hal ini kerana pasangan mereka akan memberi sokongan emosi kepada mereka berbanding dengan ibu bapa mereka. Sebagai bakal guru, kita haruslah mengambil berat tentang isu-isu yang telah dinyatakan. Antara tindakan yang boleh diambil oleh bakal guru adalah mengadakan sesi kaunseling dengan pelajar yang menghadapi masalah supaya mereka dapat mengeluarkan perasaan mereka tanpa rasa takut. Selain usaha guru, ibu bapa merupakan watak yang paling penting seperti memberi sokongan yang positif kepada anak-anak mereka dan sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak mereka. Seterusnya, ibu bapa juga harus membuat pemantauan yang baik dan memberi sokongan kepada anak-anak mereka supaya anak-anak mereka rasa dihargai dan selesa untuk mengeluarkan perasaan mereka.
    NAMA: SAW YEE SYUEN
    NO MATRIK: 297724

  • @nurulhidayah6828
    @nurulhidayah6828 7 วันที่ผ่านมา

    Perkongsian video ini sangat bermanfaat dan berinformatif di mana terdapat banyak isu masalah disiplin sekolah yang sering berlaku yang telah dikongsikan. Dalam konteks ini, isu yang sering berlaku ini kebanyakan bermula daripada rumah di mana para perlajar kurang kasih sayang daripada ibu bapa mereka sendiri. Oleh itu, sebagai ibu bapa perlulah cakna dan mengambil tahu ataupun mendengar luahan anak- anak mereka supaya isu masalah disiplin dapat dikurangkan. (NURUL HIDAYAH BT MUHAMMAD SABRI 300014)

  • @fnnajahtuah3991
    @fnnajahtuah3991 7 วันที่ผ่านมา

    Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat. Berdasarkan perkongsian kita dapat lihat bertapa pentingnya peranan Ibu bapa dalam membentuk anak-anak kerana pembentukan tingkah laku anak-anak bermula dari rumah. Termasuklah bagaimana pentingnya komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak.
    (FADHILAH NURNAJAH BINTI TUAH 300331)

  • @aizadazman9119
    @aizadazman9119 7 วันที่ผ่านมา

    MUHAMMAD AIZAD FIKRI BIN AZMAN (293322)
    Perkongsian ini memberikan kesedaran kepada saya tentang kepentingan memahami pelajar secara menyeluruh sebelum mengambil tindakan disiplin. Setiap pelajar mempunyai latar belakang dan cabaran tersendiri, dan sebagai guru, kita perlu mendekati mereka dengan empati dan kesabaran.

  • @nurmastura2196
    @nurmastura2196 7 วันที่ผ่านมา

    Terima kasih atas perkongsian cikgu tntng isu ii yg diceritakan dlm video di atas. Saya juga bersetuju dgn pandangan cikgu yg mengatakan bahawa ibu bapa memainkan peranan yg penting dlm membentuk akhlak ank ii yg baik. Kurangnya kasih sayang dan perhatian ibu bapa terhadap ank ii membuatkan mereka cenderung untuk melakukan perbuatan seperti yg disebut dalam video di atas. (NUR MASTURA BINTI ABDUL SAMAD 299782)

  • @tangruicong518
    @tangruicong518 7 วันที่ผ่านมา

    Dalam webinar ini, saudari telah berkongsi banyak masalah disiplin yang telah berlaku di sekolah seperti isu buli, menghisap rokok dan sebagainya. Sebagai seorang bakal guru, kita harus bersedia untuk mengambil alternatif yang berkesan untuk mengendalikan masalah disiplin tersebut. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan yang penting untuk mengawasi tingkah laku dan perbuatan anak-anak mereka.
    (Tang Rui Cong, 293132)

  • @tineshamenon6509
    @tineshamenon6509 7 วันที่ผ่านมา

    Pada pandangan saya, webinar ini mendedahkan banyak masalah tingkah laku tidak moral dalam kalangan pelajar seperti buli secara lisan, barcode, lgbt,gay, rokok vape , minum arak dan ketagihan seks bebas. Masalah-masalah tersebut, punca daripada keruntuhan instituisi keluarga seperti masalah kewangan, masalah bercerai , ibu bapa kurang memberi perhatian , kasih sayang dan pengawasan serta mengabaikan anak -anak. Masalah ini juga pengaruh daripada pelajar yang suka ikut trend dan lama-lama ia jadi normalisasi serta sika perasaan ingin mencuba. Jadi daripada video ini didapati bahawa, kegagalan membentuk tingah laku yang menyebabkan pelajar terjebak dalam gejala negatif sehingga mendorong mereka dalam kesalahan undang-undang. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting seperti menyediakan perskitaran yang baik, meningkatkan lagi komunikasi sesama anak dan meningkatakan pemantauan dalam kalangan anak-anak. Melalui ini, anak-anak boleh meluahkan segala masalah yang ada dalam diri mereka. Saya berharap bahawa , peranan ibu bapa yang berkesan dapat membendung atau mengurangkan masalah moral dalam kalangan pelajar sama ada di sekolah, rumah dan luar . Webinar ini dapat meningkatkan kesedaran dalam isu moral dalam kalangan pelajar.
    (TINESHA MENON ( 300179)

