A202 Kumpulan 3: Sumber dan Pengurusan Ekonomi Malaysia

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 8 พ.ย. 2024

ความคิดเห็น • 18

  • @nurafifahabdaziz4765
    @nurafifahabdaziz4765 ปีที่แล้ว

    Perkongsian yang menarik berkaitan sumber dan pengurusan ekonomi Malaysia. Tajuk ini juga telah diajar dan ditekankan dalam buku teks geografi tingkatan 3. Terdapat tiga sektor iaitu sektor primer, sekunder dan tertier. Setiap sektor saling bergantung antara satu sama lain. Oleh itu, usaha dalam peningkatan setiap sektor adalah digalakan namun setiap aktiviti manusia perlu dikawal supaya tidak memusnahkan alam sekitar dan dapat digunakan oleh generasi yang akan datang.
    Terima kasih.
    NUR AFIFAH ABD AZIZ
    (D20192091281)

  • @muhammadaizadbinlutfiamer2494
    @muhammadaizadbinlutfiamer2494 ปีที่แล้ว

    Perkongsian yang sangat jelas dan menarik mengenai pengurusan ekonomi di Malaysia. Antaranya ialah sektor pertanian, perlombongan, pelancongan, perhutanan dan perikanan. Setiap sektor ini menyumbangkan hasil yang tinggi kepada KDNK negara Malaysia. Oleh itu, sektot ini harus dimajukan supaya dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat di negara ini.
    MUHAMMAD AIZAD BIN LUTFI AMER (D20201094284)

  • @NURULFATTNIBINTIMUHAMADFADZLI
    @NURULFATTNIBINTIMUHAMADFADZLI ปีที่แล้ว

    Nurul Fattni Binti Muhamad Fadzli
    D20201093781
    Terima kasih atas perkongsian, saya baru tahu ada istilah hutan khatulistiwa.

  • @faizroslin10
    @faizroslin10 ปีที่แล้ว

    Nama : Muhamad Faiz Bin Roslin
    No. Matrik : D20192091293
    Video yang dihasilkan berkaitan dengan sumber dan pengurusan ekonomi di Malaysia adalah sangat menarik. Bukan itu sahaja, disertakan banyak contoh-contoh bergambar berkaitan kegiatan ekonomi seperti pertanian dan perikanan membantu meningkatkan lagi kefahaman penonton. Sektor-sektor ini banyak mendatangkan keuntungan serta meningkatkan sumber pendapatan negara. Walau bagaimanapun, masih terdapat impak negetif misalnya seperti tanah runtuh yang diakibatkan oleh sektor pertanian. Oleh hal yang demikian, untuk mengatasinya ialah melakukan penanaman berteres bagi mengurangkan hakisan tanih. Seterusnya, sektor perhutanan banyak dilakukan di kawasan pedalaman yang terdapat di Sabah (semporna, lahad datu, banjaran croker). Akhir sekali, langkah bagi mengurangkan pencemaran alam yang disebabkan oleh sektor perindustrian ialah membina tempat pembuangan sisa dan salur longkang yang baik.

  • @nursyazleenahiew1448
    @nursyazleenahiew1448 ปีที่แล้ว

    Perkongsian yang jelas berkaitan Sumber dan pengurusan ekonomi di Malaysia. Antara sektor ekonomi yang terdapat di Malaysia ialah sektor pertanian, perlombongan, pelancongan, perhutanan dan lain-lain. Setiap sektor ini memainkan peranan yang tersendiri dan sebenarnya saling berkaitan antara setiap sektor. Sektor-sektor ini sudah tentu perlu sentiasa dimajukan dan dalam masa yang sama tidak mendatangkan kesan negatif kepada alam sekitar dan manusia pada masa kini dan akan datang.
    NUR SYAZLEENA HIEW
    (D20201094279)

  • @nurnajwa3404
    @nurnajwa3404 ปีที่แล้ว

    Nama: Fatin Nurnajwa Binti Mohamad Asri
    No matrik: D20192091319
    Penerangan video yang jelas dan mudah difahami. Topik ini ada dalam silibus tingkatan 3. Terdapat 3 jenis sektor iaitu sektor primer, sekunder dan tertiar. Sektor sektor ini saling bergantung antara satu sama lain. Namun sektor ini juga memberi impak positif dan negatif.

