[FFAM2024] [TOP20] HILANG - ZRYNE DREAMS - KPM SERI ISKANDAR

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 3 ก.ค. 2024
  • SINOPSIS:
    Apa yang hilang? harta? akal? nyawa atau kesempatan untuk merasakan kebahagiaan sebelum terpaksa menghadapi sesalan? “Kalau hidup setakat hidup, binatang di hutan pun hidup”. Begitulah tanggapan Danish terhadap adiknya yang autisme, tetapi di lubuk hati Daniel sahabat baik Danish, masih tahu yang dia amat menyayangi kesatu-satunya adik lelaki yang dia ada. Hairy, adik Danish yang menghidap penyakit autisme tetap menyayangi abangnya walaupun abangnya, Danish adalah seorang yang baran. Telah beberapa kali Hairy telah mencuba membuat persiapan untuk membuat kejutan hari jadi abangnya, tetapi malangnya beberapa kejadian tak diingini juga berlaku. Dimarah, dipukul dan malah lebih teruk dipaksa menjadi pengemis. Namun begitu, Hairy tetap tabah dalam menunjukkan kasih sayang terhadap Danish. Walaupun Hairy selalu dikasari, orang autisme sepertinya juga mempunyai hati dan percaya abangnya masih menyayanginya. Setelah melalui jalan yang sukar, Khairy tetap berjaya mendapatkan kek hari jadi untuk abangnya. Hairy telah bersedia menyambut hari ulang tahun abangnya tetapi malam sebelum hari jadi Danish, telah berlaku suatu kejadian yang tidak pernah terfikir oleh Danish. Kejutan yang bagaimanakah yang akan Danish terima?

ความคิดเห็น •