RUMAH TOK SU & RUMAH SERI BANAI ALOR SETAR, KEDAH - WARISAN RUMAH TRADISIONAL MELAYU

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 1 พ.ย. 2021
  • RUMAH TOK SU
    Rumah Tok Su berasal dari Kampung Permatang Kerat Telunjuk, Bandar Baharu, lebih kurang 200 kilometer dari Alor Setar. Rumah ini berkeluasan 1,700 kaki persegi serta mempunyai 34 batang tiang. Terdapat enam ruang utama iaitu Beranda, Rumah Ibu Berbumbung Limas Potongan Belanda dan Beranjung, Ruang Tengah, Selang, Dapur dan Pelantar.
    Rumah ini pernah didiami oleh Ketua Kampung bernama Encik Noor. Rumah yang berusia dari 103 tahun ini asalnya milik Tuan Haji Mahmud, seorang kaya dan mempunyai banyak harta di kampung tersebut. Tuan Haji Mahmud adalah bapa kepada Encik Noor dan Tok Su anak bongsu beliau.
    Selepas Jepun menyerah kalah dalam perang dunia kedua sebelum ketibaan pihak British, pihak komunis telah mengambil kesempatan menyeksa penduduk kampung. Penduduk kampung kemudiannya bermesyuarat dan bermuafakat untuk menubuhkan "barisan pemuda", mesyuarat tersebut diadakan di Rumah Tok Su.
    RUMAH SERI BANAI
    Lokasi asal Rumah Kedah berbumbung panjang ini terletak di Kampung Banai, Mukim Pelubang, Daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman. Pemilik asal rumah ini ialah Tuan Haji Saad bin Taib, Penghulu Mukim Pelubang, yang mendiami rumah ini bersama-sama dengan isterinya Puan Hajah Saodah binti Ahmad. Rumah ini dibina oleh "Tok Bakar" seorang tukang rumah tempatan. Kebanyakan kayu-kayu yang digunakan di dalam pembinaan rumah ini dibuat daripada jenis 'Meranti' dan 'Temak'.
    Rumah ini mempunyai catatan sejarahnya tersendiri iaitu bahagian bawah rumah ini pernah dijadikan sebagai bilik darjah Sekolah Rakyat. Gurunya ialah Cikgu Ahmad, kerani Penghulu Tuan Haji Saad. Sekolah Rakyat ini kemudiannya dipindahkan ke Kepala Batu dan dikenali sebagai Sekolah Seri Banai.
    Rumah ini telah dihadiahkan kepada Universiti Utara Malaysia di kampus sementaranya di Bandar Darul Aman, Tanah Merah, Jitra, Kedah sebelum berpindah ke lokasi ini. Rumah ini dinamakan "Rumah Seri Banai" kerana mengambil sempena lokasi asal rumah ini.

ความคิดเห็น • 35

  • @snowmoon8050
    @snowmoon8050 2 ปีที่แล้ว +7

    Terima kasih rakamkan keunikan dan keindahan rumah tradisional orang Melayu.
    Tengok rumah lama ni teringat rumah arwah Tok aku di Penang. Atap rumbia. Masak guna dapur kayu. Kalau masuk rumah tu sentiasa ada aroma yang unik dari kayu dan atap rumah terutama bila tok dan makcik ku memasak. Letrik tak ada. Bila malam guna pelita. Tak ada tv. Malam2 Makcik aku akan bercerita cerita2 dongeng dulu2 sehingga aku tertidur. Mandi pula kat telaga ''open air'. Sejuknya hingga ke tulang. Memang seronok masa kecik2 dulu di kampung.

  • @zackzam3233
    @zackzam3233 6 หลายเดือนก่อน +2

    rumah kayu malam kalau tidoq dgr macam org dok berjalan, sbnrnya kayu menyejuk bila malam

  • @matahari5066
    @matahari5066 2 ปีที่แล้ว +6

    Impian saya nak buat umh macm nie. kembali ke zaman saya kecik2 dulu.rumah kayu tiang seribu ada serambi.dulu tiang tinggi tapi klu dapat buat tiang rendah sikitpun takpe.bila balik kg barulah dpt tgk umh mcm nie berderet2 sepanjang jalan.

  • @jintanmanis5000
    @jintanmanis5000 2 ปีที่แล้ว +3

    Syukur ada yg memindahkan & memuliharakannya😊

  • @khayodot2692
    @khayodot2692 หลายเดือนก่อน

    Marvelous ❤

  • @user-sb6hy5zc6n
    @user-sb6hy5zc6n 2 ปีที่แล้ว +6

    Indah sungguh..begitu hebat orang dahulu dlm seni tukangan.

  • @sabumerajuk
    @sabumerajuk 17 วันที่ผ่านมา

    Tok su paih ni tok sedara aku...masa kecik dok main bawah rumah..tempah org parking basikal

  • @zaitunismail7205
    @zaitunismail7205 2 ปีที่แล้ว +4

    Tiada tandingan ye rumah ora ng melayudulux chantek sekali inilah warisan kita tahniah tukang kayu dulu

    • @noormaabdulaziz642
      @noormaabdulaziz642 2 ปีที่แล้ว

      Alhamdulillah. Ada jg lg tinggalan nenek kami dsimpan. Trkenang kenangan msa krcik2 brmain dbwah rumah n beranda tu...

