Debunga Lalang | Episod 1

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 10 พ.ย. 2019
  • Debunga Lalang | Episod 1
    Saodah, janda kaya yang tinggal di sebuah kampung. Dia mempunyai dua anak perempuan, hasil dua perkahwinan yang berbeza bernama Aishah dan Khatijah. Aishah, wanita berkeperibadian lembut dan ikhlas mendirikan rumah tangga dengan Halim, seorang lelaki kampung yang bertanggungjawab dan kuat berusaha. Mereka mempunyai dua anak perempuan, Alia dan Arina. Khatijah pula, seorang yang dominan dan keras hati. Setiap kehendaknya perlu dipenuhi. Khatijah menikahi Bakri, dekan kolej tempatan, atas pilihan Saodah. Sayangnya, dia tidak dikurniakan cahaya mata. Saodah tidak adil dalam membahagikan kasihnya kepada puterinya itu. Saodah melebihkan Khatijah, termasuk soal pelajaran. Aishah hanya diberi pendidikan sehingga tamat sekolah sahaja, sedangkan Khatijah melanjutkan pelajaran ke universiti. Suatu hari, Aishah
    disahkan hamil anak ketiga. Khatijah cemburu dan meminta Saodah membuat perjanjian dengan Aishah. Seandainya anak dalam kandungan Aishah perempuan, maka dia harus diserah kepada Khatijah. Impian Khatijah menjadi kenyataan apabila Aishah melahirkan anak perempuan. Khatijah dan Saodah memaksa Aisyah untuk memenuhi ‘janjinya dengan menyerahkan bayi perempuan yang diberi nama Ayang Mastura itu kepada Katijah. Pelbagai helah dilakukan Saodah, termasuklah mengupah bomoh. Ditambah pula keadaan kesihatan bayi tersebut yang sering sakit sejak
    dilahirkan. Demi menjaga perasaan Saodah, akhirnya Aishah dan suami terpaksa menyerahkan bayi mereka walaupun hati tidak merelakan. Tidak puas menyakiti Aishah, Khatijah nekad mahu memutuskan hubungan Ayang dengan keluarga kandungnya. Kesempatan baik diperolehinya apabila suaminya, Bakri, mendapat tawaran mengajar di luar negara.
    Pelakon : Noorkhiriah, Zul Ariffin, Ku Fridah, Wan Sharmila, Tunku Hanis, Esliza Loy, Faralyna Idris, Ungku Ismail, Delimawati, Maizatul Rafika, Dzreena Delaila dan Hanafi Rahmat
    #DebungaLalang
    Tonton Episod Penuh di :
    www.tonton.com.my
    / @dramasangatofficial

ความคิดเห็น • 5

  • @maimunahayob253
    @maimunahayob253 10 หลายเดือนก่อน

    Suara nya pelahan sangat tolong besar kan sound nya

  • @rozialias6007
    @rozialias6007 3 ปีที่แล้ว

    0