  • @azyanie9928
    @azyanie9928 ปีที่แล้ว

    Nama:NOOR AZZIANI BT KAFLI
    No.matrik:D20192091413
    Video yang bertajuk sumber dan pengurusan ekonomi di Malaysia ini mempunyai beberapa sektor yang terlibat seperti sektor pertanian. Kegiatan pertanian yang dijalankan ialah, tanaman kelapa sawit, tanaman getah, tanaman padi dan sebagainya. Seterusnya ialah sektor perikanan. Terdapat 4 jenis perikanan di Malaysia iaitu perikanan pinggir pantai, perikanan laut dalam, perikanan akuakultur serta marinkultur. Disamping itu, sektor yang turut terlibat ialah sektor perhutanan, sektor perlombongan, sektor pelancongan serta sektor perindustrian.Kesemua sektor yang terlibat ini merupakan tonggak ekonomi untuk memacu perkembangan ekonomi negara.

  • @nedictnaz3787
    @nedictnaz3787 ปีที่แล้ว

    Nama: Nazri bin Jain
    No. Matrik: D20192091295
    Video yang disampaikan jelas dan boleh difahami. Terdapat banyak contoh kegiatan ekonomi yang ditayangkan seperti yang berlaku dalam kehidupan yang sebenar. Umumnya, Malaysia memang kaya dengan pelbagai sumber. Contohnya, sumber hutan. Kegiatan ekonomi penting dalam memajukan negara kerana dapat meningkatkan pendapatan negara melalui hasil
    eksport. Namun, kegiatan ekonomi boleh menjejaskan alam sekitar. misalnya, menebang hutan secara berleluasa. Perkara ini boleh menyebabkan tanah runtuh yang boleh menjejaskan alam sekitar manusia dan fizikal. Oleh itu, pihak berkuasa perlulah tegas dalam sebarang aktiviti ekonomi yang dilakukan secara berlebihan dan selebihnya adalah tanggungjawab manusia itu sendiri.

  • @mohdfirdausaiman2813
    @mohdfirdausaiman2813 ปีที่แล้ว

    Nama : Mohamad Firdaus Aiman Bin Isa
    No Matrik : D20201094275
    Video yang menarik dan sangat jelas untuk ditonton dan dikongsikan berkaitan sumber dan pengurusan ekonomi Malaysia. Permulaan video ini menerangkan tentang sektor pertanian khususnya dalam pemgeluaran makanan. Selain itu, sektor perlombongan di mana dapat menyumbang kepada ekonomi negara kerana Malaysia kaya dengan sumber mineral. Seterusnya adalah sektor pelancongan di mana sektor ini merupakan salah satu sektor terpenting untuk pembangunan ekonomi negara kerana dapat meningkatkan pendapatan negara. Oleh hal yang demikian, setiap sektor ekonomi negara kita mempunyai fungsi dan kepentingan sendiri kerana setiap sektor adalah berbeza dan pelbagai yang mempunyai satu tujuan iaitu membangunkan ekonomi negara Malaysia. Steadyy.

  • @mohammadfazrinbinmohammadh8645
    @mohammadfazrinbinmohammadh8645 ปีที่แล้ว

    Nama: Mohammad Fazrin Bin Mohammad Hasan
    No. Matrik: D20201094973
    Video yang menarik dan perkongsian yang jelas. Malaysia merupakan sebuah negara yang menjalankan kegiatan ekonomi dalam pelbagai sektor seperti pertanian, perikanan, perlombongan, pelancongan dan juga sektor perindustrian. Setiap daripada sektor-sektor ekonomi ini telah memberikan sumbangan yang besar kepada kemajuan ekonomi di Malaysia. Oleh itu pengurusan yang cekap akan menjadikan sektor-sektor ini akan terus berkembang pada masa akan datang. Sektor-sektor ini perlu dijaga dan dimajukan agar menjadi penyumbang kepada pendapatan negara dan juga kemajuan kualiti hidup masyarakat Malaysia

  • @balkissamsina7615
    @balkissamsina7615 ปีที่แล้ว

    Nama: Siti Balkis Samsina Binti Mahmad Raseh
    Nombor Matriks: D20192091299
    Penerangan video yang sangat jelas dan mudah untuk difahami. Secara kesimpulannya, ketiga-tiga jenis sektor ekonomi di Malaysia ini sangat memainkan peranan penting dalam memajukan ekonomi negara. Namun begitu, ketiga-tiga sektor ini juga boleh memberi impak negatif terhadap alam sekitar iaitu berlakunya masalah pencemaran seperti pencemaran air, udara, tanih dan sebagainya jika tidak diurus dengan baik. Malah, terdapat banyak langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi isu-isu ini daripada terus berleluasa pada masa akan datang. Sebagai contoh, pihak yang bertanggungjawab seharusnya membina kawasan-kawasan perindustrian ini jauh daripada kawasan perumahan bagi mengelakkan berlakunya masalah pencemaran yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit kepada penduduk setempat.