  • @Utara_Berhantu_Motor_Injection
    @Utara_Berhantu_Motor_Injection 3 วันที่ผ่านมา

    Nak lebih lanjut mai permatang kerat telunjuk bandar baharu Kedah

  • @pegangagamakeranaitusiapak576
    @pegangagamakeranaitusiapak576 2 ปีที่แล้ว +6

    cantikkkk..rumah melayu.Dulu masa mula jejak kaki ke tanah semenanjung (utara) saya terkejut mrlihat kenapa rmh meteka semua berwarna hitam?😅 Setelah duduk lama di semenanjung baru saya tahu rmh mereka di sapu dgn minyak supaya tahan lama.Sbb papan yg di guna kan bkn jenis kayu yg tahan lama.Kayu jenis selangan batu, belian, nyatoh, jati amat mahal sbb mengikut harga cara kayu kayan itu di *rawat* dan umur kayu tersebut.Cetek nya ilmu aku 😇

    • @zackzam3233
      @zackzam3233 6 หลายเดือนก่อน

      ya untuk bg tahan, kdgx pasang kemenyan dalam rumah untuk bagi anaix lari, anai anai suka makan kayu beranak pinak dalam kayu, orang sekarang bau kemenyan dia cakap hantu padahal kemenyan tu getah pokok haha bdk2 moden kan…

  • @mastempawan1199
    @mastempawan1199 2 ปีที่แล้ว +6

    Jaga molek molek peniggalan pusaka datok nenek kita tu. Jgn di jual. Lebih2 lagi kpd bukan melayu. Jika tak de sesiap adik beradik yg mampu utk ambik alih rumah ni krn tak de duit , jualkan kpd kerajaan negeri utk dijadikan muzium.
    Di Kuala Terengganu di Losong Hj Su ada sebuah rumah kayu lama ratus tahun yg cantik dan besar . Sekarang di beli kerajaan negeri dan dijadikan muzium .
    Wahhh.....masih keksl dgn atap nipah. Dulu rumah emak ayah aku beratapkan nipah. Memang sejuk dan nyaman rumah beratapkan atap nipah ni.

    • @zackzam3233
      @zackzam3233 6 หลายเดือนก่อน

      jgn jatuh ke tangan bangsa lain

  • @mamypretty3194
    @mamypretty3194 ปีที่แล้ว

    cantik betul ...

  • @amranibrahimrashidi
    @amranibrahimrashidi 2 ปีที่แล้ว +1

    Indahnyaaaa.....

  • @Utara_Berhantu_Motor_Injection
    @Utara_Berhantu_Motor_Injection 2 ปีที่แล้ว +1

    Asal tapak rumah tok su sebelah rumah saya

  • @zackzam3233
    @zackzam3233 6 หลายเดือนก่อน

    gerun tak tgk rumah ni

  • @AzizeeRashid
    @AzizeeRashid 2 ปีที่แล้ว

    Sempoi

  • @mohdizanchannel
    @mohdizanchannel ปีที่แล้ว

    Lawanya

  • @zackzam3233
    @zackzam3233 6 หลายเดือนก่อน

    org melayu buat rumah bukan sukax hentam ja, nk buat pintu rumah pun pilih tempat yang betul semua tu ada sebab, siapa pernah buat sarang burung murai untuk bagi murai bersarang, jika salah letak arah lubang pintu burung murai tak akan masuk.

  • @sarahmajid759
    @sarahmajid759 2 ปีที่แล้ว +1

    saya nak rumah ni

  • @akramkaam6058
    @akramkaam6058 11 หลายเดือนก่อน

    Sepatutnya rumah mcm nilah kerajaan kedah buat tumpuan pelancongan dunia luar dan dalam negara supaya orang luar kenal bangsa melayu dan budaya melayu

  • @azharidris7092
    @azharidris7092 ปีที่แล้ว

    beautiful house.. but roof need fixing.. just get rid of the Attap.. you need to pay attentions to details..

    • @arx117
      @arx117 11 หลายเดือนก่อน

      Kalau buat macam tu, hilang lah tradisional nya

  • @noraismail7364
    @noraismail7364 2 ปีที่แล้ว

    Mana nk dpt info psl rumah ni

  • @mikhailmarzuqi4524
    @mikhailmarzuqi4524 2 ปีที่แล้ว

    As'salam admin.. nk tnya di alor setardkat mna yg sya boleh melawat rumah nie?

    • @bieceline5572
      @bieceline5572 ปีที่แล้ว

      Hello nak tanya..awak dah lawat rmah ni ke?..org luar kena mintak kebenaran x ?..atau boleh pelawat masuk tggok²

  • @adadisini2898
    @adadisini2898 2 ปีที่แล้ว

    Di mana boleh kami tengok rumah ini? Boleh bagitau lokasi?