  • @ainnafisahmohamadidris828
    @ainnafisahmohamadidris828 7 วันที่ผ่านมา

    Terima kasih atas perkongsian isu isu dalam kalangan remaja sekolah dengan terperinci dan mudah difahami. Saya sangat bersetuju dengan komen cikgu bahawa komunikasi antara ibu bapa dan anak amatlah penting kerana semuanya bermula dari rumah. (NUR AIN NAFISAH BINTI MOHAMAD IDRIS, 298062)

  • @yuanlynnchoo8581
    @yuanlynnchoo8581 7 วันที่ผ่านมา

    CHOO YUAN LYNN 292041
    Video ni amat berfungsi untuk saya supaya saya dapat kesedaran awal terhadap masalah disiplin murid. Berdasarkan faktor-faktor yang dibincang oleh cikgu termasuk trend dan juga broken family,saya akan berusaha mencari jalan cara dan alternatif untuk membantu anak murid serta harap kita semua dapat menjana kelas yang aktif dan positif.

  • @gthfsfgh7842
    @gthfsfgh7842 7 วันที่ผ่านมา

    AN-NUR AZHANIS 295656
    Ada penerangan lanjut ke mengenai bagaimana kaunseling lebih baik daripada memberi hukuman kepada pelajar yg berdua-dua an?

  • @atheerahsofea3710
    @atheerahsofea3710 7 วันที่ผ่านมา

    NURUL ATHEERAH SOFEA BINTI AMINUDIN (294557)
    terima kasih atas perkongsian yang menarik. saya ada satu soalan, adakah cikgu setuju jika saya berpendapat murid murid kita ini buar barcode hanya untuk melupakan "kesakitan" mereka?

  • @farahfarhana7135
    @farahfarhana7135 7 วันที่ผ่านมา

    Perkongsian yang bagus, syabas!! Namun ada sedikit persoalan yg ingin ditujukan.. Pada pendapat cikgu, apakah bentuk penilaian yang boleh dilakukan oleh guru untuk menilai keberkesanan program pengurusan disiplin terhadap isu buli, dan bagaimana maklum balas daripada pelajar dapat digunakan untuk memperbaiki pendekatan yang diambil? (NUR FARAH FARHANA BINTI ABDULLAH, 291627)

  • @lydialupang
    @lydialupang 7 วันที่ผ่านมา

    LYDIA MARYGRACE LUPANG (293290)
    Adakah cara menangani isu murid berdua-duaan lebih sesuai dilakukan secara kaunseling berbanding hukuman?

  • @syawalhawa8544
    @syawalhawa8544 7 วันที่ผ่านมา

    Terima kasih cgu atas perkongsian yang sangat bermanfaat dan berguna ini. Melalui perkongsian ini, dapat membuka mata dan memberi kesedaran kepada saya tentang masalah-masalah yang berlaku di dalam sekolah. Saya lihat isu yg dikongsikan itu tidak sangka boleh berlaku dlm kalangan pelajar. Jadi, saya berpendapat pihak yg terlibat seperti ibu bapa seharusnya peka dgn pergaulan anak-anak agar mereka tidak terlibat dlm masalah-masalah yg di nyatakan td.
    Noor Syawaltol Hawa Binti Joh Naidi 293721

  • @ainaafiqah9296
    @ainaafiqah9296 7 วันที่ผ่านมา

    Terima kasih atas perkongsian cikgu ttg isu disiplin di sekolah. Perkongsian ini dpt membuka mata saya untuk faham kepentingan mengetahui latar belakang pelajar dan faktor yang mempengaruhi tingkah laku mereka. Dengan memahami aspek ini, kita dapat mengambil langkah yang lebih bijak utk menangani masalah disiplin pada masa akan datang.
    (NUR AINA AFIQAH BINTI BAHARI, 294779)

  • @aininasipsupiadi8199
    @aininasipsupiadi8199 7 วันที่ผ่านมา

    NURUL AINI FITRIAH BINTI NASIP SUPIADI 293399
    Terima kasih atas perkongsian . Berdasarkan perkongsian ini saya dapati bahawa semua pihak harus terlibat untuk menangani masalah disiplin. Sebagai contoh, AADK membantu guru untuk menyelesaikan masalah disiplin yang berkaitan dadah. Ibu bapa juga boleh membantu menangani masalah ini dengan memainkan peranan dirumah. Selain itu, saya juga dapat simpulkan yang sesuatu masalah disiplin juga dipengaruhi oleh persekitaran. Sebagai contoh, Langakawi merupakan kawasan pelancongan terutamanya pelancong dari luar negara. Oleh itu, banyak budaya negatif yang dibawa oleh mereka. Pelajar akan terpengaruh untuk melakukqn budaya tersebut kerana sifat remaja yang suka mencuba mendorong mereka untuk melakukannya. Oleh itu, semua pihak harus memainkan peranan agar masalah disiplin ini dapat diatasi.

  • @rdllia
    @rdllia 7 วันที่ผ่านมา

    NUR ALIA NATASHA BINTI MAT HUSIN 291588
    Benarkah bahawa melalui Pendidikan dan Kesedaran, Guru perlu menitik beratkan secara mendidik murid mengenai kesan negatif buli dan memupuk nilai murni serta empati dalam kalangan mereka. Ini termasuk memberikan pengetahuan tentang jenis-jenis buli dan implikasinya terhadap mangsa.