Wild Camping & Hiking - Gunung Tahan via Merapoh - pikul beg seberat 22kg sampai puncak

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 11 ต.ค. 2019
  • Pendakian Gunung Tahan : 4 hari 3 malam (28 Sept - 1 Oct 2019)
    sorry guys visual kurang sikit sebab time ni hanya pakai hp huawei nova 2i dan still photo Nikon D80.
    sekadar perkongsian utk kawan2 yang ingin Camping dan hiking di Gunung Tahan
    summaries:
    durasi: 4 hari 3 malam. kami naik dari Merapoh
    tempat sangat terpelihara dan rule Jab Hutan sangat ketat
    semua benda yg dibawa kena audit supaya tiada sebarang barang yg ditinggalkan di hutan sekalipun puntung rokok pun dikira balik. tak cukup kena kompaun.
    sejauh 32 km mendaki sampai ke puncak
    sungai2nya ya allah cantik2 guys
    kelah dan tengas di mana2
    camping flysheet je
    dapat tidur di puncak satu bonus. cuaca sejuk mengigil.
    tahap kesukaran lebih kurang macam Korga (Korbu + Gayong)
    Gunung Tahan : day 1 (28/9/2019)
    Tiba di Merapuh 4am, rest sekejap dan 8am mula gerak ke Taman Negara Sungai Relau. Daftar dan declare barang2 di Taman Negara. Kena pastikan jumlah barang2 yang dibawa naik sama jumlah semasa turun nanti. segala pakaian,plastik,botol,rokok dan lain2 semua dimasukkan dalam checklist Taman Negara. Setelah selesai pendaftaran, gerak pula ke 'stating point' . mula mendaki jam 11:30am dan tiba di tapak perkhemahan (Kem Kor) pada jam 4pm sejauh 13km. Permukaan trek : 20% curam, 80% mendatar
    Gunung Tahan : day 2 (29 Sept 2019)
    Kemas camp di tapak Kem Kor dan mula mendaki terus ke puncak Gunung Tahan, Trek ni mula terasa azab sebab permukaan trek 85% curam, 15% mendatar dan ditambah pula dengan bebanan bag seberat 20kg...Perjalanan 11 jam...start 8:30am sampai 7pm sejauh 16.3km dari Kem Kor..
    Gunung Tahan : day 3 (30 Sept 2019)
    Cuaca malam sejuk menyusuk tulang. Bangun awal pagi dari puncak setinggi 2187m altitute. Menikmati permandangan sekeliling yg dipenuhi gunung ganang dan awan kapas..masyaallah sangat indah!....tak sedar hari dah semakin cerah dan kami terpaksa turun cepat..cepat2 kemas campsite then 9:45am mula bergerak turun menuju ke Kem Kor sejauh 16.3km..alhamdullilah sampai kem Kor jam 6pm then tidur lagi semalam....
    Gunung Tahan : day 4 (1 Oct 2019)
    merupakan hari terakhir kami di sini. Bangun awal pagi di Kem Kor dan akan bergerak ke titik penamat xpcd sejauh 13km. aktiviti pagi dimulakan dengan breakfast cucur bawang dan bermain dengan ikan tengas di sungai dan kemas campsite. mula gerak turun jam 9:45am. sepanjang perjalanan yg agak landau, 80% landai 20% curam, kena cross banyak sungai (6, 7 kali). berkesempatan rehat lunch sekejap dan mandi puas2 sebelum sampai penamat. kami berjaya sampai penamat jam 2pm. setibanya di penamat Taman Negara, sempat bermain dengan ikan kelah sebelum mula bertolak balik ke Perak jam 6pm....alhamdulillah selamat tiba di Simpang Pulai jam 9:15pm....tamat.
    #ARaskyOutdoors #gunungtahan #hiking #wildcamping

ความคิดเห็น • 40

  • @ARaskyOutdoors
    @ARaskyOutdoors  3 ปีที่แล้ว +7

  • @razmiedaent.5951
    @razmiedaent.5951 4 ปีที่แล้ว +5

    ni belom mid naik g.. tgk pun dah semput2.. tahniah en rasky.. TERBAIK!!!

  • @anuar4726
    @anuar4726 3 ปีที่แล้ว +2

    Tahniah... bukan semua orang boleh buat... memory terindah...