  • @nurulsyafiqahamiza1061
    @nurulsyafiqahamiza1061 ปีที่แล้ว

    Nama: Nurul Syafiqah Amiza binti Mohd Aminuddin
    No matrik: D20172081050
    Perkongsian yang menarik mengenai sumber dan pengurusan ekonomi di Malaysia. Sebagai kesimpulannya dari video ini, Malaysia juga perlu sentiasa peka terhadap faktor lain dalam membentuk ekonomi yang lebih baik di masa yang akan datang. Wawasan Kemakmuran 2030 yang telah diperkenalkan juga adalah untuk meletakkan Malaysia di landasan pembangunan yang mampan di samping ekonomi yang baik. Terima kasih.

  • @muhammadfaiz3304
    @muhammadfaiz3304 ปีที่แล้ว

    Nama: Muhammad Faiz Tang Bin Tang Teck Heng
    No Matrik: D20192091309
    perkongsian yang menarik mengenai sumber dan pengurusan ekonomi Malaysia. Malaysia merupakan negara yang beetuah kerana kaya dengan pelbagai khazanah bumi sama ada di daratan mahupun lautan. Namun pengurusan ekonomi yang tidak cekap boleh mewujudkan kesan negatif kepada alam ini. oleh itu pengurusan ekonomi yang mampan perlu dilaksanakn agar sumber alam ini dimanfaatkn dgn sebaiknya.

  • @ahmadirfan8869
    @ahmadirfan8869 ปีที่แล้ว

    Nama: Ahmad Irfan bin Salleh
    No.Matrik: D20192090896
    Penerangan dan perkongsian video yang menarik dan bermanfaat. Dapat diringkaskan video ini menceritakan tentang sumber dan pengurusan ekonomi Malaysia. Terdapat beberapa sektor yang melibatkan pengurusan ekonomi sesebuah negara itu mantap. Antaranya ialah sektor pertanian, sektor perikanan, sektor perhutanan, sektor perlombongan, sektor pelancongan dan sektor perindustrian. Berdasarkan sektor-sektor tersebut, Malaysia dapat menjanakan pendapatan atau sumber ekonomi yang mantap dan dapat menjanakan pekerjaan yang begitu banyak. Sekiranya pengurusan ekonomi yang tidak cekap dan telus, ia dapat mewujudkan kesan dan impak yang negatif terhadap sektor-sektor ini. Oleh itu, pengurusan ekonomi yang mampan perlu diwujudkan agar sumber-sumber ini dapat digunakan dengan sebaiknya.

  • @nurulazizah1777
    @nurulazizah1777 ปีที่แล้ว

    Nama: Nurul Azizah Binti Zahit
    Nombor Matrik: D20192091836
    Penerangan yang jelas dan mudah difahami. Seperti yang kita tahu bahawa sumber ekonomi merupakan kegiatan manusia yang menghasilkan pendapatan. Kegiatan ekonomi di Malaysia terbahagi kepada tiga sektor iaitu Primer, Sekunder dan Tertier. Sektor primer merupakan kegiatan yang mengeluarkan bahan mentah terus daripada sumber semula jadi. Contohnya, Pertanian, Pembalakan, Perikanan, Perlombongan dan Penternakan. Manakala, sektor sekunder merupakan aktiviti ekonomi yang berasaskan bahan mentah. Contohnya, Pembuatan atau perindustrian Pembinaan. Akhir sekali, sektor tertier merupakan kegiatan ekonomi yang menawarkan pelbagai perkhidmatan . Contohnya, Pelancongan, Perdagangan dan Pengangkutan.

  • @dgkunurfazwenafainpgsaidtu4329
    @dgkunurfazwenafainpgsaidtu4329 ปีที่แล้ว

    Nama : Dg.ku Nur Fazwena Fain binti Pg Saidtudin
    No Matrik : D20201094352
    Video yang menarik dan sangat jelas untuk dikongsikan berkaitan sumber dan pengurusan ekonomi Malaysia iaitu sektor pertanian khususnya dalam pengeluaran makanan, sektor perlombongan serta sektor pelancongan yang mana sektor ini merupakan salah satu sektor terpenting untuk pembangunan ekonomi negara disebabkan ianya dapat meningkatkan pendapatan negara. Setiap sektor ekonomi negara kita mempunyai fungsi dan kepentingan tersendiri kerana setiap sektor adalah berbeza dan pelbagai yang mempunyai satu tujuan iaitu membangunkan ekonomi negara Malaysia.