  • @muhamadrusdi1941
    @muhamadrusdi1941 2 ปีที่แล้ว +1

    View from the summit.. Omg.. Superb view.. Very good video.. Tq

  • @tokjanggut24434
    @tokjanggut24434 2 ปีที่แล้ว +2

    Iklan terlalu bnyk sampai tak terkira dan rasanya dekat 20 iklan kot.. 😂😂😂 Tpi satu pun tj tak skip iklan. Data tj ni unlimited, apa salahnya kita berbagi dan berkongsi rezeki sbb dlm rezeki kita ada rezeki orang lain. Overall.... Video sangt memuaskn. Terbaik abg Arasky outdoor👍👍 tahniah. Kita satu hobi. Slm silaturrahim dari tj di Lahad Datu Sabah 🇲🇾

    • @ARaskyOutdoors
      @ARaskyOutdoors  2 ปีที่แล้ว +2

      ooo..bro lahad datu..dekat je ngan gunung kinabalu..mesti pernah hiking mount kinabalu

    • @tokjanggut24434
      @tokjanggut24434 2 ปีที่แล้ว +1

      @@ARaskyOutdoors dari lahad datu nak gi kinabalu dlm 9 jam perjlnn. Tj tak pernah lgi tawan puncak kinabalu😂😂😂

    • @ARaskyOutdoors
      @ARaskyOutdoors  2 ปีที่แล้ว +2

      @@tokjanggut24434 oo ingat dekat..jauh tu 9 jam..seronok gunung kinabalu. saya 3 kali cuba..hanya sekali shj berjaya ke puncak

    • @tokjanggut24434
      @tokjanggut24434 2 ปีที่แล้ว

      @@ARaskyOutdoors Alhamdu Lillah.. Terbaik... 👍

  • @abiroslen71
    @abiroslen71 2 ปีที่แล้ว +1

    Saya dulu naik ikut kuala tahan.setiap kali sampai puncak gunung cepat cepat makan terus tido rehat.

    • @ARaskyOutdoors
      @ARaskyOutdoors  2 ปีที่แล้ว

      ikut kuala tahan lagi best dari merapoh orang kata

  • @tokjanggut24434
    @tokjanggut24434 2 ปีที่แล้ว +1

    👍👍

  • @hadikasah1773
    @hadikasah1773 3 ปีที่แล้ว +2

    Mantap dugaannya sesuai utk menguji ketahanan diri, semoga terus berkembang channelnya disubscribe juga channel ku ya boss 💪💪💪👍

  • @meebelacan75
    @meebelacan75 ปีที่แล้ว +1

    Wish list x tersampai2 ni

  • @epitfirdhaus989
    @epitfirdhaus989 ปีที่แล้ว +1

    BANG,IKAN KELAH TU X BLH AMBIL GORENG KE?😂🤣🤣ATAU BWK BLK KE🤣🤣🤣

  • @mohamadfazrul1180
    @mohamadfazrul1180 4 ปีที่แล้ว +2

    Tukang masak yg minit ke 2.10sec tu line up awak ke? Kalau betul. Makna nya group kita sempat berjumpa semasa di kem kor. And saya dan gogo saya sempat berborak dgn chef awak di khemah kami.

    • @ARaskyOutdoors
      @ARaskyOutdoors  4 ปีที่แล้ว +1

      ya team kami...

    • @mohamadfazrul1180
      @mohamadfazrul1180 4 ปีที่แล้ว

      Mmg btul la kita berjumpa di kem kor. Haha apa2 pon tahniah berjaya menawan puncak.

    • @ARaskyOutdoors
      @ARaskyOutdoors  4 ปีที่แล้ว +1

      @@mohamadfazrul1180 team you all ke yg ada 2 - 3 gilrs yg sampai jam 9 malam di kem kor? sebab cedera kan

    • @mohamadfazrul1180
      @mohamadfazrul1180 4 ปีที่แล้ว

      Yeee betull.. 2 org girl. And saya dgn gogo saya ada dgn dorg masa smpai malam di kem kor.

  • @abbafunz9986
    @abbafunz9986 2 ปีที่แล้ว +1

    22kg? 2 kampit beras tu...😉👍👍

  • @njnr5177
    @njnr5177 2 ปีที่แล้ว +1

    bila nak out lagi brother, boleh join dah lebih 10 tahun xhiking ni

  • @dolaiman155
    @dolaiman155 3 ปีที่แล้ว +1

    Kalau hiking macam mana nak bawak khemah ? And khemah tu sangkut dekat beg ke ?

    • @ARaskyOutdoors
      @ARaskyOutdoors  3 ปีที่แล้ว

      Ya..Boleh bawa takde masalah..kena cari yang paling ringan utk elak bebanan

  • @abiroslen71
    @abiroslen71 2 ปีที่แล้ว +1

    Naik tahan 1992

  • @wanhafiz83
    @wanhafiz83 3 ปีที่แล้ว

    Salam tuan..kalau bermalam di puncak, sumber air ada ke?

    • @ARaskyOutdoors
      @ARaskyOutdoors  3 ปีที่แล้ว

      puncak takde punca air..last water point 2km sebelum

  • @mohamadnajdie2527
    @mohamadnajdie2527 2 ปีที่แล้ว +1

    Beg size berapa litre tu tuan ?